Friday, August 8, 2008

Rakyat Temerloh mahu pilih Ketua Kampung dan J/Kuasa 2 tahun sekali

Saya mahu memilih Ketua Kampung dan ahli jawatankuasa kampung. Saya mahu satu mesyuarat agung setiap 3 bulan untuk Ketua Kampung dan jawatankuasanya berjumpa dengan penduduk memberikan lapuran apa yang telah dibuat dan membincangkan apa yang akan harus dibuat. Mesyuarat Agung Tahunan dengan minit mesyuarat dan lapuran kewangan mesti diadakan. Cadangan adalah supaya terma memegang jawatan adalah 2 tahun - maka pilihan Ketua dan Jawatankuasa setiap 2 tahun. (Perkara sama untuk setiap Taman - ketua Taman dengan Jawatankuasanya.)

Saya juga mahu kita adakan pilihanraya untuk memilih Penghulu.

Saja juga mahu pemilihan untuk ahli Majlis Perbandaran Temerloh...

Di negeri Perak, rakyat sudah mula memilih sendiri Ketua Kampung - kenapa tidak kita juga mulakan di negeri Pahang - di Temerloh..

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada mereka yang telah berjaya di pilih oleh penduduk kampung masing-masing sebagai Ketua Kampung yang baru dimana sebelum ini , perlantikan dibuat melalui kuasa politik.

Menteri Besar , Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaludin dalam ucaptamanya berharap perlantikan tersebut dapat meningkatkan usaha penyampaian maklumat dan hasrat rakyat untuk diambil tindakan oleh kerajaan negeri.- Perlantikan Ketua Kampung Negeri Perak, 8/8/2008 - (taken from Al Husseyn's Blog)

Sunday, August 3, 2008

Kolam Renang awam, kompleks sukan awam untuk Temerloh

Adalah sangat sedih apabila Menteri Sukan, kini ahli Parlimen Bera (yang bersempadan dengan kawasan Parlimen Temerloh) dan Temerloh tidak mempunyai Kolam Renang awam.

Dalam keadaan ini, kawasan Temerloh berjaya menghasilkan ahli sukan renang yang telah bertanding juga peringkat negeri dalam Sukan Sukma.

Kita perlukan beberapa Kolam Renang, serta juga tempat untuk sukan 'diving', di kawasan Temerloh.

Kita perlukan gelangan skuasy -- seta juga tempat/gelanggang memanahy dan juga menembak supaya Temerloh pun boleh menghasilkan "Nicole David" dan jaguh sukan yang lain untuk sukan Olimpik.

Gelanggang bowling juga diperlukan.

Akhirkata, kita perlukan faciliti/kompleks sukan yang dibuka kepada orang awam di kawasan Temerloh. Ini juga akan memberikan kemudahan sukan untuk pemuda pemudi daerah Temerloh.

Hello YB ahli Parlimen dan ADUN serta juga Majlis Perbandaran - sila pastikan bahawa kemudahan sukan awam ada di kawasan Temerloh..

Monday, July 28, 2008

UMNO akar umbi tak payah pilih Presiden UMNO

Wahai kamu ahli UMNO biasa peringkat cawangan, kamu tidak perlu fikirkan atau membincangkan isu siapa yang harus jadi Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden atau ahli Majlis Tertinggi UMNO. Itu orang lain akan buat.....

Kamu, di peringkat cawangan hanya harus memikirkan mengenai siapakah yang harus menjadi pemimpin peringkat cawangan dan/atau Bahagian sahaja. Kamu juga harus memutuskan siapakan yang akan menjadi wakil kamu di Mesyuarat Agung UMNO nanti.

Pilih sahaja wakil - tak payah memutuskan apakah keputusan atau pendirian wakil mengenai kepimipinan parti di peringkat nasional. Ini tidak munasabah langsung tetapi inilah apa yang telah dikatakan oleh Setiausaha Agung UMNO

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menasihatkan cawangan Umno tidak membuang masa mengemukakan calon untuk mengisi jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden dalam persidangan tahunan masing-masing.

Katanya, mengikut Perlembagaan Umno, cawangan hanya perlu menentukan calon bertanding pada peringkat bahagian, seterusnya mewakili bahagian ke Perhimpunan Agung Umno pada Disember ini.

....Tengku Adnan berkata, tindakan beberapa cawangan mengemukakan calon bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dikhuatiri boleh mengkucar-kacirkan keadaan dan menjejaskan kestabilan dalam Umno. Katanya, Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah mengumumkan pelan peralihan kuasa kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Razak dan berikutan itu jadi tidak timbul soal pencalonan ini kerana bimbang akan mengkucar-kacirkan keadaan.- Berita Harian Online, 28/7/2008 - 'Jangan buang masa kemuka calon tertinggi'

Seterusnya dia menyatakan juga bahawa keputusan Presiden, Timbalan Presiden mengenai peralihan kuasa yang diikuti.

