Monday, November 28, 2011

Demokrasi ala BN bukan Demokrasi sebenar - MP/ADUN mesti ada kebebasan bersuara dan mengundi

Demokrasi di Malaysia? Taksiran kerajaan Barisan Nasional mengenai demokrasi adalah hak rakyat untuk memilih wakil rakyat setiap 4 atau 5 tahun, dan itu sahaja. Selepas itu, siapa yang mendapat majoriti kerusi di Dewan Rakyat akan memerintah ...and buat apa yang mereka suka - tanpa rujuk balik kepada rakyat atau mendapat pendapat rakyat...

Wakil Rakyat -  selepas di pilih mewakili rakyat sebenarnya tidak dapat berfungsi lagi sebagai wakil rakyat - tetapi hanya sebagai wakil Barisan Nasional atau wakil Perdana Menteri. Oh ya - wakil rakyat, menurut fahaman Barisan Nasional,  tidak ada kebebasan berfikir atau berpendapat atau mengundi. Ahli Parlimen Barisan Nasional HARUS menyokong semua yang kerajaan menyatakan atau membentangkan...TIDAK boleh juga menerima atau menyokong hujahan yang dibentangkan oleh ahli Parlimen pembangkang yang bertentangkan dengan pendirian kerajaan. Jadi, apa guna debat - kerana Wakil Rakyat BN terpaksa mengundi sapertimana BN atau PM mahukan... Walaupun mereka yakin dengan bantahan pihak lain, mereka terpaksa mengundi sapertimana PM Najib mahukan ---- Walaupun rakyat yang memilih mereka bertantangan pendapat dengan kerajaan BN, wakil rakyat BN tidak boleh mewakili pendapat rakyat tetapi terpaksa mengundi apa yang PM atau BN mahu mereka melakukan. Ini bukan DEMOKRASI - dan harus berlaku reformasi atau transformasi dalam pemikiran wakil rakyat, di mana mereka, selaku wakil rakyat sebenar, harus diberikan kuasa dan hak untuk berhujah secara bebas, dan juga mendundi secara bebas... bukan sapertimana di arahkan PM atau Barisan Nasional atau UMNO (Perkara sama mesti juga dipraktiskan oleh pembangkang...)

Dalam pemilihan calun, apa yang diperlukan adalah calun yang berupaya memikir, bertanya soalan perlu dan berkempen jika perlu... , berdebat dan melakukan apa yang betul dan adil menurut pendapat mereka menurut pendapat rakyat...bukan hanya secara 'bodoh' mendengar arahan bos parti. Seorang ketua parti politik bukan semestinya calun terbaik menjadi wakil rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Sifat dan kelayakkan berlainan diperlukan.... 

Seorang wakil rakyat juga harus ingat bahawa beliau hanya WAKIL rakyat bukan pemimpin yang setelah dipilih tidak lagi perlu mendapat pendapat dan 'arahan' rakyat. 

Seorang wakil rakyat mesti sentiasa berurusan dengan rakyat setempat - mendapat pendapat dan arahan mengenai apa yang perlu dilakukan di Parlimen atau DUN. Semua Bil/Rang Undang-Undang harus di bincang dengan rakyat. 

Struktur yang dicadangan:-

Perwakilan rakyat kawasan Parlimen A
- Ahli mungkin wakil parti-parti dan rakyat setempat

Sekarang masalahnya adalah bahawa yang terpilih menjadi wakil rakyat banyak masa sukar dihubungi - Jika lihat laman Parlimen Malaysia, alamat e-mel ramai Wakil Rakyat pembangkang pun salah atau luput - jadi bagaimana rakyat berhubung dengan wakil rakyat mereka??? Sama saperti wakil rakyat BN....


 

Tuesday, September 20, 2011

Wang dibelanjakan tetapi bukan untuk apa yang diperlukan rakyat

Banyak wang telah dibelanjakan untuk membina batu-batu penghiasan mengandungi motif ikan patin di banyak lokasi di Temerloh ...tetapi, saya berpendirian wang yang telah dibelanjakan seharusnya digunakan untuk:-

a) Membina 'bus-stop' dilokasi-lokasi yang kini tidak mempunyai bus-stop - saperti jalan dari Mentakab ke Temerloh - dari depan jalan masuk kem Batu 3 - Petronas - sehingga simpang 4, di mana sekurang-kurang 2 'bus-stop' diperlukan. Banyak lokasi lain juga memerlukan 'bus-stop' sedemikian yang mempunyai perlindungan dari hujan/panas...

