Monday, September 22, 2014

Jalur Jalan Mengelirukan Menyebabkan Risiko Kemalangan

Jalur Jalan Putih biasa memberitahu penguna jalan lorong(lane) jalan yang harus digunakan...lihat jalan dari Batu 1 Temerloh - ABS - sehingga simpang - Sungguh mengelirukan kerana jika saya ikut jalur jalan putih senang saya masuk lorong salah...senang pula menyebabkan kemalangan.

 

Jalur putih lorong jalan mesti jelas dinyatakan - putih. Tapi, kini nampaknya jalur baru telah dicatkan di atas jalan tanpa memadamkan jalur lama.... di mana ini amat mengelirukan. 

Perlu dengan segera MENGECAT jalur putih(sama ada berpecah-pecah, berterusan, satu jalur atau dua jalur selari, serta jalur putih tepi jalan yang berterusan) - Yang sudah tidak lagi terpakai harus dipadamkan/cat hitam supaya tak nampak lagi.

Majlis Perbandaran Temerloh perlu juga sapu jalan sentiasa - kerana debu dan air hujan jika tidak dibersihkan akan menyebabkan jalur jalan tak jelas kelihatan khususnya selepas hari hujan. Operasi sapu jalan harus diadakan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Nyata pasir dan lumpur juga sangat bahaya untuk pembawa motosikal dan basikal. 

Perlu dengan segera MENGECAT jalur putih tepi jalan(di mana ini sangat perlu khususnya pada waktu malam supaya pemandu tak terkeluar jalan). 

Masalah tak boleh nampak atau pasti jenis jalur putih atas jalan masalah juga di jalan di Pahang. Saya pakai jalan lama Karak ke Temerloh - dan tak jelas apa jalur atas jalan. Adakah jalur 2 berterusan - di mana ini merupakan kawasan jalan yang kita tidak boleh memotong kenderaan lain, Atau adakah ianya jalur putih pecah-pecah di mana kita boleh potong kenderaan lain?

Ini adalah perkara asas yng saya pasti Kerajaan Negeri Barisan Nasional boleh segera memastikan diperbetulkan.

Bagaimana polis boleh menyaman orang memotong di jalan 2 jalur selari berterusan apabila pemandu tak boleh pun lihat apakah jenis jalur tertera di atas jalan kerana kabur atau sudah tak ada? 

Dua jalur selari, di mana satu jalur berterusan dan satu jalur pecah-pecah menyatakan kepada pemandu, pemandu yang datang dari arah mana satu boleh potong kereta dan dari arah mana tak boleh potong kereta - tapi kalau tak jelas, bahaya...

Kalau tak ada jalur tepi berterusan putih tepi jalan yang menyatakan dengan jelas di mana jalan berakhir, senang orang terkeluar jalan - bahaya kepada pemandu dan penumpang kereta - bahaya juga kepada pejalan kaki... di mana khususnya di kawasan luar bandar, lampu jalan pun tak ada... 

Siapa yang menyebabkan kemalangan? Pemandu cuai atau kerajaan dan pihak berkuatkuasa yang tak buat kerja. Kini asyik saman pemandu sahaja tetapi kena juga pastikan jalan selamat - semua jalur putih jelas kelihatan pada setiap masa...

Jika ada orang mengalami kecederaan dan kerugian akibat daripada kecuaian (atau kegagalan menunaikan obligasi/tanggungjawab), pihak kerajaan Negeri, pihak berkuatkuasa berkenaan, pegawai yang bertanggungjawab juga boleh DISAMAN di Mahkamah - mungkin terpaksa kita mulakan aktiviti menyaman pihak berkuatkuasa yang gagal dalam obligasi memastikan jalur putih jalan jelas,dan lain-lain. 

Kalau tak mahu disaman, lebih baik buat kerja...

ADUN dan MP juga harus menimbulkan isu-isu setempat saperti ini - jangan asyik timbulkan sahaja isu nasional dan isu besar-besar.... kamu semua wakil rakyat penduduk Temerloh,...Pahang...

Mahu buat piket dan protes isu Temerloh, pasti ramai akan turun padang menyokong...

Tapi, harapan saya adalah pihak yang bertanggungjawab cepat-cepat buat apa yang perlu memastikan jalan di Temerloh...Pahang semua selamat...

Sunday, September 14, 2014

MP Temerloh kata Pasma ada menyatakan bahawa Presiden PAS 'politically stupid' ?

Perkataan 'politically stupid' mungkin terlalu kasar - apa yang PAS nak lakukan adalah isu dalaman parti PAS. 

Persoalan bahawa dalam sebuah pertubuhan yang demokratik, siapa pun boleh berkata apa dan membentangkan pendapat - persoalannya adalah apakah keputusan atau pendirian akhir PasMa?

Adakah mereka membuat pendirian bahawa Presiden Pas itu 'politically stupid', atau adakah ini hanya kata seorang dalam sesi perbincangan?

Bagaimana MP Temerloh tahu apa yang dibincangkan dalam mesyuarat PasMa? Adakah dia sendiri hadhir? Atau hanya berdasarkan apa yang mereka yang hadhir memberitahu beliau - kalau ini ada bahaya tak tepat kecuali jelas ada tape atau video recording (itu pun berasaskan konteks)?

Harus diingat bahawa PasMa tidak dapat dihubungi untuk mendapat komen atau jawapan PasMa kepada apa yang dikatakan MP Temerloh? Jangan kita cepat mahu sampai kepada mempercayai sama ada benar atau tidak... ini hanya kata seorang, di mana asas maklumatnya juga tak jelas...

Bolehkah ahli PAS kritik Presiden dan kepimpinan parti? Memang boleh ...jika ianya parti demokratik. Dalam UMNO dan BN, nampaknya tidak boleh. 

Kerajaan BN pun kini guna Akta Hasutan terhadap mereka yang berpendapat lain dan yang menimbulkan perasaan ketidakpuasan terhadap kerajaan kini. Ingat, kebenaran bukan pembelaan menangani tuduhan hasutan... ertinya, benar pun tak kira, persoalannya adakah apa yang dikatakan menimbulkan perasaan ketidakpuasan (disaffection) terhadap kerajan, dll...

 'PasMa wants Hadi out, labels him politically inept'

PAS central committee Nasrudin Hassan has accused Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), an organisation set up by the Islamic party's members, of wanting to topple PAS president Abdul Hadi Awang.
Nasrudin claimed that PasMa had in a meeting on Aug 31 at Pustaka Az Zahra, Kota Bharu, discussed about replacing Hadi.

"It was a meeting filled with discussions and criticism of the PAS topmost leadership, which is Hadi.

"They even discussed about how to bring down the president," he said in a Facebook posting.

Nasrudin said he was informed that in the meeting, a Johor PAS Youth leader had challenged the PAS central committee, which has been at odds with Hadi, to oust the president before the muktamar (annual assembly) this week.
"(It was pointed out in the meeting), there are 24 of 36 PAS central committee members who are aligned to them and (questions were raised) why they cannot control the central PAS' decision.

"It said the president was politically stupid and said the PAS central committee could oust Hadi without waiting for the muktamar," he said.

Malaysiakini could not contact PasMa president Phahrolrazi Mat Zawawi for comment.
PasMa was set up following the Selangor crisis which has caused cracks within the party between the conservative and pro-Pakatan Rakyat groups.

Phahrolrazi had previously told Malaysiakini that the NGO did not intend to oust Hadi or overturn PAS’ tradition of having clerics as its top leader but was instead to advocate continued cooperation with Pakatan.

