Friday, December 11, 2015

Deklarasi UN Human Rights Defender (Bahasa Malaysia) - Pejuang Hak Asasi

Adalah membangakan bvahawa Malaysia pada lebih kurang 27/11/2015 telah mengundi satu draf Resolusi  Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang mengiktiraf  Pejuang Hak Assasi(dalam Bahasa Inggeris, Human Rights Defender), yang secara otomatis juga menerimapakai Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 53/144, 9 Disember 1998, yang  nama singkatannya juga dikenali ramai sevagai "UN Human Rights Defender)

Terimakasih hasil usaha Education and Research Association for Consumer (ERA Consumer) kita ada penterjemahan Bahasa Malaysia Deklarasi UN 53/144. 9 Disember 1998.




At UN general assembly, Malaysia says yes to protection for human rights fighters - See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/at-un-general-assembly-malaysia-says-yes-to-protection-for-human-rights-fig#sthash.Gitsv9Wn.dpuf


Resolusi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 53/144, 9 Disember 1998
 

Perisytiharan Hak dan Tanggungjawab Individu, Kumpulan dan Organisasi dalam Memupuk dan Melindungi Kebebasan dan Hak Asasi Manusia Diiktiraf Sejagat

 
Menekankan bahawa semua masyarakat antarabangsa perlu memenuhi, secara individu atau berkumpulan, tanggungjawab dalam memupuk dan mendorong kepada penghormatan terhadap hak dan kebebasan asasi manusia setiap orang tanpa melihat kepada perbezaan dari kaum, warna kulit, jantina, bahasa, agama, pandangan politik dan lain-lain, asal-usul keturunan atau sosial, kekayaan, kelahiran atau status lainnya; menegaskan kembali kepentingan kerjasama antarabangsa untuk memenuhi tanggungjawab sesuai dengan Piagam Pertubuhan BangsaBangsa Bersatu.


Mengakui peranan penting kerjasama antarabangsa dan hasil kerja dari individu dan kumpulan dalam memberi
sumbangan terhadap penghapusan berkesan pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia individu dan masyarakat, termasuk yang berkaitan dengan pelanggaran seperti apartheid, semua bentuk diskriminasi perkauman,kolonialism, dominasi atau pendudukan asing, kekerasan atau ancaman terhadap kedaulatan bangsa, perpaduan atau integriti wilayah, dan dari penolakan untuk mengakui penentuan sendiri (self-determination) dan hak rakyat untuk menentukan kedaulatan ke atas kekayaan dan sumber alam negaranya,

Mengakui perhubungan antara keamanan antarabangsa dan keselamatan serta penikmatan kepada hak dan kebebasan asasi manusia, dan mengingat bahawa ketidakadaan keselamatan dan keamanan antarabangsa tidak dapat dijadikan alasan untuk melanggarnya,
Bahasa Malaysia / Malaysian 9
Menyatakan kembali bahawa semua hak dan kebebasan asasi manusia bersifat sejagat, tidak dapat dipisahkan dan saling berkait, dan harus dipupuk dan dilaksanakan dengan cara yang jujur dan adil, tanpa prasangka terhadap pelaksanaan dari setiap hak dan kebebasan ini, 

Menekankan bahwa tanggungjawab dan tugas utama untuk memajukan dan melindungi hak dan kebebasan asasi manusia terletak pada Negara,

Mengakui hak dan tanggung jawab individu, dan kumpulan untuk memajukan penghormatan dan mempertingkatkan pengetahuan mengenai hak dan kebebasan asasi manusia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,

Mengisytiharkan:

Fasal 1
 
Setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, bagi memupuk dan berusaha keras bagi perlindungan dan merealisasikan hak-hak asasi manusia serta kebebasan di peringkat kebangsaan dan
antarabangsa.

Fasal 2
1. Setiap negara anggota mempunyai tanggungjawab dan tugas penting bagi melindungi, memupuk dan melaksanakan semua hak dan kebebasan asasi manusia, antara lain dengan mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan semua keadaan-keadaan yang mungkin dalam bidang sosial, ekonomi, politik serta bidang-bidang lain, termasuklah jaminan undang-undang yang diperlukan untuk memastikan bahawa setiap orang di bawah bidangkuasa Negara terbabit, secars individu ataupun berkumpulan, dapat menikmati semua hak dan kebebasan ini secara praktikal.

2. Setiap negara mesti menggunapakai langkah-langkah perundangan, pentadbiran dan lain-lain sekiranya perlu
bagi memastikan hak dan kebebasan asasi manusia yang dimaksudkan di dalam Deklarasi ini terjamin.

Fasal 3
Undang-undang domestik konsisten dengan Piagam Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tanggungjawabtanggungjawab antarabangsa yang lain berkenaan hak dan kebebasan asasi manusia di dalam Negara; adalah sebagai rangka undang-undang di mana hak dan kebebasan asasi manusia seharusnya dilaksanakan dan dinikmati, dalam aktiviti yang dirujuk kepada pemupukan, perlindungan dan realisasi efektif hak-hak dan kebebasan yang disebutkan dalam Deklarasi ini yang seharusnya dilakukan.

Fasal 4
Tiada di dalam Deklarasi ini, yang dianggap sebagai melemahkan atau bertentangan dengan tujuan dan prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ataupun sebagai menyekat atau menjatuhkan peruntukanperuntukan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat, Perjanjian Hak Asasi Manusia Antarabangsa, dan instrumen-instrumen antarabangsa yang lain serta komitmen yang boleh diterapkan di dalam bidang ini.

Fasal 5
Bagi tujuan memupuk dan melindungi hak dan kebebasan asasi manusia, setiap orang mempunya
i
i hak, secara individu atau berkumpulan, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

1. Untuk berjumpa dan berkumpul secara aman;

2. Untuk menubuhkan, mengambil bahagian dan menyertai organisasi bukan kerajaan, persatuan atau kumpulan.

3. Untuk berkomunikasi dengan organisasi bukan kerajaan atau antara-kerajaan.

Fasal 6
Setiap orang mempunyai hak, secara individu dan berkumpulan:

(a) Untuk mengetahui, mencari, mendapatkan, menerima dan menyimpan informasi tentang semua hak dan kebebasan asasi manusia, termasuk mempunyai akses terhadap informasi mengenai bagaimana hak-hak dan kebebasan ini memberi pengaruh dalam sistem perundangan, kehakiman atau pentadbiran di dalam negeri;

(b) Seperti yang terdapat dalam instrumen hak asasi manusia dan instrumen antrabangsa terpakai yang lain, informasi mengenai hak dan kebebasan asasi manusia mestilah mempunyai kebebasan untuk diterbitkan, dicetak dan diberikan kepada orang lain.

(c) Untuk mengkaji, berbincang, membentuk dan mempertahankan pandangan tentang kepatuhan kepada kedua-dua undang-undang dan amalan mengenai semua hak dan kebebasan asasi manusia, melalui cara-cara yang dapat menarik perhatian masyarakat kepada masalah masalah itu.

Fasal 7
Setiap orang mempunyai hak, secara individu dan berkumpulan, untuk membangunkan dan membincangkan idea-idea baru dan prinsip hak asasi manusia, dalam menyokong penerimaan mereka.

Fasal 8
1. Setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, untuk mendapatkan akses berkesan, atas dasar tiada diskriminasi, untuk menyertai dalam kerajaan di Negaranya dalam urusan awam negara.

2. Ini termasuk, antara lain, secara individu ataupun berkumpulan dengan lain, untuk menyampaikan kritikan dan cadangan terhadap urusan awam kepada agensi kerajaan dan organisasi yang berkenaan untuk menaiktarafkan fungsi mereka dan menarik perhatian kepada urusan tersebut yang boleh menghalang atau mengganggu kepada pemupukan, perlindungan dan merealisasikan hak dan kebebasan asasi manusia.

Fasal 9
1. Dalam melaksanakan hak dan kebebasan asasi manusia, semua orang mempunyai hak seperti yang dirujuk Perisytiharan ini termasuklah kepada pemupukan dan perlindungan hak asasi manusia; sama ada secara individu atau berkumpulan untuk mendapatkan faedah dari remedi yang berkesan dan supaya dapat dilindungi dari sebarang pelanggaran hak asasi tersebut.

2. Untuk ini, mereka yang hak asasinya telah dilanggari mempunyai hak; sama ada persendirian atau melalui cara perundangan dalam membuat aduan dan mendapatkan penyiasatan terbuka sebelum ianya diputuskan oleh badan kehakiman yang bebas, adil dan bertauliah; atau mana mana pihak berkuasa yang ditubuhkan bawah undangundang dan apabila telah mendapat keputusan yang mengikuti undang-undang, telah menyediakan pampasan atau gantirugi, di mana terbukti adanya pelanggaran kepada hak asasi terhadap seseorang itu, termasuklah perlaksanaan kepada keputusan dan award, dengan segera.

3. Bagi tujuan yang sama, setiap orang mempunyai hak, individu atau berkumpulan dan dengan yang lainnya: 
 
(a) Membuat aduan tentang polisi dan tindakan pegawai dan badan kerajaan berkenaan dengan pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia, melalui petisyen atau kaedah lain, kepada badan kehakiman yang bertauliah, badan pentadbiran atau penggubalan atau mana-mana sistem Negara, yang mana sepatutnya memberikan keputusan kepada penilaian mereka tanpa penangguhan;

(b) Menghadiri pendengaran awam, prosiding dan perbicaraan dalam membentuk kepada pendapat sama ada mereka ini mematuhi undang-undang negara serta kewajipan dan komitmen antarabangsa yang digunapakai;

(c) Menawarkan dan menyediakan bantuan perundangan atau bantuan professional lain dalam mempertahankan hak dan kebebasan asasi manusia.

4. Bagi tujuan yang sama, dan mengikuti instrumen dan prosedur antarabangsa yang tergunapakai, seitap orang
mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan untuk mendapatkan akses dan berkomunikasi tanpa dihalangi dengan badan antarabangsa sama ada tauliah umum atau khusus untuk menerima dan mempertimbangkan komunikasi mengenai perkara-perkara hak dan kebebasan asasi manusia.

5. Negara mesti melakukan penyiasatan dengan segera dan tidak memihak atau memastikan satu inkuiri dijalankan sekiranya ada sebab yang jelas yang dipercayai bahawa terdapatnya pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia telah belaku di mana-mana kawasan dibawah kuasanya. 
 
Fasal 10
Tiada siapa yang boleh menyertai, dengan tindakan atau kegagalan untuk bertindak, dalam pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia dan tiada siapa tertakluk kepada hukuman atau tindakan lain sekirangnya enggan melakukannya.

Fasal 11
Setiap orang berhak, sama ada secara individu atau berkumpulan, kepada perlaksanaan sah pekerjaan atau kepakaran masing-masing. Setiap orang yang, sebagai keputusan dari kepakarannya, boleh mempengaruhi martabat manusia, hak dan kebebasan asasi manusia orang lain dan mematuhi dengan standard kebangsaan
dan antrabangsa kepada perilaku dan etika pekerjaan dan kepakaran.

Fasal 12
1. Setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, untuk turut serta dalam aktiviti keamanan menentang pelanggaran hak dan kebebasan asasi manusia.

2. Negara akan mengambil semua langkah yang perlu dalam memastikan perlindungan oleh badan yang berkenaan terhadap setiap orang, individu atau berkumpulan, menentang keganasan, ancaman, balas dendam, diskriminasi de facto atau de jure, tekanan atau tindakan arbitrasi sebagai akibat dari tindakan mereka yang sah dalam melaksanakan hak-hak yang disebutkan dalam Perisytiharan ini.

3. Dalam hubungan ini, setiap orang berhak, secara individu atau berkumpulan, untuk mendapat perlindungan efektif di bawah undang-undang kebangsaan dalam bertindak terhadap atau menentang melalui caracara aman, aktiviti serta tindakan termasuk kegagalan Negara yang menyebabkan pelanggaran terhadap hak dan kebebasan asasi manusia serta juga kekerasan yang dilakukan oleh kumpulan tertentu atau individu yang mengganggu kepada keharmonian yang dinikmati dari hak dan kebebasan asasi manusia.

Fasal 13
Setiap orang mempunyai hak, secara individu atau berkumpulan, untuk mendapatkan, menerima dan menggunakan sumber-sumber bagi memupuk dan melindungi hak dan kebebasan asasi manusia, melalui kaedah-kaedah yang betul, bersesuaian dengan Fasal 3 Perisytiharan ini.

Fasal 14
1. Negara mempunyai tanggungjawab untuk mengambil langkah-langkah perundangan, kehakiman, pentadbiran
atau tindakan lain yang bersesuaian bagi memupuk kefahaman oleh semua individu di bawah bidangkuasa sivil, politik, ekonomi, social dan kebudayaan mereka.

2. Langkah-langkah tersebut harus meliputi, antara lain: 

a. Penerbitan dan kemudahan pengedaran meluas dari segi undang-undang dan peraturan kebangsaan serta instrumen antarabangsa yang boleh digunapakai.

b. Mendapatkan akses sepenuhnya kepada dokumendokumen antarabangsa tentang hak asasi manusia, termasuk laporan penilaian berkala Negara Ahli kepada badan-badan yang ditubuhkan berdasarkan perjanjian
hak asasi manusia antarabangsa, dan juga ringkasan nota perbincangan serta laporan rasmi badan-badan tersebut.

3. Negara harus memastikan dan menyokong, di mana sesuai, pembentukan dan perkembangan kepada kebebebasan yang lebih kepada institusi kebangsaan dalam pemupukan dan perlindungan hak dan kebebasan asasi manusia di dalam kawasan jajahan dan bidangkuasa, sama ada mereka adalah pihak berkuasa, suruhanjaya hak asasi manusia, ataupun institusi kebangsaan yang lain.

Fasal 15
Negara mempunyai tanggungjawab untuk memupuk dan memudahkan pembelajaran hak dan kebebasan asasi manusia pada semua peringkat pendidikan, dan memastikan tanggungjwab itu terhadap latihan peguam, pegawai penguatkuasa, pegawai angkatan bersenjata dan penjawat awam termasuk elemen pembelajaran hak asasi manusia di dalam program latihan mereka. 

Fasal 16
Setiap individu, organisasi bukan kerajan dan institusi berkenaan memainkan peranan penting dalam menyumbangkan kepada kesedaran masyarakat tentang hal-hal berkaitan hak dan kebebasan asasi manusia melalui aktiviti seperti pendidikan, latihan dan kajian di bidang ini untuk menguatkan lebih, antara lain, persefahaman, tolak ansur, keamanan, dan perhubungan baik di antara negara dan di kalangan semua kaum dan kumpulan agama, mengingatkan kepelbagaian persatuan dan masyarakat di mana mereka menjalankan aktiviti tersebut.

Fasal 17
Dalam melaksanakan hak-hak dan kebebasan yang disebutkan dalam Perisytiharan ini, semua pihak samada secara individu ataupun secara kumpulan, adalah tertakluk hanya kepada sekatan-sekatan seperti obligasi antarabangsa dan ditentukan oleh undang-undang bagi menjamin
pengiktirafan dan penghormatan hak dan kebebasan asasi manusia yang lain dan memenuhi keperluan moral, ketenteraman dan kesejahteraan awam dalam masyarakat berdemokrasi.

Fasal 18
1. Setiap orang mempunyai tugas kepada dan di dalam masyarakat, yang memberikan kebebasan dan sepenuh perkembangan terhadap personalitinya.