b) Fly-Over...jejantas daripada pusat kesihatan mentakab/dahulu hospital mentakab menyeberang jalan - semua atap 'fibre' yang memberi perlindungan kepada pejalan kaki dari hujan dan panas matahari sudah lama rosak dan nampak sangat teruk tidak lagi diperbaiki....tolong belanjakan sedikit wang memastikan bahawa ada sekurang-kurangnya atap untuk memberikan perlindungan daripada hujan - kalau tak mampu - pasang 'zinc' pun memadai...

c) Di sebelah/sekeliling Dewan Mentakab - jalan sudah rosak dan kini banyak lobang -  tak banyak wang diperlukan untuk letak simen dan besi tutup jalan yang baru. Sudah berkali-kali, jalan itu di tar tetapi lubang tidak diperbaiki...

d) Kawasan berbola besar tepi sungai Temerloh - TAMAN ESPLANADE...kenapa tidak dipastikan selalu nampak cantik... (Apa kata kita adakan aktiviti minguan - munkin malam Ahad di mana orang ramai digalakkan datang memancing dan berlepak di sana bersama keluarga - di Kuantan ini sudah dilakukan ... kenapa tidak di Temerloh)...

Saya sangat berminat melihat akaun Majlis Perbandaran Temerloh - berapa yang ada dan bagaimanakah ianya dibelanjakan untuk kebaikkan rakyat daerah Temerloh... Kenapa ia tidak diterbitkan dalam laman Majlis Perbandaran Temerloh? 


Sunday, September 4, 2011

Sistem M-P, tak perlu pihak ketiga pemungut tol pekerja...

Di parlimen, ada sebuah pindaan Akta Kerja 1955, yang jika diluluskan akan melemahkan pekerja dan kesatuan pekerja, serta membawa kepada ketidak-adilan.

Untuk sesuatu hubungan pekerjaan yang adil, ia mestilah satu perhubungan terus di antara majikan (pemilik/pengusaha kilang, ladang atau tempat kerja) yang memerlukan pekerja, DAN pekerja itu sendiri. 

MAJIKAN (pemilik/pengusaha tempat pekerja) - PEKERJA
(M-P)

Kini, di Malaysia, kerajaan BN Malaysia untuk beberapa tahun telah membenarkan satu entiti baru, yang dikenali sebagai "outsourcing agent/company", di mana permit saperti A.P. sebelum ini mungkin telah diberikan kepada kroni-kroni tetapi ini hanya dakwaan sahaja yang memerlukan penyiasatan lebih untuk mendedahkan kebenaran atau kepalsuan alegasi ini.

MAJIKAN (pemilik/pengusaha...) - OUTSOURCING AGEN - PEKERJA
(M-O-P)

Mungkin pada asalnya, 'outsourcing ejen' ini tidak dimaksudkan untuk dijadikan (atau terus kekal sebagai) majikan pekerja yang dibekalkan kepada MAJIKAN sebenar.... tetapi keadaan ini telah berlaku - dan kerajaan BN telah berdiam diri dan tidak membenteras aktiviti, yang saya percayai adalah perlanggaran undang-undang sedia ada, dan kini kerajaan BN mahu pula meminda Akta Kerja sedia ada untuk menghalalkan sesuatu yang kini haram bercanggah dengan undang sedia ada.

Dalam situasi M-O-P, majikan[M] akan membayar katakan RM60 kepada Outsourcing Ejen[O], yang akan mengambil bahagian mereka dan membayar pekerja[P] RM20. Jika pekerja bekerja untuk M overtime, atau kerja cuti am,... M akan membayar O lebih dan O akan membayar P lebih. Ini seakan-akan sistem TOL untuk pekerja, di mana pembayaran yang diterima oleh tukang tol adalah biasanya 2 kali lebih gaji harian pekerja. 
Dalam sistem M-O-P - pekerja bukan di anggap sebagai 'employee' M - dan oleh itu tidak ada hak menyertai kesatuan pekerja di M, atau melibatkan diri dalam 'collective bargaining' atau mendapat apa-apa faedah daripada 'collective agreement'. 

Dalam sistem M-O-P, M tidak akan lagi mempunyai apa-apa obligasi atau tanggungjawab sebagai majikan.

