Sunday, November 17, 2013

PERGINYA SEORANG PEJUANG TEMERLOH - HJ.SUHAIMI SAID - 6/11/2013

SIAPAKAH HAJI SUHAIMI SAID?

Mungkin ramai yang mengenali Hj Suhaimi Said. Selain menjawat sebagai ketua Keadilan Cabang Kuala Krau, beliau juga menjawat Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Pahang. Disini, saya coretkan latar belakang tokoh yang berhati waja dan penuh inspirasi bagi anak muda.

Beliau telah dilahirkan di Kg Lubok Kawah, Temerloh, Pahang pada 8.12.1944. Tempat di mana ramai pejuang Negara muncul. Misalnya Allahyarham ayahahanda beliau sendiri adalah seorang pejuang didalam Angkatan Pemuda Insaf, sayap Pemuda kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Nama Lubok kawah merupakan sebuah kampong yang telah mengalami evolusi dan revolusi dalam dunia politik kerana kebanyakan penduduknya adalah pejuang-pejuang kebangsaan menuntut kemerdekaan. Akhirnya kampung ini disenarai hitam oleh kerajaan inggeris kerana kesemua penduduknya kecuali yang mempunyai anak kecil menyertai PKMM, API dan AWAS.

Sebelum menyertai Parti keadilan Rakyat, partama sekali yang beliau sertai ialah Parti Rakyat Malaysia, sebelum menyertai Parti Islam se-Malaysia dan akhirnya satu kesilapan besar menyertai UMNO. Hal ini telah diakui sendiri oleh beliau. Menurutnya UMNO hanya untuk golongan elitis dan kapitalis. Setelah Keluar daripada PRM kerana parti tersebut telah berpecah kepada dua kumpulan sebelum lumpuh disebabkan ramai ahlinya yang keluar. PRM Pahang lumpuh kerana terdapat tuduhan kepada presiden parti tersebut sebagai tali barut kerajaan,

Beliau mengakui sebagai “binatang” dalam politik kerana selepas keluar daripada PRM beliau menyertai PAS dan menumpukan kepada isu-isu felda iaitu hak pemilikan individu kepada setiap peneroka. Akhirnya ramai ahli Umno yang keluar parti dan menyertai PAS. Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.

Di Melaka beliau tidak duduk diam, beliau terus berjuang dan menubuhkan banyak cawangan cawangan PAS dan mewujudkan Pas Selatan-Selatan. Keadaan ini amat merunsing dan membimbangkan UMNO negeri Melaka. Maka sekali lagi beliau ditahan dibawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.

Selepas lama menyepikan diri, beliau kembali ke arena politik setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada di rumah rumah saudara Nizam Hamid 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saudara Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali. Kemasukan beliau dalam KEADILAN setelah Bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar dan Marina Yusf tidak wujud lagi dalam parti ini.

Bermula Januari 2008, beliau memasuki Kuala Krau dan menubuhkan cabang Kuala Krau bermula ahli yang kosong hanya dibantu oleh saudara Razak Hussein, SuhaimI Abdullah dan seterusnya saudara Man Kadir (Abdul Kadir Abdul Manaf). Akhirnya ahli Keadilan cabang ini meningkat hampir 30 orang.

Sehingga kini cabang Kuala Krau mempunyai ranting-ranting di 10 buah perkampongan Orang Asal, dan di kampong-kampong tradisi Melayu yang dulunya langsung tidak boleh dihampiri seperti Kg Paya Luas, Kg Gong Halt, Kg Dato Sharif Ahmad, dan kami juga ada ranting di Felda Jenderak Utara, Kg Jenderak, Estet Sg Tekal, Tmn Seri Desa, dan keahlian PKR di DUN Jenderak kini sudah dapat mengatasi Cabang-Cabang PKR yang sudah tertegak hampir 10 tahun yang lampau. Kini kami membantu pula rakan-rakan PR khususnya PAS di Kuala Krau dengan menubuhkan ranting-ranting di Felda Jengka 22, Felda Jengka 11, Kg Matau dan Kg Rumpun Makmur

Dikalangan Orang Asal, Haji Suhaimi Said sangat terkenal kerana sikap peramah dan marhaen selau yang berkujung ke perkampung Orang hampir setiap minggu. Menurut Kin Kasim, Ketua ranting Kampung Penderas Haji Suhaimi Said adalah salah pemimpin Jahut dan Ustaz Badrul Amin berseloroh sebagai Batin Orang Asal Malaysia. Walaupun agak lucu gelaran tersebut tetapi yang nyatakan usaha beliau telah berhasil dan telah dihargai oleh Orang Asal bahkan rakyat Malaysia. - Sumber: Blog Biro Orang Asal KeadilanPahang

Wednesday, November 06, 2013

PERGINYA SEORANG PEJUANG TEMERLOH

PADA 6.11.13  DENGAN SEDIHNYA HJ.SUHAIMI SAID  SEORANG PEJUANG YANG SANGAT GIGIH DALAM MEMBELA NASIB   GOLONGAN MARHIN  DAN BEKAS CALON PKR DUN JENDERAK TELAH  KEMBALI KE RAHMATULLAH  PADA PUKUL 6.30 PETANG HARI SELASA 5.11.13 DAN  JENAZAHNYA DI SEMBAHYANGKAN DIRUMAHNYA BT.4 JALAN MARAN DENGAN DIIMAMKAN OELH  YB.NASARUDDIN TANTAWI AHLI PARLIMEN TEMERLOH (PAS)  KIRA-KIRA LEBIH DARI 2,000 ORANG MENZIARAHI JENAZAH BELIAU SEBELUM DISEMADI DI TANAH PERKUBURAN PAYA PULAI CONTOH . BERIKUT GAMAB KENANGAN SEMASA JENAZAH  DI USUNG   DAN  ORANG RAMAI YANG MENZIARAHI JENAZAH BELIAU .BERITA OLEH US.ZAKARIA OMAR .