2. Individu, kumpulan, dan organisasi bukan kerajaan memainkan peranan dan tanggungjawab penting dalam melindungi demokrasi, memupuk hak dan kebebasan asasi manusia serta menyumbang kepada peningkatan dan pendorongan persatuan, institusi dan proses demokrasi.

3. Individu, kumpulan, dan organisasi bukan kerajaan juga mempunyai peranan penting dan tanggungjawab dalam menyumbang, selagi mana sesuai, kepada peningkatan hak setiap orang kepada peraturan sosial dan antarabangsa di mana hak dan kebebasan asasi ini disebut dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat dan instrumen lain yang boleh digunapakai.

Fasal 19
Tiada di dalam Perisytiharan ini yang boleh diinterpretasikan sebagai memberikan hak dalam membenarkan apa-apa aktiviti atau melakukan sebarang perlakuan bertujuan kepada pemusnahan hak dan kebebasan asasi manusia oleh mana-mana individu, kumpulan atau badan persatuan atau Negara.

Fasal 20
Tiada di dalam Perisytiharan ini yang boleh diinterpretasikan sebagai membenarkan Negara untuk menyokong dan memupuk aktiviti-aktiviti individu, kumpulan, institusi atau organisasi badan bukan kerajaan yang menyalahi
peruntukan-peruntukan di dalam Piagam Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu.


Sumber: United nations Office of the Human Rights High Commissioner

Wednesday, December 2, 2015

MAB Milik Kerajaan, Operator Baru Malaysian Airlines, Harus Mengiktiraf Kesatuan Sekerja Dan Tidak Menafikan Kebebasan Berpersatuan (Freedom Of Association)

Kenyataan Bersama – 19/11/2015 – Terjemahan Bahasa Malaysia 

MAB Milik Kerajaan, Operator Baru Malaysian Airlines, Harus Mengiktiraf Kesatuan Sekerja Dan Tidak Menafikan Kebebasan Berpersatuan (Freedom Of Association)


Kami, 67 kesatuan sekerja, organisasi masyarakat awam/badan bukan kerajaan dan kumpulan yang disenaraikan di bawah terkejut apabila syarikat milik kerajaan Malaysia, Malaysian Airlines Berhad(MAB), syarikat yang mengambil alih sistem penerbangan Malaysia, memilih untuk mengabaikan permohonan untuk pengiktirafan oleh National Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM).

Di Malaysia, sebelum sesuatu kesatuan sekerja boleh berunding dan membuat Perjanjian Kolektif (CBA) dengan majikan, majikan perlu terlebih dahulu memberi pengiktirafan kepada kesatuan sekerja tersebut. Kegagalan MAB untuk segera mengiktiraf NUFAM memberi gambaran negatif pada Malaysia yang mempunyai tanggungjawab untuk menghormati hak-hak pekerja terutama Kebebasan Berpersatuan, yang juga merupakan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Berasaskan undang-undang sedia ada, NUFAM telah memohon kepada MAB untuk pengiktirafan melalui surat bertarikh 11/9/2015.

Seksyen 9(3) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 menyatakan, ‘…An employer or a trade union of employers upon whom a claim for recognition has been served shall, within twenty-one days after the service of the claim- (a) accord recognition; or (b) if recognition is not accorded, notify the trade union of workmen concerned in writing the grounds for not according recognition…’ [‘…Bahawa majikan atau kesatuan majikan kepada siapa satu tuntutan pengiktirafan disampaikan harus, dalam masa dua puluh satu hari selepas penyampaian tuntutan pengiktirafan tersebut – (a) memberikan pengiktirafan; (b) jika pengiktirafan tidak diberikan, memaklumkan kepada kesatuan sekerja pekerja berkenaan dalam bentuk penulisan alas an mengapa pengiktirafan tidak diberikan….’]

MAB langsung tidak ada budi bahasa untuk menghantar apa pun jawapan kepada NUFAM dalam jangkamasa 21 hari yang diperuntukkan, di mana ini boleh dianggap kelakuan tidak wajar khususnya kerana MAB merupakan syarikat milik kerajaan Malaysia.

Saperti yang diperlukan undang-undang melalui surat bertarikh 6/10/2015, NUFAM telah dalam bentuk tulisan melapurkan kepada Ketua Pengarah Perhubungan Perusahaan(DGIR) untuk mengambil langkah perlu atau melakukan penyiasatan demi memastikan ‘… the competence of the trade union of workmen concerned to represent any workmen or class of workmen…’ [‘…kelayakan kesatuan sekerja pekerja berkenaan untuk mewakili pekerja atau kelas kelas pekerja….’] di dalam MAB, dan untuk menentukan ‘…by way of secret ballot, the percentage of the workmen or class of workmen, in respect of whom recognition is being sought, who are members of the trade union of workmen making the claim…’ ‘melalui undi sulit,memastikan  peratusan pekerja atau kelas pekerja, untuk siapa pengiktirafan dituntut, yang merupakan ahli kesatuan pekerja yang menuntut pengiktirafan…’ Keputusan undi sulit mesti menunjukkan bahawa lebih 50% dari pekerja yang layak menyertai kesatuan sekerja berkenaan  menyokong kesatuan berkenaan, di mana mereka yang tidak berpeluang mengundi akan diambilkira sebagai mereka yang tidak menyokong kesatuan berkenaan.

Lebih daripada 40 hari telah berlalu, dan DGIR masih belum memberikan sebarang respon kepada NUFAM. Memandangkan ramai pekerja kini diambil kerja sebagai pekerja kontrak jangka tetap, tindakan pantas dan cekap diperlukan dari pihak berkuatkuasa. Kelewatan ini memprejudiskan pekerja.

Apabila kesatuan sekerja di Malaysia berjaya mendemonstrasikan bahawa mereka mempunyai sokongan lebih 50% pekerja yang layak menjadi ahli melalui undi sulit, dan Menteri memutuskan pengiktirafan majikan diberikan, kini ada setengah majikan yang akan mencabar keputusan ini di Mahkamah dan hak yang timbul akibat pengiktirafan boleh tergantung bertahun-tahun lamanya – pekerja dan kesatuan sekerja yang merana.

Bila sistem penberbangan Malaysia dahulunya di bawah Malaysian Airlines Systems Berhad(MAS Bhd), NUFAM telah berjaya dalam undi sulit dan Menteri buat keputusan NUFAM diiktiraf MAS Bhd. Malangnya, MAS Bhd telah memulakan tindakan semakan kehakiman di Mahkamah mencabar keputusan Menteri, di mana kes ini masih belum selesai.


Union Busting – Menubuhkan Entiti Undang-Undang Berasingan Yang Baru

Ada syarikat swasta dahulunya menubuhkan satu entiti undang-undang berasingan yang baru, dan kemudian memindahkan asset dan perniagaan daripada syarikat sedia wujud kepada entity baru(syarikat baru), di mana ini akan membunuh kesatuan sekerja sedia ada – memaksa pekerja bermula sekali lagi proses menubuhkan, mendaftarkan dan seterusnya mendapatkan pengiktirafan untuk kesatuan baru untuk pekerja yang kini kerja dalam syarikat baru. Ini merupakan strategi yang digunakan juga untuk menyingkirkan pepmimpin pekerja dan pekerja yang cukup berani untuk berjuang menentang eksploitasi.

Adalah sangat mengecewakan apabila kerajaan Malaysia mengunakan kaedah sama untuk ‘union busting’(menghancurkan kesatuan sekerja) bagi syarikat milikan kerajaan dan/atau syarikat GLC.

Malaysian Airlines Systems Berhad(MAS Bhd) merupakan syarikat yang dulu mengendalikan sistem penerbangan Malaysian Airlines dengan lebih kurang 20,000 pekerja. Apa yang telah berlaku adalah MAS Bhd dikatakan  telah memindahkan asset dan perniagaan sistem penerbangan mereka kepada satu entity undang-undang berasingan, Malaysian Airlines Berhad(MAB), dan memberhentikan lebih kurang 20,000 pekerja MAS Bhd. 

