Tuesday, June 3, 2014

'Speed Trap' dekat Kampung Chatin pada 4/6/2014 - Had Kelajuan langsung tak pasti

'ZON HAD KELAJUAN 60 KM DI HADAPAN' ... dan beberapa meter dihadapan nampak seorang polis trafik dengan kamera, sebelum perhentian bas Kg Chatin  ... mahu tangkap mereka yang membawa kereta laju?

Masalahnya, apakah had kelajuan di sana?

'ZON HAD KELAJUAN 60 KM DI HADAPAN' memberi gambaran tak lama lagi di hadapan adalah kawasan had laju 60 Km - tetapi malangnya tidak ada papan tanda menyatakan bila had laju 60Km bermula ....seharusnya ada papan tanda menyatakan had kelajuan 60 Km (mungkin papan tanda bulat yang menyatakan 60 atau papan tanda 'Zon Had Laju 60 Km bermula di sini" atau "Peringatan - Kawasan Had Laju 60 Km"

Bila kita lihat, papan tanda  'ZON HAD KELAJUAN 60 KM DI HADAPAN', kita pasti bahawa kini tidak lagi had laju 60 Km dan akan mempercepatkan kenderaan sehingga papan tanda menyatakan lagi bahawa had laju kini kembali 60 Km sejam - kalau tidak, kita akan melebihi 60 Km sejam biasanya...
 

Apakah HAD LAJU jalan dari Temerloh ke Mentakab - saya tak pernah melihat apa-apa papan tanda had laju yang menyatakan ini. Adakah 70Km sejam atau 80 Km sejam atau adakah 90 Km sejam?
 
  

Kalau nak tangkap orang bawa kerata melampaui had laju - pastikan bahawa had kelajuan jelas dinyatakan .... jangan tipu orang dengan papan tanda yang memberi gambaran bahawa KINI had laju adalah biasa, yang dipercayai umum adalah 90 Km se jam.... Jangan lupa mereka yang melihat papan tanda  'ZON HAD KELAJUAN 60 KM DI HADAPAN' akan tunggu untuk lihat bila mereka terpaksa menurunkan had laju kenderaan...mereka menunggu untuk papan tanda menyatakan bahawa sekarang mulanya had laju 60 Km se jam...

Kena saman - kebanyakkan orang akan hanya bayar kompaun - kerana kalau mahu mencabar atau melawan saman tersebut, amat sukar....rumit... Hak membela diri di Mahkamah sukar dilaksanakan kerana .... Saya, dahulu bila disaman polis telah pergi ke Mahkamah untuk membela diri - kali pertama, Mahkamah kata tak ada fail...lepas itu tangguh lagi atas alasan lain...dan tangguh ... akhirnya kerana semua ini memakan masa - kena ambil cuti pi Mahkamah berkali-kali...  settle sahaja - pi bayar kompaun...

Kini, saman sampai pun lewat - tak ingat pun di mana dan apa sebab seseorang tak harus di saman... 

Untuk Temerloh, mula-mula pastikan papan tanda had laju cukup dan jelas - kita semua warga Temerloh pasti akan mengikuti had laju... Pastikan juga had laju munasabah - jangan pula rendah sangat ...Kini dekat sekolah ada papan tanda menyatakan tempat had laju 40 Km se jam bermula .... tetapi tidak ada papan tanda menyatakan bila had laju ini tamat....

Pihak polis, JPJ dan Majilis Perbandaran harus lebih effisyen - pastikan papan tanda had laju cukup dan jelas...

Saya berharap pihak polis tidak mengeluarkan saman terhadap mereka yang membawa kerajaan laju lebih 60 Km se jam di kawasan dekat Chatin ini... kalau tidak ramai akan tertipu dan bayar kompaun kerana jelas ini secara wajar kawasan had kelajuan tak pasti... (Yang membawa kereta melebihi 99 Km se jam boleh saman... ) 

No comments: