Adalah sedih bahawa selepas PRU, wakil rakyat kita nampaknya tidak lagi peduli rakyat yang memilih mereka. Setengah wakil rakyat hanya dilihat pi menghadiri kenduri kahwin dan bila ada yang meninggal dunia. Apa yang mereka buat biasa senyum, memberi salam dan membuat 'cakap kecil'. Bila ada yang datang minta bantuan, mungkin wakil rakyat atau stafnya akan membantu memberikan bantuan kewangan.
Untuk mewakili rakyat, seorang wakil rakyat (MP atau ADUN) kena :-
- Sentiasa melapurkan kepada rakyat,
- Sentiasa mengadakan perbincangan dengan rakyat setempat(bukan hanya ahli partinya) mengenai semua isu - di mana ini perlu untuk tujuan memahami rakyat dan seterusnya dapat mewakili rakyat. Tanpa perbincangan dengan rakyat - wakil rakyat hanya akan mewakili diri sendiri > bukan sama sekali mewakili rakyat.
- Tugas utama wakil rakyat, seorang Ahli Parlimen, adalah mewakili rakyat di Parlimen - maka perlu hadhir, perlu tanya soalan perlu dan hujahan (dan seterusnya komunikasi kembali kepada rakyat) > justeru penting sekali untuk memastikan hubungan dengan rakyat, untuk wakil rakyat mempunyai satu Laman Web/Blog. FB dan Twitter juga perlu tetapi masalahnya adalah sukar mereka yang terlepas 'posting' utk cari kembali - justeru Blog atau Laman Web diperlukan. Bagus juga wakil rakyat mempunyai risalah/newsletter tercetak yang boleh diedarkan - maklum bukan semua warga temerloh ada akses(atau biasa) dengan internet dan komputer.
- Bagi ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) - sama juga saperti MP, yang berbeda adalah kehadiran perlu di Dewan Undangan Negeri...
- Selain daripada Parlimen/DUN, wakil rakyat juga boleh mengeluarkan pendapat melalui Kenyataan Akhbar/Media - di mana ini juga harus diedarkan. Apa yang keluar dalam lapuran akhbar adalah hanya perkara yang pemberita anggap perlu untuk lapurannya - justeru perlu diedarkan Kenyataan asal yang penuh. Ingat juga bahawa pemberita kadang membuat lapuran tidak tepat.
- Wakil Rakyat adalah 'penjawat awam' di bayar gaji dan elaun - dan perlu melakukan tugas perlu di Parlimen/DUN sentiasa juga ada perhubungan dengan rakyat...
Saya telah menghubungi MP Temerloh - untuk mendapatkan maklumat perlu...
a) Soalan Lisan dan jawapan yang diterima dari pihak kerajaan [Ini juga boleh dilihat daripada Hansard/Catatan Rasmi Dewan di Laman Web berkenaan yang boeh diakses melalui internet.
b) Soalan Bertulis dan Jawapan yang diterima dari pihak kerajaan (biasanya Soal Lisan yang tak sempat dijawab di Dewan akan dijawab secara bertulis [Malangnya, soalan dan jawapan ini tidak dipaparkan di Laman Web Dewan berkenaan - dan Wakil Rakyat perlu menghebohkan ini melalui Blog/Laman Web atau 'newsletter' - kalau tidak soal dan jawab ini tidak akan sampai kepada rakyat)
c) Hujahan dan sumbangan lain semasa persidangan Dewan...
YB MP Temerloh telah menghantar kepada saya khususnya (c) - tetapi malangnya maklumat tentant tarikh tidak diberikan. Ada juga 1-2 'petikan' mengenai respon kepada soalan tetapi malangnya soalan berkenaan masih belum dibekalkan - perlu sangat soalan itu juga diketahui. Bila dapat, saya akan cuba melapurkan kepada Rakyat Temerloh dan rakyat Malaysia...di mana semua ini juga akan di label 'MP Temerloh' - untuk bakal mencari dalam blog ini perkara berkenaan MP Temerloh - gunakan carian pos dibawah perkara ini.