MAB, syarikat baru yang mengambil alih Malaysian Airlines, telah mengambil pekerja baru, antara lain  lebih kurang 14,000 bekas pekerja MAS Bhd.  Semua kesatuan sekerja dalaman (in-house unions) yang wujud di MAS Bhd secara berkesan telah/akan mati.

Kini, MAB bebas kesatuan sekerja. 

NUFAM kemungkinan kesatuan sekerja pertama yang menuntut pengiktirafan daripada MAB – di mana pengiktirafan diperlukan kesatuan sekerja untuk mewakili pekerja ahli mereka dengan lebih baik dalam MAB, dan juga untuk membolehkan kesatuan memasuki Perjanjian Kolektif (Collective Bargaining Agreement) dengan MAB.


Moratorium Untuk Semua Tindakan Mahkamah Melibatkan MAS Bhd

Yang memburukkan lagi keadaan adalah Malaysia telah meluluskan undang-undang baru  – Malaysian Airline System Berhad (Administration) Act 2015, yang antara lain,  telah secara berkesan menghalang akses menuntut keadilan melalui Mahkamah dengan cepat. Satu moratorium kini berkuatkuasa menghalang Mahkamah meneruskan dengan kes-kes melibatkan MAS Bhd. Bila moratorim ini akhirnya ditamatkan, ianya mungkin sudah terlewat. Keadilan yang dilambatkan adalah keadilan yang dinafikan.


Kerajaan Malaysia Memiliki Syarikat Lama dan Syarikat Baru

Kerajaan Malaysia, melalui dana pelaburan strategik Khazanah Nasional, adalah tuan punya kedua-dua MAS Bhd dan MAB yang baru ini. Justeru, kerajaan Barisan Nasional kini di bawah Perdana Menteri Najib Tun Razak yang boleh dianggap bersalah melakukan ‘union busting’. Penafian pengiktirafan cepat kepada NUFAM dan mungkin kesatuan sekerja lain oleh Malaysian Airlines Berhad(MAB) boleh dianggap tindakan anti-pekerja dan anti-kesatuan sekerja.

Undang-undang Malaysia berkenaan kesatuan sekerja adalah menindas dan anti-pekerja.


KAMI MENUNTUT :- 

-   Malaysian Airline Berhad(MAB), sebuah syarikat milik Malaysia, segera mengiktiraf National Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM);

-   Bahawa kerajaan Malaysia akan memastikan bahawa semua syarikat milik kerajaan dan/atau yang ada kaitan dengan kerajaan(GLC) akan menetapkan standard tertinggi berkenaan menghormati hak pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia;


-    Bahawa Malaysia segera meratifikasi Konvensyen ILO Convention No. 87 Freedom of Association and Protection of the Right to Organise Convention, 1948, [ILO No. 87 Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak untuk Mengorganisasi Konvensyen, 1948], yang merupakan satu daripada 8 konvensi inti asas;

-     Bahawa Malaysia segera meminda dan/atau memansuhkan undang-undang berkenaan kesatuan sekerja yang tidak mematuhi piawaian antarabangsa terutama kebebasan berpersatuan. 


Charles Hector
Mohd Roszeli bin Majid
Pranom Somwong

Untuk dan bagi pihak 67 organisasi, kesatuan sekerja dan kumpulan yang disenaraikan

ALIRAN
Asia Monitor Resource Centre (AMRC)
Association of Maybank Executives
BPSLU (Batangas Pier Stevedores and Dockworkers Labor Union), Philippines
Center for Trade Union and Human Rights (CTUHR), Philippines
Centro De Reflexión Y Acción Laboral (CEREAL), México
Clean Clothes Campaign(CCC)
Committee for Asian Women (CAW)
CBBRC (Crispin B. Beltran Resource Center), Philippines
Daeduck Employees Union- Ind. , Philippines

Eagle Ridge Employees Union, Philippines
Electronic Industry Employees Union (EIEU) Southern Region, Peninsular Malaysia
GoodElectronics Network
Hyesung Workers Union-Ind., Philippines
IDEAL (Institute for Development of Alternative Living)
Institut Rakyat
Inverclyde Advice and Employment Rights Centre, Scotland
Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia /JKOASM
Jaringan Orang Asal SeMalaysia
Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator

Kalikasan People's Network for the Environment, Philippines
Kesatuan Eksekutif AIROD
Kesatuan Eksekutif Canon Opto
Kesatuan Pekerja-Pekerja Mitsui Copper Foil(MCFEU)
Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces(KRYSS)
LINTAS NUSA - Batam Indonesia
MADPET (Malaysians Against Death Penalty and Torture)
Malaysian Youth and Students' Democratic Movement (DEMA)\
Malaysia Physicians for Social Responsibility
MAP Foundation for the Health and Knowledge of Ethnic Labour, Thailand

Migrant CARE
Myanmar Migrants Rights Centre
Nagkakaisang Manggagawa ng Keyrin Electronics-Ind. , Philippines
NAMM(Network of Action for Migrants in Malaysia)
National Union Employees in Companies Manufacturing Rubber Products (NUECMRP)
National Union of Flight Attendants Malaysia(NUFAM)
National Union of Journalist (NUJ) Cawangan Utusan Melayu
National Union of Transport Equipment & Allied Industries Workers (NUTEAIW)
North South Initiative
Paper Products Manufacturing Employees’ Union of Malaysia (PPMEU)

Parti Rakyat Malaysia(PRM)
Pax Romana ICMICA
People & Planet
Perak Women for Women Society
PERMAS (Persatuan Masyarakat Selangor & Wilayah Persekutuan)
Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)
Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan Kuala Lumpur
Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
Projek Dialog, Malaysia
Sahabat Rakyat 人民之友

Samahan ng mga Manggagawa sa Eagle Ridge Golf Course and Residential Estate, Philippines
SAVE Rivers
SAWO (Sabah Women's Action Resource Group)
Selangor and KL Hokkien Association Youth Section
Solidarity of Cavite Workers, Philippines
Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU)
Tenaganita
The Alternative ASEAN Network on Burma(Altsean-Burma)
Workers Assistance Center, Inc (WAC) , Philippines
WH4C (Workers Hub For Change)

Yayasan Chow Kit
Yayasan LINTAS NUSA – Batam. Indonesia
CWI Malaysia (Committee For Workers’ International)
Cividep, India

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Perubatan Dan Kesihatan Swasta
Kesatuan Pekerja-pekerja Perodua EngineManufacturing Sdn. Bhd
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (KPP Proton)


Nota: Ini hanya merupakan penterjemahan Bahasa Malaysia kenyataan bersama asal dalam Bahasa Inggeris.

Friday, October 30, 2015

ANGKATAN BAHAMAN MENYERU PRASARANA DI TAMAN SUKAN EKSTREM (SKATEPARK) TEMERLOH DIPERBAIKI DAN DINAIKTARAF.

KENYATAAN MEDIA

23 OKTOBER 2015

ANGKATAN BAHAMAN MENYERU PRASARANA DI TAMAN SUKAN EKSTREM (SKATEPARK) TEMERLOH DIPERBAIKI DAN DINAIKTARAF.

Banjir 2014 hampir setahun berlalu. Dan dalam tempoh hampir setahun ini, pelbagai keluhan para pemain papan seluncur (skaters) dan peminat sukan ekstrem yang lain seperti pemain basikal BMX (BMX riders) dapat dilihat dalam ruangan laman sosial Facebook khususnya mengenai keadaan prasarana di taman sukan ekstrem Temerloh yang masih belum dibaik pulih dengan kadar yang memuaskan sehingga kini.

