Showing posts with label Bas. Show all posts
Showing posts with label Bas. Show all posts

Friday, July 23, 2010

Perkhidmatan Bas-Shuttle untuk pergi balik daripada Hospital Temerloh

Saya cadangkan bahawa pihak Majlis Bandaran Temerloh harus menyediakan bas atau 'shuttle service' bermula daripada perhentian Bas Temerloh (di Lurah Semantan) melalui perhentian Bas (dekat Store) ke Hospital Pakar Temerloh bermula daripada jam 7.00 pagi sampai jam 9 malam, di mana tak perlu Bas Besar - bas kecil juga memadai...atau pun van.

Kawasan letak kereta yang besar perlu dibuat di kawasan berdekatan perhentian bas tersebut, di mana pengunjung hospital digalakkan letak kereta di situ dan ambil bas/shuttle pergi-balik daripada Hospital.

Harus diterima bahawa kawasan letak kereta di perkarangan hospital sudah tidak cukup lagi, dan perlu juga di adakan kawasan tempat  letak kereta baru berdekatan. Kedaan bertambah sesak pada masa melawat. Kawasan hadapan pintu masuk hospital masih lapang, dan boleh diperolehi dan dibina bangunan tempat letak kereta bertingkat....atau padang letak kereta biasa.

Perkhidmatan teksi juga boleh disediakan di kawasan hospital. 


Sunday, March 7, 2010

Majlis Perbandaran mesti menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisyen dan kerap.

Tanpa perkhidmatan bas yang kerap di kawasan Temerloh, rakyat menderita...Kerajaan UMNO-pimpinan BN harus berubah sikap dan memahami tanggungjawab mereka pada rakyat - dan memastikan wujud sistem pengangkutan awam yang murah, effisyen dan kerap diwujudkan.

Banyak projek membina perhentian bas, tetapi masalahnya tidak ada bas. 

Harus ada perkhidmatan Bas disediakan untuk semua laluan berikut:-

Temerloh - Mentakab - Lancang - Karak - Bentong (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.) - Bas perlu melalui Pejabat Pos, Pejabat Majlis Perbandaran, Balai Polis, Bangunan Pejabat Persekutuan (Pejabat Buruh, Pejabat Pendaftaran, Pejabat Imigresen), Pejabat Perkeso, Pejabat KWSP, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Klinik 1Malaysia, Klinik/Poliklinik kerajaan, Pasar Temerloh - semua lokasi mestilah tidak lebih daripada 150 meter daripada perhentian bas terdekat.

Temerloh - Triang - Bera (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.)- Pejabat Pertanian, Pejabat Perikanan,

Temerloh - Kg Awah - Chenor  (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.) - ini perlu untuk mereka yang mahu pergi ke Hospital Temerloh, dan juga balik.

Temerloh(ikut dekat Jambatan Temerloh) - Bandar Baru Temerloh - masuk kawasan Taman Bahagia (sehingga sekurang-kurangnya Mini Zoo Temerloh) - Jalan Kampung Tualang - Kawasan Industri Temerloh - Mentakab (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.) - JPJ, Kawasan Perindustrian Temerloh, Kolej Komuniti Mentakab, 

Temerloh - Taman Temerloh Jaya - Taman Bukit Kemuning - Bukit Cermin - Mentakab (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.)

Temerloh - Kuala Krau  (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.)

Mentakab - Taman Saga - Taman Bukit Bendera (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.)

Temerloh (ikut Jalan Tepi Sungai) - Lubuk Kawah
Temerloh - ikut Jalan Kampung Tebal sehingga Gunung Senyum ((di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.) - banyak kampung-kampung dan sekolah di kawasan ini, dan juga akan mengembangkan pusat pelancungan Gunung Senyum

Bas boleh mempunyai saiz berlainan - dan kekerapan mungkin boleh dikurangkan, tetapi sekurang-kurangnya ada bas setiap 30 atau 40 minit.

Setiap perhentian bas harus dilengkapkan dengan maklumat mengenai masa-masa perjalanan bas, serta juga maklumat penting nombor polis, teksi, dsb. - di mana perlu juga disediakan lampu dan juga perkhidmatan talipon awam. [Ruang untuk peniaga kecil juga boleh disediakan berdekatan, di mana air, buah, suratkhabar, makanan ringan boelh dijual] - Ini akan meningkatkan aspek keselamatan. 

Papan tanda elektronik yang memberitahu bas akan sampai beberapa minit lagi, dan nombor bas juga harus disediakan.

Peta perkhidmatan bas juga harus disediakan - supaya penumpang boleh merancang perjalanan.

Sistem kad, saperti 'Touch and Go" juga boleh disediakan untuk semua perkhidmatan awam, di mana harus ada kad jalanan harian, untuk 3 hari, untuk 1 minggu, bulanan dan mungkin juga tahunan.

Jika bas kerap berjalan, rakyat akan mula mengunakan sistem perkhidmatan bas kerana lebih senang dan murah. (Kereta adalah mahal, minyak adalah mahal, tiket letak kereta juga perlu dibayar,...dan yang paling sukar kini adalah untuk mencari tempat letak kereta. Kini yang kurang berada, hanya ada motosikal di mana adalah sukar membawa anak-anak mana-mana)

Kawasan Taman banyak disediakan tetapi masalahnya adalah untuk sampai ke sana mengunakan sistem perkhidmatan pengangkutan awam. 

Bukan semua perjalanan bas akan membawa keuntungan - di mana ini adalah matlamat syarikat swasta yang mementingkan keuntungan.

Cadangan adalalh bahawa pihak Majlis Perbandaran Temerloh yang akan menyediakan bas perkhidmatan awan, di mana semua dreber bas, dan pekerja lain di jadikan pekerja Majlis Perbandaran - pekerja awam dengan sekuriti kerja sehingga bersara (serta faedah sepatutnya). saya mendapati bahawa syarikat swasta yang menjalan perkhidmatan bas kini pun susah mencari drebar bas - dan selalu dilihat iklan cari drebar. 

Majlis Perbandaran boleh dengan secara terus mengendalikan perkhidmatan bas - atau menubuhkan satu Temerloh Transportation Company untuk menguruskannya.

Temerloh bernasib baik kerana ada Sungai Semantan...dan Sungai Temerloh. Pantauan saya menunjukkan bahawa ada terdapat banyak kampung-kampung tepi sungai - di mana secara wajar, kita harus mengadakan perkhidmatan bas sungai (atau teksi sungai) yang teratur. Ini juga akan mengembangkan pelancungan di Temerloh.