Soalan Tuan Nasrudin bin Hassan [Temerloh] kepada Dato' Razali bin Ibrahim : [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri]
_________________________
Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan terima kasih kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
1. Saya merasakan bahawa tentang hasrat penubuhan Universiti FELDA ini
mesti kerajaan ambil berat dan perlu dilaksanakan. Ini kerana saya ambil
kira begini :
2. Kita mempunyai aset yang banyak di FELDA dalam bentuk tenaga manusia
ataupun sumber manusia dikalangan generasi kedua FELDA. Kalau kita ada
Universiti FELDA, mungkin kita akan lebih manfaatkan lagi hasrat untuk
melahirkan generasi kedua yang akan menjadi aset kepada negara dalam
pelbagai bidang kepakaran termasuk pertanian, bioteknologi dan
seumpamanya, berbanding kita hanya memberi insentif - insentif untuk
mereka masuk bersaing dalam universiti - universiti yang lain.
3. Kalau kita ada Universiti FELDA , mungkin kita boleh memberi fokus
yang lebih tepat dan juga baik kepada generasi kedua FELDA. Ini kerana
agensi - agensi gergasi yang lain macam petronas, mereka ada universiti
mereka masing - masing. Kenapa tidak FELDA ? Saya percaya FELDA
mempunyai kemampuan.
4. Saya dapat maklumat, geran yang dibayar oleh FELDA kepada Universiti
Lim Kok Wing ialah RM 25 juta setahun. Kita juga sudah ada Kolej FELDA,
kita sudah ada MRSM FELDA. So, kenapa kerajaan masih bimbang ataupun
tidak mahu menubuhkan Universiti FELDA ? itu satu .
5. Kemudian kedua, saya hendak tanya berapa sebenarnya peruntukan yang
telah digunakan oleh kerajaan selain daripada geran kepada Universiti
Lim Kok Wing tadi, kepada kolej FELDA dan juga MRSM FELDA.
Terima Kasih
Dato' Razali bin Ibrahim : [Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri]
Saya tidak ada maklumat detail tentang perbelanjaan atau pembiayaan
FELDA, bukan kepada FELDA, kepada MRSM, kepada kolej ataupun kepada
Universiti Lim Kok Wing. Akan tetapi jumlah yang saya bacakan tadi yang
tahun 2013 adalah kepada penerima - penerima tersebut termasuk mereka
yang belajar di University Lim Kok Wing, Institusi Pengajian Tinggi
Swasta, Lim Kok Wing.
Akan tetapi dalam menjawab soalan tentang keperluan untuk mengadakan
universiti ini, ia pernah dibincangkan. Buat masa ini, daripada segi
perbelanjaan hendak menyelia sebuah universiti milik penuh FELDA, itu
yang tidak diteruskan. Namun begitu saya tidak menolak sebarang
kemungkinan untuk perkara itu boleh berlaku suatu masa nanti bergantung
kepada kemampuan FELDA untuk menguruskannya.
Akan tetapi untuk makluman Yang Berhormat, buat masa ini,mterhadap apa
yang telah kita laksanakan, kita telah pun berjaya melihat seramai 44
daripada pelajar tumpuan kita yang kita hantar dalam jurusan - jurusan
profesional yang telahpun kita ambil bekerja dengan FELDA. Maknanya
daripada 54 orang pelajar ini, seramai 44 orang sudah berkhidmat dengan
FELDA.
Saya tidak menolak kemungkinan bahawa memang inisiatif ini telah pun
memberi manfaat kepada warga FELDA keseluruhan. Jadi saya harap Yang
Berhormat teruslah menyokong FELDA dan doa supaya FELDA dapat keuntungan
berlipat kali ganda untuk kita merealisasikan hasrat anak - anak FELDA
tadi.
Nasrudin bin Hassan
Ahli Parlimen Temerloh
[Kekurangan: - Apakah soalan sebenar? Tarikh soalan? Rujukkan kepada Hansard - tarikh dan muka surat(perlu kerana mungkin juga ada soalan lain dan jawapan lain mengenai isu ini)]
KOMENTAR SAYA
1 - Objektif awalan program FELDA, menurut pemerhatian saya, adalah untuk membantu mereka yang miskin - justeru tanah dan sokongan diberikan kepada warga miskin untuk menamam getah/kelapa sawit/dll > di mana akhirnya ramai yang dahulunya miskin kini sudah berpendapatan tinggi dan dapat menampung diri dan keluarga.
2 - Program FELDA dan program sedemikian mesti diteruskan kerana Malaysia masih ada ramai yang miskin dan/atau susah supaya lebih ramai yang miskin dapat berdikari akhirnya...
3 - Warga FELDA yang kini dirujuk kebanyakkan orang/ahli politik - adalah mereka yang kini sudah berjaya dari segi pendapatan, kestabilan - di mana, saya percaya, sudah berdikari dan tidak lagi memerlukan bantuan khusus. Yang memerlukan adalah ramai warga miskin/susah yang masih wujud di Malaysia - di mana program ala-FELDA asal pasti akan membantu mereka yang baru ini mendapatkan kestabilan ekonomi masa depan, di mana bantuan masih diperlukan semasa pokok tumbuh(atau usaha dapat menjana pendapatan perlu)...sehingga mereka boleh berdikari...
4 - Warga FELDA yang kini dirujuk kebanyakkan orang/ahli politik tidak lagi MISKIN - kini ramai yang sudah memiliki rumah besar, kereta mewah - dan kerja dalam kawasan sendiri tidak lagi dilakukan mereka atau keluarga sendiri tetapi mengunakan pekerja lain. Anak kepada warga FELDA asal, yang kini dikatakan GENERASI KEDUA, juga tidak lagi memerlukan bantuan luar - keluarga mereka semua mampu menanggung semua pembelajaran perlu...
5 - Warga FELDA (Jenerasi Kedua) kini tidak ubah tidak lain daripada mereka yang 'tidak miskin di kawasan bandar dan luar bandar.
6 - Bagi ahli politik/parti politik kawasan yang didiami warga FELDA(dan Jenerasi Kedua) adalah tempat yang perlu ditarikh sokongan pengundi..itu saja. Saperti kawasan lain, di mana ada pengundi kawasan FELDA juga ada isu-isu, adakala isu unik yang tiada di kawasan lain.
7 - Kestabilan dari segi pendapatan dan masa depan yang sudah kini dinikmati ramai daripada gulungan warga FELDA asal masih lagi tidak dinikmati ramai warga lain - termasuk pekerja, khususnya di sektor swasta dan kini juga disektor kerajaan, yang kini tidak pun menikmati kerja tetap 'regular' sehingga umur persaraan atau akan menikmati bayaran pencen bulanan sampai akhir hayat. Yang paling berisiko adalah pekerja kontrak jangka pendek yang kini terpaksa risau tentang pekerjaan dan pendapatan selepas akhir tempoh pekerjaan. Pekerja 'outsourcing' atau pekerja yang dibekal pihak ketiga(contractor for labour) untuk kerja ditempat pekerjaan pihak lain lagi berisiko. Pekerja, khususnya di sektor swasta, juga menghadapi risiko kehilangan kerja bila tempat kerja mereka tutup, atau pekerjaan mereka hilang. Baru ini pekerja MAS, ada 6,000 kehilangan kerja. Pekerja tol juga ramai yang hilang kerja apabila polisi menukar kepada sistem punguttan elektronik mula beroperasi bulan September ini.
8 - Sebagai komuniti, kita harus lebih prihatin kepada nasib dan situasi gulungan miskin, gulungan yang masih tidak stabil pendapatan dan kerja... bukan sangat mereka yang sudah boleh berdikari dan stabil.