Malah, kontroversi mengenai kemudahan infrastruktur di taman sukan ekstrem ini sudah lama kedengaran, usai taman ini dibuka oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pada tahun 2003 dahulu lagi, namun atas faktor tidak mendapat saluran yang tepat bagi pengetahuan pihak atasan, keluhan para pemain papan seluncur ini kemudiannya hanya berlegar di laman sosial Facebook sahaja. 

Mujurlah sebelum ini, terdapat di dalam kalangan pemimpin tempatan tertentu yang cakna terhadap masalah yang membabitkan taman sukan ekstrem ini, berkebetulan pula pemimpin tempatan tertentu ini mempunyai suara atau akses yang boleh menyalurkan maklumat mengenai permasalahan taman sukan ekstrem ini kepada peringkat pihak atasan PBT sementelah para pemain papan seluncur ini tidak mendapat peluang untuk menyuarakan masalah ini kepada saluran di peringkat atasan PBT.

Namun kemudian, sikap PBT yang tidak mengamalkan pemantauan dan penjagaan berkala terhadap taman sukan ekstrem ini akhirnya menyebabkan kemudahan prasarana di taman ini tidak dapat jua diselenggarakan dengan baik.

Malah, penukaran pemimpin di peringkat atasan di peringkat PBT akhirnya menimbulkan kembali kerumitan ini dan masalah terlalu banyak karenah birokrasi dan 'main politik' pihak atasan PBT kemudiannya memangsakan taman sukan ekstrem Temerloh ini sendiri. Seolah tampak taman sukan ekstrem Temerloh ini dijadikan modal politik bagi pihak tertentu pula.

Masalah membabitkan prasarana di taman sukan ekstrem Temerloh ini pada umumnya makin parah selepas dilanda bah pada hujung tahun 2014 yang lalu. Bah yang luar biasa melanda bandar Temerloh pada waktu itu telah menyebabkan banyak infrastruktur di taman sukan ekstrem Temerloh ini mengalami kerosakan yang agak teruk seperti lantai yang semakin merekah, lampu limpah yang tidak cukup berfungsi di waktu malam, kemudahan tandas awam yang langsung tidak boleh digunakan lagi, dan pelbagai permasalahan besar yang lain menimpa disini.

Mengambil contoh lampu limpah yang sebelum ini telah diberi peruntukan RM30 000 (kemudian kedengaran pula peruntukan ini terpaksa ditambah akibat 'over cost' daripada peruntukan awal) bagi pemasangan 9 buah lampu limpah di sini, kini hanya 5 buah lampu limpah sahaja yang dapat berfungsi dengan baik pada waktu malam, manakala baki 4 buah lampu limpah yang lain terus rosak tanpa dibaiki oleh pihak yang bertanggungjawab. Keadaan seperti ini kemudiannya menyulitkan para pemain papan seluncur yang lain umumnya.

Keadaan lebih parah apabila prasarana yang amat penting bagi seorang pemain papan luncur seperti 'mini ramp' atau 'half pipe' langsung tidak boleh digunakan lagi disini akibat mengalami masalah penyelenggaraan yang sudah begitu teruk. Itu belum lagi mengambil kira masalah reka bentuk 'skatepark' yang sudah ketinggalan zaman, tidak mengikut piawaian biasa di 'skatepark' di tempat atau daerah lain yang lebih maju dan mengalami kerosakan pula di sana sini akibat tidak diselenggaran dengan baik.

Sewajarnya PBT menyedari akan peri pentingnya asas dalam menyediakan reka bentuk 'skatepark' yang mengikut ciri piawaian yang sesuai memandangkan ciri-ciri keselamatan amat perlu diutamakan bagi mengelakkan bahaya untuk para pengguna yang menyertai aktiviti sukan lasak supaya mereka tidak mendapat sebarang kecederaan yang serius sepanjang beraksi disini. 

Malah piawaian yang lain untuk taman sukan ekstrem Temerloh ini seperti piawaian terhadap kebersihan, piawaian terhadap mesra alam sekitar, dan lain-lain piawaian yang 'standard' seperti di gelanggang sukan ekstrem yang lain perlulah dititikberatkan oleh PBT.

Ini memandangkan Temerloh yang sudah gah dengan julukan 'Titik Tengah Semenanjung', kemudian dengan status bandar kedua terbesar di Pahang selepas Kuantan, dan dengan segala macam pencapaian ini, Temerloh kini seharusnya mempunyai sebuah taman gelanggang sukan ekstrem yang ulung dan bukan hanya sekadar setaraf taman sukan ektrem di peringkat majlis daerah sahaja.

Dalam erti kata lain, selain daripada tugas penyelenggaran yang rapi dan berkala akibat struktur pembinaan taman sukan ekstrem ini yang mudah rosak atas faktor kekerapan penggunaan, faktor cuaca, dan lain-lain, PBT juga mestilah menaiktaraf (upgrade) taman sukan ekstrem di Temerloh ini untuk kemudahan para pemain papan seluncur khususnya.

Keadaan ini amat penting bagi bandar Temerloh yang telah melahirkan beberapa pemain papan seluncur yang handal, malah ada dalam kalangan mereka yang 'otai' kini sudah bertaraf lagenda, bukan sahaja di peringkat tempatan, malah di peringkat antarabangsa.

1) AHMAD SABRI BIN LOKMAN,
2) HASSANAL BOLKIAH BIN HASSAN BASRI,
 
KOORDINATOR SUKAN 
PERTUBUHAN ANGKATAN BAHAMAN.


Monday, October 19, 2015

MP Temerloh:- Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa. & Komen saya?

Atas permintaan saya, MP Temerloh telah menghantar lebih kurang 24 emel bertajuk Perkongsian dari Parliment Siri 1 - 24, yang saya kini kongsikan kepada warga Temerloh khususnya.
Untuk mewakili rakyat, seorang wakil rakyat (MP atau ADUN) kena :-


-  Sentiasa melapurkan kepada rakyat, 

- Sentiasa mengadakan perbincangan dengan rakyat setempat(bukan hanya ahli partinya) mengenai semua isu - di mana ini perlu untuk tujuan memahami rakyat dan seterusnya dapat mewakili rakyat. Tanpa perbincangan dengan rakyat - wakil rakyat hanya akan mewakili diri sendiri > bukan sama sekali mewakili rakyat.

- Tugas utama wakil rakyat, seorang Ahli Parlimen, adalah mewakili rakyat di Parlimen - maka perlu hadhir, perlu tanya soalan perlu dan hujahan (dan seterusnya komunikasi kembali kepada rakyat) > justeru penting sekali untuk... lihat MP Temerloh di Parlimen - isu Universiti FELDA? 

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
18 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Pertahanan.
Bekalan B60/P60
Program 040400 : Operasi
Butiran  040000 : Pertahanan Maritim
Peruntukan Keseluruhan : RM2.3 bilion
Peruntukan Operasi : RM 465 juta.
____________________

1. Kerajaan dituntut memberi penjelasan yang meyakinkan berhubung tahap keselamatan di seluruh kawasan pengairan Malaysia. Isu ini ditimbulkan kerana beberapa kes serangan dan rompakan berlaku terhadap kapal-kapal komersial sehingga membabitkan kerugian jutaan ringgit.
2. Daripada data yang dilaporkan, sebuah kapal Jepun yang membawa muatan 5 juta liter diesel dirompak di pengairanPulau Ketam pada bulan April 2014. Kemudian, pada bulan Jun 2014, kapal dagang MT AI MARU juga dirompak di kawasan Timur Laut Sedili, Johor. Sebulan selepas itu, rompakan berlaku terhadap kapal kargo minyak MT Oriental Daily di pengairan Laut China Selatan. Kesemua kes ini dipercayai dilakukan oleh lanun.

3. Isu keselamatan pengairan negara khususnya di kawasan Selat Melaka sering menjadi tumpuan samada di peringkat rantau iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura mahupun di peringkat dunia. Tiga kes rompakan lanun yang berlaku kira-kira 4 bulan lalu menjadi tanda tanya bagaimana tahap sebenar keselamatan di pengairantersebut.

