Tuesday, May 20, 2014
Wakil Rakyat dan rakyat Temerloh - perlu 'konsultasi' kalau mahu wakili rakyat Temerloh
DEMOKRASI - bukan hanya hak rakyat sekali 4 atau 5 tahun memilih MP dan ADUN - Bagaimana wakil rakyat boleh mewakili rakyat sekiranya tidak ada perbincangan, konsultasi,dsb sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sekali?
Bukan susah sangat, untuk adakan mesyuarat terbuka dengan rakyat Temerloh - mesyuarat di mana rakyat dapat mengemukakan isu Temerloh, perbincangan atau konsultasi mengenai pendapat dan pendirian rakyat Temerloh mengenai isu-isu semasa, 'konsultasi' --- Kita tak perlukan HANYA Taklimat di mana MP/ADUN datang cakap, dan kita semua 'dengar sahaja'....kita mahu wakil rakyat DENGAR suara rakyat...
Senang sekali, tetapkan tarikh, maklumkan kepada rakyat...dan kita akan datang..
Di mana? Kalau boleh, gunakan Dewan - kalau tidak boleh gunakan tempat di pejabat parti, pejabat MP/ADUN, rumah orang, dll - kalau kawasan Temerloh, boleh di adakan di beberapa tempat.... waktu malam hari kerja atau pada cuti akhir minggu... Publisiti...dan siapa minat, boleh datang.
Di sessi ini, peluang mesti diberikan kepada rakyat bersuara dan wakil rakyat dengar - perbincangan bersama ....mungkin boleh kita sampai kepada pendirian rakyat.... Wakil Rakyat boleh lapurkan mengenai apa-apa maklumat baru - dari Parlimen, DUN atau dari lain sumber...juga.
KOMUNIKASI DENGAN RAKYAT - MP/ADUN mesti ada Blog atau Laman Web Khusus untuk Temerloh - di mana bukan sahaja dimuatkan gambar foto aktiviti wakil rakyat, tetapi lebih penting maklumat perlu - isu yang telah ditimbulkan di Parlimen, respon ...soalan yang ditanya dan jawapan yang diterima (serta komen wakil rakyat?
Banyak soalan dikemukakan secara LISAN dan secara BERTULIS - malangnya Hansard (Minit Mesyuarat Parlimen) hanya akan memberikan maklumat mengenai soalan lisan dan jawapan - bukan SOALAN BERTULIS dan Jawapan yang diterima... Wakil Rakyat dikebanyakkan tempat kini simpan soalan dan jawapan ini seolah-olah RAHSIA MILIK PERIBADI dan tidak berkongsi dengan rakyat....Harap Wakil Rakyat di Temerloh tak berbuat demikian...
Twitter - bagus tapi terhad kerana hanya 'beberapa perkataan boleh dimuatkan dalam satu-satu Tweet.... lebih baik ada BLOG (percuma pun)
FB atau Facebook adalah cara lain berkomunikasi dengan rakyat Temerloh.... tapi pasti FB Khusus Wakil Rakyat ...bukan FB am PAS atau PAS Temerloh atau DAP atau DAP Temerloh atau UMNO atau MCA atau GERAKAN...
Kalau ada 'buletin cetak' yang boleh dihantar kepada semua rakyat lagi baik ...
Amalkan demokrasi - jangan lupa kamu 'WAKIL RAKYAT' - justeru perhubungan dan komunikasi sentiasa perlu.... Bagaimana mewakili rakyat jika tidak mengadakan perbincangan dengan rakyat dan tahu apa yang rakyat mahu, apa pendapat rakyat, dll ....jangan pula Wakil Rakyat menjadi Wakil Diri Sendiri Pula... atau hanya wakil parti politiknya ...dan bukan sama sekali wakil rakyat Temerloh...
Sunday, April 6, 2014
MP Temerloh harus mempunyai Blog atau Laman Web - FB dan Twitter tak memadai..
Ahli Parlimen perlu memiliki Blog atau Laman Web, di mana harus dimuatkan apa-apa informasi dan pendapat Ahli Parlimen mahu memaklumkan kepada warga Temerloh, yang beliau mewakili - malangnya carian internet tidak ada apa-apa Blog atau Laman Web terkini. Blog atau laman web perlu kerana senang sesiapa mencari maklumat berbanding dengan Facebook atau Twitter.
Belaiu ada Muka Facebook - https://www.facebook.com/ustaztantawi
(Jika dilihat 'Notes', kita lihat kenyataan media terakhir adalah pada bulan Disember 2011 - sudah mesti ada kenyataan media selepas itu, tetapi di mana?). Kenyataan Media adalah penting kerana ia tepat menyatakan apa sebenar kenyataan dibuat - kalau bergantung kepada lapuran media, nyata semua tidak akan dilapurkan, dan ada kalanya apa yang dilapurkan tidak sama dengan kenyataan yang dibuat...)
Beliau ada akaun Twitter - https://twitter.com/Tantawi100
- tapi akaun Twitter hanya boleh memuatkan beberapa perkataan setiap kali..
Apa yang harus terkandung dalam Laman Web atau Blog seorang Ahli Parlimen..
1 - Soalan-soalan yang dikemukakan di Parlimen,terutama soalan bertulis yang pada masa kini kita tidak akan tahu apabila lihat di laman Parlimen Malaysia. Yang tercatat kini hanya soalan lisan dan jawapan yang diberikan, yang boleh dilihat daripada pembacaan Hansard (rekod bertulis prosiding Parlimen)
2 - Jawapan kepada soalan yang dikemukakan khususnya jawapan kepada soalan bertulis.
3 - Petikan 'Hansard' supaya kita tahu apa yang MP kita telah berhujah di Parlimen - mungkin juga komen MP mengenai isu berkaitan. Jangan lupa, kita yang memilih ada hak untuk mengetahui apa yang berlaku
4 - Ringkasan isu yang timbul dalam hari persidangan Parlimen yang MP kita hadir. Jika tak hadhir, kenapa? Jika hadhir sekejap sahaja bukan semua prosiding dari mula ke akhir - mengapa? (di mana dalam keadaan ini bila MP tak ada, adakah wakil MP terus hadhir di Parlimen untuk mencatatkan apa yang berlaku....)
5 - Kenyataan Media MP - sebenarnya untuk setiap isu yang timbul harus ada kenyataan, setengah mungkin isu Temerloh, setengah mungkin isu nasional... Lim Kit Siang, sebagai contoh mengeluarkan sekurang-kurangnya 1 kenyataan media setiap hari (ada masa sampai 3), di mana ini biasa diedarkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina. Amalan ini mungkin harus diikuti oleh MP Temerloh.
6 - Pendapat atau artikel mengenai isu penting yang rakyat ambil perhatian dan memahami - kita semua tak faham banyak isu...di mana tugas wakil rakyat adalah bantu kita memahami isu tersebut, termasuk juga pendirian MP kita...
7 - Maklumat tentang aktiviti MP Temerloh...
Ya, MP Temerloh perlu 'transparent'..dan 'accountable'...
Saya telah meneliti informasi MP Temerloh di laman Web Parlimen - dan nyata cara menghubungi pakai talipon atau SMS sukar - di mana ini sememangnya cara rakyat menghubungi MP khususnya bila ada isu penting... MP tak ada masa nak jawap talipon ... di mana dalam keadaan itu berikan nombor talipon bimbit MP.
Email yang diberikan kini adalah emel 'ketua pemuda PAS' - lebih baik ada emel khusus untuk MP Temerloh atau pakai nama...
Perlu juga memberikan nombor faks...
Alamat rumah juga biasa bagus diberikan - kenapa kini hanya berikan alamat pusat komuniti sahaja?
Jadi, harap MP Temerloh segera mendapatkan Blog atau Laman Web peribadi atau sebagai MP Temerloh ...senang rakyat melawat dan mencari maklumat perlu...
| ||||||||||||||||||||||||||
Sunday, November 17, 2013
PERGINYA SEORANG PEJUANG TEMERLOH - HJ.SUHAIMI SAID - 6/11/2013
SIAPAKAH HAJI SUHAIMI SAID?
Mungkin ramai yang mengenali Hj Suhaimi Said. Selain menjawat sebagai
ketua Keadilan Cabang Kuala Krau, beliau juga menjawat Pengerusi Biro
Felda dan Orang Asal Pahang. Disini, saya coretkan latar belakang tokoh
yang berhati waja dan penuh inspirasi bagi anak muda.
Beliau telah dilahirkan di Kg Lubok Kawah, Temerloh, Pahang pada 8.12.1944. Tempat di mana ramai pejuang Negara muncul. Misalnya Allahyarham ayahahanda beliau sendiri adalah seorang pejuang didalam Angkatan Pemuda Insaf, sayap Pemuda kepada Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
Nama Lubok kawah merupakan sebuah kampong yang telah mengalami evolusi dan revolusi dalam dunia politik kerana kebanyakan penduduknya adalah pejuang-pejuang kebangsaan menuntut kemerdekaan. Akhirnya kampung ini disenarai hitam oleh kerajaan inggeris kerana kesemua penduduknya kecuali yang mempunyai anak kecil menyertai PKMM, API dan AWAS.