Masalahnya, O tidak ada kuasa atau kawalan mengenai cara kerja atau tempat kerja atau masa kerja, di mana ini bermakna pekerja sukar meminta apa-apa perbaharuan keadaan kerj dan hal perkara kerja. Itu salah satu sebab mengapa saya membantah O diberikan status majikan pekerja yang kerja di kilang M - M harus menjadi majikan.

O sebenarnya tidak ada tempat kerja atau kerja sendiri untuk pekerja - mereka hanya dalam industri membekal pekerja, di mana mereka ,membekalkan beberapa pekerja untuk kilang ini, dan beberapa pekerja untuk kilang itu, beberapa pekerja untuk ladang ini, dan beberapa pekerja untuk restoran ini - maka, bagaimana pekerja O ini boleh berjumpa satu sama lain, dan menubuhkan kesatuan(union) sendiri - bagaimana boleh mereka bincang hal perkara pekerjaan kerana (1) O tidak ada kawalan tempat kerja atau keadaan kerja, (2) semua pekerja O mempunyai situasi kerja berlainan - amat sukar untuk mereka bersatu dan berbincang dengan majikan mereka ini untuk isu gaji, shif kerja, masa kerja dan lain-lain isu berkaitan kerja (3) secara otomatis, mereka akan kehilangan hak terus menjadi ahli kesatuan pekerja peringkat negeri, region atau nasional kerana - mereka ini akan di anggap pekerja sekto mana? 
O mula-mula hanya berurusan dengan pekerja migran - tetapi kini berurusan dengan juga pekerja tempatan...

Jika pindaan akta dibenarkan, 
a) Pembekal pekerja akan dijadikan majikan - adakah ini 
b) Tol Pekerja akan menjadi realiti - RM40 sehari untung dari satu pekerja,,...untuk 2 juta pekerja migran, RM80 juta sehari...jika ditambah pekerja tambahan - keuntungan boleh mencapai RM160 juta...atau lebih sehari. Itulah sebab kroni yang berjaya mendapat permit dan kelulusan perlu akan untung besar... (kini untuk pendaftaran 'biometrik' pekerja asing, tidak salah untuk kita menyatakan bahawa ramai O mendapat 'business baru' - )
c) 1 Kilang tetapi semua pekerja bukan 'employee' kilang - maka kuasa 'Trade Union' atau pekerja untuk bersatu dan berjuang untuk mendapatkan gaji lebih baik atau keadaan kerja lebih baik aan secara otomatis dilemahkan.. atau terus dimusnahkan...
d) Diskriminasi akan berlaku ditempat kerja - kerja sama tapi gaji/faedah berlainan...

Apa yang sangat merunsingkan adalah pihak pimpinan gerakan pekerja nampaknya terlalu senyap .... kali ini. Pada tahun lepas, apabila kerajaan BN cuba pindaan yang sama pada pertengahan tahun 2010 - banyak protest sehingga cadangan pindaan tersebut ditarik balik pada bulan Oktober 2010.. Pada Jun 2011, usaha kali kedua kerajaan BN membawa pindaan hampir sama tidak mendapatkan tentangan sama daripada MTUC, gerakan pekerja, pihak parti pembangkang, dsb...Mungkin ada protes, tetapi kali ini pihak media telah diberikan 'arahan' untuk jangan memberikan ruang...

Saperti perhimpunan untuk hak mendapatkan pilihanraya yang bebas dan bersih - mungkin perlu himpunan pekerja kini dan akan datang untuk memaklumkan kepada kerajaan BN apa pendapat rakyat mengenai syor pindaan undang-undang yang memihak majikan ini, yang hanya membantu 'outsourcing ejen' dan 'TOL PEKERJA'...

Kami tidak mahu satu kilang - dan ramai majikan, di mana ini akan berlaku jika sistem M-O-P dibenarkan wujud. Kita mahukan sistem M-P, tak perlu pihak ketiga pemungut tol pekerja...


SATU KILANG SATU MAJIKAN SATU KESATUAN PEKERJA

Monday, July 18, 2011

Ragut - Syabas kepada penduduk Temerloh bertindak cepat..

Pada jam lebih kurang 10.50 pagi, saya di disimpang mahu naik ke Pusat Kesihatan Mentakab, apabila tiba-tiba nampak seorang perempuan melayu diheret ke tengah jalan oleh seorang pemuda (Melayu nampaknya), bertopi keledar yang memegang hand-bag hitam perempuan tersebut, sambil memegang sebilah pisau (kalau tak salah). Lampu trafik merah pada masa itu. Perempuan itu juga seorang penunggang motosikal.