4. Walhal, Malaysia terlibat dalam kerjasama maritim samada tiga hala melalui mekanisme Tripartite Technical Expert Group on the Safety Navigation (TTEG) dan mekanisme kerjasama yang melibatkan keanggotaan yang lebih besar iaitu dikalangan negara-negara persisir pantai, negara-negara pengguna dan industri perkapalan antarabangsa.

5. Oleh yang demikian, agensi-agensi penguatkuasaan maritim seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Marin dan Pasukan Gerakan Marin (PGM) harus menunjukkan sejauhmana kapasiti mereka bagi membanteras proliferasi kegiatan lanun yang merbahaya di kawasan pengairan negara.

6. Kita juga melahirkan kebimbangan terhadap isu kedaulatan negara apabila berlaku perubahan kerjasama kawalan keselamatan maritim yang melibatkan multilateral. Ini kerana penglibatan International Maritime Organization (IMO) pasca 11 September mengundang curiga terhadap isu kedaulatan negara.

7. Maka, kerajaan Malaysia wajar memberikan penjelasan berhubung tahap keselamatan di kawasan pengairan dan sejauhmana keberkesanan kerjasama maritim dalam membendung ancaman yang berlaku termasuk peranan IMO yang berkemungkinan mengundang rasa kurang senang dalam menjaga kedaulatan negara. 

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

Komen A:-
- Yang dibekalkan hanya input MP - tetapi tanpa sedikit latarbelakang, serta juga respon kerajaan kepada hujahan MP kita, sukar kita menilai?
- Ini adalah hujahan semasa pembentangkan rang undang-undang > tidak jelas sama ada MP kita menyokong Rang Undang-Undang ini atau tidak, dan jika membantah - seksyen mana? Apakah cadangan beliau membuang satu peruntukkan...meminda apa yang sedia ada.
- Hujahannya  mungkin tepat dalam sesi soal jawab tetapi mungkin salah tempat di dalam sesi pembahasan rang undang-undang? Masa ini bukan untuk tanya soalan, atau minta penjelasan isu berkait tetapi perlu secara jelas merujuk kepada peruntukkan rang undang-undang yang dibahaskan - isunya setuju atau tidak cadangan rang undang-undang yang dibahaskan. 
- Sedih, tetapi jika di lihat minit Parlimen (Hansard), ramai MP membuat kesilapan sama - menghujah perkara berkait tetapi tidak sama sekali merujuk kepada peruntukkan Akta di depan mereka. MP mungkin ada banyak untuk hujah mengenai beberapa isu penting tetapi cara perjalanan prosiding Parlimen kadang-kadang tidak memberikan peluang. Tapi, saya kata jika tak dapat membuat gitu semasa prosiding Parlimen di Dewan, kenapa tak saja gunakan cara lain - mungkin dengan mengeluarkan kenyataan media supaya pendapat MP dapat semua tahu...


DESAS DESUS PENSWASTAAN

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
11 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Kewangan.
Bekalan B10/P10
Program 010500 :
Pengurusan Pinjaman Perumahan
Di bawah Butiran 010000 :
Perkhidmatan Kewangan
Peruntukan Keseluruhan : RM426 juta
Peruntukan Pengurusan Pinjaman Perumahan : RM35.9 juta
________________________
Desas Desus Penswastaan Bahagian Pinjaman Perumahan di Bawah Kementerian Kewangan Malaysia

1.    Isu ini telah dibangkitkan sejak tahun 2012, namun ia terus semakin kedengaran pada bulan September 2014 yang lalu untuk menswastakan Bahagian Pinjaman Perumahan di bawah seliaan Kementerian Kewangan kepada institusi perbankan iaitu CIMB. 

2.    Kira-kira 1.5 juta penjawat awam berkemungkinan akan kehilangan keistimewaan pembiayaan ini yang merangkumi kadar pembiayaan paling rendah (4%) berbanding bank-bank komersial (sekitar BLR - 2.0% hingga - 2.4%) dan tempoh pembayaran semula lebih panjang termasuk pembayaran potongan pencen.

3.    Disamping itu, saya ingin mendapatkan penjelasan berhubung jumlah lelongan awam daripada tahun 2010 hingga 2013 yang melibatkan peminjam daripada kakitangan kerajaan yang memohon di bawah skim yang disediakan oleh kerajaan ini. 


Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
11 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Kewangan.
Bekalan B10/P10
Program 030300 :
Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)
Di bawah Butiran 030000 :
Perkhidmatan Penilaian.
Peruntukan Keseluruhan : RM138 juta
Peruntukan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC) : RM10.3 juta
_________________________
Lebihan Penawaran Sektor Pembinaan Kediaman, Pejabat dan Kompleks Membeli Belah Mewah di Bandar-Bandar di Malaysia

1.    Berdasarkan kepada konsep outcome based budget, prinsip prioriti perbelanjaan dan amalan kewangan berhemah, beberapa projek kediaman, pejabat dan kompleks membeli belah mewah harus dinilai semula kerana ia dianggap tindakan pemborosan serta tidak releven. 

2.    Dalam satu laporan kajian Syarikat C H Williams Talhar & Wong Sdn. Bhd. (WTW), kawasan Lembah Klang menghadapi masalah lebihan penawaran. Segmen kediaman kondominium mewah merekodkan lebihan paling tinggi iaitu sekitar 32% daripada 27,000 unit yang ditawarkan tidak termasuk jangkaan lebih kurang 5,204 unit baharu pada tahun 2014. Selain kondominium mewah, kadar kekosongan unit pejabat mencapai 14 peratus daripada 90 juta kaki persegi yang ditawarkan. Begitu juga kekosongan ruang pusat membeli belah adalah 10 peratus daripada 44 juta kaki persegi yang disediakan pada tahun 2013.

3.    Menurut beberapa liputan berita ekonomi dan bisnes di dalam tabloid mingguan, Iskandar Malaysia turut berhadapan dengan lebihan penawaran. Syarikat-syarikat pembinaan gergasi dari China seperti Ghuangzhou R&F dan Hao Yuan Investment telah membeli 116 ekar tanah di Iskandar Malaysia untuk pembinaan fasa pertama Princess Cove yang meliputi segmen hartanah-hartanah mewah yang telah dikatakan sebentar tadi.   

4.    Lebihan penawaran ini akan terus berlaku disebabkan beberapa polisi kerajaan yang mengekang permintaan pasaran bagi meredakan lambungan harga hartanah dan hutang isi rumah. Malah, lebih menakutkan ialah berdasarkan kepada persekitaran ekonomi antarabangsa yang mana ekonomi negara banyak bergantung kepada pasaran luaran sepertimana yang telah dihuraikan secara jujur oleh YB Gua Musang dalam ‘Surat Kepada Ahli-Ahli Parlimen’ yang telah disiarkan pada 31 Oktober yang lalu. Kerajaan disaran berhati-hati dan mengambil pengajaran daripada Krisis Kewangan Global 2008 yang merencatkan ekonomi Dubai yang sarat dengan pelaburan pembinaan hartanah mewah. 

5   Saya turut ingin memohon penjelasan berhubung Projek hartanah Medini yang berkeluasan 902.44 hektar, di Nusajaya, Iskandar Malaysia. Daripada maklumat yang saya fahami, projek ini tidak mempunyai apa-apa limitiasi terhadap pemilikan warga asing. Ia mendapat pengecualian Real Property Gain Tax (RPGT), tiada had harga minimum pembelian hartanah bagi warga asing dan mana-mana syarikat pemaju dan badan pengurusan yang diluluskan beroperasi di Medini layak mendapat pengecualian cukai pendapatan sehingga tahun 2020 di bawah ‘incentive and support packages’. Ini jelas bercanggah dengan polisi yang ditetapkan oleh kerajaan dalam Bajet 2014 yang dibentangkan pada tahun lalu.



Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
11 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Kewangan.
Bekalan B10/P10
Program 090300 : Ubaisuai Pejabat
Program 090500 : Bayaran Perkhidmatan Perunding.
Program 091500 : National Entrepreneur Development Office (NEDO)
Di bawah Butiran 090000 : "One-Off"
👉 Peruntukan Keseluruhan : RM334.2 juta
Peruntukan Ubahsuai Pejabat : RM1.2 juta
Peruntukan Bayaran Perkhidmatan Perunding : RM11 juta
Peruntukan NEDO : RM8 juta
________________________
Tuan Pengerusi,

Saya ingin merujuk kepada Butiran 090300 - Ubahsuai Pejabat, 090500 - Bayaran Perkhidmatan Perunding dan 091500 - National Entrepreneur Development Office

Langkah Penjimatan 

1.    Butiran-butiran yang saya bangkitkan ini perlu diberikan penjelasan memandangkan pada bulan Disember 2013, Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan 11 langkah penjimatan dalam usaha untuk mengurangkan perbelanjaan sektor awam. 

2.    Antara langkah yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri ialah pembekuan permohonan bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan agensi dan premis kerajaan, mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan dan mengoptimumkan penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis. 

3.    Tetapi, Butiran 090300 bagi ubahsuai pejabat dianggarkan menelan perbelanjaan sebanyak RM 1.23 juta, Butiran 090500 bagi bayaran perkhidmatan perunding dianggarkan sebanyak RM 11 juta dan bayaran untuk Butiran 091500 menelan perbelanjaan dianggarkan sebanyak RM 8 juta.

4.    Oleh yang demikian, saya memohon justifikasi kerajaan dalam ketiga-tiga butiran tersebut kerana ia dilihat bercanggah dengan langkah penjimatan yang telah diumumkan tidak sampai setahun yang lalu.

Akhirnya Tuan Pengerusi, saya mengingatkan, Firman Allah swt :

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.

Surah Al Isra' : Ayat 27

Jadi mudah - mudahan kita bebas darioada amalan - amalan pembaziran setelah kita sendiri menetapkan langkah penjimatan, maka sewajarnya ia dapat dipatuhi. 

Sekian terima kasih.

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh


[ KAJI SEMULA PERUNTUKAN ]

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
19 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Komunikasi & Multimedia
Bekalan B47/P47
Program 120200 : Kenaikan Kontrak MERS 999
Di bawah Butiran 120000 : Dasar Baru
Peruntukan Keseluruhan : RM38 juta
Peruntukan Kenaikan Kontrak MERS 999 : RM33 juta
_________________________
Saya juga merujuk kepada 
i ~ Program 110300 – MERS 999  dibawah Butiran 110000 Program Khusus dan 

ii ~ Program 120200 - Kenaikan Kontrak MERS 999 dibawah Butiran 120000 Dasar Baru.

1.    Saya ingin merujuk kepada dua butiran yang berkaitan dengan projek Malaysian Emergency Response Services (MERS 999) iaitu Butiran 110300 dan Butiran 120200. 

 2.    Butiran 110300 menunjukkan anggaran peruntukan pada tahun 2015 kekal dengan jumlah RM 71 juta sepertimana anggaran tahun 2014.  Dalam masa yang sama pada tahun ini juga, berlaku kenaikan kontrak MERS 999 sebanyak RM 33 juta. Ini bermakna anggaran peruntukan bagi MERS 999 pada tahun 2015 berjumlah RM 104 juta. 

3.    Saya berharap peruntukan ini dikaji semula kerana berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2012 Siri Kedua yang dibentangkan pada 1 Oktober lalu, pihak kerajaan telah membuat improper payments (pembayaran tidak perlu ~ kerana kelewatan projek atau kesilapan membeli perkhidmatan etc) berjumlah kira-kira RM 13.54 juta kepada Telekom Malaysia. Anggaran peruntukan yang sungguh besar pada tahun 2015 ini tidak boleh sewenang-wenangnya diberikan untuk projek MERS 999 selagimana tindakan tegas belum diambil terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Mohon tindakan dan penjelasan pihak kementerian.
Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh

Perkongsian dari Parlimen : siri 07
[ UTAMAKAN KAMPUNG WIRELESS ]

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
19 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Komunikasi & Multimedia
Bekalan B47/P47
Program 030100 : Komunikasi
Di bawah Butiran 030000 : Komunikasi
Peruntukan Keseluruhan : RM65.7 juta
Peruntukan Komunikasi : RM65.7 juta
_________________________

1.    Saya merujuk kepada objektif dan prestasi aktiviti program 3 : komunikasi pada muka surat 553 dan butiran 030000 pada muka surat 562 buku Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015. Berlaku peningkatan yang terlalu tinggi bagi peruntukan tersebut untuk kod 40000 (Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap) iaitu daripada RM 2.5 juta (anggaran 2014) kepada RM 56.4 juta (anggaran 2015). Mohon perincian daripada pihak kerajaan. 

2.    Selain itu, saya ingin merujuk kepada Dana Peruntukan Perkhidmatan Universal (USP Fund) sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 27 (1) Komunikasi dan Multimedia (Penyediaan Perkhidmatan Universal). Dana ini adalah antaranya untuk membantu kawasan luar bandar dan mereka yang kurang mampu akses internet. Syarikat-syarikat telekomunikasi diwajibkan untuk menyumbang sebanyak 6% daripada pendapatan bersih (melebihi RM 2 juta) untuk dana ini. 

3.    Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada Penyata Tahunan Pemberian Perkhidmatan Sejagat 2013, sumbangan yang terkumpul adalah sebanyak RM 11.26 bilion dari syarikat - syarikat telekomunikasi tersebut. Manakala pembayaran yang telah dikeluarkan untuk projek-projek PPS / USP telah mencecah sebanyak RM 4.44 bilion. Sementara itu salah satu projek daripada dana ini ialah projek telefoni awam. Sebanyak 2,408 telefoni awam telah dinaik taraf di seluruh negara pada tahun 2013.

4.    Daripada maklumat tersebut, saya ingin mempersoalkan mengapa pembayaran bagi projek telefoni awam menjangkau sehingga RM 90 juta (2013)?  Sedangkan telefoni awam ini tidak ramai orang menggunakannya berbanding telefon mudah alih yang ada hari ini. Ini bermakna secara purata perbelanjaan yang diperuntukkan untuk sebuah telefoni awam adalah sebanyak RM 37,375. 

5.    Walhal, dengan evolusi PPS/USP (Universal Service Provider), kadar penembusan internet dan jalur lebar serta perluasan liputan selular, jumlah perbelanjaan tersebut boleh dikurangkan dan diagihkan kepada projek Kampung Tanpa Wayar 1Malaysia yang hanya menelan belanja sebanyak RM 77.8 juta (835 projek) pada tahun 2013. 

Mohon penjelasan dari pihak kementerian.

Terima kasih

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
[ Status Penggunaan Senjata Kimia ]

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
25 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Luar Negeri
Bekalan B13/P13
Program 110100 : Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia.

Di bawah Butiran 110000 : Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia.

Peruntukan Keseluruhan : RM1.6 juta
Peruntukan Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia : RM1.6 juta
____________________________

Dato' Pengerusi,

Saya merujuk kepada Butiran 110100 - Pihak Berkuasa Kebangsaan Kepada Konvensyen Senjata Kimia

1.    Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan tahniah kepada Tuan Mohd Nasrudin Mohd Yusof, rakyat Malaysia pertama yang telah menerima anugerah Nobel Keamanan 2013 atas pencapaian perkhidmatannya dalam memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia.

2.    Berhubung dengan butiran ini, kita dimaklumkan bahawa penggunaan senjata kimia di Syria didakwa didalangi oleh regim pemerintahan yang kejam sehinggakan pihak PBB dan Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) menjalankan misi memusnahkan senjata kimia tersebut.

