Sunday, November 29, 2009

Majlis bandaran harus sediakan lorong basikal & lorong pejalan kaki di semua jalanraya Temerloh

Kita harus membina jalan/lorong basikal serta tempat letak basikal (di mana tuan punya boleh mengunci basikal mereka di tempat letak basikal tersebut)






       

Lorong pejalan kaki juga harus disediakan. Kini hanya jalanraya untuk kereta dan motosikal sahaja ada. Jika jalan kaki pun akan terpaksa berja;an di atas jalanraya sama atau berjalan atas rumput/lecah.

Basikal adalah cara berulang-alih dengan murah - ia juga adalah bagus untuk alam sekitar (tiada pencemaran), dan juga merupakan aktiviti baik untuk kesihatan diri.

Masalah sekarang adalah kita takut membawa basikal di jalanraya di Temerloh, yang semakin lama lebih banyak kenderaan yang bergerak laju. Sangat bahaya...dan inilah sebabnya jarang kita melihat pemandu basikal.

Dahulu kebanyakkan murid sekolah mengunakan basikal -tetapi keadaan bahaya di jalanraya, serta kurang tempat letak basikal yang selamat melihat perubahan kepada cara budak-budak sekolah pergi-balik daripada rumah dan sekolah.Bayaran bas sekolah juga tinggi - di mana dengan adanya kemudahan berbasikal akan membantu rakyat setempat.

Di Jepun, England, France dan kebanyakkan negara maju, cara pengangkutan mengunakan basikal adalah sangat biasa.

Di Malaysia, malangnya ini tidak digalakkan. Mungkin kita boleh memulakan satu kempen mengunakan basikal demi alam sekitar..demi kesihatan...dan demi menjimat duit. Mungkin MP dan ADUN kita boleh adakan program berbasikal di kawasan bandar Temerloh, Mentakab, Lancang, dsb.

Kalau mahu jogging pun sukar kerana terpaksa pergi ke Taman - laluan pejalan kaki di semua tempat akan semestinya mengembangkan finomina jogging di semua tempat.


Majlis Perbandaran Temerloh ada tanggungjawab menyediakan kemudahan supaya rakyat Temerloh ada mempunyai pilihan untuk berbasikal, berjalan (atau jogging) dengan menyediakan lorong basikal, lorong pejalan kaki di semua jalanraya Daerah Temerloh.

Basikal harus diperkembangkan...

Saturday, November 21, 2009

Nak tahu elaun dan apa yang didapati oleh seorang ahli Parlimen?

Nak tahu gaji, elaun dan apa yang didapati oleh ahli Parlimen?

Kini tidak ada peruntukan untuk pekerja untuk ahli Parlimen, di mana tanpa kakitangan untuk menjalankan kajian berkenaan perkara-perkara yang bakal dibincangkan di Parlimen, setiausaha peribadi, pembantu politik (yang di perlukan untuk ahli Parlimen menjalankan tugas di kawasan Parlimennya),...keberkesananan seorang wakil rakyat akan berkurangan.

Mereka perlu mengkaji perkara yang bakal akan dibincangkan di Parlimen - mereka perlu mendapat pendapat rakyat setempat, dsb - di mana tanpa peruntukan kewangan untuk perkara-perkara ini, ada sukar untuk seorang wakil rakyat bekerja dengan efektif..

Sekarang, ramai MP perlu mengunakan duit gaji/elaun yang diperolehi untuk menyewa pusat perkhidmatan rakyat di kawasan parliment, mengupah pekerja/pembantu mereka sendiri... di mana ini sememnangnya sukar bagi wakil rakyat (terutamanya kalau bukan daripada BN). Saya dengar PKR ada memberikan sedikit wang untuk MP/ADUN mereka tapi tidak tahu mengenai PAS dan DAP. Selain daripada UMNO dan beberapa parti BN, kebanyakkan parti politik tidak kaya, dan sebenarnya miskin dan tidak mampu memberikan bantuan tambahan kepada wakil rakyat parti mereka....

Maka, perlu ada pindaan kepada peruntukan yang harus diberikan kepada setiap MP/Senator, dsb..

a)  Gaji untuk 3 orang pembantu, yang tugas utama adalah untuk memproses/membuat kajian perlu berkenaan perkara yang bakal akan dibincangkan dalam Dewan (atau Jawatankuasa Dewan)
b)  Gaji untuk seorang Setiausaha Peribadi
c)  Gaji untuk pembantu politik, di mana bilangan pembantu politik adalah 2 orang bagi setiap 10,000 pengundi dalam kawasan parlimen MP tersebut. {Sebagai contoh, jika bilangan pengundi adalah 40,000, maka MP berhak mendapat 8 orang pembantu politik)
d) Sewa,Bayaranb Letrik,Air,Talipon, Pembentungan bagi pusat perkhidmatan, di mana bagi setiap 20,000 pengundi, MP berkenaan berhak membuka 1 pusat perkhidmatan...


Kertas Statut 235 Tahun 1983
MALAYSIA

DIKEMUKAKAN DALAM DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA

MENURUT STATUT
AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980
(Akta 237)


Menurut seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, Yang di-Pertuan Agong dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan bagi AHLI PARLIMEN adalah dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah ini;

1A.     Elaun Mesyuarat 
a) Elaun  ini dibayar pada kadar RM200  sehari  kerana menghadiri persidangan Majlis Parlimen.  
b) Elaun ini dibayar pada kadar RM150 sehari  kerana menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan lain-lain      yang     dianjurkan      secara  rasmi oleh Kementerian/Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri yang daripadanya Ahli Parlimen menerima undangan rasmi untuk menghadirinya. < 
c) Ahli Parlimen layak untuk dibayar satu elaun mesyuarat sahaja bagi mesyuarat yang dihadiri oleh Ahli Parlimen itupada hari yang sama di bawah subperenggan (a) atau (b).


1B.  Elaun Keraian
Elaun ini layak dibayar sebanyak RM1,500.00 sebulan


1C.    Bayaran Khas
a)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Dewan Negara pada kadar RM 750 sebulan

b)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Dewan Rakyat pada kadar RM 1,500 sebulan.

c)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Parlimen kecuali Anggota Pentadbiran seperti yang ditakrifkan di bawah fasal (2) perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.


2.      Elaun Hidup Harian semasa bertugas rasmi ST. 174/03 Mdt. 1.10.2003

a) Suatu elaun berjumlah RM150 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi di luar Malaysia.
b) Suatu elaun yang berjumlah RM100 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi -
(i) di suatu tempat yang jaraknya tidak kurang daripada 32 km pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen; atau
(ii) bagi menghadiri persidangan Majlis Parlimen tanpa mengambil kira jarak daripada pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen.
 


3.     Elaun Makan semasa bertugas rasmi di luar Malaysia ST. 174/03 Mdt. 1.10.2002

Elaun ini dibayar berasaskan Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan dan apa-apa pindaan kepadanya pada apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia.

4.    Bayaran Sewa Hotel semasa Bertugas Rasmi
 

a) Bayaran   Sewa   Bilik   Hotel  yang  dilakukan apabila bertugas rasmi di luar Malaysia hendaklah berasaskan Pekeilling Perbendaharaan yang berkaitan dan apa- apa pindaan kepadanya pada apa-apa kadar dan atas apa-apa  terma   dan   syarat  yang  diberikan   kepada  Pegawai Kerajaan Gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia. 

  b)Jika menjadi perlu bagi seseorang Ahli Parlimen bermalam di luar pejabat atau tempat kediaman semasa bertugas rasmi di Malaysia, bayaran sewa hotel yang kena dibayar tidak boleh melebihi RM350
semalam dan hendaklah disokong dengan resit. Apa-apa caj atau cukai perkhidmatan yang dikenakan berkenaan dengan sewa hotel, boleh dituntut sebagai tambahan kepada kelayakan maksimum dengan syarat bahawa caj tersebut dimasukkan ke dalam bil sewa hotel itu.

Bagi maksud ini, ungkapan “di luar pejabat atau tempat kediaman” ertinya jarak di luar lingkungan 32km (20 batu) dari pejabat atau tempat kediaman”.


  c) Jika tidak menginap di hotel, Elaun Lojing pada kadar RM80 semalam dibayar tanpa memerlukan sokongan apa-apa resit.

5.    Belanja Pelbagai.

Belanja Pelbagai bagi perjalanan rasmi kerana menjalankan tugas rasmi atau mesyuarat rasmi sebagai Ahli Parlimen layak dituntut seperti berikut-

a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta sendiri;

b) bayaran talipon dan taligram atas urusan rasmi;
 


c) belanja  dobi  yang  disokong   dengan  resit  semasa menginap di hotel; 

d) bayaran cukai lapanganterbang yang disokong dengan resit; 

 e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit. 

 f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll" yang disokong dengan resit; 

 g) 25% dari Elaun Makan bagi maksud bayaran "Tips" "gratuities" dan "porterage" semasa bertugas rasmi di luar Malaysia.

h) 3% daripada jumiah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai gantirugi berkaitan penukaran matawang asing.