Apa yang dibanggakan adalah tindakan rakyat Temerloh yang lain di lampu trafik itu yang bukan sahaja membunyi hon tetapi memandu kereta mereka(bukan satu tetapi beberapa) cuba menghalang insiden tersebut. Rakan pencuri tersebut yang membawa motosikal di tekan bergerak kehadapan - dan sebuah kenderaan lain juga bergerak cuba menghalang motosikal ini sehingga melanggarnya di bahagian depan.  Pemandu motosikal yang motornya dihalang telah meninggalkan motor ditempat kejadian dan lelaki yang merampas beg itu terpaksa melarikan diri. Beg tersebut telah dicuri. Akibat tindakan pembawa-pembawa kereta-kereta tersebut, yang telah bertindak dengan berani dan tanpa mengira kerosakan yang bakal dialami kenderaan mereka, syabas harus diucapkan.

Saya biasa melihat pembawa motosikal yang lain bertindak tetapi ini adalah kali pertama saya melihat pembawa kereta bertindak. Jika di Kuala Lumpur atau pekan besar, saya percaya orang yang tidak terlibat, khususnya pembawa kereta akan jarang bertindak dan akan tengok-tengok sahaja. Syabas lagi kepada rakyat Temerloh ini.

Saya ke hospital membawa emak saya dan bila saya pulang ke tempat kejadian, lebih kurang 5 minit kemudian, polis (2 orang polis trafik) sudah pun berada ditempat kejadian - syabas kepada polis yang cepat bertindak dan sampai cepat di tempat kejadian.

Wanita mangsa nampaknya tidak cedera teruk - nampak berjalan-jalan. 

ISU: Mengapa kini terdapat banyak kes ragut, kecurian - di mana kebanyakkan masa adalah orang Malaysia? Satu sebab adalah kerana tidak boleh dapat kerja - atau mungkin ada kerja pun gaji tak cukup... Kerajaan BN mesti menyedari hakikat ini, dan (1) memastikan gaji minima dijadikan kenyataan sekarang - sekurang-kurang pada tahap gaji minima, (2) Berhenti kenaikan harga barangan, ASTRO, bekalan letrik,... yang memberikan tekananan tambahan kepada rakyat yang sudahpun menderita kesempitan wang, (3) berhentikan amalan membenarkan  'outsourcing agent" dan pihak ketiga yang mencari pekerja dan menjadi 'majikan' untuk pekerja-pekerja yang kerja dikilang dan tempat kerja yang lain - kekalkan majikan harus merupakan kilang, ladang atau tempat bekerja - dan bila mengambil pekerja biar sebagai pekerja kekal - bukan pekerja sambilan ...bukan pekerja kontrak jangka pendek, dan (4) berhentikan amalan membenarkan majikan dan/atau ejen dengan senang mengambil dan mengunakan pekerja asing bergaji rendah tanpa mula-mula memastikan rakyat tempatan yang mencari kerja diberikan peluang pekerjaan ini dengan gaji yang adil. Dahulu, majikan, sebelum dibenarkan mengambil pekerja asing perlu membuktikan bahawa usaha telah dilakukan mencari pekerja tempatan - kena buktikan ada iklan mencari kerja, sama ada ada orang yang memohon, dsb... kini ejen dibenarkan mencari 500, 1,000, 1,500 - di mana ini tidak mungkin kerana biasa kehendak pekerja di sesuatu tempat kerja adalah 237, 19, 56....
Masalah peningkatan kes ragut, curian ...adalah bukti kegagalan kerajaan BN, yang harus menumpukan perhatian kepada keadaan orang-perseorangan, keluarga dan insan biasa di Malaysia - bukan sahaja syarikat besar dan projek besar...