Sebelum menyertai Parti keadilan Rakyat, partama sekali yang beliau sertai ialah Parti Rakyat Malaysia, sebelum menyertai Parti Islam se-Malaysia dan akhirnya satu kesilapan besar menyertai UMNO. Hal ini telah diakui sendiri oleh beliau. Menurutnya UMNO hanya untuk golongan elitis dan kapitalis. Setelah Keluar daripada PRM kerana parti tersebut telah berpecah kepada dua kumpulan sebelum lumpuh disebabkan ramai ahlinya yang keluar. PRM Pahang lumpuh kerana terdapat tuduhan kepada presiden parti tersebut sebagai tali barut kerajaan,
Beliau mengakui sebagai “binatang” dalam politik kerana selepas keluar daripada PRM beliau menyertai PAS dan menumpukan kepada isu-isu felda iaitu hak pemilikan individu kepada setiap peneroka. Akhirnya ramai ahli Umno yang keluar parti dan menyertai PAS. Oleh kerana kesungguhan beliau untuk mengadakan Konvensyen Felda, akhirnya beliau ditahan dibawah ISA dan dibebaskan pada 1986 serta dibuang daerah ke Melaka.
Di Melaka beliau tidak duduk diam, beliau terus berjuang dan menubuhkan banyak cawangan cawangan PAS dan mewujudkan Pas Selatan-Selatan. Keadaan ini amat merunsing dan membimbangkan UMNO negeri Melaka. Maka sekali lagi beliau ditahan dibawah ISA dalam Operasi Lalang bersama 120 pemimpin parti pembangkang. Selepas 6 bulan kemudian beliau telah dibebaskan.
Selepas lama menyepikan diri, beliau kembali ke arena politik setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan dan menyertai Parti Keadilan Rakyat pada di rumah rumah saudara Nizam Hamid 27 November 2007 atas pelawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Saudara Nizam Hamid dan Dr Syed Husin Ali. Kemasukan beliau dalam KEADILAN setelah Bekas Timbalan Presiden Dr Chandra Muzaffar dan Marina Yusf tidak wujud lagi dalam parti ini.
Bermula Januari 2008, beliau memasuki Kuala Krau dan menubuhkan cabang Kuala Krau bermula ahli yang kosong hanya dibantu oleh saudara Razak Hussein, SuhaimI Abdullah dan seterusnya saudara Man Kadir (Abdul Kadir Abdul Manaf). Akhirnya ahli Keadilan cabang ini meningkat hampir 30 orang.
Sehingga kini cabang Kuala Krau mempunyai ranting-ranting di 10 buah perkampongan Orang Asal, dan di kampong-kampong tradisi Melayu yang dulunya langsung tidak boleh dihampiri seperti Kg Paya Luas, Kg Gong Halt, Kg Dato Sharif Ahmad, dan kami juga ada ranting di Felda Jenderak Utara, Kg Jenderak, Estet Sg Tekal, Tmn Seri Desa, dan keahlian PKR di DUN Jenderak kini sudah dapat mengatasi Cabang-Cabang PKR yang sudah tertegak hampir 10 tahun yang lampau. Kini kami membantu pula rakan-rakan PR khususnya PAS di Kuala Krau dengan menubuhkan ranting-ranting di Felda Jengka 22, Felda Jengka 11, Kg Matau dan Kg Rumpun Makmur
Dikalangan Orang Asal, Haji Suhaimi Said sangat terkenal kerana sikap peramah dan marhaen selau yang berkujung ke perkampung Orang hampir setiap minggu. Menurut Kin Kasim, Ketua ranting Kampung Penderas Haji Suhaimi Said adalah salah pemimpin Jahut dan Ustaz Badrul Amin berseloroh sebagai Batin Orang Asal Malaysia. Walaupun agak lucu gelaran tersebut tetapi yang nyatakan usaha beliau telah berhasil dan telah dihargai oleh Orang Asal bahkan rakyat Malaysia. - Sumber: Blog Biro Orang Asal KeadilanPahang

Wednesday, November 06, 2013
PERGINYA SEORANG PEJUANG TEMERLOH
PADA 6.11.13 DENGAN SEDIHNYA HJ.SUHAIMI SAID
SEORANG PEJUANG YANG SANGAT GIGIH DALAM MEMBELA NASIB GOLONGAN MARHIN
DAN BEKAS CALON PKR DUN JENDERAK TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH PADA
PUKUL 6.30 PETANG HARI SELASA 5.11.13 DAN JENAZAHNYA DI SEMBAHYANGKAN
DIRUMAHNYA BT.4 JALAN MARAN DENGAN DIIMAMKAN OELH YB.NASARUDDIN TANTAWI
AHLI PARLIMEN TEMERLOH (PAS) KIRA-KIRA LEBIH DARI 2,000 ORANG
MENZIARAHI JENAZAH BELIAU SEBELUM DISEMADI DI TANAH PERKUBURAN PAYA
PULAI CONTOH . BERIKUT GAMAB KENANGAN SEMASA JENAZAH DI USUNG DAN
ORANG RAMAI YANG MENZIARAHI JENAZAH BELIAU .BERITA OLEH US.ZAKARIA OMAR .