He had said the NGO was to discuss "sensitive issues" as the framework of PAS did not allow such debates.

Meanwhile, Terengganu PAS has forbidden its members from being involved in PasMA activities.

In a statement, Terengganu PAS secretary Muhyiddin Abdul Rashid said this involved becoming members of the organisation or participating in its programmes. - Malaysiakini, 14/9/2014,
'PasMa wants Hadi out, labels him politically inept'

Tuesday, September 2, 2014

Had laju 70km/jam - had laju baru jalan Mentakab-Temerloh?

Baru nampak bahawa akhirnya kita ada papan tanda yang menyatakan had laju.....70Km/Jam 

SYABAS kepada pihak berkuasa berkenaan - sebab sebelum ini, sukar kita menentukan apakah had laju jalan ini kerana tak ada papan tanda nyata - Banyak juga polis dengan kamera/perangkap had laju di mana ramai kena saman kerana bawa kereta laju...

Dahulunya, papan tanda yang ada hanya papan tanda dimana perlu kurang kelajuan kepada 60 Km/Jam...di mana itu  pun ada masalah....ada papan tanda menyatakan 60Km/Jam di hadapan .... tetapi mula dimana tak tahu....lebih baik ada juga papan tanda menyatakan dengan jelas had laju 60Km/Jam bermula di sini....di mana ini jelas, kita semua tahu dari mana mulanya perlu bawa kereta 60Km/Jam - kedua-dua papan tanda perlu, iaitu yang menyatakan kelajuan dihadapan...lebih baik nyatakan jarak 100 atau 200 meter dihadapan....kalau tiba-tiba katakan 60 Km/Jam - apa kena buat? Brek tiba-tiba kurangkan kelajuan? Tak munasabah bukan - perlu ada masa kita perlahankan kelajuan kenderaan...

Nampak juga tempat yang had laju 60Km/Jam di selekoh bahaya dan berdekatan simpang kini juga akan ditukar --- kerana angka '6' kini ditutup dengan cat putih ...mungkin tak lama lagi dinaikkan kepada 70 - Ini Tak Setuju - kerana khususnya bila ada simpang dan orang kena masuk jalan besar Temerloh-Mentakab - perlu minta orang bawa kenderaan slow, atau lebih baik pasang lampu trafik ...atau lampu trafik oren berkelip-kelip untuk memaklumkan kepada pembawa kenderaan berhati-hati kerana ada kereta masuk jalan utama dekat simpang...dan selepas itu mungkin 'slow' kerana baru masuk jalan utama...

Lampu trafik yang picit akan jadi merah membenarkan pejalan kaki menyeberang jalan juga perlu kini di Temerloh kerana sudah 4-lane....Biasa ada kedai/rumah dikedua-dua belah jalan....Jejamtas tak perlu...cukup ada lampu trafik untuk pejalan kereta menyeberang.... (Di Malaysia, di mana cuaca panas/hujan - nyata ramai pejalan kaki tak mengunakan jejantas untuk menyeberang jalan....maka lebih wajar ada lampu trafik untuk pejalan kaki....bila ada orang mahu menyeberang, baru dipicit,,,baru tukar merah kalau tak ada orang menyeberang akan terus kekal hijau...

Post berkaitan:-
 

'Speed Trap' dekat Kampung Chatin pada 4/6/2014 - Had Kelajuan langsung tak pasti

TEMERLOH: Had Laju 60? Lampu Trafik untuk pejalan kaki

Tuesday, August 19, 2014

Penang CM sues Temerloh MP Nasrudin Hassan (MP Temerloh)

Penang CM sues Temerloh MP Nasrudin Hassan

Penang CM sues Temerloh MP Nasrudin Hassan 
 Lim said a notice on the move had been sent to the Central PAS Committee member concerning his statement on a social site dated Aug 6. - File Photo

GEORGE TOWN: Penang Chief Minister Lim Guan Eng has proceeded with his intention to sue Temerloh Member of Parliament Nasrudin Hassan for failing to apologise on his purportedly slanderous statement.

Lim said a notice on the move had been sent to the Central PAS Committee member concerning his statement on a social site titled "What is the difference between Kidex and Penang tunnel?", on Aug 6.

He said Nasrudin not only did not apologise over the statement but also made another slanderous statement that alleged the undersea tunnel project was carried out via direct negotiation.

"Nasrudin did not apologise but made another statement and it will be referred to my lawyer. The notice which was sent yesterday is based on his first statement," he told reporters here today.

On Aug 6, Nasrudin questioned why the Menteri Besar of Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim was condemned in connection with the Kinrara-Damansara Highway Project (Kidex), but the same action was not directed at Guan Eng in the construction of the undersea tunnel which he claimed was awarded via direct negotiation.

According to Nasrudin, the tunnel project, valued at RM4.63 billion, was fully financed by the Penang DAP state government and awarded to the developer, Construction Zenith BUCG Sdn Bhd via direct negotiation.

Monday, August 18, 2014

Apakah 15 soalan yang MP Temerloh bertanya di Parlimen, dan apakah jawapan yang diterima?

22 (4)  Seseorang  ahli  tidak  boleh  bertanya  lebih daripada  10  pertanyaan  bagi  Jawapan  Lisan  dan tidak  lebih  daripada  5  pertanyaan  bagi  Jawapan Bertulis  dalam  mana-mana  satu  mesyuarat  Majlis. -PERATURAN-PERATURAN  MAJLIS MESYUARAT  DEWAN  RAKYAT
Setiap MP (Ahli Parlimen) boleh boleh kemukakan 10 Soalan Untuk Jawapan Lisan, dan 5 Soalan untuk Jawapan Bertulis. Jadi persoalannya adalah sama ada ahli Parlimen anda mengunakan hak ini - apa kah soalan-soalan yang ditanya dan apakah jawapan yang diterima - ini adalah HAK kita sebagai rakyat untuk mengetahui tetapi malangnya kini semua ini tidak dikongsikan kepada kita semua. (Untuk Ahli Parlimen Temerloh dan ADUN berkenaan, hantar sahaja kepada saya di easytocall@gmail.com, dan saya akan juga memuatkan dalam Blog Temerloh ini supaya semua dapat lihat - kearah ketulusan dan transparensi....

Soalan lisan - kita boleh pergi melihat laman web Parlimen dan baca Hansard - tetapi ini pun kadang diberikan soalan bertulis - di mana jawapan ini kita tidak akan tahu sekiranya MP kita tak berkongsi kepada warga Temerloh...

Soalan untuk jawapan bertulis - soalan dan jawapan ini tak dapat di dalam Laman Web Parlimen - justeru MP kena aktif berkongsi soalan dan jawapan yang diterima.

Ada MP yang malas - langsung tidak mengunakan hak untuk menyoal ini - maka rakyat yang rugi.... Adakah MP Temerloh mengunakan haknya ini sepenuhnya? 

Perlu juga rakyat tahu mengenai hak boleh soal ini - kerana rakyat juga boleh menimbulkan isu atau soalan yang harus ditanya untuk mendapatkan jawapan di Parlimen....maka YB MP semua seharusnya tanya rakyat apa soalan yang mahu mereka tanya....kerana beliau juga 'wakil rakyat'. 