Wednesday, July 6, 2011

Keamanan ala Najib (dan BN) tanpa asas keadilan dan hak asasi bukan apa yang rakyat mahukan

Jika Najib majikan di sebuah syarikat - beliau tidak mahukan pekerja berkesatuan atau bersatu. Beliau tidak akan membenarkan apa-apa aktiviti penyebaran maklumat di antara pekerja. Beliau akan melantik sendiri kroni menjadi wakil pekerja, dan akan hanya berurusan dengan wakil pekerja lantikan beliau - bukan wakil pekerja pilihan semua pekerja kilang. Beliau akan memahukan 'keamanan' - yang bermaksud semua pekerja harus diam-diam kerja sahaja, dan menumpukan perhatian kepada kerja sahaja. Beliau tidak mahu pekerja merunggut - atau meminta apa-apa hak, faedah pekerjaan, perubahan keadaan tempat kerja, ... Terima sahaja apa yang diberikan majikan, dan kerja dengan baik dan aman demi kepentingan kilang (dan keuntungan majikan di mana ini tidak akan dinyatakan tetapi adalah jelas)

TETAPI, Najib bukan majikan kilang, tetapi Perdana Menteri Malaysia, di mana Malaysia adalah sebuah negara demokratik, bukan sebuah negara di bawah 'diktator' dan bukan negara 'feudal'. Tetapi, malangnya cara Najib dan kerajaan BN mentadbir negara bukan cara bagaimana sebuah negara demokrasi ditadbir.

Keamanan yang dikehendaki Najib bukan 'keamanan" sebenar - tetapi 'keamanan' palsu yang mahukan rakyat diam sahaja, jangan mengritik, jangan mengeluarkan pendapat bercanggahan dengan kerajaan,....terima sahaja apa yang kerajaan memberikan. Ini adalah 'keamanan' sama yang seorang 'diktator' atau kerajaan feudal mahukan. Ini adalah 'keamanan' supaya kedudukan yang memerintah tidak akan dicabar. Ini adalah keamanan yang tidak mendahulukan rakyat - tetapi mereka yang berkuasa dan kroni mereka.

Keamanan sebenarnya mestilah berasaskan keadilan dan hak asasi. Bila terdapat keadilan dan hak asasi rakyat, maka akan adanya keamanan sebenarnya.

Berhenti memperdayakan rakyat dengan mengunakan perkataan "keamanan" apabila


Pergerakan rakyat -lwn- Najib dan kerajaan BN - Najib ada kuasa menyelesaikannya

Kerajaan  BN pimpinan Najib telah melakukan kesilapan besar apabila bertindak menentang pergerakkan rakyat Malaysia yang prihatin dan yang mahukan sistem pilihanraya di Malaysia menjadi lebih 'bebas dan adil" (free and fair election) di mana pergerakkan ini digelar "BERSIH 2.0"

Pergerakkan rakyat ini nyata bukan sesuatu yang dipimpin atau dimulakan oleh pihak pembangkang - tetapi oleh masyarakat umum, yang terdiri daripada kumpulan-kumpulan masyarakat awam(civil society), NGO - di mana pihak yang menyeleraskan program (bukan memimpin) adalah bukan sama sekali mereka daripada parti politik pencabar kuasa politik UMNO dan parti-parti BN yang lain.

Isu yang dibawa mereka nyata bukan satu isu  'sensitif', berunsur perkauman atau agama tetapi sesuatu isu am dan berprinsip, iaitu hasrat bahawa sistem pilihanraya di Malaysia harus di jadikan lebih baik dan lebih adil - di mana ini adalah isu yang seharusnya Najib dan BN juga menyokong. Malangnya, respon BN telah menimbulkan tanda tanya di dalam minda mereka yang sebelum ini tidak mengambil pendirian. Mengapa kerajaan BN membantah tuntutan ini? Mungkinkah apa yang yang diperjuangkan oleh kumpulan rakyat ini benar, di mana sistem pilihanraya di Malaysia sememangnya kurang adil - adakah BN yang sekarang memerintah akan memerintah jika sistem pemilihan adalah adil. Keengganan pihak BN menerima pendapat pejuang pilihanraya bebas dan adil telah secara langsung atau tidak langsung mengugat kedudukkan Najib dan BN sendiri - kerana ramai sudah mula memikirkan bahawa hakihat mereka masih memerintah - bukan lagi kerana mereka mempunyai sokongan majorii - tetapi kerana mereka telah memanipulasikan sistem pilihan untuk memastikan kemenangan terus BN di Malaysia.

Adakah jika semua rakyat boleh memilih terus siapakah yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia, saudara Naib akan dipilih? Kemungkinan besar tidak..

Apabila kita melihat berita TV, radio dan suratkhabar utama, kita melihat bahawa Najib dan BN senang sekali boleh mengadakan perhimpunan besar-besar dengan rakyat - tetapi pihak lain, saperti parti pembangkang atau NGO atau kumpulan rakyat tidak boleh berbuat demikian.