Kesimpulan - Presiden dan Timbalan Presiden sudah diputuskan - ahli jangan sibuk-sibuk...terima sahaja keputusan pucuk kepimpinan.

Ini bukan DEMOKRASI - ini macam persatuan 'diktator' ... tetapi malangnya ahli UMNO saperti Hang Tuah akan biasanya menurut kata pemimpin sahaja...

Tetapi selepas pilihanraya 2008, adakah tsunami politik yang melanda Malaysia juga telah menyedarkan ahli UMNO juga -- di mana kini mereka mahu merampas balik HAK mereka untuk memilih kepimpinan bukan sahaja peringkat cawangan dan Bahagian - tetapi juga di peringkat Nasional.

Presiden, Timbalan Presiden, Majlis Tertinggi UMNO, ketua-ketua Bahagian...yang beria-ia menyatakan mereka mahu Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai Presiden dan Najib sebagai Timbalan Presiden juga kini menghadapi pilihanraya - di mana mereka mungkin akan bertukar pada tahun ini - tidak lagi memegang pangkat sama --- semuanya akhirnya terserah kepada ahli UMNO akar umbi di peringkat cawangan...

Ketua Bahagian yang memberikan sokongan kepada Abdullah dan Najib juga masih lagi belum mendapat mandat daripada ahli dalam cawangan-cawangan dalam Bahagian masing-masing yang baru kini mengadakan mesyuarat agung masing-masing...

Wahai pimpinan Bahagian - apa yang kamu katakan dalam media massa adalah hanya pendapat peribadi kamu - bukan pendapat atau pendirian mereka dalam Bahagian.

Persoalan kini adalah sama ada ahli UMNO akan menggunakan keupayaan berfikir dan hak mereka untuk memilih kepimpinan ATAU mereka akan menurut sahaja kata pimpinan kini...

Friday, July 25, 2008

Majlis Perbandaran - Fungsi & Kuasa kerajaan peringkat ketiga

Majlis Perbandaran Temerloh bertindak menjaga segala bentuk kepentingan penduduk di dalam kawasan pentadbirannya. Ini dapat dilihat daripada fungsi Majlis Perbandaran Temerloh iaitu:

a) Merancang pembangunan
b) Mengawal pembangunan
c) Menjaga kebersihan kawasan
d) Menjaga kesihatan orang ramai
e) Mengindahkan bandar
f) Menyediakan kemudahan awam
g) Merancang lalulintas
h) Melesen dan mengawal perniagaan
i) Menguatkuasa undang-undang
j) Menggalakan pelaburan dan pembangunan
k) Memastikan keselesaan penduduk

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau lebih di kenali sebagai kerajaan tempatan adalah kerajaan peringkat ketiga dimana kerajaan peringkat pertama adalah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri pula merupakan kerajaan peringkat kedua di dalam sistem pentadbiran negara.

PBT adalah satu badan kerajaan yang bersifat autonomi dimana terdapatnya kebebasan di dalam membuat keputusan. Contohnya PBT mengutip hasil kewangan sendiri dan membelanjakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.Di Malaysia terdapat 3 bentuk PBT iaitu :

1. Majlis Daerah
2. Majlis Perbandaran
3. Majlis Bandaraya

PBT mengamalkan konsep perwakilan iaitu dimana wakil dari penduduk setempat duduk di dalam PBT sebagai Ahli Majlis dan membantu membuat dasar melalui kaedah yang telah di tetapkan.

Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mendapat statusnya sekarang pada 15 Januari 1997. Sebelum itu ia bergelar Majlis Daerah Temerloh (MDT) mulai pada tarikh 1 Julai 1981. Waktu itu MDT adalah hasil gabungan 4 majlis tempatan yang wujud di Temerloh iaitu :

1. Majlis Bandaran Temerloh Dan Mentakab
2. Majlis Tempatan Kuala Krau
3. Majlis Tempatan Kerdau
4. Majlis Tempatan Lanchang

Pengabungan ini adalah keputusan kerajaan yang disyorkan oleh Suruhanjaya Athinahappan yang mencadangkan penyusunan semula semua PBT.

Pada ketika pentadbiran MDT, Yang Dipertua adalah disandang oleh Pegawai Daerah Temerloh. Setelah melalui perubahan dan kemajuan, MDT telah memohon kepada kerajaan negeri dan seterusnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk dinaiktaraf kepada Majlis Perbandaran Temerloh. Permohonan ini adalah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang telah ditetapkan seperti hasil melebihi RM 10 juta dan penduduk melebihi 100,000. Maka dengan itu pada 27 Mac 1996 telah meluluskan permohonan naiktaraf kepada MPT dan pada 15 Januari 1997 telah secara rasmi bergelar Majlis Perbandaran Temerloh.


Thursday, July 24, 2008

Perkhidmatan Bas lebih cekap di kawasan Daerah Temerloh diperlukan..

Sejak tahun 70an hingga sekarang, perkhidmatan Bas di Temerloh nampaknya tidak berkembang...

Sekarang dengan pembangunan pesat di sana sini di Temerloh, dan dengan harga minyak naik - kita mesti mempunyai perkhidmatan Bas dan Teksi yang lebih efektif...

Bas mesti masuk dalam Taman-Taman besar, masuk Jalan Kampung, melalui sekolah-sekolah dan mestilah lebih kerap masa perjalanannya.

Tidak perlu bas besar - mungkin boleh gunakan Bas Mini (atau van) untuk kawasan-kawasan yang kurang bilangan penduduk...

Jika perkhidmatan Bas lebih efektif - ramai akan guna Bas pergi balik kerja - pergi ke pasar dan kedai - pergi Hospital Temerloh, Klinik Kesihatan Bandar Mentakab...

Tuesday, July 22, 2008

Tidak mahu perlantikan - mahu pemilihan oleh rakyat

Pemilihan Ketua dan Ahli Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga, sama saperti ahli Majis Perbandaran, kepimpinan kampung/taman/kawasan perumahan, Penghulu semua harus dilakukan oleh rakyat setempat. Pilihan melalui pengundian - itulah cara demokratik.

Sekarang polisi saya, adalah tidak menghormati atau mengiktiraf sesiapa yang telah dilantik sebagai Ketua Kampung atau ahli jawatankuasa kampung/taman atau Majlis Perbandaraan sebab jika kita terima perlantikan tersebut, ianya bermaksud bahawa secara tak langsung kita bersetuju dengan sistem 'perlantikan' tersebut.

Reformasi - mestilah bererti demokrasi tulin - etinya kepimpinan/wakil rakyat semua tahap adalah hasil pemilihan rakyat.


Umno Mentakab masih amalkan politik sempit
Basiron Abdul Wahab
Tue | Jul 22, 08 | 3:03:17 pm MYT

MENTAKAB 22 Julai (Hrkh) - Barisan Nasional (BN) masih meneruskan amalan politik sempit yang dibenci rakyat walaupun parti itu ditolak sebahagian besar rakyat dalam pilihan umum ke-12 lalu.

Jika dahulu parti itu akan bertindak terhadap sesiapa sahaja (rakyat) yang dianggap tidak menyokongnya dengan cara menarik subsidi dan sebagainya, kini tindakan serupa masih diteruskan.

Kes terbaru berlaku di Kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Mentakab, apabila sebahagian besar Ahli Jawatankuasa lama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Sektor Taman Bukit Cermin termasuk ketuanya tidak dipilih semula.

Sebaliknya Ketua Penaja Umno Cawangan kampung tersebut dilantik sebagai ketua baru sektor rukun tetangga berkenaan.

Difahamkan surat perlantikan ketua sektor rukun tetangga dan ahli jawatan kuasa baru disampaikan secara sulit pada 15 Julai lalu di rumah ketua Umno cawangan berkenaan.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh bekas ketua KRT berkenaan, Zainal Abidin Daud, 54.

Menurutnya, perkhidmatannya sebagai Ketua KRT berkenaan telah tamat pada 31 Disember 2007 lalu, bagaimanapun beliau mesih meneruskan khidmatnya kepada masyarakat sebagai tanggung jawabnya kepada orang ramai.

Beliau mengaku tidak mengetahui adanya perlantikan baru dibuat oleh Jabatan Perpaduan Rakyat sehingga dimaklumkan oleh seseorang mengenai adanya majlis penyerahan surat perlantikan kepada kepimpinan baru KRT baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan yang dibuat oleh Penolong Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dalam isu perlantikan jawatan KRT baru tidak menepati ciri-ciri perpaduan tetapi akan memecah belahkan perpaduan penduduk.

Ini kerana penglibatan jawatankuasa lama KRT sudah sinonim dengan penduduk, malah KRT berkenaan muncul Naib Juara di antara KRT di Pahang pada tahun lalu.

Malah katanya, walaupun jawatan KRT telah tamat pada hujung tahun lalu, beliau dan rakan-rakan tetap bertugas sebagaimana biasa menunjukkan komitmen mereka terhadap penduduk.

"Bagaimanapun kami tidak dipilih semula untuk meneruskan khidmat, surat perlantikan jawatankuasa baru ini ditanda tangani sendiri oleh Pengarah KRT Temerloh iaitu Pegawai Daerah Temerloh, bukannya oleh Penolong Pengarah KRT Temerloh iaitu pegawai Jabatan Pepaduan Negara sahaja sebagaimana mana lazimnya.

"Pelik jugalah perlantikan Jawatankuasa KRT Bukit Cermin ini kerana dilantik sendiri oleh pegawai Daerah," sinisnya.

Zainal Abidin yang juga seorang ahli Umno menyifatkan perlucutan jawatanya sebagai pengerusi KRT dibuat kerana sikapnya yang tidak memihak kepada BN dalam pilihan raya umum lalu.

"Saya raikan semua calon pilihan raya, BN datang saya raikan, pembangkang datang saya raikan juga, saya tidak tahu rupanya mereka tidak suka begitu.

"Saya ingat pilihan raya ini suatu medan terbuka bagi rakyat membuat pilihan, apa salahnya jika diraikan semua calon yang bertanding, namanya pun pilihan raya ia mesti dilayan secara adil kepada semua calon," ujarnya.

Beliau menyifatkan pemecatannya sebagai pengerusi KRT sebagai suatu tindakan yang tidak adil dan cuba memecah belahkan perpaduan penduduk.

Beliau mengaku ramai penduduk di situ menyokongnya sebagai pengerusi KRT tetapi perlantikan pengerusi dan jawatankuasa KRT tidak buat melalui mesyuarat agong menyebabkan penduduk tidak dapat memilih ketua mereka sendiri. - mns_

Saturday, July 19, 2008

Cawangan UMNO sebulat suara menolak Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO

Nampaknya ahli UMNO mahu membuat pilihan mereka sendiri menegenai kepimpinan UMNO akan datang. Mereka tidak akan menerima kata pimpinan parti mengenai siapa yang akan jadi Presiden, sehingga bila dan siapa yang akan menjadi Presiden UMNO seterusnya.

UMNO bukan 'feudal' tetapi parti demokratik....dan Abdullah Ahmad Badawi bukan Sultan atau Raja, untuk memilih siapakan yang menaiki tahta pemerintahan selepas beliau, dan bilakah peralihan kuasa ini akan berlaku.

Sudah jelak ahli UMNO, yang telah dinafikan hak memilih sendiri pimpinan tertinggi parti UMNO sejak 1987..., dan kini mereka mahu sendiri mencalunkan mengundi dan memilih sendiri kepimpinan parti - Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden...

Itulah nampaknya pernyataan berani dan terbuka ahli UMNO cawangan KAMPUNG UBAI, sebuah cawangan di Negeri Pahang..
Bernama - Saturday, July 19

PEKAN, July 18 (Bernama) -- The Kampung Ubai Umno branch in the Pekan division last night passed a motion proposing Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak for the post of president in the party election in December. meeting which ended late last night and attended by 42 of the 123 branch members.

The Kampung Ubai branch was the first branch to meet in Pahang and also the first to nominate Najib, who is the Pekan Umno division head and Member of Parliament, to contest the post of Umno president...." - Yahoo Malaysia News, 19/7/2008 - KAMPUNG UBAI BRANCH NOMINATES NAJIB FOR UMNO PRESIDENTCY


Cawangan UMNO ini, daripada divisyen Pekan (iaitu divisyen Najib Razak sendiri), telah membuat keputusan SEBULAT SUARA bahawa mereka mahu Najib Razak sebagai Presiden UMNO yang akan datang -- bukan lagi Abdullah Ahmad Badawi.

Kita menunggu sahaja reaksi daripada cawangan-cawangan, dan seterusnya Divisyen-divisyen UMNO - adakah mereka juga akan menunjukkan keberanian yang sama ... atau saperti biasa, mereka akan menurut kata pemimpin sahaja...

Apa pula tindakan Najib Razak - adakah dia akan membenarkan ahli bersuara secara bebas menyatakan pilihan mereka - atau adakah dia akan menghalang kebebasan ini.

Adakah Najib Razak akan keluar menyatakan bahawa dia taat kepada Abdullah Ahmad Badawi, janji mereka berdua mengenai peralihan kuasa bulan Jun 2010....dan mungkin juga memberi jaminan kini bahawa Divisyen Pekan akhirnya akan mencalunkan Abdullah sebagai Presiden dan Najib sebagai Timbalan...

Kita tunggu sahaja....