Sunday, March 23, 2008

TRENGGANU: Hormat keputusan istana kata Ketua UMNO Bahagian Cheras

Nyata bahawa pilihan Istana mempunyai sokongan daripada kesemua kecuali satu Bahagian UMNO di Trengganu. Nyata bahawa PM mahukan orang lain, yang mendapat sokongan daripada 22 ADUN BN.

Persoalan yang mungkin timbul adalah bagaiman keadaan ini boleh berlaku. Mungkin apa yang berlaku adalah apabila calun ADUN dan MP dipilih, pemilihan telah dibuat oleh pihak PM (dan/atau kepimpinan UMNNO/BN Pusat) tanpa rundingan dan/atau persetujuan ahli UMNO Negeri Trengganu.

PM mahukan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar dan jelas pihak Istana tidak mahu menerima Idris atas beberapa sebab yang telah dinyatakan termasuk juga insiden Batu Buruk. Tetapi adakah PM mengambil kira perkara ini dan memilih calun MB yang lain - tidak PM terus berdesak agar Idris Jusoh dilantik MB dan 22 ADUN BN juga berpendapat sedemikian--- dan mangambil keputusan BOIKOT ..


Hormat keputusan istana



Monday, 24 March 2008 06:50am

Datuk Syed Ali Al- Habshee Semua Umno bahagian sokong pelantikan Ahmad

©Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 23 Mac – Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu perlu menghormati keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dan tidak seharusnya menolak pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar secara terbuka.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al- Habshee berkata, tindakan UMNO Terengganu yang menentang secara terang-terangan pilihan MPPR itu secara tidak langsung mencerminkan sikap biadap mereka yang tidak menghormati kedaulatan kesultanan Melayu.

‘‘Kalau kita ada masalah kita kena duduk berbincang, sultan adalah kedaulatan orang Melayu, saya khuatir rakyat hilang kepercayaan.

‘‘Bukan dengan cara macam ini (bantah), kurang ajar dengan Sultan,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, MPPR mengeluarkan kenyataan yang menamakan Ahmad Said, 51, sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Pelantikan tersebut mengenepikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Idris Jusoh yang mendapat watikah pelantikan sebagai Menteri Besar bagi penggal kedua daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum Ke-12 pada 8 Mac lalu.

Ekoran kenyataan daripada Pejabat Sultan Terengganu itu, 23 ADUN Barisan Nasional (BN) menolak pelantikan itu dan berikrar berdiri teguh di belakang kepimpinan Idris.

Syed Ali memberitahu, tindakan UMNO Terengganu itu sendiri tidak seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh parti tersebut selama ini terhadap kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Malah katanya, perbuatan menentang keputusan yang dibuat oleh MPPR oleh UMNO Terengganu seperti ‘meludah ke langit, terkena muka sendiri’.

‘‘Kita marah apabila DAP memulaukan keputusan Istana Perak, malah, kita memaki-hamun DAP kerana menderhaka kepada Sultan tetapi di Terengganu keadaan terbalik pula, UMNO Terengganu sanggup menentang Sultan yang juga merupakan Yang di-Pertuan Agong secara terbuka,’’ tegasnya.

Beliau memberitahu, UMNO Terengganu perlu mengambil iktibar dengan situasi yang berlaku pada ketika ini dan bukannya memalukan orang Melayu sebegini rupa.

‘‘Saya minta mereka hentikan perkara mengarut ini, jangan sampai rakyat hilang keyakinan,’’ ujarnya.

Syed Ali turut menggesa UMNO Terengganu agar menyelesaikan perbalahan mengenai jawatan Menteri Besar Terengganu mengikut saluran yang betul dan menanganinya dengan cara yang berhemah.

Wednesday, March 12, 2008

Keputusan P.88 TEMERLOH


BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.88-TEMERLOHDATO' SAIFUDDIN BIN ABDULLAHBN21,381MNG

AHMAD NIZAM BIN HAMID
PKR18,940
JUMLAH PEMILIH : 54,010
KERTAS UNDI DITOLAK : 924
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 41,245
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 0
PERATUSAN PENGUNDIAN : 76.37%
MAJORITI : 2,441