6.   Elaun Perjalanan Kenderaan

a) Jika menggunakan kereta sendiri, Elaun Perjalanan Kenderaan  kerana   menjalani   tugas   rasmi   atau; menghadiri mesyuarat rasmi sebagai Ahli  Parlimen layak dituntut menurut kadar hitungan yang tertinggi sekali bagi Kelas A untuk pegawai Kerajaan.


b) Jika tidak menggunakan kereta sendiri bagi   maksud di  perenggan  kecil  (a),   bayaran tambang  sebenar pengangkutan awam layak dituntut.
 
c) Seorang   ahli   hanya   berhak   kepada   satu   elaun perjalanan   jika   mesyuarat   dan   tugas   itu   kurang daripada 28 hari dan jika tempoh itu 28 hari atau lebih maka   ahli   itu   berhak   kepada  elaun   perjalanan tambahan dikira satu elaun pada tiap-tiap 14 hari ia menghadiri mesyuarat itu, termasuk hari cuti atau hari penangguhan di dalamnya.    

Tetapi syarat ini tidak menyentuh    hak    seseorang    ahli    yang    tempat kediamannya     atau     penginapannya     di     dalam lingkungan 32 km (20 batu) ke tempat mesyuarat atautugas rasmi itu. 

 7.  Cara mengemukakan tuntutan

Apabila mengemukakan tuntutan mengenai  perkara-perkara dalam perenggan 1 hingga 6 di atas, satu safinan surat panggilan mesyuarat atau surat arahan menjalani tugas rasmi    hendaklah dikepilkan    bersama    dengan    borang tuntutan.


8.  Kelayakan Perjalanan 

a) Layak untuk tiket kapalterbang  Kelas  Bisnes  bagi perjalanan rasmi.

b) Layak dibekalkan 2 Pas Kereta Api percuma bagi Kelas Satu termasuk tempat tidur.

c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan adalah diberi.

d) semasa   Parlimen   bersidang,   Ahli   Parlimen   layak dibayar tambang pergi balik ke Negeri masing-masing pada   setiap   hujung   minggu 


Ahli   Parlimen   bagi Semenanjung Malaysia, layak dibayar tambang pergi balik  atau   elaun   perjalanan   kenderaan   seperti   diperenggan    kecil   6(a)   dengan    syarat    Bahagian Pilihanraya   Parlimen  ahli   Parlimen  adalah  di   luar lingkungan 32 km (20 batu) dari Bangunan Parlimen.

Bayaran tambang atau elaun perjalanan kenderaan akan diberikan yang sama nilainya dengan 3 hari elaun   hotel   dan   3   hari   elaun   hidup   harian   atau tambang pergi balik sebenar, yang mana lebih tinggi.

9. Elaun Bulanan Tetap Perjalanan


a)Elaun ini dibayar kepada Ahli Dewan Negara pada kadar RM750 sebulan tanpa perlu mengemukakan apa-apa tuntutan.

b)Elaun ini dibayar kepada Ahli Dewan rakyat pada kadar RM 1,500 sebulan tanpa perlu mengemukakan apa-apa tuntutan.

c) Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat tidak layak membuat tuntutan bagi Elaun Mesyuarat dalam perenggan 1A, Elaun Hidup Harian dalam perenggan 2, Elaun Makan dalam perenggan 3, Bayaran Sewa Hotel dalam perenggan 4, Belanja Pelbagai dalam perenggan 5 dan Elaun Perjalanan
Kenderaan dalam perenggan 6 bagi bulan tertentu melebihi kadar Elaun Bulanan tetap Perjalanan sebanyak RM750 sebulan dan RM 1,500 sebulan masing-masing bagi Ahli Dewan Negara dan Ahli dewan Rakyat.

d)Jika jumlah tuntutan Elaun Mesyuarat dalam perenggan 1A, Elaun Hidup Harian dalam perenggan 2, Elaun Makan dalam perenggan 3, Bayaran Sewa Hotel dalam perenggan 4, Belanja Pelbagai dalam perenggan 5 dan Elaun Perjalanan Kenderaan dalam 6 bagi bulan tertentu melebihi RM750 dan RM 1,500 masing-masing bagi Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat, pengemukaan tuntutan elaun hendaklah disokong dengan resit dan surat jemputan dan amaun yang dibayar balik ialah perbezaan antara Elaun Bulanan Tetap Perjalanan dengan jumlah tuntutan yang dibuat. 


 10.  Elaun Tetap Pemandu Kereta

Elaun Bulanan Tetap Pemandu Kereta sebanyak RM1,200 sebulan layak dibayar tanpa mengemukakan bukti menggaji pemandu kereta.

11.  Elaun Pakaian Panas

Ahli Parlimen yang dikehendaki menghadiri suatu tugas rasmi di Negara yang beriklim sederhana berhak untuk menuntut Elaun Pakaian Panas berasaskan apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan kepadanya.


11A .Elaun Pakaian Rasmi Istiadat
 
Suatu Elaun Pakaian Rasmi Istiadat dibayar pada kadar RM1,000 atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan yang berkenaan atau apa-apa pindaan kepadanya. 

12.   Lesen Kenderaan Motor Percuma


Ahli Parlimen layak mendapat satu Lesen Kenderaan Motor percuma bagi sebuah kereta sahaja dengan syarat kereta itu didaftarkan di bawah nama Ahli Parlimen itu sendiri.

13.  Lesen Percuma Senjata Api

Lesen percuma bagi satu senjata api yang didaftarkan atas nama sendiri adalah dibekalkan.

14. Lencana Kereta

Satu lencana kereta percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut arahan jawatankuasa Dewan Parlimen.

15. Kad Ahli Parlimen

Satu kad Ahli Parlimen percuma yang ditandatangani sendiri oleh Yang di-Pertua Dewan Negara atau Dewan Rakyat yang mana berkenaan, layak dibekal untuk digunakan menurut arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.

16. Surat-menyurat
Ahli Parlimen layak menghantar surat atas urusan Kerajaan atau urusan Parlimen secara percuma di dalam Malaysia menurut peraturan seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Parlimen.

17.  Warta Kerajaan

Dibekalkan percuma satu naskah Warta Kerajaan Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semasa.

18.  Telefon ST.174/03 Mdt. 1.10.2003

a) Diperuntukkan dengan satu telefon talian terus dalam tempat kediaman persendirian Ahli Parlimen itu.

b) Diperuntukkan dengan satu telefon talian terus di pejabat perkhidmatan.


c) Kos pemasangan dan sewa telefon yang dilakukan berkenaan dengan subperenggan (a) dan (b) ditanggung oleh Kerajaan.

d) Ahli Parlimen layak diperuntukkan dengan sebuah telefon bimbit dengan harga tidak melebihi RM1,500 sekali dalam masa tiga tahun dan hendaklah disokong dengan resit asal pembelian.

e)  Suatu  Elaun Telefon  pada kadar RM900 sebulan dibayar tanda  memerlukan sokongan apa-apa resit. 


19. Kemudahan Perubatan

a) Diberi   kemudahan   rawatan  dan   perubatan   secara percuma,   dikecualikan   daripada   bayaran   wad   di hospital-hospital    serta    klinik-klinik   Kerajaan    dan berkelayakan mendapat tempat di dalam wad kelas satu bilik berseorangan; melainkan di dalam keadaan kecemasan   di   mana   Ahli   Parlimen   itu   terpaksa mendapatkan   rawatan   dan   perubatan   di   sesuatu  hospital  atau   klinik  swasta,   (tetapi  tidak  termasuk rawatan    pergigian),    bayaran    mengenainya    serta bayaran wad akan dibayar balik oleh Kerajaan.

b) Ketika berada di luar Malaysia semasa menjalankan tugas    rasmi,    Kerajaan    akan    membayar    balik sepenuhnya bayaran rawatan dan perubatan termasuk  bayaran wad di hospital tetapi tidak termasuk rawatan pergigian.


c) Seseorang Ahli Parlimen yang memerlukan rawatan khas di  luar Malaysia  layak mendapat kemudahan atas syarat-syarat yang sama seperti dinikmati oleh pegawai Kerajaan.

d) Kemudahan perubatan ini dipanjangkan juga kepada keluarga Ahli Parlimen. Bagi maksud ini  keluarga bermakna-
(i)  isteri atau suami;
(ii) anak yang ditanggung sepenuhnya oleh Ahli Parlimen dan berumur di bawah 21 tahun kecuali anak-anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani yang mana had umur ini tidak dipakai.

20.  Pinjaman Kereta a) Ahli   Parlimen   layak   memohon   pinjaman   kereta  sehingga maksimum   RM100,000 sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

b) Pinjaman   dan    bayaran    perkhidmatan    hendaklah dibayar balik dengan  bayaran yang  sama  banyak jumlahnya  pada  tiap-tiap  bulan  dalam  masa  tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta yang baru dan 48 bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen.

c) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan lain mengenai pinjaman kereta bagi Ahli Parlimen adalah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Parlimen.

21.  Pinjaman Perumahan
 

a) Ahli Parlimen layak memohon pinjaman perumahan sehingga maksimum RM360,000 bagi maksud-maksud seperti berikut:-

(i) membeli tanah dan rumah yang telah siap dibina;

(ii)  membina rumah di atas tanah sendiri;

(iii) membeli tanah dan terus membina rumah;

(iv) menyelesaikannya pinjaman wang perumahan atau baki pinjaman yang diambil dari bank atau punca-punca lain yang disahkan oleh Kerajaan;

(v) membeli tanah sahaja dengan syarat kadar pinjaman adalah separuh daripada kelayakannya. Baki pinjaman layak diberi apabila hendak mendirikan rumah di atas tanah itu.

b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidamtan sebanyak 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

c) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:
(i) bagi jenis pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv); tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 25 tahun;
(ii) bagi membeli tanah sahaja, tempoh pembayaran balik adalah tidak mefebihi 12 tahun.

d) Pinjaman perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan kelengkapan rumah yang dipasang tetap.

e) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan mengenai pinjaman perumahan adalah seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6/1995


 21A.  Pinjaman Komputer

a) Ahli Parlimen layak memohon pinjaman komputer.


b) Amaun pinjaman, terma dan syarat hendaklah sama mengikut amaun dan atas terma dan syarat yang dinikmati oleh pegawai Kerajaan. 


 21B.  Kemudahan Komputer

Ahli Parlimen layak untuk diperuntukkan dengan sebuah komputer peribadi bagi setiap Penggal Parlimen. Tuntutan bagi pembelian komputer itu tertakluk kepada had maksimum RM6,000 disokong dengan resit asal pembelian.
 


SUMBER: Laman Parlimen Malaysia


Monday, October 26, 2009

Perkhidmatan Bas di Temerloh adalah tanggungjawap kerajaan (Majlis Bandaran Temerloh...)

Apakah pendapat kamu tentang sistem pengangkutan awam di Daerah Temerloh?

Kita ada bas dan teksi tetapi masalahnya adalah bahawa perkhidmatan adalah sangat tidak memuaskan.

Nampaknya perkhidmatan bas ke kawasan Sri Kemuning telah diberhentikan tahun ini.

Sekiranya ada perkhidmatan bas yang baik, yang melalui Taman-Taman dan kawasan-kawasan kampung yang kerap - mungkin setiap 30 minit, saya percaya ramai akan sedia meninggalkan kenderan sendiri di rumah dan mengunakkan sistem perkhidmatan bas ini.

Dulu, di setiap perhentian bas ada jadual bas yang menyatakan bukan sahaja tempat bas akan berhenti tetapi juga masa perjalanan - dan bas akan sampai, kalau lewat pun, 10 minit sahaja. Perkhidmatan bas boleh diharapkan.

Keuntungan - ini merupakan soalan yang difikirkan oleh pihak syarikat bas. Tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kepada rakyat. Inilah sebabnya mengapa perkhidmatan bas bandar dan kawasan sekelilingnya biasa dikendalikan oleh Majlis Bandaran setempat di negara-negara Eropah yang maju. Dreber bas adalah pekerja Majlis, dan ini adalah satu jawatan tetap dengan pencen.

Siapakah yang harus memastikan perkhidmatan awam yang cukup? Kerajaan, khususnya kerajaan tempatan. Kerajaan Negeri boleh menyeleras di antara pihak Majlis Bandaran yang lain apabila perkhidmatan bas ini merentasi sempadan kawasan Majlis Bandaran.

Kegagalan pihak Majlis Bandaran Temerluh memastikan sistem perkhidmatan awam yang cekap harus diakui, dan tindakan membetulkan keadaan harus dimulakan..

Kerajaan Negeri adalah kerajaan Barisan Nasional, dan jika mereka tidak boleh menyediakan perkhidmatan awam yang cekap dan berkesan untuk kawasan Temerloh, rakyat harus memikirkan sama ada kita harus tolak BN dan memilih pihak lain untuk menjadi kerajaan Negeri Pahang.

Saperti yang dinyatakan, perkhidmatan pengangkutan awam adalah tanggungjawab kerajaan. Jadi alasan tidak ada syarikat yang mahu menyediakan perkhidmatan kerana tidak boleh untung bukan alasan.

Di negara-negara lain yang membangun, kerap perkhidmatan awam di sediakan oleh kerajaan sendiri, di mana semua dreber dan kakitangan adalah pegawai kerajaan. Isunya adalah bukan untung-rugi tetapi tanggung jawab menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang efektif.

Jika perkhidmatan adalah kerap dan efisyen (serta boleh diharap), saya pasti ramai akan menggunakan perkhidmatan bas awam.

Perkhidmatan pengangkutan awam mengunakan sungai juga harus dipertimbangkan. Ada banyak kampung-kampung di tebing Sungai Pahang, dan oleh itu wajar dimulakan bas sungai. Ini juga akan menjadi daya tarikan pelancung, dsb..

APA YANG DIPERLUKAN?

1- Perkhidmatan Bas setiap 15 minit atau kurang (Seseorang tidak harus menunggu di perhentian bas lebih daripada 15 minit). Perkhidmatan harus disediakan daripada 5.00 pagi sehingga 12.oo malam sekurang-kurang nya. Kekerapan harus ditingkatkan pada waktu semasa orang masuk/keluar kerja/sekolah, dsb.

2. Perkhidmatan bas harus disediakan untuk kawasan-kawasan Taman, kampung, dsb.

3. Perkhidmatan Bas harus disediakan ke Hospital Temerloh, 'Hospital' Mentakab, Stesen Keretapi, JPJ, dsb..

4. Setiap perhentian bas mesti ada jadual perkhidmatan Bas, dan juga harus disinari lampu pada waktu malam. Di kawasan Batu Tiga, berdepan dengan jalan masuk Kampung Lubuk Layang, Kem Batu Tiga tidak wujud apa-apa perhentian bas. Mengapa?




Thursday, September 3, 2009

Siapakah Ketua Kampung? Yang dilantik BN atau yang dilantik PR? Biarkan rakyat sendiri pilih Ketua Kampung, Kampung Baru, Taman, ...DEMOKRASI

Satu perkara yang sangat tidak diingini oleh kerajaan Barisan Nasional- pimpinan UMNO adalah untuk rakyat duduk bersama dan berbincang serta membuat pendirian atau keputusan sendiri mengenai sesuatu perkara.

Maka, mereka langsung tidak mengalakkan demokrasi diperingkat paling asas di peringkat kampung, kampung baru, taman perumahan, kampung orang asli...

Rakyat tidak digalakkan berjumpa dan memilih sendiri kepimpinan tempatan - pilihan dibuat terus oleh pihak Kerajaan Negeri - Jawatankuasa Keselamatan, Kemajuan dan Kebajikan Kampung (JKKKK), JKKK-Taman, ...., di mana inilah juga cara 'Ketua Kampung" dipilih. [Di bawah, secara contoh ditunjukkan cara dan kriteria pemilihan, serta juga peranan JKKK ini, di mana maklumat dari Portal Rasmi kerajaan Pulau Pinang dan Kerajaan Melaka]

Selepas GE2008, apabila Selangor, Perak, Kedah, dan Pulau Pinang menjadi negeri baru di bawah kerajaan Pakatan Rakyat, pihak kerajaan BN-pimpinan UMNO menubuhkan pula JKKKP - Jawatankuasa Keselamatan, Kemajuan dan Kebajikan Kampung Persekutuan

Kini wujud 2 Ketua Kampung - satu lantikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, satu lantikan kerajaan Persekutuan... dan KOSONG pilihan rakyat setempat.

Malangnya rakyat setempat masih tidak diberikan hak memilih sendiri ketua kampung, ketua kampung baru, ketua taman perumahan...Sudah 52 tahun kita merdeka, nak pilih sendiri ketua kampung dan jawatankuasa kampung pun kita tidak diberi hak...

Saya kesal dengan kegagalan pihak kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengembangkan demokrasi kepada peringkat kampung, kampung baru, taman perumahan...dan membolehkan rakyat memilih sendiri siapa yang harus menjadi Ketua Kampung dan Jawatankuasa Kampung. Jangan takut, rakyat selepas 52 tahun Merdeka ada keupayaan dan kebolehan memilih ketua dan kepimpinan kampung, kampung baru, kampung orang asli, kawasan taman perumahan mereka sendiri...