Nyata BERSIH 2.0 mempunyai sokongan ramai - dan (A) hasrat utama mereka adalah supaya pendapat mereka didengar semua dan dipertimbangkan, (B) bahawa rakyat Malaysia sedar bahawa pendapat ini bukan pendapat beberapa orang sahaja tetapi pendapat ramai penduduk Malaysia, ... di mana satu cara cara bagaiman mencapai hasrat (B) adalah dengan perhimpunan besar-besaran yang aman yang secara jelas akan membuktikan ini. Kalau tidak, pihak Najib dan BN akan dengan senang menyatakan bahawa ini hanya pendapat segelintir sahaja - bukan pendapat disokong ramai di Malaysia.

Mereka yang memanggil kempen ini "BERSIH 2.0", pada mulanya mahu mengadakan perarakkan rakyat daripada Kuala Lumpur berjalan secara aman terus ke Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung.

Ingin dinyatakan bahawa hak berhimpun secara aman adalah satu hak asasi yang diiktiraf, juga terkandung di dalam perlembagaan Malaysia. Malangnya, kini wujud satu undang-undang yang menyatakan bahawa hak ini memerlukan kebenaran pihak polis, di mana undang-undang ini harus segera dimansuhkan. Hak asasi seharusnya tidak dibelenggu dengan syarat perlu mendapatkan kebenaran pihak polis. Kehendak  bahawa niat mengadakan perhimpunan awam dimaklumkan kepada pihak polis mungkin adalah wajar - tetapi bukan untuk mendapatkan kebenaran polis. Setelah dimaklumkan, polis boleh memastikan hak ini dilaksanakan dengan memastikan tidak ada yang mengacau mereka yang mahu melaksanakan hak ini, memastikan perjalanan perarakkan ini dilakukan dengan teratur - mungkin dengan memastikan semua berjalan di tepi jalan (atau mungkin lorong tepi jalan), mungkin dengan menutup jalan beberapa minit membenarkan perarakkan berlalu, ... (Semua ini biasa dilakukan untuk perarakan kebumian, juga perarakan agama, juga acara sukan, juga perarakkan 'merdeka', juga apabila ada mesyurat besar-besaran diadakan... dan bukan sesuatu yang tidak boleh dilakukan oleh pihak polis)

Malangnya, di dalam keadaan ini, polis (atau sebenarnya Najib dan kerajaan BN) tidak mahu berbuat demikian - dan halangan demi halangan diletak untuk menghalang perhimpunan aman ini dan perararakan aman ini untuk pergi berjumpa Yang Di Pertuan Agung.

Kini "BERSIH 2.0" telah diharamkan sejak 1/7/2011, ramai yang berkempen untuk mendapatkan sokongan untuk pilihanraya bebas dan adil serta acara yang dicadangkan telah ditangkap dan ditahan dan juga dituduh di Mahkamah, 6 juga telah ditahan di bawah undang-undang tanpa bicara saperti ISA, media massa digunakan untuk memburukkan nama dan tujuan pergerakkan ini serta juga menakutkan orang ramai supaya tidak memberi sokongan kerpada kausa ini,...

Yang Di Pertuan Agung telah baru-baru ini menyatakan kerisauan mengenai perhimpunan dijalan, di mana setelah mengadap dihadapan Yang Di Pertuan Agung, pihak BERSIH berkompromi besar dan bersetuju untuk tidak mengadakan perhimpunan jalanan dan menerima cadangan Najib untuk mengadakannya di Stadium. Najib kata boleh asalkan aktiviti ini dijalankan secara aman.

TETAPI selepas itu keluarlah syarat-syarat baru dan halangan tambahan - 
(1)  kena mendapat kebenaran polis, 
(2)  BERSIH 2.0 masih diharamkan
(3) Stadium di Kuala Lumpur tidak mahu diberikan oleh pihak pentadbiran Stadium (kononnya);
(4) Penahanan dan pertuduhan mereka yang dikatakan terlibat dengan BERSIH masih berterusan,
(5) Media massa masih digunakan untuk memburukkan BERSIH

Nampaknya perutusan dan niat Yang Di Pertuan Agung langsung tidak dihormati oleh Najib dan kerajaan BN..

Nampaknya, BERSIH yang sudah berkompromi besar menyahut kehendak Yang Di Pertuan Agung telah kini 'tertipu' oleh Najib dan kerajaan BN.

Acara cadangan sepatutnya diadakan pada 9/7/2011 - Apa yang akan berlaku kita tidak tahu lagi? Harap semua berjalan secara aman tanpa kekerasan dan penindasan..

Saya tidak tahu apakah niat sebenarnya Najib dan kerajaan BN - adakah niat mereka sengaja mahu menyebabkan kekacauan? Sungguh senang kini, untuk membukan Stadium Merdeka dan membenarkan penyokong gerakan mahukan pilihanraya bersih dan adil berhimpun di sana  beberapa jam - selepas itu membenarkan satu delegasi kecil (mungkin 25 - 40 orang) pergi ke Istana menghantar memorandum. 

Masalah kini adalah kemungkinan besar berpuluhan ribu, yang sudah lama membuat perancangan (beli tiket, dsb...) sudah mula bergerak ke Kuala Lumpur untuk acara ini tetapi Najib (dan kerajaan pimpinannya) menyebabkan keadaan tidak pasti dan kelam kabut, ...

Kepastian diperlukan sekarang - kalau tidak saya risau. Najib harus segera membenarkan Stadium Merdeka digunakan...

Segera membebaskan mereka yang ditahan - segera menarik balik tuduhahan Mahkamah ... segera menurut niat Yang Di Pertuan Agung..

Jangan terus menaikkan kemarahan rakyat Malaysia...Hak asasi rakyat berhimpun secara aman - dan seterusnya hak rakyat menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agung harus bukan sahaja diiktifaf tetapi dihormati.

Buktikan bahawa slogan BN "Rakyat di utamakan..." bukan hanya slogan tetapi adalah benar-benar prinsip dan pendirian Najib dan kerajaan BN. 









Friday, June 10, 2011

HA Fernandez, Pusat Kesihatan Temerloh...meninggal dunia

My father, Fernandez HA of Temerloh, is no more but he will be remembered...

It is a sad day for my father just passed away at 3.30am (10/6/2011, Friday), and his funeral will be at the Our Lady of Perpetual Help Church, Church, Jalan Tanjong Kerayong, Mentakab at 3pm on Saturday(11/6/2011)

He was a great man, and he influenced me a lot to make me who I am today. A simple hospital assistant(now they are called Medical Assistant or then commonly known as "Dresser"), he worked for over 20 years at the Pusat Kesihatan, Temerloh. Before that he was in Triang, Kuantan and Frasers Hill for a while. After retirement, he was on contract working at the then Mentakab Hospital for some years.

He was ever willing to help anyone that came for help. Even after office hours, when the Dispensary was closed, he never once complaint whenever people came requiring medical treatment and/or assistance. It could even be 2 or 3 am, but he will uncomplainingly get up and go and provide the required medical care - and, if they needed to be sent to the hospital, he will call the ambulance and wait for it to come with the patients and only then come back to go to sleep.
Even when we were driving around, and he came across persons, most of whom were strangers, walking, he will stop and offer a lift. 

He did not see people based on their ethnicity or religion but as human persons. Your position or title did not matter to him. He played tennis with the HRH the Sultan of Pahang, and was a great sportsperson, winning even tennis competitions when he was past 50 years of age. In his younger days, he was a footballer, and at one time he was playing for the then famous Kampar Indians. His footballing career came to an abrupt end when he injured his shin badly - that required many stitches.(Well, this injury had an impact on me as my parents never encouraged me to play football - though I did  on the quite in the Padang Besar Temerloh. 

It is because of him that today I too see human persons as human being irrespective of the colour, ethnicity, religion or status. 

I have so much to be thankful to my father for he did educate me and nurtured me to also have positive values - and to help because it was the right thing to do - not for reward not for praises.

I am truly going to miss my father, who passed away at the age of 82 (but somehow, as it was common then, I believe that he was at least 85 as he often said that he was the same age as Dr Mahathir).

He may have retired some 20 over years ago, but interestingly many still do remember him. Even when I went to the police station to report his death, the officer there knew him - so did many others. People never forget his kindness...and his ever-willing to help attitude...and this is comforting. He may not be a 'Datuk' or got some titles from the government - but that does not matter to people, who show respect if you had lived your life as a good man. 

He is gone now - but his memories and his values will certainly live on in me, my siblings and the many others that have been touched by him especially here in Temerloh.