Keputusan DUN Mentakab, Lancang & Kuala Semantan

BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.88-TEMERLOHN.30 - MENTAKABCHUAH BOON SEONGBN6,321MNG
MOHD SHOKRI BIN MAHMOODBEBAS863HD
NG KWI LINGDAP3,882
JUMLAH PEMILIH : 15,143
KERTAS UNDI DITOLAK : 366
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 11,463
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 31
PERATUSAN PENGUNDIAN : 75.70%
MAJORITI : 2,439
BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.88-TEMERLOHN.31 - LANCHANGAHMAD SAIM BIN ABU BAKARPKR5,871
MOHD SHARKAR BIN SHAMSUDINBN8,010MNG
JUMLAH PEMILIH : 18,564
KERTAS UNDI DITOLAK : 318
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 14,251
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 52
PERATUSAN PENGUNDIAN : 76.77%
MAJORITI : 2,139
BAHAGIAN PILIHAN RAYA NAMA CALON PARTI BILANGAN UNDI STATUS
P.88-TEMERLOHN.32 - KUALA SEMANTANMOHD KHAIRUDDIN BIN ABDUL MANANBN7,204
SYED HAMID BIN SYED MOHAMEDPAS8,136MNG
JUMLAH PEMILIH : 20,303
KERTAS UNDI DITOLAK : 267
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : 15,715
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : 108
PERATUSAN PENGUNDIAN : 77.40%
MAJORITI : 932

Friday, March 7, 2008

Setengah hilang hak mengundi wakil rakyat mereka ....

Masa sudah hampir untuk rakyat Temerloh mengundi memilih Wakit Rakyat ke Dewan Rakyat dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri - tetapi untuk segelintir peluang berbuat demikian hilang begitu sahaja apabila apabila diteliti rekod pengundi, mereka yang bertahun-tahun mengundi di kawasan pilihanraya Temerloh tiba-tiba mendapati bahawa pada tahun 2008 mereka terpaksa mengundi di Kuantan, Bentong atau Seremban - bukan lagi di Temerloh. Siapakah penjenayah yang menukar tempat mengundi mereka ini ---siapakah yang menipu rakyat dan tidak memberikan pengundi ini hak mengundi wakil rakyat mereka...Pihanraya demi pilihanraya perkara yang sama didengar tetapi pihak SPR nyata tidak membuat apa-apa untuk memastikan bahawa tempat mengundi orang tidak senang-senang ditukar ke tempat lain jauh daripada rumah dan tempat tinggal mereka...

INI ADALAH TIDAK BETUL .... dan kami tak nak...

Harapan adalah pihak SPR akan membuat penyiasatan untuk setiapo satu kes sebegini untuk memastikan siapa yang melakukan penukaran ini- dan mengambil tindakan secara TERBUKA terhadap mereka yang bersalah ini....Siapakah yang bermain dengan rekod SPR..




Wednesday, March 5, 2008

SPR nyata tidak berkecuali..... (kalau bukan BODOH)

"...Penggunaan dakwat khas bagi menanda kuku atau jari pengundi..." keputusan yang dibuat pihak SPR pada tahun lalu, di mana tujuan tersebut jelas untuk memastikan bahawa seseorang pengundi tidak mengundi lebih daripada SATU kali. Ini juga apa yang dilakukan di India...

Sekarang berasaskan 4 lapuran polis, 2 di Perlis, 1 di Kedah dan 1 di Kelantan bahawa dakwat ini telah dibeli orang .... di mana "Siasatan menunjukkan kemungkinan mereka hendak gunakan dakwat berkenaan dengan mencalitnya pada jari pengundi,", pihak SPR kini telah membuat keputusan tidak akan menggunakan dakwat khas.

Apakah orang yang "membeli" dakwat tersebut boleh melakukan -- dia mungkin pergi tangkap pengundi yang bakal mengundi pihak lawan dan seterusnya meletakkan tanda dakwat pada kuku mereka supaya mereka tidak boleh mengundi. Dia mungkin tipu orang untuk tandakan kuku dengan dakwat khas sebelum pergi mengundi... Di dalam kedua-dua scenario di atas, apa yang akan berlaku senang sekali dikesan mereka yang telah melakukan kesalahan berkenaan....

Sekarang apabila SPR tidak lagi menggunakan 'dakwat khas' tersebut jelas sekali bahawa seseorang yang mahu menipu boleh pergi mengundi berkali-kali ditempat-tempat yang lain - mungkin dengan mengunakan kad pengenalan berlainan.... di mana ini bukan senang dikesan...

Akhirnya kuasa adalah ditangan SPR.... saya betul mahu melihat lapuran berkenaan yang dibuat dan membandingkan isi kandungan tersebut untuk melihat sama ada ini sebenar satu tindakan orang mahu mendapatkan pihak SPR membatalkan penggunaan dakwat khas tersebut...

Adakah pihak SPR berkecuali? Tindakan parti BN mengunakan media dan kerajaan untuk berkempen adalah SALAH ---- apa ini, ...memecah tanah untuk sekolah baru, pemberiaan tanah kepada orang..., dsb... SPR langsung tidak bersuara... Perkara PARTI dan KERAJAAN harus dipisahkan dalam masa pilihanraya.....