Bagaimanapun, katanya [Pemangku Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo], apabila Selangor jatuh ke tangan pakatan pembangkang, kerajaan negeri telah melantik Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru.

"Kita harap JKKKP yang dilantik menerusi Kerajaan Persekutuan ini dapat terus berbakti memajukan penduduk setempat secara harmoni tanpa mengira fahaman politik,'' katanya.

Ismail menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Watikah Ketua Kampung JKKKP Daerah Hulu Langat di Hotel De Palma di sini semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Pandan, Datuk Mad Aris Mad Yusuf, Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor dan Yang Dipertua Persatuan Ketua Kampung Daerah Hulu Langat, Ali Kassim.

Ismail berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib kerana mengambil inisiatif terhadap pelantikan JKKKP itu.

"Cadangan juga akan dibuat kepada pihak berkenaan agar semua Ketua Kampung JKKKP itu diberi kursus supaya dapat berperanan dengan berkesan terutama memberi penerangan kepada penduduk setempat mengenai usaha-usaha kerajaan Persekutuan untuk pembangunan rakyat,'' ujarnya. - Utusan Malaysia, 18/7/2008, JKKKP lantik 11 ketua kampung di Ampang

Respon Kerajaan Pakatan Rakyat kepada penubuhan JKKKP adalah tidak mengiktiraf entiti ini...
Selangor memutuskan tidak akan membenarkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) yang dianggap tidak sah di negeri berkenaan dari menggunakan segala kemudahan di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf JKKKP sebagai satu jawatankuasa yang sah walaupun penubuhannya telah dipersetujui di peringkat Kerajaan Pusat.

"Walaupun ia diluluskan di peringkat Pusat, kerajaan negeri tidak pernah mengiktiraf jawatankuasa berkenaan kerana kita anggap ia tidak sah.

"Sebaliknya, kita hanya mengiktiraf jawatankuasa yang sama yang dilantik oleh kerajaan negeri sendiri yang mana kita akan buat pada 1 Ogos ini dan pengumumannya secara rasmi akan dibuat awal September ini.

"Oleh yang demikian, kita tidak akan membenarkan JKKKP menggunakan sebarang kemudahan yang ditadbir urus oleh kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) untuk mengadakan program mereka selepas ini. - Utusan Malaysia, 24/7/2008, Selangor anggap JKKKP tidak sah

Kerajaan negeri melarang Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) daripada menggunakan kemudahan awam di kampung-kampung berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, ini kerana kerajaan negeri tidak mengiktiraf pelantikan JKKKP yang dilihat memecah belahkan perpaduan masyarakat kampung.

''Demi memelihara kestabilan serta kesejahteraan rakyat, kerajaan negeri melarang sama sekali JKKKP ini daripada menggunakan kemudahan awam di kampung-kampung. - Utusan Malaysia, 8/8/2008, JKKKP dilarang guna kemudahan awam

Dan kini wujud 2 Ketua kampung ...1 JKKK (pilihan Kerajaan Negeri) dan 1 JKKKP (pilihan kerajaan Persekutuan)...
Seramai 31 orang pemimpin setempat dilantik sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) kawasan Parlimen Tanjong Karang.

Mereka menerima watikah pelantikan tersebut pada daripada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Noh Omar dalam satu majlis di sini semalam.

Dalam ucapannya, Noh berkata, pemimpin yang dilantik sebagai ketua kampung dan Pengerusi JKKKP itu adalah mereka yang pernah mengetuai kampung masing-masing semasa Barisan Nasional (BN) memerintah Selangor sebelum pilihan raya umum ke-12 lalu.

Katanya, apabila Selangor dikuasai kerajaan campuran pembangkang, kerajaan negeri telah melantik ketua kampung dan pengerusi JKKK yang baru.

Beliau berharap mereka yang dilantik oleh kerajaan Persekutuan itu akan terus menjalankan peranan mereka untuk memaju dan membangunkan kampung masing-masing.

"Sekiranya terdapat sebarang masalah berkenaan kampung, ketua kampung boleh berbincang dengan Pengerusi JKKKP atau merujuk kepada Pegawai Pembangunan Persekutuan yang dilantik," katanya.

Noh menegaskan, aspek kerjasama ketua kampung dan pengerusi JKKKP bersama pemimpin setempat yang lain perlu diutamakan supaya perpaduan dapat diperkukuhkan dan kebajikan rakyat terjaga. - Utusan Malaysia, 29/7/2008, JKKKP Tanjong Karang terima watikah

Dan sememangnya kerajaan Persekutuan akan gunakan orang yang mereka lantik...dan semestinya berlaku diskriminasi, dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa...

Adakah saya memulaukan mereka yang dilantik kerajaan Persekutuan, di mana akibatnya adalah saya akan tidak mendapatkan bantuan yang sepatutnya sampai kepada rakyat...?

Bukankah lagi baik, jika rakyat setempat sendiri membuat pemilihan ketua kampung dan jawatankuasa kepimpinan, dan kerajaan negeri parti ini atau kerajaan persekutuan parti itu boleh terus berurusan dengan pimpinan pilihan rakyat tempatan...

Diskriminasi

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak akan melayan pengesahan sesuatu permohonan bantuan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di empat negeri yang ditadbir pakatan pembangkang.

Menterinya, Datuk Noh Omar berkata, arahan itu selaras dengan surat pekeliling yang diputuskan oleh Kabinet bagi mengelak bantuan berkenaan dipolitikkan oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga menimbulkan kekeliruan rakyat di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Beliau menjelaskan, pertimbangan untuk meluluskan bantuan atau insentif menerusi kementerian tersebut mesti mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

Katanya, JKKKP merupakan satu saluran yang disediakan khas bagi memastikan semua rakyat mendapat bantuan secara terus daripada Kerajaan Pusat termasuk dalam pembangunan pertanian. - Utusan Malaysia, 17/4/2009, JKKK di Negeri Pembangkang Tidak Dilayan (Blog Pena Noh Omar), , Sumber :- Utusan Malaysia

******************
Perlantikan JKKK Negeri Pulau Pinang (mungkin apa yang dilakukan bila dibawah pentadbiran BN, dan seterusnya prosidur perlantikan di Negeri Melaka...

"
PDTSPS - Perlantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK )




Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung ( JKKK ) adalah satu institusi yang menjadi sebahagian daripada jentera pentadbiran Kerajaan di peringkat yang paling bawah iaitu di peringkat kawasan atau kampung. Penubuhannya melengkapkan sistem dan jentera pentadbiran Kerajaan yang meliputi peringkat persekutuan, peringkat negeri, peringkat daerah dan peringkat mukim.


JKKK adalah badan pengurusan di peringkat kampung atau kawasan membantu di dalam pembangunan Negara. Penubuhan badan ini adalah selaras dengan konsep pengwujudan pengurusan yang telus ( good governance ) di mana idea-idea yang konstruktif di peringkat akar umbi dapat disalurkan melaui daerah, negeri dan negara melalui badan-badan yang ditubuhkan di semua peringkat berkenaan.



BILANGAN JKKK DAN JUMLAH KEAHLIANNYA

DAERAH

BIL JKKK

BIL AHLI

SEBERANG PERAI UTARA

34

615

SEBERANG PERAI TENGAH

36

654

SEBERANG PERAI SELATAN

25

488

TIMUR LAUT

19

359

BARAT DAYA

34

617

JUMLAH

148

2,733



1. KEANGGOTAAN JKKK


1.1 Keanggotaan JKKK dihadkan kepada 20 orang termasuk Pengerusi Dan Setiausaha. Di samping itu keanggotaan ini hendaklah juga merangkumi 2 wakil wanita dan 2 wakil belia dan dalam masyarakat berbilang kaum seorang daripada ahlinya hendaklah daripada kaum minoriti.


1.2 Pengerusi dan semua ahli JKKK adalah dilantik oleh Y.A.B Ketua Menteri berasaskan perakuan Jawatankuasa Permilihan JKKK Peringkat Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah.


2. KRITERIA PERLANTIKAN JKKK

2.1. Pengerusi JKKK

Seorang calon Pengerusi JKKK perlulah memenuhi syarat-syarat perlantikan seperti berikut :-

2.1.1 Bermastautin dalam kawasan yang berkenaan ;

2.1.2 Tempoh perkhidmatan ialah selama 2 tahun tertakluk kepada perakuan Jawatankuasa Permilihan ;

2.1.3 Mempunyai kebolehan mengurus dan mentadbir ;

2.1.4 Orang yang dihormati dan disegani oleh penduduk kampung dan

2.1.5 Tidak pernah didapati bersalah kerana sesuatu kesalahan jenayah.


Walau apapun syarat-syarat di atas, Y.A.B. Ketua Menteri boleh melantik sesiapa juga yang tidak mempunyai sebahagian daripada kelayakan tersebut.