3.    Pemusnahan senjata kimia ini memerlukan kepakaran teknikaliti yang cukup tinggi. Tidak semua negara mahupun syarikat swasta berupaya untuk memusnahkan senjata kimia tersebut.

4.    Berdasarkan kepada peruntukan Bajet 2015 di bawah butiran ini, bolehkah saya dapatkan penjelasan mengenai status penggunaan senjata kimia di seluruh dunia samada di Syria, Amerika Syarikat dan sekutunya Israel memandangkan perwakilan negara kita telah didedahkan dengan pelbagai latihan serta pemeriksaan di peringkat antarabangsa.

5.    Saya juga ingin mendengar penjelasan daripada kerajaan sekiranya Malaysia terlibat dalam aktiviti eksport import bahan kimia dwifungsi yang disenaraikan di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010. Jika ada, siapakah rakan niaga tersebut, syarikat yang mengendalikan serta jumlah dagangannya.

Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh


[ 1 Bestari Net bakal gagal ? ]

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
25 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Pendidikan
Bekalan B63/P63
Program 050200 : Teknologi Maklumat

Di bawah Butiran 050000 : Pengukuhan Operasi Pendidikan

Peruntukan Keseluruhan : RM897,620,700 

Peruntukan Teknologi Maklumat : RM615,672,600
____________________________

Dato' Pengerusi,

Saya merujuk kepada Program 050200 - Teknologi Maklumat

1.   Pada 26 Mac 2003, Kementerian Pendidikan pada waktu itu, YB Dato’ Seri Musa Mohammad telah bersetuju dengan pelaksanaan SchoolNet di semua sekolah seluruh negara. Namun, pada bulan Disember 2012, di bawah kepimpinan Menteri Pelajaran yang baru, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, projek SchoolNet ini telah diberhentikan.  

2.   Setelah 7 tahun pelaksanaannya, satu kajian keberkesanan telah dijalankan terhadap projek SchoolNet oleh Unit Perancang Ekonomi dan sebuah badan perunding bisnes antarabangsa yang berpangkalan di Amerika Syarikat, iaitu Boston Consulting Group.

3.   Saya tidak pasti mengapa pihak kementerian sangat berminat untuk mengupah perunding-perunding antarabangsa untuk projek-projek khas di bawah Kementerian Pendidikan. Sebelum ini, RM 20.56 juta dibelanjakan kepada McKinsey and Co untuk penggubalan Pelan Pembangunan Pendidikan Negara.  

4.   Menurut laporan kajian tersebut, skor projek ini hanya mencapai tahap 40% baik sahaja dan pelbagai kepincangan masalah telah berlaku antaranya ialah capaian internet yang kritikal dan masalah aksesibiliti terhadap bahan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, 22 inisiatif baru telah dikemukakan untuk dilaksanakan.

5.   Setelah kegagalan projek SchoolNet, kerajaan memperkenalkan pula projek 1BestariNet. Ia dikatakan mempunyai 8 karakteristik terbaik bagi meningkatkan capaian ICT di sekolah, membekalkan perkakasan ICT serta membangunkan perisian pendidikan yang lebih interaktif dan efektif.

6.   Hakikatnya, sehingga 12 Jun 2014, sebanyak 8,886 buah sekolah sahaja telah mendapat capaian internet menerusi 1BestariNet. Berdasarkan laporan Berita Harian bertarikh 11 November 2014, Kementerian mendakwa pihak berkuasa tempatan di negeri Sarawak, Pulau Pinang dan Kelantan tidak memberikan kerjasama untuk membuat projek pembinaan menara telekomunikasi oleh pihak YTL Communications Sdn Bhd. Saya ingin meminta penjelasan mengenai perkara ini.

7.   Selain itu, saya juga sangat tidak berpuas hati, walaupun 1BestariNet dikatakan mampu memberikan capaian internet sehingga 50 megabytes sesaat, namun penggunaan komponen Pelantar Pembelajaran Maya (VLE) hanya berada dalam lingkungan 5 peratus sahaja penggunaannya setelah 3 tahun diperkenalkan.

8.   Antara faktor kelemahan yang telah dikenalpasti pada projek 1 Bestari Net ini ialah : 

a) masalah prestasi capaian internet,

b) kekurangan kelengkapan perkakasan ICT untuk pelaksanaan e-pembelajaran, 

c) masalah penyelenggaraan, dan 

d) kurang kemahiran dalam pengendalian program ini. 

Ini menunjukkan secara tidak langsung, kelemahan-kelemahan yang diidentifikasi ini telah mengulangi semula masalah yang berlaku dalam projek SchoolNet tempohari.

Sabda Nabi saw :

ان الله يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنة

Sesungguhnya Allah swt suka apabila melaksanakan sesuatu tugas ( amal ) oleh seseorang kamu , bahawa ia melunaskannya dengan tekun dan teliti.

9.   Oleh yang demikian, saya meminta pihak kementerian bertanggungjawab untuk menjelaskan di dewan ini segala pemasalahan yang berlaku dalam proses integrasi ICT dan pendidikan yang telah saya bangkitkan termasuk memberi penjelasan terhadap pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2013 yang menonjolkan kelemahan serta kerugian yang ditanggung kerajaan dalam kontrak yang dimetrai bersama pihak YTL Communications Sdn Bhd.


Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
[ Perkasakan Pendidikan Islam ]

Perbahasan Rang Undang - Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa.
25 Nov 2014 / Selasa.

Kementerian Pendidikan
Bekalan B63/P63
Program 030100 : Pembangunan Kurikulum

Di bawah Butiran 030000 : Pendidikan dan Pembangunan Ilmu

Peruntukan Keseluruhan : RM24,787.200

Peruntukan Pendidikan dan Pembangunan Ilmu : RM24,787.200
____________________________

Dato' Pengerusi,

Saya merujuk kepada Program 030100 - Pembangunan Kurikulum

1.   Saya ingin menyentuh mengenai dasar Pendidikan Islam dalam kerangka sistem pendidikan yang diamalkan di Malaysia. Saya yakin kita semua menyedari cabaran-cabaran sosial yang melingkari generasi muda pada hari ini termasuk serangan pemikiran dan Ideologi yang merosakkan Aqidah + Pemikiran + Akhlak ummah.

2.   Disebabkan itu, saya amat berharap agar Pendidikan Islam dan Moral menjadi teras yang kukuh dalam memastikan proses pendidikan secara formal untuk membentuk generasi ke arah yang lebih mulia dan soleh. Sebelum inipun, YAB Menteri Pendidikan telah mengusulkan konsep Pendidikan Islam Sepanjang Hayat pada tahun 2013.

3.   Pertama,  saya berharap agar Kementerian Pendidikan dapat membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada rentas parti, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan, para ahli akademik dan individu-individu yang tertentu untuk kita sama-sama membincangkan dan merevisi dasar, silibus serta modul Pendidikan Islam dan Moral yang telah dilaksanakan selama ini. Ia bertujuan bagi memastikan ia kekal relevan dan mampu memberi kesan yang optimum.

4.   Kedua, Kementerian Pendidikan telah pun memutuskan subjek Sejarah sebagai subjek wajib lulus bagi calon SPM mulai tahun 2013. Ia diikuti dengan subjek Bahasa Inggeris sebagai subjek wajib lulus bagi calon SPM mulai tahun 2016. Adakah pihak kementerian tidak bercadang untuk menjadikan subjek Pendidikan Islam dan Moral sebagai subjek bagi lulus bagi calon SPM pada tahun-tahun yang akan datang?

5.   Ketiga, adakah kementerian juga bercadang untuk mengemaskini dan menaiktaraf subjek Pengajian Islam dan Pendidikan Moral seperti jumlah jam kredit, penambahbaikan modul atau pertambahan subjek yang kini merupakan salah satu daripada Mata Pelajaran Wajib khususnya di IPTS?

 Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh