Showing posts with label Kerajaan Tempatan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Tempatan. Show all posts

Tuesday, November 18, 2008

Projek Bukit Desa - Mengapa Rakyat Tidak Diberi Peluang buat Bantahan

Untuk setiap projek, kecil atau besar, khususnya apabila ia melibatkan penambahan kepadatan penduduk setempat, pihak berkuasa akan memberikan masa untuk mereka yang tinggal/hidup di kawasan berkenaan peluang untuk meneliti pelan projek dan mengemukakan bantahan...

Biasanya satu papan tanda akan diletakkan di tapak projek memaklumkan kepada semua mengenai cadangan projek berkenaan dan seterusnya menyatakan cara bantahan dibuat.

Kini, nampaknya projek Bukit Desa sudah diluluskan ....dan pemaju sudah mula menjual rumah, rumah kedai... dsb.

Apa yang berlaku? Adakah undang-undang sudah tukar? Mengapa rakyat tidak diberikan peluang dan hak membantah dan membuat komen sebelum kelulusan diberikan untuk projek ini?

Sebuah projek besar saperti ini akan mengakibatkan trafik, tempat letak kereta, sekolah dan kemudahan awam, keselamatan setempat, alam sekitar setempat....dsb. - dan penduduk setempat harus mempunyai suara mengenai jenis pembangunan yang akan dilakukan ditempat sekeliling.

Temerloh cukup luas kawasannya - tetapi mengapakah projek besar ini (dikatakan melibatkan lebih kurang 50 ekar...) dilakukaon dikawasan kini yang sudah cukup rumah dan kedai komersil. Mengapa tidak dilakukan jauh sedikit daripada tempat kini.

Kawasan hijau - kawasan hutan - kawasan pokok-pokok hijau - ini sangat perlu tetapi adakah ini terdapat dalam pelan sedia ada? Kawasan hutan Batu 3 Temerloh yang ada haiwan liar (monoyet, tupai, musang, babi hutan, kijang, berjenis-jenis burung dan fauna kini sudah hampir lupus. Kita perlu memelihara kawasan kita dan alam sekitar kita...

Rakyat perlu diberi peluang mengambil bahagian dalam perancangan pembangunan setempat...

Friday, August 8, 2008

Rakyat Temerloh mahu pilih Ketua Kampung dan J/Kuasa 2 tahun sekali

Saya mahu memilih Ketua Kampung dan ahli jawatankuasa kampung. Saya mahu satu mesyuarat agung setiap 3 bulan untuk Ketua Kampung dan jawatankuasanya berjumpa dengan penduduk memberikan lapuran apa yang telah dibuat dan membincangkan apa yang akan harus dibuat. Mesyuarat Agung Tahunan dengan minit mesyuarat dan lapuran kewangan mesti diadakan. Cadangan adalah supaya terma memegang jawatan adalah 2 tahun - maka pilihan Ketua dan Jawatankuasa setiap 2 tahun. (Perkara sama untuk setiap Taman - ketua Taman dengan Jawatankuasanya.)

Saya juga mahu kita adakan pilihanraya untuk memilih Penghulu.

Saja juga mahu pemilihan untuk ahli Majlis Perbandaran Temerloh...

Di negeri Perak, rakyat sudah mula memilih sendiri Ketua Kampung - kenapa tidak kita juga mulakan di negeri Pahang - di Temerloh..

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di pilih oleh penduduk kampung masing-masing sebagai Ketua Kampung yang baru dimana sebelum ini , perlantikan dibuat melalui kuasa politik.

Menteri Besar , Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucaptamanya berharap perlantikan tersebut dapat meningkatkan usaha penyampaian maklumat dan hasrat rakyat untuk diambil tindakan oleh kerajaan negeri.- Perlantikan Ketua Kampung Negeri Perak, 8/8/2008 - (taken from Al Husseyn's Blog)