Sunday, February 17, 2013
NUBE tuntut adik Najib selesai isu pekerja CIMB
Nube tuntut adik Najib selesai isu pekerja CIMB
| Khairil Abdul Rahim, | 15 Feb 2013 |
Kumpulan Nube berhimpun di hadapan CIMB Temerloh hari ini hingga menarik perhatian banyak pihak.
TEMERLOH: Kira-kira 100 anggota National Union of
Bank Employees (Nube) dari seluruh negara hari ini mengadakan
perhimpunan aman di hadapan CIMB Cawangan Temerloh bagi mendesak Datuk
Seri Nazir Razak menyelesaikan beberapa tuntutan mereka.
Kumpulan yang diketuai Setiausaha Agung Nube, J.Solomon yang
berhimpun sekitar jam 11.45 pagi itu antara lain menuntut diberi
perhatian soal gaji, kebajikan dan faedah perubatan kakitangan CIMB
daripada kumpulan pengurusan diketuai oleh adik Perdana Menteri itu.
Dalam perhimpunan yang berlangsung selama 45 minit itu turut
dipamerkan beberapa sepanduk yang tertera mesej-mesej yang cuba
disampaikan kepada orang ramai yang secara kebetulan berhadapan dengan
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Temerloh.
Kebanyakan sepanduk tersebut ditujukan kepada pihak pengurusan CIMB
terutama kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Nazir Tun Razak.
Antara lain kelihatan sepanduk “Abang sulung janji ditepati, adik
bongsu janji dimungkiri”, “Adik PM menipu pekerja”, “CEO CIMB restu PMS
tipu ahli” dan “PM’s brother exploit workers”.
J.Solomon dalam ucapannya berkata, terdapat 27 aduan yang dituntut
pekerja di peringkat bawahan masih tidak dapat diselesaikan, malah tidak
diendahkan oleh pengurusan CIMB.
Menurutnya, beberapa tuntutan lain termasuk bonus kakitangan bawahan
gagal diselesaikan sedangkan pengurusan tertinggi menerima faedah yang
melampau.
“Antara kekecewaan lain termasuklah kes seorang kakitangan yang
sedang hamil empat bulan diherdik hingga pengsan kerana enggan mematuhi
arahan pihak atasan,” katanya.
J.Solomon berkata, mereka telah menjelajah ke seluruh Semenanjung
Malaysia bermula di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.
Menurutnya, Temerloh adalah destinasi kedua selepas Karak dan mereka
turut akan mengadakan himpunan aman selepas ini di Maran, Kuantan dan
Pekan.- Harakah Daily, 18/2/2013, Nube tuntut adik Najib selesai isu pekerja CIMB
Thursday, February 14, 2013
Thursday, February 7, 2013
Had Laju 60? Lampu Trafik untuk pejalan kaki
Apakah had laju daripada Mentakab ke Temerloh? 60 Km? Sukar diketahui kerana tak cukup papan kenyataan menyatakan had laju - tapi ada yang kata kini ramai yang telah kena saman kerana melampaui 60 Km...(atau melampaui 70Km sejam) - di mana ini sangat tidak munasabah. Kawasan bandar betul kalau kurang 70Km wajar - tetapi kalau sepanjang perjalanan tidak wajar...
Kadang-kadang terjumpa pula papan tanda menyatakan had laju 30Km se jam - tetapi selepas itu tidak ada papan menyatakan had laju baru...maka, haruskah kita bawa kereta pada kelajuan 30Km SeJam - lebih baik bawa basikal...
Pendapat saya adalah kelajuan jalan di antara Temerloh dan Mentakab harus 80 Km sejam - erti asal jangan melebihi 89Km se jam adalah wajar...
Apabila mengampiri simpang 3 atau 4, di mana kenderaan perlu masuk ke jalan Temerloh...Mentakab - letak sahaja lampu trafik - di mana kini ada teknoloji di mana ianya akan tukar jadi hijau hanya apabila ada kereta menunggu mahu masuk jalan utama ...
Lampu trafik untuk pejalan kaki - di hadapan semua sekolah...dan ditempat ada orang mahu melintas - lebih murah daripada membuat jejantas pejalan kaki - dan akan lebih selamat melintas jalan -- khususnya Jalan Temerloh Mentakab, di mana kenderaan cepat berjalan...
Kini, mahu seberang jalan pi klinik...pi Cowboy...pi Tunas Manja...pi TF di Mentakab ... sangat susah mahu melintas - kerana tidak ada lampu trafik untuk pejalan kaki...
Subscribe to:
Posts (Atom)