Masalah kini, kerana sikap malas dan 'mahu rahsiakan jawapan diterima', kita rakyat biasa tidak tahu apa soalan yang ditanya dan apakah jawapan yang diterima.... Kalau semua soalan yang mana jawapan bertulis diberikan terpapar di Laman Web Parlimen dan Laman Web MP Temerloh alangkah bagus. Kadang-kadang kerajaan sudah jawab - jadi tak payah tanya soalah, dan jika sudah tahu jawapan lepas, boleh pula tanya soalan susulan untuk jawapan bertulis...

Adalah amalan baik, wakil rakyat mempunyai sebuah Laman Web(atau sekurang-kurang Blog) peribadi, di mana semua ini dapat dilapurkan kepada rakyat. Baik juga selepas setiap  hari persidangan Parlimen, wakil rakyat menyediakan lapuran harian - menyentuh khususnya kepada isu yang harus diketahui rakyat Temerloh..




Soalan kepada Nasrudin Hassan Tantawi adalah ahli Parlimen Temerloh -

Berapakah soalan yang telah dikemukakan sejak PRU13 - nyatakan soalan dan jawapan yang diterima supaya rakyat pun boleh tahu..


Hak rakyat membantah dan komen sebelum projek diluluskan pihak berkuarkuasa...

Hak penduduk setempat memberikan komen dan bantahan kepada projek perumahan dan pembangunan besar setempat nampaknya kini dinafikan. Dahulu sebelum projek mendapat kelulusan, biasanya orang ramai dimaklumkan mengenai projek yang dicadangkan dan juga nombor talipon dan alamat di mana komen dan bantahan boleh dibuat, di mana in i semua akan diambil kira oleh pihak berkuatkuasa berkenaan sebelum memberikan kelulusan.

Hak untuk didengar juga diberikan - di mana orang yang mengadu, ada komen atau membantah dibenarkan hadhir sendiri memberikan hujahan lisan....

Tetapi kini papan tanda sedemikian hampir tidak kelihatan pun ....nampaknya suara dan pendapat rakyat setempat tidak lagi penting atau diambil kira...

Untuk pemilik tanah berhampiran dan/atau bersebelahan tapak projek, biasanya surat akan dihantar mengenai perkara yang sama ....sama ada apa-apa komen, runggutan atau bantahan projek pembangunan tersebut...

Kini, di Temerloh di Kampung Lubuk Layang tiba-tiba satu projek perumahan diluluskan - pemaju terus menjatuhkan pokok hutan yang ada dan meratakan tanah - selepas itu naik pula papan notis menyatakan bahawa lebih daripada 200 rumah akan dibina - di mana ini merupakan, saya percayai,  iklan  mahu jual rumah di mana harga rumah juga dinyatakan. 200 rumah ertinya penambahan penduduk yang sangat ketara yang mengakibatkan kesesakkan dan juga isu keselamatan setempat.

ISU PERTAMA - Ini kawasan tanah kampung, bersebelahan pula kem Angkatan Tentera - bagaimana kelulusan diberikan untuk projek perumahan (di mana kini di antara Kg Lubuk Layang(yang di bawah kawasan Mentakab) dan Kampung Lubuk Layang (di bawah kawasan Temerloh) - maka projek perumahan 200 lebih rumah ditengah-tengah Kg Lubuk Layang.

ISU DUA - Ini tanah kampung - kategori pertanian - bagaimana pula tukar status untuk projek kepada status lain - sehinggakan begitu banyak rumah dapat dibina?

ISU KETIGA - bagaimana projek perumahan bersempadankan pagar sempadan Kem Tentera bukankah ini isu keselamatan?

Harus kita berjuang untuk hak dapat komen, bantah dan meluangkan pendapat sebelum permohonan diluluskan - rakyat harus tidak dinafikan hak. In tempat kita tinggal sekeluarga selama-lamanya....jangan kita tidak ada hak memutuskan apa yang berlaku dikawasan tempat kita tinggal...




Thursday, June 5, 2014

HAK PEKERJA DAN KESATUAN SEKERJA HARUS DIUTAMAKAN DEMI KESEJAHTERAAN(WELLBEING) PEKERJA DAN KELUARGA MEREKA

Kenyataan Bersama–– 2/6/2014 (Penterjemahan Bahasa Malaysia)


HAK PEKERJA DAN KESATUAN SEKERJA HARUS DIUTAMAKAN DEMI KESEJAHTERAAN(WELLBEING) PEKERJA DAN KELUARGA MEREKA


Kami, 47 pertubuhan sivil, kesatuan sekerja dan kumpulan prihatin yang dinyatakan dibawah ini, kini membuat tuntutan berikut demi memastikan hak pekerja dan kesatuan sekerja dijamin di Malaysia. Adalah sedih apabila kerajaan mengutamakan kepentingan perniagaan, pelabur dan majikan lebih daripada hak dan kebajikan pekerja dan keluarga mereka.


1- KERJA TETAP ‘REGULAR’ SEHINGGA UMUR PERSARAAN – MANSUHKAN KERJA ‘PRECARIOUS’(TIDAK STABIL) KERJA KONTRAK JANGKA PENDEK


Hak untuk kerja tetap sehingga umur persaraan adalah penting untuk kesejahteraan ekonomi dan kestabilan kewangan pekerja dan keluarga mereka.


Kerja kontrak jangka pendek atau jangka tetap adalah jenis kerja ‘precarious’(tak stabil/tidak menentu) yang harus dimansuhkan. Kerja kontrak jangka pendek membenarkan penafian hak bersara pada umur 60, hak  dan faedah ‘maternity’, penambahan hak yang berlaku apabila tambah tempuh perkhidmatan, menjadikan hamper mustahil untuk pekerja menubuhkan, menyertai atau berkhidmat dalam kepimpinan kesatuan sekerja sedia ada. Kontrak jangka pendek sebegini, yang biasa untuk satu tahun atau kurang, dengan tidak ad hak untuk perlanjutan tempuh kerja walaupun kerja masih wujud, melemahkan keupayaan seseorang pekerja berjuang untuk hak pekerja yang lebih baik, dan semestinya melemahkan kesatuan sekerja atau menjadikan proses  menubuhkan kesatuan mustahil.


Kami menuntut untuk jaminan hak kerja tetap sehingga persaraan, dan pemansuhan kontrak kerja jangka pendek atau amalan pengajian sedemikian yang tidak stabil(precarious)


2 – MANSUHKAN SISTEM ‘CONTRACTOR FOR LABOUR’ – PASTIKAN PERHUBUNGAN KERJA TERUS DI ANTARA PEKERJA DAN PEMILEK/OPERATOR TEMPAT KERJA


Perhubungan kerja terus di antara pekerja dan tuan punya/operator tempat kerja, principal, adalah penting untuk memastikan pekerjaan stabil, di mana majikan afa obligasi untuk memastikan hak dan kebajikan pekerja dipelihara dengan terbaik. Seorang ‘ contractor for labour’(COL) harus tidak menjadi majikan, dan peranan mereka, jika ada pun, harus hanya untuk membekalkan pekerja kepada tuanpunya/operator tempat kerja atau secara alternative mencari pekerja pekerjaan dengan majikan, dan untuk perkhidmatan tersebut harus dibayar fi(‘fee).


Pemilik/operator tempat kerja, yng juga dikenali sebagai ‘principal’, yang sepatutnya mempunyai pekerjaan terus dengan pekerja yang bekerja ditempat kerja mereka. Tuntutan ini telah dilakukan dulu melalui Kenyataan Bersama 93 kumpulan bertarikh 3/5/2012 bertajuk,Mansuhkan Sistem ‘ Contractor For Labour’ – Tarik balik pindaan 2012 kepada Akta Kerja 1955 (Abolish the ‘Contractor for Labour’ system - Withdraw the 2012 amendments to Employment Act 1955’), dan juga melalui kenyataan terdahulu oleh 115 kumpulan pada 28/10/20111 bertajuk, ‘Malaysia Harus Memastikan hak Pekerja dan Kesatuan sekerja, dan menarik balik cadangan pindaan tidak adil kepada Akta Kerja – Pembekal Pekerja tidak harus menjadi Majikan’(‘Malaysia Must Protect Worker and Union Rights, and withdraw proposed unjust amendments to Employment Act - Labour Suppliers Should Not Be Employers’.) Kami juga menarik perhatian kepada Resolusi Majlis Peguam Malaysia tahun 2012, yang menyatakan pendirian sama, di antara lain menyatakan bahawa, ‘ Majlis Peguam  berpendirian bahawa pembekal pekerja dan/atau ‘contractor for labour’ harus tidak atau terus menjadi majikan pekerja yang mereka membekalkan kepada pekrja yang telah dibekalkan kepada, diterima dan yang telah mula bekerja di tempat kerja principal atau pemilik tempat kerja. Selepas itu, pekerja harus menjadi ‘employee’(pekerja) principal atau pemilik tempat kerja.’ Kami juga mengingat kembali piket dan protes yang dianjurkan MTUC menentang sistem ‘contractor for labour’.



3 – MENGHALANG ‘OUTSOURCING’ KERJA, PEMECAHAN SYARIKAT MAJIKAN DAN SKIMA SEDEMIKIAN YANG SECARA EFEKTIF MENGHAPUSKAN SOLIDARITY PEKERJA DAN MERUPAKAN TINDAKAN ‘MENGHANCURKAN KESATUAN SEKERJA’(UNION BUSTING)


Untuk mengelakkan kesatuan sekerja dan perhubungan kerja, setengah majikan telah ‘outsourcing’ sebahagian kerja mereka kepada kontraktor pihak ketiga, yang kemudian mengunakan pekerja sendiri untuk melakukan kerja tersebut. Ini berlaku, antara lain, di sector perladangan, dan Kesatuan Sekerja Pekerja Perladangan(NUPW), yang dahulunya sebuah kesatuan sekerja yang kuat, pada hari sudah dilemahkan walaupun bilangan pekerja di sector perladangan kekal sama atau telah bertambah. Satu contoh lagi, adalah disektor perbankan bila setengan aspek industry perbankan saperti  perbankan internet atau talipon telah di’outsource’ kepada pihak ketiga. “Outsourcing’ kerja adalah satu lagi strategi ‘union busting’, yang melemahkan kesatuan sekerja, dan menafikan ahli kesatuan hak sedia ada dalam Perjanjian Koletif Bersama(CBA).


Satu lagi cara yang digunakan adalah dengan memecahkan sesuatu syarikat majikan kepada beberapa syarikat yang kecil, sesuatu yang kini difikirkan oleh Tenaga Nasional Berhad(TNB). Ini telah ditentang dengan kuat oleh 4 kesatuan sekerja yang kini mewakili ramai pekerja TNB. Pemecahan ini, jika berlaku, akan melemahkan kesatuan sekerja yng kini kuat, dan kemungkinan akan menfikan ahli kesatuan sedia ada hak dan faedah yang kini mereka menikmati melalui Perjanjian Kolektif Bersama. Bila syarikat baru diwujudkan, pekerja akan  menjadi pekerja entity baru  dan terpaksa melalui proses panjang menubuhkan, selepas itu mendapatkan pengiktirafan lagi, dan memasuki CBA baru dengan majikan baru ini, satu proses yang mungkin akan mengambil masa lama. Kami menyokongan kenyataan bersama 4 Kesatuan Sekerja di TNB, iaitu Persatuan Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (PETNB), Kesatuan Percantuman Pekerja-Pekerja TNB (KPPPTNB), Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU) dan Persatuan Unit Keselamatan TNB (PERUNIKA) bertarikh14/11/2013 menentang cadangan memcahkan TNB. 


4 – BERHENTI PEMBUANGAN KERJA DAN PENGANIYAAN PEMIMPIN KESATUAN SEKERJA DAN PEKERJA UNTUK TINDAKAN MEMPERJUANGKAN HAK PEKERJA DAN MENIMBULKAN KETIDAKADILAN.


Bila presiden National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM) mengeluarkan kenyataan selaku Presiden Kesatuan Sekerja mendedahkan (highlight) juga beberapa isu pekerja yang masih belum diselesaikan oelj Malayian Airline(MAS), beliau diberhentikan kerja atas alas an mengeluarkan kenyataan selaku pekerja. 53 kumpulan telah mengeluarkan kenyataan bertarikh 3/3/2014 bertajuk “Malaysian Airline Harus Menghormati Hak Kesatuan Sekerja dan Pekerja – Berhenti Tindakan ‘Union Busting’ Terhadap NUFAM dan ahlinya’[ ‘Malaysian Airlines Must Respect Trade Union and Worker Rights -Cease Anti-Union activities against NUFAM and its members’] dan kami juga merujuk kepada kenyataan terdahulu yang dikeluarkan 43 kumpulan pad 3/12/2013 bertajuk, ‘MAS Harus Segera Membatalkan ‘suspension’ presidn kesatuan sekerja Ismail Nasaruddin – Isu Hak Pekerja harus diselesaikan melalui rundingan Bukan melalui ‘Union Buting’. [MAS Must Immediately Revoke Suspension of Union President Ismail Nasaruddin Worker Right Issue Should Be Resolved By Negotiations Not ‘Union Busting’]


Juga, 18 pekerja telah dibuang kerja oleh anak syarikat DRB HICOM kerana menghantarserahkan memorandum MTUC kepada calum dalam Pilihanraya Umum yang lalu, di mana objektif MTUC adalah untuk mendapatkan komitmen bakal ahli Parlimen berkenaan isu hak pekerja. Kami mengulang kenyataan 51 kumpulan yang dikeluarkan pada 25/6/2013 bertajuk, “ DRB HICOM harus menghormati hak rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses demokratik – berhenti tindakan disiplin terhadap pekerja yang melaksanakan hak politik mereka’ [“DRB HICOM Must Respect The Citizens’ Right To Participate In The Democratic Process In Malaysia– Stop disciplinary action against workers for exercising their political rights.”]


Ramai lagi pemimpin Kesatuan Sekerja yang telah ditamatkan perkhidmatan kerana mendedahkan keridakadilan yang berlaku kepada pekerja, antara lain, Abdul Jamil Lalaludeen dan Chen Ka Fattyang merupakan Naib Presiden dan Bendahari National Union of Bank Employees (NUBE); Hata Wahari, Presiden  National Union of Journalists(NUJ); Ismail Nasaruddin, Presiden NUFAM; dan Wan Noorulazhar , Presiden Electronic Industry Employees Union Western Region, Peninsular Malaysia (EIEUWR). Kami menarik perhatian kepada Kenyataan 87 kumpulan bertarikh 4/4/2013, RENESAS Harus Segera Mengiktiraf Kesatuan Sekerja dan Mengembalikan Kerja Wan Noorulazhar [‘RENESAS Must Immediately Accord Recognition To The Union And Reinstate Wan Noorulazhar.’]


Kami menuntut pemberhentian tindakan pembuangan kerja, diskriminasi dan lain jenis penganiyaan terhadap ahli kesatuan sekerja dan pemimpin pekerja, di mana semua tindakan sedemikian secara wajar harus dilihat sebagi tindakan ‘union busting’ dilakukan majikan yang tidak baik, yang pada masa ini seolah-olah direstui kerajaan Malaysia.


Kami menuntut pemansuhan undang-uangan yang kini membenarkan majikan membuang kerja ahli kesatuan sekerja dengan senang-senang mengambil kira ianya suatu salahlaku kerja seorang pekerja biasa, Sebagi contoh, Presiden NUFAM di buang kerja kerana MAS menganggap tindakan seorang pekerjanya mengeluarkan kenyataan media adalah salah laku kerja.


5 – HAK UNTUK MENDAPATKAN SIASATAN DALAMAN[DOMESTIC INQUIRY] SEBELUM DIBUANG KERJA


Ismail Nasarudin dan 4 yang lain daripada NUFAM telah dibuang kerja oleh MAS tanpa apa-apa Siasatan Dalaman (Domestic Inquiry). …..Harmoni Perhubungan Industri ..keadilan menuntut bila majikan mendakwa bahawa pekerja telah melakukan salahlaku kerja,  natural justice memerlukan bahawa pekerja diberikan hak didengar  dan hak menghadapi dakwaan ini di hadapan satu panel yang berkecuali.


Di dalam kes 18, yang telah dibuang kerja oleh anak syarikat DRB HICOM, mereka ada Siasatan Dalaman(DI) tetapi hak untuk diwakili oleh wakil kesatuan dinafikan. Mereka hanya dibenarkan diwakili oleh pekerja daripada tempat kerja mereka.


Memandangkan, bahawa kebanyakkan pekerja tidak menjadi ahli kesatuan sekerja atau ada kesatuan sekerja, adalah penting demi keadilan bahawa semua pekerja harus mempunyai hak untuk mendapat Siasatan Dalaman(DI), dan hak ini perlu diberikan melalui undang-undang. Hak untuk pekerja yang didakwa melakukan salahlaku kerja untuk diwakili peguam, ahli kesatuan sekerja atau pekerja pilihan mereka sendiri juga harus dijamin.



6 – SALAHLAKU KERJA HARUS DITETAPKAN OLEH UNDANG-UNDANG


Majikan telah sewenang-wenang menambahkan jumlah salahlaku kerja, di mana kebanyakkan daripada salahlaku ini adalah juga tidak jelas dan/atau yang secara terus menghakis/menafikan hak asas pekerja atau kesatuan sekerja mereka, termasuk juga hak asas pekerja mendedahkan ketidakadilan, berjuang untuk hak pekerja serta juga hak membuat aduan atau representasi kepada pihak berkuasa berkenaan penncabulan hak pekerja atau salahlaku majikan.


Di dalam kes DRB HICOM, satu daripada salahlaku kerja yang didakwa adalah, ‘‘Membawa atau cuba membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk mengemukakan dan menyokong sesuatu tuntutan berhubung dengan perkhidmatan sama ada tuntutan itu adalah tuntutan secara individu atau tuntutan lain-lain kakitangan” Bagaimana ini boleh dikatakan salahlaku kerja bila inilah apa yang pekerja dan kesatuan sekerja lakukan – menonjolkan ketidakadilan dan berkempen untuk sokongan yang semestinya akan menjana tekanan. …dan sebagainya ke atas majikan. Ini juga niat mana-mana piket. Ianya tidak masuk akal, bila perkara ini dijadikan salahlaku kerja. 51 kumpulan telah pada 25/6/2013, mengeluarkan kenyataan, ‘DRB HICOM HARUS menghormati hak rakyat untuk mengambil bahagian dalam proses demokrasi – berhenti tindakan disiplin terhadap pekerja yang melaksanakan hak politik mereka’(‘DRB HICOM Must Respect The Citizens’ Right To Participate In The Democratic Process In Malaysia– Stop disciplinary action against workers for exercising their political rights.’). Kini, pekerja di MAS juga menghadapi tindakan disiplin kerana membawa aduan mereka ke Putrajaya.


Salahlaku kerja seharusnya tidak cuba mengurangkan hak pekerja, kebebasan bersuara, hak selaku rakyat dan hak asasi yang lain. Saperti kesalahan jenayah, salahlaku kerja mestilah jelas dinyatakan termasuk apakah juga hukuman yang akan dikenakan jika salahlaku berkenaan dibuktikan atau diakui pekerja tertuduh.


Demi menjamin keselamatan pekerja, harus terdapat undang-undang yang mendefinasikan atau menetapkan apakah salkahlaku kerja, menghadkannya kepada perkara yang berkenaan tempat kerja atau secara munasabah yang ada kaitan dengan kerja. Cubaan majikan mengawal kehidupan peribadi, kebebasan dan hak asasi pekerja terutamanya di luar masa kerja seharusnya tidak sama sekali dibenarkan.


7 –  BILA PEMBUANGAN KERJA DIPUTUSKAN SEBAGAI SALAH DAN/ATAU TANPA ASAS MUNASABAH, HAK UNTUK MENDAPATKAN KERJA KEMBALI TANPA KEHILANGAN FAEDAH HARUS DIJAMIN


Bila seseorang pekerja dibuang kerja secara salah, keadilan dituntut pekerja memohon kerja kembali dengan membuat aduan yang akhirnya akan sampai di Mahkamah Perusahaan yang menentukan sama ada pemnbuangan kerja itu adalah salah atau tidak. Jika didapati pekerja dibuang kerja secara salah, majikan seharusnya diperintahkan mengambil kembali pekerja tanpa kehilangan apa-apa faedah. Secara alternative, pekerja juga harus boleh menuntut pampasan sebagai ganti mendapat kerja kembali. 


Di Malaysia, hak membuat pilihan sama ada mahu kerja kembali atau menerima pampasan sebagai ganti telah dirampas daripada pekerja, dan diletak kepada budibicara Mahkamah yang pada masa kini didapati jarang mengarahkan kerja kembali tetapi pampasan sebagai ganti kerja kembali. Pada tahun 2007, satu Jadual 2 yang baru ditambahkan kepada Akta Perhubungan Perusahaan 1977, yang secara tidak adil bukan sahaja menghadkan kuantum pampasan sebagai ganti kembali kerja kepada tidak lebih daripada 24 bulan, dan untuk mereka yang masih dalam tempuh percubaan tidak lebih daripada 12 bulan tetapi juga membenarkan potongan lain daripada jumlah ini. Ini semua tidak akan menakutkan (deter) majikan membuang pekerja secara salah, tetapi sebaliknya memberanikan majikan mengunakan ‘pembuangan kerja secara salah’ sebagai taktik mengeluarkan pemimpin pekerja dan kesatuan sekerja daripada kalangan pekerja mereka. Jadual 2 ini, yang tidak adil bagi pekerja, harus di mansuhkan, dan pilihan sama ada mahu kembali kerja atau terima pampasan sebagai alternatik kembali kerja harus di tangan pekerja mangsa pembuangan kerja secara salah.


8 – TEMPUH PERCUBAAN (PROBATION) DAN HAK LAIN HARUS DIJAMIN UNDANG-UNDANG UNTUK SEMUA PEKERJA


Lebih daripada 92% pekerja di Malaysia bukan ahli kesatuan sekerja, dan oleh kerana itu  mereka tidak ada mekanisma Perjanjian Bersama, yang mungkin dapat memastikan hak pekerja yang dijamin secara khusus dalam perundangan buruh masih dapat juga dinikmati pekerja. Probation(Tempuh Percubaan) adalah contoh satu daripada hak ini, di mana secara munasabah tempuhnya tidak harus lebih daripada tiga(3) bulan, yang merupakan jangkamasa cukup untuk mana-mana majikan menilai kesesuaian seseorang pekerja dan seteruskan mengesahkan sebagai pekerja tetap sampai umur persaraan.


Kini, ramai majikan menyalahgunakan kekurangan perundangan buruh ini, dan membiarkan pekerja terus wujud sebagai pekerja dalam tempuh percubaan untuk jangkamasa yang panjang, kadang-kadang bertahun-tahun, dan ini kerana seseorang pekerja dalam tempuh percubaan ada hak kurang berbanding pekerja yang sudah disahkan pekerja tetap. Undang-undang harus menetapkan tempoh maksima tempoh percubaan, termasuk juga peruntukan pasti bahawa selepas tiga(3) bulan, pekerja dianggap sebagai pekerja tetap.



9 –  CEPATKAN PENDAFTARAN DAN PENGIKTIRAFAN KESATUAN SEKERJA


Sedangkan hak masa dan akibat ketidakpatuhan kehendak tempuh masa melakukan sesuatu wujud dalam perundangan buruh untuk perkara yang patut dilakukan pekerja atau kesatuan sekerja, jelas provisi sedemikian untuk tindakan majikan tidak ada. Pengiktirafan kesatuan sekerja di RENESAS mengambil lebih kurang 4 tahun. Di dalam kes ini, ada kalanya majikan RENESAS gagal mematuhi arahan Kementerian atau lewat mematuhi keperluan undang-undang, di mana ini semua boleh majikan lakukan kerana undang-undang tidak menetapkan masa melakukan sesuatu atau kesan kegagalan majikan melakukan sesuatu – ini membenarkan majikan dengan begitu mudah memperlewatkan hak pekerja atau kesatuan sekerja.


Pengiktirafan kesatuan adalah satu pra-syarat yang perlu diikuti di Malaysia sebelum majikan dan kesatuan sekerja dapat memasuki Perjanjian Bersama, di mana proses ini harus dipercepatkan dan diuruskan dengan pantas, sebaiknya tidak mengambil lebih daripada tiga(3) bulan. Keputusan ‘undi sulit’ harus hanya berasaskan bilangan undi dalam kotak undi, di mana kini ianya secara tidak adil juga mengambil kira bahawa mereka yang tidak dapat membuang undi atas andaian bahawa mereka ini semua sebenarnya tidak mahu kesatuan. Ini tidak adil.


Hak semakan kehakiman tidak boleh dinafikan, tetapi bila ianya digunakan majikan sebagai cara melewatkan pengiktirafan kesatuan sekerja, adalah perlu prosiding Mahkamah dipercepatkan untuk memastikan hak pekerja dan kesatuan sekerja tidak dinafikan atau dilewatkan. Adalah memalukan bagaimana setengah majikan sanggup berbuat apa sahaja untuk menafikan hak pekerja. Sebagai contoh, Malaysian Airlines(MAS), kini mencabar keputusan Menteri memberikan pengiktirafan kepada NUFAM selepas undi sulit dengan jelas menunjukkan bahawa 62.73% flight attendant di MAS mahu NUFAM sebagai kesatuan sekerja yang mewakili mereka. Di dalam kes RENESAS, pengiktirafan kesatuan sekerja dilewatkan setahun lebih akibat Semakan Kehakiman dan Rayuan seterusnya di Mahkamah oleh majikan. Sebagai polisi, semakan kehakiman dan rayuan sedemikian harus cepat dihabiskan kerana kelewatan mengakibatkan hak pekerja, dan tidakan Mahkamah sedemikian tidak harus digunakan untuk melewatkan proses mendapat pengiktirafan, atau pun proses kemasukkan Perjanjian Bersama.



10 – PERTIKAIAN PERUSAHAAN(TRADE DISPUTES) HARUS DISELESAIKAN CEPAT DAN ‘STATUS QUO’ SEMUA PIHAK HARUS DIKEKALKAN SEHINGGA ADA PENYELESAIAN 


Sejarah menunjukkan bahawa mogok dan tindakan perusahaan  merupakan cara paling berkesan bagi pekerja dan kesatuan sekerja menyelesaikan pertelingkahan dengan majikan dan menuntut hak, tetapi  kerajaan Malaysia telah masuk campur menghakis atau menghadkan pilihan pekerja dan kesatuan sekerja yang mengakibatkan kerugian kepada pekerja dan kesatuan sekerja. Kerajaan lebih cenderung kepada pilihan menyelesaikan pertikaian perusahaan(trade dispute) melalui proses aduan, perbincangan dan arbitrasi bukan melalui mogok dan tindakan perusahaan. Olehkerana ini, proses menyelesaikan pertikaian perusahaan ini harus dijalankan dengan cepat, dan pekerja dan ahli kesatuan sekerja harus secara berkesan dipastikan selamat daripada pembuangan kerja dan diskriminasi oleh pihak majikan sewaktu dan sehingga penyelesaian pertikaian perusahaan dan/atau aduan ini dicapai.


Kebanyakkan pertikaian perusahaan dan aduan dimulakan oleh pekerja dan kesatuan sekerja, di mana kebanyakkan masa pekerja yang terbabit menjadi mangsa pembuangan kerja dan tindakan diskriminasi majikan manakala majikan terus saperti biasa meneruskan perniagaan mereka, justeru keadilan memerlukan agar semua pertikaian poerusahaan ini diselesaikan cepat, tak lebih daripada 30 hari, dan pekerja yang telah dibuang kerja akibat pemfailan atau berkenaan sesuatu pertikaian perusahaan harus terus dibayar gaji biasa sehingga pertikaian perusahaan ini berjaya diselesaikan. Majikan harus dihalang daripada membuang kerja pekerja dan ahli kesatuan sekerja yang melapurkan pertikaian perusahaan dan/atau aduan sehingga perkara ini diselesaikan.



11 –  PEKERJA MIGRAN SEHARUSNYA TIDAK DIDISKRIMINASI


Gaji sama untuk kerja sama adalah adil. Ianya salah jika pekerja migran didiskriminasi dalam isu hak gaji minima, sebagai contoh kerajaan mencadangkan pekerja migran kini membayar levi, di mana levi sebenarnya pembayaran yang dikenakan atas majikan untuk mengalakkan majikan mengambil kerja pekerja tempatan berbanding dengan pekerja migran. 82 kumpulan telah pada 8/2/2013 mengeluarkan kenyataan bertajuk, Gaji Minima Untuk Semua Pekerja, termasuk Pekerja Migran – Tidak kepada Potongan Gaji untuk Mendapat Kembali Levi Yang Harus Dibayar Oleh Majikan’



12 – PEMBERIAN PENGECUALIAN SECARA ‘UNILATERAL’ KEPADA MAJIKAN UNTUK MENAFIKAN HAK PEKERJA YANG DIBERIKAN UNDANG-UNDANG HARUS BERHENTI


Undang-undang memberikan hak pekerja, tetapi banyak situasi di mana ada peruntukkan yang memberikan kuasa kepada Menteri memberikan pengecualian kepada majikan. Sebagai contoh, hak pekerja kerja maksima 8 jam setiap hari, atau maksima 48 jam seminggu boleh dielak jika majikan diberikan pengecualian. Keputusan member pengecualian diberikan tanpa pengetahuan awal pekerja terbabit, tanpa memberi hak kepada pekerja atau kesatuan terbabit atau untuk membantah permohonan majikan sebelum keputusan pengecualian diberikan. Keputusan pengecualian memang dapat dicabar dalam had masa tertentu, tetapi bagi pekerja, khususnya mereka yang tiada kesatuan sekerja, keupayaan atau kapasiti berbuat cabaran sedemikian tidak ada. Secara adil, hak didengar atau membantah permohonan majikan untuk pengecualian harus diberikan sebelum keputusan pengecualian dibuat. Sebenarnya, majikan seharusnya tidak diberikan pengecualian yang akan membawa kepada situasi hak pekerja atau kesatuan sekerja yang ditetapkan undang-undang dinafikan.



13 – GAJI MINIMA MEMADAI UNTUK MEMASTIKAN KEHIDUPAN BAIK (DECENT LIVELIHOOD)


Semua pekerja di Malaysia harus menerima gaji minima mulai 1 Januari 2014 tetapi malangnya kuantum gaji  minima ini ditetapkan pada tahun 2012, iaitu RM900 untuk Semenanjung Malaysia dan RM800 untuk Sabah dan Sarawak, di mana jumlah ini kini sudah tidak lagi mencukupi memastikan kehidupan baik(decent) untuk pekerja dan keluarga memandangkan peningkatan tinggi kos sara hidup. Manakala, pekerja dalam sector awam mendapat juga Elaun Kos Sara Hidup [Cost of Living Allowances(COLA)], pekerja sector swasta tidak mendapatkan COLA. Mengambil kira juga hakikat bahawa kerajaan  Malaysia telah berpendirian bahawa isirumah yang mendapatkan pendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan memerlukan bantuan kewangan, secara lojik gaji minima harus dinaikkan kepada sekurang-kurang RM1,500.


COLA juga harus dijadikan hak undang-undang bagi pekerja, khususnya mereka yang berpendapatan rendah. Kadar Gaji Minima juga harus dikaji semula sekurang-kurang setiap 6 bulan mengambil kira bahawa peningkatan kos sara hidup kini begitu cepat, dan jumlah wang sebenarnya yang diperlukan untuk memastikan kehidupan baik ‘decent’ pekerja dan keluarganya.



14 – HAK UNTUK MENDAPATKAN FAEDAH ‘TIDAK ADA KERJA’(UNEMPLOYMENT BENEFITS)



Pada masa kini, bila pekerjaan adalah tidak stabil (precarious), kerajaan perlu menyediakan skim faedah ‘tidak ada kerja’(unemployment benefits) untuk membantu pekerja dan keluarga mereka bila mereka  tidak ada kerja. Walaupun tidak ada kerja atau pendapatan, obligasi perlu bayar sewa, bil keperluan asas, hutang kereta atau rumah, bayaran pembelajaran kanak-kanak, dll masih perlu dilakukan oleh  pekerja yang tidak ada kerja dan sumber pendapatan. Tanpa bantuan kewangan dalam bentuk faedah ‘pekerja tak ada kerja’(Unemployment benefit), kehidupan pekerja dan keluarga akan terjejas dengan serius.  Sokongan semasa susah saperti ini kini wujud di Negara lain, termasuk juga negara jiran Thailand.

 

15 –   HAK UNTUK TIDAK DIDISKRIMINASI BERASASKAN JANTINA



Walaupun Perlembagaan Persekutuan menjamain layanan sama rata, mahkamah telah berkeputusan bahawa obligasi tidak mendiskriminasi pekerja berasaskan jantina adalah hanya obligasi bila majikan adalah kerajaan atau badan berkanun – majikan sector swasta tidak ada obligasi sedemikian. Ini secara jelas bercanggah dengan obligasi Malaysia di bawah Konvensyen Penghapusan Semua Jenis Diskriminasi Terhadap Perempuan[Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination against Women (CEDAW)] yang Malaysia telah tandatangani. Undang-undang patut dipinda untuk memastikan bahawa semua majikan tidak dibenarkan mendiskriminasi pekerja berasaskan jantina atau apa bentuk diskriminasi yang lain.

  

16 -  KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI TEMPAT KERJA


Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) merekodkan 1,248 kemalangan tempat kerja di 10 sektor pada 5 bulan pertama tahun 2013, yang mengakibatkan 68 pekerja maut, 81 hilang upaya kekal, dan 1,099 kecederaan tidak mengakibatkan kecacatan kekal. 


Pada tahun 2010, sejumlah 1426 kes penyakit pekerjaan(occupational disease) dan keracunan telah dilapurkan kepada Bahagian Kesihatan Pekerjaan berbanding dengan 791 kes yang dilapurkan tahun sebelumnya, di mana hanya lebih kurang separuh berjaya disiasat secara berkesan. Di antara penyakit kesihatan yang dilapurkan adalah kehilangan pendengaran akibat bunyi (noise induced hearing loss (NIHL)), penyakit kulit pekerjaan(occupational skin diseases) dan penyakit paru-paru pekerjaan(occupational lung diseases). Secara umum tahap kesedaran mengenai penyakit pekerjaan adalah rendah, tambah lagi bila ia diketahui lama selepas pekerja sudah meninggalkan tempat kerja berkenaan – maka berlaku kurang lapuran (under reporting) mengenai penyakit pekerjaan. Untuk peklerja migrant(asing) yang telah kembali kepada negara asal, kini masih tidak wujud mekanisma aduan atau akses kepada keadilan yang berkesan bila ia melibatkan penyakit pekerjaan.


Malaysia harus menambahkan kesedaran mengenai penyakit pekerjaan, dan harus lebih komited memastikan penguatkuasaan aktif untuk memastikan keselamatan dan keihatan pekerjaan di tempat kerja. Hospital dan pengamal perubatan harus diperlukan memaklumkan kepada pekerja dengan penyakit atau keadaan kesihatan yang mungin berkait dengan tempat kerja  hakikat ini, dan juga di mana mereka boleh membuat aduan dan akses keadilan.


Memandangan ramai majikan juga ada menyediakan tempat penginapan pekerja, harus ada undang-undang menetapkan piawaan minima perumahan pekerja yang akan memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja. Pekerja migrant datang ke Malaysia yang sihat (with a clean bill of health) yang kemudiannya dihantar kembali ke negara asal berasaskan penyakit saperti penyakit batuk kering (TB), yang kemungkinan besar disebabkan tempat tinggal pekerja yang sesak dan sempit(cramped) atau tempat kerja, dan oleh kerana ini senarai penyakit pekerjaan harus dikaji semula untuk memasukkan penyakit yang mungkin disebabkan akibat keadaan tempat kerja atau juga keadaan perumahan pekerja yang kurang memuaskan.


17 – HAK PEKERJA DALAM UNDANG-UNDANG UNTUK SEMUA PEKERJA


Memandangkan di Malaysia, kebanyakkan pekerja tidak tahu mengenai hak pekerja atau kesatuan sekerja, tambahan juga kerana hakikat bahawa hak pekerja dan kesatuan tidak pun di ajar disekolah atau kolej, di mana ini memerlukan bahawa undang-undang menetapkan dan menjamin hak pekerja minima untuk semua, yang tidak terhad kepada yang hanya berpendapatan RM2,000 atau kurang, atau hanya untuk pekerja klas tertentu sahaja. Pekerja domestic, sama saperti pekerja lain, seharusnya mempunyai hak sama menikmati hak minima pekerja yang ditetapkan undang-undang.


18.  JANGAN TANDATANGAN PERJANJIAN YANG AKAN MENGHAKIS ATAU MEMBANTUT HAK PEKERJA


Malaysia telah dan masih mahu tandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas(Free Trade Agreements) dan perjanjian lain, saperti Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (Trans-Pacific Partnership Agreement [TPPA]) tanpa bersikap terbuka dan telus mengenai kandungan perjanjian berkenaan, dan tanpa konsultasi dengan rakyat. Beberapa perjanjian ini, kini diketahui mengandungi fasal/klausa yang akan membawa kesan bukan sahaja menghakis tetapi juga membantut hak pekerja. Satu fasal sedemikian adalah Fasal Perlindungan  Pelabur (Investor Protection Clause), yang melindungi pelabur dan juga membenarkan pelabur mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan sekiranya kerajaan berbuat sesuatu di masa depan yang akan mengakibatkan majikan diperlukan membelanjakan lebih wang, atau melakukan perkara yang akan menjejaskan keuntungan perniagaan. Maka, jika Malaysia pada masa depan bertindak memperbaiki perkara saperti hak pekerja, keselamatan pekerja, kesihatan awam dan perlindungan alam sekitar, di mana ini akan memerlukan perniagaan berbelanja lebih yang akan mengakibatkan keuntungan, Malaysia mengadapi risiko akan disaman atau diambil tindakan undang-undang, di mana ini berkemungkinan akan menghalang kerajaan Malaysia memperbaiki hak dan keadaan kerja pekerja di Malaysia



Harus disedari bahawa tuntutan atau isu pekerja dan kesatuan sekerja yang disenaraikan di atas sama sekali bukan komprehensif(comprehensive), tetapi adalah senarai setengah isu asas yang masih memerlukan tindakan, dan seharus tidak dibenarkan dilupakan akibat pengedaran masa, pengawalan media atau sebab lain.


Obligasi menghormati dan menjamin hak pekerja dan kesatuan sekerja bukan sahaja pada kerajaan Malaysia, tetapi juga perniagaan, ‘corporation’, majikan, kerajaan negara daripada mana datang mereka yang memiliki atau mengawal perniagaan, negara daripada mana datangnya pekerja migrant(asing), mereka yang merupakan penguna barangan atau perkhidmatan, lain perniagaan yang ada kaitan dengan majikan termasuk yang dalam supply chain (rantai pembekalan), dan secara umum semua dalam komuniti global. Berkompromosi piawai atau hak pekerja yang wujud di negara masing-masing atau perniagaan, atas alasan cukup memadai memenuhi keperluan khusus undang-undang Malaysia tidak boleh diterima.


Ruggie’s ‘Prinsip Pembimbing mengenai Perniagaan dan Hak Asasi: Implementasi Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu “Memelihara, Menghormati dan Remedi’ [Ruggie’s "Guiding Principles on Business and Human Rights: Implementing the United Nations 'Protect, Respect and Remedy' Framework"] adalah satu daripada piawaian dan pembimbing atau garis panduan (guidelines), yang harus diterimapakai kerajaan, perniagaan dan majikan. Ia bukan memadai untuk hanya sesebuah negara menandatangani atau meratifikasi Konvensyen atau Instrumen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(UN) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa(ILO) tetapi tidak melakukan apa yang perlu untuk memberikan kesan penuh di Malaysia.



Kami menuntut kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan memastikan kesemua tuntutan di atas diberi kesan untuk memastikan keadilan untuk pekerja dan kesatuan sekerja di Malaysia. Hak dan kebajikan pekerja dan keluarga mereka harus dijadikan keutamaan mana-mana kerajaan, dan ini harus juga memerlukan penyediaan mekanisma memelihara kebajikan pekerja saperti faedah mereka yang tidak ada kerja (unemployment benefit) untuk pekerja mendapati diri mereka dalam keadaan tidak ada kerja.



Kami menuntut pengembalian kerja(reinstatement) kesemua pemimpin pekerja dan kesatuan sekerja termasuk Abdul Jamil Lalaludeen dan Chen Ka Fatt dari NUBE, Ismail Nasaruddin dari NUFAM, Wan Noorulazhar dari KSIEWBSM(EIUWR), dan Rusaini Mamat daripada NUTEAIW



Kami juga menuntut Malaysia segera meratifikasi Konvensyen ILO 87 Kebebasan Berpersatuan dan Penjagaan Hak Berorganisasi(ILO Conventions 87, Freedom of Association and Protection of the Right to Organise) dan lain-lain konvensyen pekerja yang penting. Kami juga menuntut Malaysia memberi kesan penuh kepada semua Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB/UN) dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa(ILO)  termasuk juga  ILO Convention 98, Right to Collective Bargaining(Hak Untuk Perjanjian Bersama).





Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud

Charles Hector

Mohd Roszeli bin Majid

Pranom Somwong



Bagi pihak 47 organisasi yang disenaraikan di bawah




ALIRAN

Asia Pacific Forum on Women , Law and Development ( APWLD)

Asian Muslim Action Network (AMAN) Indonesia

Center for Orang Asli Concerns (COAC)

Clean Clothes Campaign

Club Employees Union Peninsular Malaysia

CWI Malaysia (Committee For A Workers International Malaysia)

Community Action Network(CAN)

Damn the Dams

Dignity International

Food Not Bombs-Kuala Lumpur

GoodElectronics Network

Human Rights Ambassador for Salem-News.com , UK 

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)

Kesatuan Eksekutif AIROD (KEA), Malaysia

Kesatuan Eksekutif Canon Opto

Kesatuan Pekerja-Pekerja Polyplastics Asia Pacific (KPPAP)

Knowledge and Rights with Young people through Safer Spaces (KRYSS)

MADPET(Malaysians Against Death Penalty and Torture)

MAP Foundation  Thailand

National Union of Flight Attendants Malaysia (NUFAM)

National Union of Hotel, Bar and Restaurant Workers (NUHBRW), Malaysia

Network of Action for Migrants in Malaysia(NAMM)

Paper Products Manufacturing Employees’ Union of Malaysia (PPMEU)

Parti Rakyat Malaysia(PRM)

Parti Sosialis Malaysia(PSM)

Pax Romana –ICMICA

Peoples ' Green Coalition,

Pergerakan Indonesia

Persatuan Komuniti Prihatin Selangor dan KL (PRIHATIN)

Persatuan Sahabat Wanita Selangor

PINAY, Quebec, Canada

Pusat Komas

Radanar Ayar Rural Development Association

Sahabat Rakyat Working Committee

SALT (School of Acting Justly Loving Tenderly and Walking Humbly)

Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)

Seksualiti Merdeka

Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)

Tenaga Nasional Junior Officers Union (TNBJOU)

Tenaganita

Think Centre, Singapore

WH4C (Workers Hub For Change)

Workers Assistance Center, Inc. Philippines

Yayasan LINTAS NUSA - Batam – Indonesia

Youth Section of The KL & Selangor Chinese Assembly Hall (Pemuda KLSCAH)
Bread for All, UK





Senator Syed Shahir bin Syed Mohamud - Senator in the Malaysian Parliament

Charles Hector - Human Rights Defender and lawyer;

Mohd Roszeli bin Majid Vice President (Private Sector) Malaysian Trade Union Congress(MTUC), and also the President of the TNB Junior Officers Union;

Pranom Somwong - Workers Hub For Change (WH4C), Asia  Pacific  Forum on Women , Law and Development ( APWLD);