Showing posts with label Media Reports/Lapuran. Show all posts
Showing posts with label Media Reports/Lapuran. Show all posts

Saturday, April 5, 2008

Penghuni Plaza Temerloh minta pihak berkuasa selesaikan masalah berbangkit

Penghuni Plaza Temerloh minta pihak berkuasa selesaikan masalah berbangkit
Basiron Abdul Wahab
Sat | Apr 05, 08 | 10:44:03 am MYT

TEMERLOH, 5 April (Hrkh) - Kira-kira 160 pemilik apartmen dan kedai di Plaza Temerloh meminta pihak berkuasa menyelesaikan isu berbangkit melibatkan pemilik dengan pihak pengurusan, Wellmean Managemet Sdn Bhd.

Pemilik mendakwa pihak pengurusan gagal menunaikan tanggungjawab penyelenggaraan bangunan dengan sempurna walaupun pemilik dikenakan bayaran kos penyelenggaraan di antara RM80 hingga RM280 sebulan.

Pemilik mendakwa, Wellmean Managmet gagal menyelenggara lif, pendingin hawa, dan kebersihan bangunan sehingga menimbulkan kesulitan kepada mereka.

Dipihak pengurusan pula mendakwa, pemilik gagal menjelaskan bayaran pengurusan sebagaimana termaktub dalam perjanjian.

Pemilik K.S Tan 58, mendakwa, pihaknya tidak berpuas hati dengan mutu perkhidmatan pihak pengurusan.

Selain itu, soal kebersihan, lif dan lain-lain tidak diselenggara dengan sempurna, isu tempat letak kereta yang dijanjikan kepada setiap pemilik juga tidak disediakan sebagaimana dijanjikan .

Pemilik mendakwa pakir tidak mencukupi sehingga pemilik menghadapi masalah untuk meletak kenderaan.

Difahamkan setiap pemilik dijanjikan satu pakir secara automatik.

"Kini apabila parkir telah diswastakan pemilik mula menghadapi masalah kerana pakir yang janjikan tidak mencukupi," katanya.

Difahamkan hanya 100 pakir disediakan sedangkan jumlah pemilik apartment dan kedai melebihi jumlah itu.

"Inilah antara dilema yang kami hadapi," ujarnya.

Sementara itu, sebuah organisasi khusus bagi penduduk Plaza berkenaan telah ditubuhkan pada 29 Mac lalu yang dianggotai 10 orang anggota, bagaimanapun tujuh daripadanya telah meletak jawatan. Mesyuarat baru akan diadakan pasa 26 April depan.

Turut hadir pada perjumpaan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Semantan, (Adun) Syed Hamid Mohamad.

Ketika ditemui, Syed Hamid berkata, isu berkaitan penduduk Plaza Temerloh ini telah lama berlaku, ia boleh diselesaikan jika semua pihak termasuk pihak berkuasa campur tangan.

Difahamkan Majlis Perbandaran Temerloh adalah sebahagian daripada penghuni Plaza berkenaan.

Plaza Temerloh dibina pada 1996, setinggi 10 tingkat, ia menempatkan ruang niaga, apartmen dan pejabat. Bagaimanapun ramai peniaga di Plaza berkenaan terpaksa gulung tikar akibat kekurangan pelanggan. - mns

Tuesday, April 1, 2008

Peniaga merungut masalah air bertakung dalam pasar (Harakah)

Peniaga merungut masalah air bertakung dalam pasar
Basiron Abdul Wahab
Tue | Apr 01, 08 | 3:52:52 pm MYT

TEMERLOH, 1 April (Hrkh) - Lebih 20 peniaga di pasar Temerloh mahu pihak berkuasa menangani segera masalah air bertakung khususnya di premis perniaga sayur.

Menurut peniaga, masalah tersebut telah dialami sejak berpindah ke premis berkenaan kira-kira tiga tahun lalu dan dalam tempoh itu sudah banyak kali aduan dibuat kepada pihak berkuasa tetapi masalah tidak dapat diselesaikan.

Peniaga sayuran, Cheng In Lian 68, mendakwa air tidak pernah kering di atas lantai gerainya malah bertambah buruk apabila peniaga lain membersihkan gerai masing-masing pada waktu petang.

"Bila dia orang membersihkaan gerai, air akan mengalir dan bertakung digerai saya," katanya kesal.

Perkara sama dihadapi peniaga daging, sayur lain dan mereka amat kecewa dengan apa yang berlaku. Mereka berpendapat punca kepada masalah itu ialah saliran air di dalam premis berkenan tidak sempurna atau tersumbat.

Peniaga mengadukan masalah itu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang Kuala Semantan yang baru, Syed Hamid Mohamad.

Menurut Syed Hamid beliau akan berbincang dengan pihak Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah para peniaga terbabit.

Katanya, daripada tinjauanya, beliau mendapati wujud kelemahan reka bentuk saliran /longkang di premis berkenaan di mana lokang yang dibina tidak sempurna menyebabkan masalah air bertakung.

Selain masalah saliran di dalam bangunan masalah longkang di luar bangunan menjadi rungutan peniaga. Ini kerana air tidak dapat mengalir dengan lancar kerana longkang yang dibina tidak mengikut spesifikasi.

"Saya dapati masalah ini timbul akibat sistem longkang yang tidak sempurna, longkang tersumbat ataupun longkang yang dibina tidak dapat mengalirkan air dengan lancar disebabkan muara dibina lebih tinggi daripada bahagian hulu longkang menyebabkan air bertakung.

"Takungan air menjadikan persekitaran tidak selesa, berbau busuk malah boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk, MPT sebagai pemilik premis seharusnya mengambil tindakan segera," ujarnya.

Sebelum itu Syed Hamid menziarahi mangsa ribut di Kampung Paya Kemuning, dalam kejadian itu sekurang-kurangnya dua buah rumah di kampung tersebut mengalami kerosakan pada bahagian atap kerana dipukul ribut. - mns

Sunday, February 24, 2008

Three-way fight for Mentakab (Star)




Three-way fight for Mentakab

BENTONG: An independent candidate showed up for a three-cornered fight for the Mentakab state seat, throwing a surprise during nomination day at the Temerloh parliamentary constituency.

Mohd Shokri, 47, claimed to be a full-time politician and vowed to fight for more democratic rights for Mentakab voters.

Incumbent Chuah Boon Seong from Barisan Nasional is defending the seat while the third contender is old-timer Ng Kwi Liang from DAP, who is contesting for a record seventh time.

The parliamentary seat saw a straight fight between Youth leader Datuk Saifuddin Abdullah on a Barisan ticket against Parti Keadilan Rakyat’s Ahmad Nizam Hamid.

This is Saifuddin’s first contest after the incumbent Datuk Mohd Sarit Yusoh was dropped.

Another first-timer, Barisan’s Khairuddin Abd Manan, will go up against Syed Hamid Syed Mohamed from PAS in the Kuala Semantan state seat.