Ianya bukan KERAJAAN lawan parti pembangkang....tetapi Barisan Nasional dan partti-parti dalam BN LAWAN parti pembangkang dan mereka yang bertanding sebagai BEBAS..

SPR nyata tidak berkecuali.....

Bertindak berasaskan 4 lapuran polis berasaskan penyiasatan yang belum siap lagi --- apabila kaedah menggunakan dakwat khas ini ada sejarah panjang dalam proses pilihanraya di India, dsb... berasaskan "kemungkinan" ....
"Kita masih menyoal orang awam yang membuat aduan itu bagi mendapatkan kepastian dari mana mereka mendapat maklumat berkenaan,"

Jika ada 40 lapuran polis menyatakan bahawa SPR akan bertindak tidak berkecuali, adakah SPR akan membatalkan pilihanraya sehingga SPR baru boleh ditubuhkan ....

Polis ada alasan kukuh

Oleh Rosli Abdul Jalil dan Fatin Hafizah Mohd Shahar


Tan Sri Musa Hassan

SPR batal guna dakwat untuk elak kekecohan pada hari mengundi

KUANTAN: Polis mempunyai alasan kukuh apabila meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menimbang semula penggunaan dakwat khas bagi menanda kuku atau jari pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-12 Sabtu ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

"Seperti yang sudah saya katakan, polis menerima empat laporan, iaitu dua di Perlis dan masing-masing satu di Kedah dan Kelantan, daripada orang awam yang menerima maklumat dakwat itu sudah dibeli pihak tertentu.

"Siasatan menunjukkan kemungkinan mereka hendak gunakan dakwat berkenaan dengan mencalitnya pada jari pengundi," katanya dalam sidang media selepas mendengar taklimat mengenai persiapan pilihan raya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, semalam.

SPR kelmarin memutuskan untuk membatalkan cadangan menggunakan tanda dakwat kekal di kuku atau jari tangan pengundi pada pilihan raya umum Sabtu ini berdasarkan nasihat dari segi perundangan dan aspek ketenteraman dan keselamatan awam.

Tahun lalu SPR memutuskan untuk menggunakan dakwat khas dari India itu bagi menanda kuku atau jari pengundi dalam usaha mengelak penipuan pada pilihan raya umum kali ini.

Bagaimanapun, polis mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab membeli dakwat dari luar negara bagi menjalankan aktiviti memujuk dan menyogok orang yang kurang faham mengenai penggunaan dakwat itu untuk dicalit sebelum hari mengundi.

Musa berkata, polis berpendapat perbuatan itu jika berlaku, boleh menimbulkan kekecohan di pusat pengundian pada hari mengundi Sabtu ini.

"Berdasarkan laporan itu, saya menghantar laporan kepada SPR bagi menimbang semula penggunaan dakwat khas berkenaan," katanya.

Mengenai perkembangan siasatan polis, Musa berkata, sehingga semalam pihaknya belum membuat sebarang tangkapan.

"Kita masih menyoal orang awam yang membuat aduan itu bagi mendapatkan kepastian dari mana mereka mendapat maklumat berkenaan," katanya.

Ditanya kemungkinan tindakan membatalkan penggunaan dakwat khas itu akan menimbulkan kritikan daripada pembangkang, Musa berkata: "Tidak ada pakatan sulit berkaitan pembatalan penggunaan dakwat khas itu. Jika pembangkang buat laporan, kita akan siasat juga."

Mengenai persiapan menghadapi pilihan raya, Musa memberi jaminan proses itu akan berjalan lancar kerana polis membuat perancangan teliti bagi memastikan orang ramai dapat mengundi dengan aman dan selamat.

"Saya menasihatkan semua pihak supaya mematuhi peraturan dan undang-undang bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya.

Sementara itu, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi Berita Harian,

menyifatkan dakwaan kononnya beliau bersekongkol dengan SPR berhubung pembatalan penggunaan dakwat khas itu, sebagai tidak berasas.

"Saya bukannya sesuka hati membuat keputusan membatalkan penggunaan dakwat itu tetapi ia berdasarkan fakta dan hasil perbincangan bersama dengan SPR dan polis.

"Apa saja yang membabitkan undang-undang, saya tidak mempunyai hak untuk mengubahnya kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan. Saya tidak tahu mengapa ada pihak yang masih tergamak menuding jari mengatakan saya menipu rakyat.

"Pengundi mempunyai hak mutlak untuk memilih parti yang disokong tanpa perlu pembabitan pihak lain termasuk Peguam Negara sekalipun," katanya.

Monday, March 3, 2008

KITA MAHUKAN HOSPITAL MENTAKAB BERFUNGSI SEMULA

2-3 tahun yang lepas, secara senyap Hospital Mentakab telah ditutup - dan kini tinggal hanya Klinik Bandar Mentakab. Ini adalah satu kerugian besar kepada penduduk disekitar Mentakab, di mana penutupannya tidak sama sekali boleh dijustifikasi.

Adakah ianya kerana sebuah Hospital Pakar telah dibuka di Temerloh?

Ingin dijelaskan bahawa Hospital Pakar adalah berbeda daripada Hospital Biasa....

Sunday, March 2, 2008

TEMERLOH CANDIDATES THAT CARE and those that do not care...


At the "MEET THE CANDIDATES FOR THE 2008 GENERAL ELECTIONS" that was organized and held at the Church of Our Lady of Perpetual Help, Mentakab, PAHANG today (2/3/2008) at 4-6pm, in which about 60 persons attended. Christian from other Churches also turned up.

It was dissapointing to note that some of the Candidates just DO NOT CARE to meet with the people (RAKYAT).

The Candidates WHO CARED TO SPEND TIME AND MEET THE PEOPLE are :-

P88- Temerloh Ahmad Nizam Hamid (Parti Keadilan Rakyat - PKR)

N30 - Mentakab Ng Kwee Ling (DAP)
N30 - Mentakab
Chuah Boon Siong (Barisan Nasional - MCA)

N32 - Kuala Semantan Syed Hamid Syed Mahmood (PAS)


*** Names arranged in the order that they arrived.

The Candidates WHO DID NOT CARE TO ATTEND (or even inform that they could make it) are :-

P88- Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah (Barisan Nasional - UMNO)
(Invite was given at the UMNO BN Centre in Mentakab to one "Zainuddin", who claimed to be the P.A. or the person arranging the program of the candidate. Flyers were again handed a 2nd time to another person who claimed to be arranging the schedule of the candidate. Candidate also was sent an SMS informing him of the programme)

N31 - Lancang Mohd Saim Abu Bakar (PKR)
N31- Lancang Datok Mohd Shakar Shamsuddin (Barisan Nasional - UMNO)
(*Both these candidates were personally informed of the event)

N32 - Khairuddin Abdul Manan (Barisan Nasional - UMNO)
(Invite was given at the UMNO BN Centre in Mentakab to one "Zainuddin", who said that he would convey message to this candidate. Datok Mohd Shakar Shamsuddin also said that he would inform this candidate of the event. At the 2nd visit to the BN Center, person who claimed to be arranging the schedule of the candidate was informed. He said he will let candidate know. Flyers (BIG and small version) was left to be handed to candidate. )

** There was also a contact number of the organiser given, which was also in the flyer, and these 4 candidates and/or their agents did not bother to even call and say that they could not make it.

It was an interesting sessions that saw candidates being bombarded with all kinds of questions that included the question of the usage of the term "ALLAH", the issue of secular or Islamic state, the issue of the Mentakab Hospital, etc..

IF THEY DO NOT EVEN CARE TO COME TO MEET THE RAKYAT IN A SPECIAL MEETING ORGANISED BY THE PEOPLE THEMSELVES, WHO TOOK PRECIOUS TIME OFF ON A SUNDAY AFTERNOON, THEN MAYBE THEY DO NOT DESERVE TO BE EVEN CANDIDATES... LET ALONE "WAKIL RAKYAT"

IF THEY COULD NOT MAKE IT, AT LEAST AN APOLOGY WOULD HAVE BEEN GOOD...

Saturday, March 1, 2008

Tak ada Letrik ...Tak ada AIR..

Semalam, Sabtu (1/3/2008) tidak ada bekalan letrik di kawasan Lubuk Layang dan Sri Semantan sejak jam 8.00 pagi sehingga kira-kira 4.00 petang, dan selepas itu beberapa minit pada lebih kurang jam 8 malam.

Hari ini, tidak ada air paip.

Ini semua berlaku di bawah pentadbiran kerajaan oleh PARTI BARAISAN NASIONAL.

Saya telah menjelajah ke kawasan sekitar TEMERLOH, termasuk juga singgah sebentar di sekolah lama saya Sekolah Menengah Rendah Jalan Bahagia -- dan apa yang saya melihat adalah bahawa keadaan jalanraya adalah teruk. Begitu juga keadaan sekolah lama saya. Ini sekolah di pusat bandar Temerloh - bagaimana pula keadaan sekolah dan jalan disekitar Temerloh.

Pada tahun 2005, Menteri Pelajaran melaporkan bahawa daripada 4,036 sekolah kebangsaan kerajaan, 794masih tidak ada bekalan letrik dan 1,555 tidak mempunyai kemudahan tandas yang sesuai.... Adakah keadaan sudah berubah...