2.2 Ahli-ahli JKKK

Ahli-ahli JKKK perlulah memenuhi syarat-syarat perlantikan seperti berikut :-

2.2.1 Ahli JKKK hendaklah terdiri daripada orang yang dianggap mewakili lapisan atau â€Å“ cross section â€Å“ penduduk yang tinggal di kawasan itu.

2.2.2 Tempoh perkhidmatan ialah selama 2 tahun. Tempoh perkhidmatan ini boleh dilanjutkan dengan perakuan daripada Jawatankuasa Permilihan JKKK Peringkat Daerah.

2.2.3 Ahli JKKK mesti bermastautin di dalam kawasan berkenaan.

2.2.4 Perkhidmatan Ahli JKKK adalah secara sukarela.






CARTA ALIRAN PERLANTIKAN JKKK

Perlantikan JKKK








Sumber:
Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Selatan
29-11-2005

Tarikh akhir kemaskini: 03/10/2007 - Portal Rasmi Kerajaan Pulau Pinang


Di Melaka pula
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung atau JKKK adalah sebuah organisasi kepimpinan di peringkat akar umbi. JKKK telah ditubuhkan untuk membantu penduduk di kawasan luar bandar bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sejajar dengan pembangunan negara.

Ahli JKKK dilantik oleh Ketua Menteri berdasarkan cadangan dari para ADUN. Cadangan ini kemudiannya di sahkan oleh Pejabat Pembangunan Negeri dan Pegawai Daerah.

Jangkamasa perlantikan JKKK ialah dua (2) tahun.

Kriteria ahli JKKK :

  • Umur melebihi 21 tahun
  • Tinggal di dalam kampung berkenaan
  • Sekurang-kurangnya tamat pendidikan rendah
  • Mempunyai personaliti yang baik
  • Tiada rekod jenayah

JKKK terdiri daripada 15 ahli seperti berikut :

  • Seorang Pengerusi
  • Seorang Setiausaha
  • 13 ahli biasa

Jawatankuasa Kecil JKKK adalah seperti berikut :

  • Jawatankuasa Kecil Kebajikan
  • Jawatankuasa Kecil Pendidikan
  • Jawatankuasa Kecil Pertanian
  • Jawatankuasa Kecil Pelancongan dan Industri
  • Jawatankuasa Kecil Infrastruktur dan Kemudahan Awam
  • Jawatankuasa Kecil Belia, Kebudayaan dan Sukan
  • Jawatankuasa Kecil Keselamatan

Tanggungjawab JKKK :

  • Merancang projek untuk faedah masyarakat kampung
  • Membangunkan dan menjalankan projek yang memupuk semangat bergotong-royong dengan jabatan kerajaan dan organisasi bukan kerajaan (NGO).
  • Sebagai orang tengah di antara masyarakat kampung dengan pihak jabatan kerajaan dan NGO.
  • Menjalankan kaedah tertentu untuk memilih setiausaha dan ahli jawatankuasa kecil yang lain
  • Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali
  • Setiausaha perlu memastikan aspek keselamatan kampung terhadap elemen-elemen negatif seperti dadah, pendatang tanpa izin, subversif dan sebagainya. - Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka

    Wednesday, September 2, 2009

    Pejuang kemerdekaan dari Temerloh yang tidak diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan oleh kerajaan pimpinan UMNO sehingga kini...

    Siapakah yang berjuang untuk kemerdekaan?

    Saksikan video in mengenai mereka yang telah berjuang untuk kemerdekaan tetapi tidak diiktiraf oleh kerajaan pimpinan UMNO sehingga kini...

    Saturday, August 22, 2009

    'Belanja lebih dari yang perlu' dan Rasuah oleh BN (dan juga PR) harus dihapuskan sekarang...

    Sejak zaman persekolahan, saya telah berjuang untuk hak asasi dan keadilan...untuk memperbaiki keadaan hidup di Malaysia. Asas atau motivasi saya adalah prinsip dan nilai-nilai - dan bukan apa-apa cita-cita untuk diri saya sendiri.

    Ramai yang melihat Malaysia pada hari ini akan menyatakan bahawa kerajaan BN pimpinan parti UMNO telah melakukan banyak untuk Malaysia, di mana ini tidak dapat dinafikan oleh sesiapa pun.

    Tetapi persoalan yang harus ditanya adalah sama ada mereka telah melakukan cukup berasaskan wang dan kekayaan yang terdapat di Malaysia (yang juga merupakan sebuah negara yang hanya mempunyai 27 juta penduduk) - di mana jawapannya adalah 'TIDAK'. Banyak wang, harta dan kekayaan telah disalahgunakan yang mengakibatkan sebilangan kecil menjadi kaya raya...berbanding dengan majoriti rakyat... Kerja yang boleh disiapkan dengan belanja mungkin RM20 ribu akan dibayar RM100,000-00. Mengapa?

    Jika dikira semua wang yang dibuang begitu sahaja, rakyat tentu marah kerana kalau tidak kita akan dapat menikmati jalanraya percuma (tanpa tol), perkhidmatan kesihatan percuma untuk semua, harga barangan perlu harian dengan harga yang lebih murah, dsb..

    Kultur...atau tabiat 'membuang duit' atau 'rasuah' ini kini sudah menjadi satu perkara biasa - dan masih berterusan di bawah kerajaan BN - pimpinan UMNO.

    Soalan harus ditanya sama ada perkara yang sama juga berlaku dengan kerajaan Pakatan Rakyat - khususnya ramai bekas BN kini sudah jadi ahli PR, khususnya PKR. Jika ya, kita semua harus segera membongkar insiden-insiden sedemikian supaya perkara ini dapat segera dibenteras dan dihapuskan - di halang daripada merebak dan menjadi perkara biasa...


    Wednesday, August 19, 2009

    H1N1 - Tutup kilang/pejabat bila perlu sapertimana dilakukan untuk sekolah...

    H1N1 - Usaha kerajaan menutup beberapa sekolah untuk mencegah rebak demam flu H1N1 adalah bagus

    Tetapi kenapa pula kita tidak mendengar mengenai perintah penutupan kilang atau pejabat untuk tujuan yang sama...

    Sekurang-kurangnya, bila berlaku jangkitan H1N1 seorang pekerja di sesuatu kilang atau pejabat atau bangunan pejabat, mereka di dalam kategori risiko tinggi harus diperintahkan menjauhkan diri...Mungkin diberikan cuti berbayar khas selama 5 atau 7 hari.

    Keprihatinan yang kini ditunjukkan kepada kanak-kanak sekolah juga harus diberikan kepada warga dewasa - khususnya mereka di dalam kategori risiko tinggi - yang termasuk mereka yang mengandung, menghidap kencing manis, dsb...

    Angka mereka

    Sejumlah 1,799 orang maut akibat wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1) sejak virus baru itu dikesan April lalu, menurut angka terbaru dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), semalam.

    Angka yang dikeluarkan di laman web WHO itu menunjukkan peningkatan ketara berbanding 1,462 seminggu lalu.

    Ghana, Tuvalu dan Zambia adalah tiga negara terbaru yang mengesahkan kes pertama H1N1 dan WHO berkata, pandemik H1N1 kini sudah menular kepada lebih 170 negara di dunia.

    Jumlah kematian terbesar adalah di Utara dan Selatan benua Amerika iaitu 1,579 orang, diikuti Asia Tenggara (106) dan Eropah (53).

    Mereka yang disahkan dijangkiti H1N1 di seluruh dunia kini berjumlah 182,166 orang. - AFP- Berita Harian, 20/8/2009, H1N1: Angka kematian seluruh dunia hampiri 1,800
    Jumlah kematian ialah 106 - di mana di Malaysia adalah 67 (Bil. Penduduk 27 juta), ...
    Tiada kes kematian berkaitan Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga jam pagi tadi dan angka korban keseluruhan kekal pada 67 mangsa.

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sejumlah 1468 penghidap penyakit seperti influenza (ILI) sedang dirawat di 86 buah hospital termasuk enam hospital swasta di seluruh negara.

    Katanya, dari jumlah itu, 257 telah disahkan positif H1N1 manakalal seramai 134 pesakit dibenarkan keluar hospital.

    "Daripada 257 kes yang disahkan H1N1, 36 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana 7 kes adalah kemasukan baru sementara empat kes dipindah keluar dari ICU.

    "Daripada 36 kes yang sedang dirawat di ICU, 21 kes (58%) mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (5), penyakit kronik (4), asma (3), hamil dan bersalin (3), obesiti (2), kanak-kanak istimewa (2) dan kanak - kanak di bawah usia setahun (2)," katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Dr Mohd Ismail berkata, Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai pesakit yang mengalami jangkitan H1N1 yang tidak memberi kerjasama yang baik dalam mengawal penularan influenza A.

    Katanya, orang ramai perlu sentiasa mengikut nasihat Kementerian Kesihatan dan mendapatkan rawatan segera bagi mereka yang mengalami simptom dan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi akibat jangkitan H1N1.

    "Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih di atas kerjasama orang ramai. Tindakan tepat anda dapat membantu kami memberi perkhidmatan yang berkesan," katanya. - Berita Harian, 20/8/2009, H1N1: Tiada kes kematian baru dilaporkan

    Manakala,di Thailand jumlah kematian kini 111 (Bil. Penduduk - 62 Juta)....

    The Ministry of Public Health confirmed on Wednesday that 14 more people had died from the A(H1N1) swine flu virus last week, bringing the country’s flu death toll from April 26 to Aug 15 to 111.

    Of the total new flu victims, seven were male and seven female, according to Phaichit Varachit, the ministry's permanent secretary.

    Of the new victims, 12 of them had underlying health problems ranging from obesity and heart disease to diabetes, Mr Phaichit said.

    "The situation is stable in Bangkok and the surround provinces but the virus is on the rise upcountry and we expect the outbreak to continue for the next two months until the cool season begins," a government statement said.

    The ministry last week reported an accumulated flu death toll of 97. - Bangkok Post, 20/8/2009, Swine flu death toll now 111

    Nyata negara kita, Malaysia, yang paling teruk di Asia Tenggara(South East Asia)...

    Thursday, August 13, 2009

    Akhirnya, mereka akan menyatakan Teoh telah membunuh diri atau jatuh silap sendiri ....

    Pada pendapat saya, kebenaran tidak akan diketahui dalam inkues kematian Teoh Beng Hock...

    Penyiasatan juga, kemungkinan besar, telah tidak dijalankan dengan serius untuk mengetahui kebenaran...atau mengetahui siapakah sebenar yang bertanggungjawab menyebabkan kematian Teoh Beng Hock...

    Hakikat bahawa sehingga kini, pihak Pendakwaraya tidak pun mendakwa sesiapa pun adalah jelas menunjukkan bahawa penyiasatan polis sampai kepada jalan buntu... Ingin dinyatakan bahawa pihak pendakwaan tidak perlu menunggu habis inkues ini, atau Suruhanjaya di-Raja menyiasat untuk mendakwa seseorang untuk kesalahan membunuh Teoh Beng Hock...

    Jika ada CCTV dengan keupayaan merakam ditempatkan di semua pelusuk MACC (SPRM), senang sekali kita mengetahui kebenaran....tetapi, di Malaysia, jika ada pun CCTV sedemikian, kita akan diberitahu CCTV rosak atau pita rakaman hilang...dan sebagainya..

    Kini, kita diberitahu pula bahawa bukti menunjukkan bahawa Teoh mungkin telah membunuh diri...dengan lompat keluar daripada tingkap...

    Tan had then asked Khairul on the possibility of Teoh committing suicide.

    To this, Khairul agreed and said the "signs are more towards suicide".

    And his reasons for this were:

    1. There was no blood or any signs of broken things near the window at the 14th floor. Also the pen was intact in Teoh's pocket, indicating that there was no struggle,

    2. No DNA marks of any MACC officers on Teoh's body, and

    3. Injuries on Teoh's body do not show any signs of struggle but were instead caused by falling from height. - Malaysiakini, 14/8/2009, Doc: Not homicide or accident, more a suicide

    Kini, kita diberitahu bahawa Teoh munkin secara sengaja telah terjatuh keluar daripada tingkap semasa membukanya

    Tan had then asked the doctor if he thought Teoh's death was accidental, based on his opinion formed after looking at Teoh's injuries and visits to the scene of the incident.

    To this Khairul said that there were stronger and solid evidence to state that the deceased had an accident.

    "This is based on the scene which is the 14th floor. It is difficult for someone who is still conscious to have slipped if he was standing beside the window because the floor is not slippery, it is covered with carpet.

    "However, if we want to say that there is a possibility we can still contemplate that because it could have happen when the deceased tried to open the window to the widest and in a sleepy state," said Khairul.

    However he added that this argument could be disputed because "if he slipped, the window shoulder which is at the height of his hips/ waist length, there is a possibility that the deceased fell by other ways".

    "His head or body could have fallen first. This is just a possibility," he added. - Malaysiakini, 14/8/2009,
    Doc: Not homicide or accident, more a suicide

    Melihat juga hakikat bahawa koroner yang mengendalikan inkues ini adalah hanya Tuan Majistret Azmil Muntapha Abas, di mana kredibiliti beliau juga diragui. Di depan dia adalah 'senior' beliau, dan oleh itu adakah beliau akan bercanggah dengan pendapat (atau 'arahan') senior beliau. Seorang Hakim Mahkamah Tinggi adalah lebih bebas, dan boleh diharapkan berbanding dengan seorang daripada 'Judicial and Legal Services Commission', di mana Peguam Negara adalah juga bos.

    Sebelum ini, Azmil Muntapha Abas adalah Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi - kini Majistret, dan tahu depan beliau mungkin jadi DPP...dan kemudian mungkin juga dilantik jadi Hakim Mahkamah Sesyen....

    Adakah dia yang menjadi koroner dapat membuat keputusan yang wajar dan adil? Dapatkah dia bertindak saperti seorang koroner yang benar-benar mahukan kebenaran? Atau adakah keputusan dan cara dia menjalankan inkues ini dipengaruhi dengan pemikiran mengenai masa depan beliau sendiri...


    Sunday, July 26, 2009

    Pemotongan perkhidmatan telekom di beberapa tempat di Temerloh terlalu lama - sudah lebih 7 hari...

    Tidak ada talipon lebih kurang 1 minggu di beberapa kawasan di Temerloh, dan masih lagi belum kembali...

    Tetapi, apabila sampai kepada pembayaran bil - pelanggan terpaksa membayar penuh...manakah keadilan.

    Ramai hari ini begantung kepada talipon untuk tujuan komunikasi...internet, dsb - dan pemotongan berterusan begini adalah sangat merugikan...dan tidak harus berlaku.

    Aduan kepada pihak talipon juga tidak berguna kerana tindakan menyambung semula perkhidmatan tidak berlaku. Apa yang berlaku? Bilakah perkhidmatan akan kembali? Maklumat ini pun sukar diperolehi daripada pihak telekom.

    Ingin juga pihak telekom menipu - menyatakan bahawa perkhidmatan akan kembali pada tarikh dan masa khusus - tetapi ini juga tidak berlaku...

    Berbanding dengan bekalan letrik dan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak TNB - jelas pihak Telekom jauh kebelakang...teruk sekali.

    Jika pemotongan perkhidamatan adalah akibat kerja pembaikan yang dijadualkan - notis sewajarnya harus diberikan melalui notis yang dihantar terus ke rumah pelanggan...

    Ya - in hanya Temerloh....in hanya kawasan kampung... Saya percaya bahawa jika berlaku di Kuala Lumpur atau Putrajaya, perkhidmatan akan kembali dalam masa beberapa jam paling lewat...

    Adakah wakil rakyat tempatan akan membuat sesuatu untuk membantah tindakan Telekom...kegagalan Telekom?


    Tuesday, July 7, 2009

    Biarkan rakyat memilih ketua/pemimpin sendiri - tak payah lantik lagi...Kami mahukan Demokrasi...

    Rakyat mahukan demokrasi di semua peringkat bermula dengan peringkat kampung/kampung baru/Taman...

    Rakyat mahu memilih ketua kampung dan jawatankuasa kampung/kampung baru/taman sendiri..., dan rakyat mempunyai keupayaan berbuat demikian...

    Sudah terlalu lama kerajaan memilih Ketua Komuniti - di mana ada masa rakyat sendiri tidak tahu siapakah ketua kampung, dsb...

    CARA MENGADAKAN AGM (Mesyuarat Agung) setempat untuk kembalikan demokrasi kepada rakyat...untuk rakyat memilih ketua/pimpinan sendiri...

    1) Risalah diedarkan kepada semua rumah dalam kampung (atau kampung baru atau taman) berkenaan menyatakan bahawa satu mesyuarat agung kampung akan diadakan pada tarikh/masa di tempat yang dinyatakan, di mana semua penghuni/penduduk dijemput hadhir mesyuarat ini, di mana Ketua, Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari & 3 (atau 5) ahli Jawatankuasa Kampung akan dipilih oleh penduduk sendiri, di mana tempoh perlantikan adalah untuk jangkamasa tidak lebih daripada 1 (atau 2 atau 3) tahun.

    2) Deraf Perlembagaan ringkas juga akan diedarkan, di mana isu-isu yang ditimbulkan dalam soalan-soalan berikut akan dijawab:-

    Siapakah yang mempunyai hak mengundi?
    Semua yang berumur 18 tahun ke atas.

    Siapakah yang mempunyai hak bertanding?
    Sesiapa yang ada hak mengundi berhak bertanding

    Berapa kalikah Ketua dan Jawatankuasa akan bermesyuarat?
    Sekurang-kurang sekali setiap bulan

    Apakah koram mesyuarat Jawatankuasa?
    3 orang

    Berapa Mesyuarat Agung akan diadakan?
    Sekurang-kurang satu setiap 3 bualan - ini adalah masa rakyat setempat akan berdialog, berbincang dengan pimpinan mereka, dan pimpinan akan memberikan lapuran mereka. Notis mesyurat mesti dihantar kepada semua rumah 2 minggu sebelum mesyuarat.

    Mesyuarat Agung Tahunan berbeda daripada Mesyuarat Agung biasa - di mana pada Mesyuarat Agung Tahunan adalah bila lapuran bertulis Ketua/Jawatankuasa akan diberikan, serta Penyata Akaun, juga proses pemilihan pimpinan baru. Notis Mesyuarat Agung Tahunan mesti dihantar 1 bulan sebelum tarikh mesyuarat.

    Berapa lamakah seseorang boleh memegang jawatan?
    Seseorang tidak dibenarkan memegang jawatan Ketua lebih daripada 2 penggal berterusan.
    Seseorang tidak benarkan menjadi ahli jawatankuasa berterusan lebih daripada 6 tahun.
    (Kita tidak mahu orang sama memegang kuasa terlalu lama...)

    Apakah tempuh perlantikan ketua dan jawatankuasa?
    Untuk pilihan pertama, tempuh adalah untuk 1 tahun - tetapi cadangan adalah selepas itu, tempuh ini dipanjangkan kepada 2 atau 3 tahun.

    Bolehkah perlembagaan dipinda?
    Perlembagaan boleh dipinda bergantung kepada penduduk setempat...

    Saya berharap bahawa kerajaan BN dan juga Pakatan Rakyat akan segera kembalikan hak memilih ketua kampung/kepimpinan kampung/taman/kampung baru kepada rakyat. Tak payah kerajaan melantik ketua lagi....rakyat boleh memilih sendiri...

    KOS - Ada wakil rakyat Pakatan Rakyat menyatakan bahawa kos beratus ribu...(beberapa juta) diperlukan untuk mengadakan pemilihan supaya penduduk kampung/kampung baru/taman perumahan dapat memilih kepimpinan mereka sendiri... tetapi, saya menyatakan bahawa jika cara yang dinyatakan di atas diikuti kos hanya sedikit. Kos cetakan risalah sahaja...Dewan milik kerajaan boleh digunakan untuk AGM...Air Kotak /Sirap untuk setiap orang tidak begitu banyak....Kos mungkin diperlukan untuk mesyuarat pertama sahaja dan selepas itu rakyat setempat akan boleh menampung perbelanjaan yang lain...

    ADUN atau MP setempat boleh mengimplementasi rancangan kembalikan demokrasi kepada rakyat di peringkat ini - jika pun pimpinan Pakatan Rakyat (atau BN) atau parti politik belum mahu mengembalikan demokrasi kepada rakyat...








    Thursday, June 25, 2009

    Tukar Kerajaan - Adakah ini hanya merupakan tukar parti memerintah? Atau tukar cara pentadbiran dan keutamaan juga...

    Apakah sebenarnya kamu mahu?

    Adakah kamu mahukan kerajaan baru dengan cara pentadbiran yang baru atau berlainan?

    Atau, adakah anda hanya mahukan kerajaan baru dengan cara pentadbiran yang sama - asalkan bukan Barisan Nasional?

    Jika kamu mahukan cara pentadbiran yang baru, atau berlainan? Apakah sebenarnya perkara baru yang kamu mahukan - apakah sebenarnya perkara baru yang boleh diberikan oleh Pakatan Rakyat...PKR?DAP?PAS?PSM?PRM?....

    Kesukaran menjawab soalan ini timbul kerana pihak alternatif tidak cukup menyatakan apakiah perbedaan yang sebenarnya akan berlaku apabila mereka menjadi kerajaan..

    Slogan...atau Laungan 'REFORMASI" ...."KUASA RAKYAT" ...."MAKKAL SAKTI" semasa ceramah pilihanraya dan ceramah politik yang lain tidak memadai...

    "Kita akan menghapuskan korupsi dan rasuah..", dsb tidak memadai...

    Tanya wakil daripada Pakatan Rakyat...PKR?DAP?PAS?PSM?PRM?.... apakah sebenarnya rancangan mereka...apakah sebenarnya pembaruan yang akan dibawa? Saya yakin ramai tidak akan boleh menjawab soalan ini - dan ini adalah satu masalah besar..

    Kita harus mula memikirkan apakah pembaruan yang kita mahukan dan cara melakukannya...Pihak Pakatan Rakyat...PKR?DAP?PAS?PSM?PRM?.... mesti dengan jelas memaklumkan kepada kita semua apakah pembaruan yang akan mereka membawa..



    Saturday, June 20, 2009

    Tindakan menangkap orang Burma pada sambutan Hari Jadi Aung San Suu Kyi memalukan ....

    Burma, saperti Malaysia, telah dijajah oleh kolonialis British.

    Pada 1948, Burma mencapai kemerdekaan, dan sistem kerajaan demokrasi berparlimen telah wujud dari 1948 sehingga tahun 1962, apabila tiba-tiba pihak tentera telah melakukan satu rampasan kuasa.

    Regim tentera ini telah enggan mengembalikan kuasa politik kepada sebuah kerajaan demokratik, tetapi tekanan dalaman dan daripada luar akhirnya mengakibatkan satu pilihanraya umum diadakan pada 1990, dengan kefahaman bahawa pihak rejim tentera akan mengembalikan kuasa mentadbir negara kepada kerajaan yang bakal dilantik rakoyat Burma. Pihak rejim tentera juga bersetuju untuk mengembalikan sistem demokrasi berparlimen.

    Pihak rejim tentera memberikan sokongan penuh kepada satu parti, iaitu National Unity Party (NUP). Parti-parti politik yang lain telah dihalang berkempen. Aung San Suu Kyi, pemimpin parti National League for Democracy(NLD) telah ditahn rumah (house arrest) sejak bulan Julai 1989. Ramai pemimpin lain parti NLD dan parti-parti lain juga telah dipenjarakan. Akses ke media dan juga orang ramai juga dihalang.

    Tetapi, pada 27/5/1990, apabila keputusan pilihanraya umum diumumkan, didapati bahawa daripada 485 kerusi parlimen yang dipertandingkan, parti NLD telah berjaya menang 392 kerusi (iaitu lebih 80%). Parti-parti kumpulan ethnik minoriti telah berjaya memenangi 65 kerusi, dan parti sokongan rejim tentera, iaitu NUP, hanya berjaya memenangi 10 kerusi. Jelas sekali, rakyat Burma telah menolak pemerintahan tentera.

    Tindak balas rejim tentera kepada keputusan pilihanraya ini adalah untuk tidak mengembalikan kuasa kepada rakyat - tetapi meneruskan dengan pemerintahan tentera. Kuasa politik dan kuasa pentadbiran negara yang seharusnya diserahkan kepada Aung San Suu Kyi dan NLD tidak berlaku.

    Penindasan bertambah, dan ramai pemimpin politik dan rakyat telah ditangkap dan dipenjarakan, di mana ada yang telah meninggal semasa dalam tahanan. Ramai juga telah berlari keluar daripada Burma dan masih tidak dapat pulang. Penindasan berterusan sehingga kini.

    Pada hari ini, di Malaysia terdapat lebih kurang 500,000 migran daripada Burma - di mana ramai di dalam kumpulan ini tidak dapat pulang ke Burma, di mana jika pulang mereka berisiko tinggi ditangkap, ditahan/dipenjarakan, didera...dan juga mungkin dibunuh. Secara munasabah, ramai tidak ada apa-apa pasport atau dokumen perjalanan keluaran rejim tentera Burma...

    Di negara Thai, bilangan orang Burma tidak berdokumentasi adalah lebih kurang 2 juta.

    Kebanyakkan daripada mereka yang berada di Thailand dan Malaysia tidak berminat sangat untuk mendapatkan kerakyatatan negara lain, atau ditempatkan semula di negara asing jauh daripada Burma. Harapan kebanyakkan mereka adalah untuk pulang ke negara Burma (Myanmar) apabila rejim tentera kini sudah tiada lagi.

    Ingin juga dinyatakan, bahawa di Malaysia juga ada lebih kurang 100,000 Buruh Migran yang datang dengan izin kerajaan Burma.

    Pada 19/6/2009, Aung San Suu Kyi menyambut ulalngtahun ke-64 beliau - beliau masih ditahan rejim tentera.

    Suu Kyi rai hari lahir ke-64 dalam penjara





    Pemimpin demokrasi Myanmar, pengawal kongsi makanan

    YANGON: Pemimpin demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, berkongsi makanan dengan pengawal penjara ketika menyambut hari lahirnya yang ke-64 semalam, selepas pemerintah junta enggan membenarkan beliau menerima pelawat, kata anggota kanan parti pimpinannya.

    Pemenang anugerah Nobel itu kini ditahan di penjara Insein, atas tuduhan ingkar perintah tahanan dalam rumah selepas seorang lelaki warga Amerika berenang menyeberang tasik dan bermalam di rumahnya Mei lalu.


    Ketika anggota parti Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) mengadakan majlis sambutan hari jadi Suu Kyi, jurucakapnya Nyan Win berkata beliau sudah ke penjara untuk membawa nasi bersama lauk, kek hari jadi dan bunga.

    "Suu Kyi memesan makanan itu supaya beliau boleh mendermakannya kepada mereka di sekitar penjara, tetapi oleh kerana tiada siapa menemaninya, Suu Kyi akan menyambutnya secara kecil-kecilan di sana," katanya.

    Nyan Win berkata beliau tidak dibenarkan menemui Suu Kyi tetapi sudah meminta kebenaran pihak berkuasa untuk berbuat demikian Isnin ini.

    Saksi berkata di sebalik kawalan ketat , 300 anggota NLD menyambut hari jadi beliau dengan memberi makanan kepada sami Buddha, melepaskan burung merpati, burung pipit dan belon warna-warni.

    Aktivis yang memakai baju T kuning juga berdoa untuk pembebasan Suu Kyi sebelum bertepuk tangan dan melaungkan kata-kata: "Semoga Aung San Suu Kyi akan dibebaskan segera" sebelum memotong kek.

    Sayap pemuda parti itu pula memuji pemimpin mereka dengan menyanyikan sebuah sajak berjudul 'If' ciptaan Rudyard Kipling yang diterjemahkan Suu Kyi ke dalam bahasa Myanmar.

    Saksi berkata, pegawai polis berpakaian preman merakamkan gambar orang ramai memasuki bangunan, manakala polis berpakaian seragam berdiri tidak jauh dari situ di samping lima trak membuat kawalan.

    Tahun ini bukanlah kali pertama Suu Kyi menyambut hari lahirnya bersendirian. Beliau menghabiskan tempoh 13 daripada 19 tahun di Myanmar menjalani hukuman tahanan dalam rumah, apabila junta enggan mengiktiraf NLD menang pilihan raya 1990. - AFP - Berita Harian, 20/6/2009

    Adalah sungguh memalukan apabila Malaysia telah menangkap 16 orang Burma di kawasan Petaling Jaya apabila mereka menghadiri satu perayaan Hari Jadi Aung San Suu Kyi yang dianjurkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada 19/6/2009.


    Police last night arrested 14 Myanmar nationals for taking part in an illegal gathering to celebrate the 64th birthday of Myanmar activist Aung San Suu Kyi.

    Petaling Jaya OCPD ACP Arjunaidi Mohamed said some 30 Myanmar nationals had begun gathering near the Taman Jaya lake at about 8pm.

    Police at the scene ordered the crowd to disperse. They also arrested 14 Myanmar nationals who did not possess any valid travel documents.

    “All of those who were arrested have been brought to the Petaling Jaya police headquarters and will be handed over to the Immigration Department,” he said, adding the remaining crowd dispersed at 8.30pm - Star, 20/6/2009, 14 Myanmar nationals detained in illegal gathering

    Malaysiakini repot :-

    ...A team of 50 police officers broke up a gathering in Petaling Jaya to celebrate Burma’s Nobel laureate Aung San Suu Kyi’s 64th birthday at about 9pm and detained 16 people.

    Those arrested are believed to be refugees from Burma who were at the birthday celebration to express their concern for their country’s democracy icon.

    The Burmese military regime has kept Suu Kyi in detention for 13 of the past 19 years, and she is now on trial at Rangoon's notorious Insein Prison over a bizarre incident in which an American man swam to her lakeside home.

    According to human rights group Suaram, the 16 were arrested even before the event kicked off.

    “All those arrested now are detained in the Petaling Jaya district police station and denied access to lawyers. They might be moved to immigration,” said Suaram coordinator Temme Lee.

    The 16 were taken to the Petaling Jaya police station where a crowd had gathered outside to press for their release.

    The aborted celebration - which was to be held in an open area near Amcorp Mall in Taman Jaya - was jointly organised by Pakatan Rakyat Selangor and Petaling Jaya City Council (MBPJ)...- Malaysiakini, 19/6/2009, 16 refugees arrested at Suu Kyi's 'birthday bash'



    Joint Statement- 19/6/2009

    HAPPY BIRTHDAY DAW AUNG SAN SUU KYI
    RELEASE IMMEDIATELY AND UNCONDITIONALLY ALL POLITICAL PRISONERS IN BURMA

    On the occasion of Daw Aung San Suu Kyi’s 64th birthday that falls on 19th June 2009, we, the undersigned reiterate our call for the immediate and unconditional release of Aung San Suu Kyi and all other political prisoners and prisoners of conscience in Burma.

    After achieving its independence from the British in 1948, Burma was ruled by a democratically elected government until the 1962 army coup.

    Finally, the military junta agreed to hold elections in 1990, and return Burma to a parliamentary democracy. But the run-up to the elections inspired little confidence in the process. Aung San Suu Kyi, leader of the most popular opposition party, the National League for Democracy (NLD), was placed under house arrest in July 1989. Many other senior NLD officials were jailed. The NLD had little access to media and few resources compared to the military-backed National Unity Party (NUP).

    On 27th May 1990, the Election Results revealed that out of the 485 parliamentary seats contested, the NLD won 392 (over 80%). Ethnic minority parties opposed to the military junta won 65 more seats. The military-backed NUP only won 10 seats. It was clear indication that peoples of Burma rejected military rule.

    The military junta's response to this overwhelming defeat was simply to change the rules, and not hand over power to duly elected Aung San Suu Kyi and the NLD. Repression intensified, and many NLD and other elected representatives were arrested. Some have died in prison. Others fled into exile. Today, in Malaysia, it is estimated that there may be more than 500,000 Burmese undocumented migrants,

    We call for the immediate handing over of power from the military regime to the duly elected Aung San Suu Kyi and the elected representatives.

    We reiterate our call for the immediate discontinuation of the trial, and withdrawal of the charges against Aung San Suu Kyi who has been absurdly charged and is now being tried for the offence of breaking the terms of her house arrest, in particular the condition that forbids visitors, after an American man, swam across the lake and entered her house uninvited and refused to leave.

    We call for ASEAN and ASEAN member governments, to immediately intervene and urge the government of Burma to respect human rights, and to adhere to the numerous United Nations resolutions, including General Assembly Resolution 49/197 [1995], which, amongst others, “…call on the Government of Myanmar to release unconditionally and immediately the Nobel Peace Prize Laureate Aung San Suu Kyi, who is now in her sixth year of detention without trial, and other political leaders and remaining political prisoners…’

    We also call on the United Nations(UN), the European Union(EU) and all concerned nations to act for the immediate withdrawal of this absurd charge, to secure the immediate and unconditional release of all political detainees and to restore democracy and human rights to Burma and its peoples.

    Lastly, and most importantly, we wish Daw Aung San Suu Kyi Happy Birthday, and wish for her and the peoples of Burma the strength and the continued commitment to struggle for a better Burma, where human rights, justice and democracy exist.

    Pranom Somwong

    Charles Hector

    for and on behalf of the following 24 organisations,

    Bar Council Human Rights Committee

    Burma Campaign Malaysia

    Center for Independent Journalism, Malaysia

    Community Development Services, Sri Lanka

    Development Action for Women Network (DAWN), Philippines

    Empower Foundation, Thailand

    Foundation for Women, Law and Rural Development (FORWARD), Thailand

    Friends of Burma, Malaysia

    Grassroots-HRE,Thailand

    Legal Support for Children and Women (LSCW), Cambodia

    MADPET (Malaysians against Death Penalty and Torture)

    MAP Foundation, Thailand

    Mekong Ecumenical Partnership Program, Christian Conference of Asia(MEPP)

    Myanmar Refugee Volunteer Group (MRVG)

    National League for Democracy (NLD),LA, Malaysia

    Network of Action for Migrants in Malaysia (NAMM)

    People's Service Organization (PSO), Malaysia

    Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER)

    Society for Christian Reflection (SCR)

    Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Malaysia

    Tenaganita, Malaysia

    Women's Studies Center,Thailand

    Workers Hub For Change (WH4C)

    Yaung Chi Oo Workers Association ( YCOWA)