Sunday, February 17, 2013

NUBE tuntut adik Najib selesai isu pekerja CIMB

Nube tuntut adik Najib selesai isu pekerja CIMB

Khairil Abdul Rahim, 15 Feb 2013

Kumpulan Nube berhimpun di hadapan CIMB Temerloh hari ini hingga menarik perhatian banyak pihak.

TEMERLOH: Kira-kira 100 anggota National Union of Bank Employees (Nube) dari seluruh negara hari ini mengadakan perhimpunan aman di hadapan CIMB Cawangan Temerloh bagi mendesak Datuk Seri Nazir Razak menyelesaikan beberapa tuntutan mereka.

Kumpulan yang diketuai Setiausaha Agung Nube, J.Solomon yang berhimpun sekitar jam 11.45 pagi itu antara lain menuntut diberi perhatian soal gaji, kebajikan dan faedah perubatan kakitangan CIMB daripada kumpulan pengurusan diketuai oleh adik Perdana Menteri itu.

Dalam perhimpunan yang berlangsung selama 45 minit itu turut dipamerkan beberapa sepanduk yang tertera mesej-mesej yang cuba disampaikan kepada orang ramai yang secara kebetulan berhadapan dengan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Temerloh.

Kebanyakan sepanduk tersebut ditujukan kepada pihak pengurusan CIMB terutama kepada Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Nazir Tun Razak.

Antara lain kelihatan sepanduk “Abang sulung janji ditepati, adik bongsu janji dimungkiri”, “Adik PM menipu pekerja”, “CEO CIMB restu PMS tipu ahli” dan “PM’s brother exploit workers”.

J.Solomon dalam ucapannya berkata, terdapat 27 aduan yang dituntut pekerja di peringkat bawahan masih tidak dapat diselesaikan, malah tidak diendahkan oleh pengurusan CIMB.

Menurutnya, beberapa tuntutan lain termasuk bonus kakitangan bawahan gagal diselesaikan sedangkan pengurusan tertinggi menerima faedah yang melampau.

“Antara kekecewaan lain termasuklah kes seorang kakitangan yang sedang hamil empat bulan diherdik hingga pengsan kerana enggan mematuhi arahan pihak atasan,” katanya.

J.Solomon berkata, mereka telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Johor dan Pahang.

Menurutnya, Temerloh adalah destinasi kedua selepas Karak dan mereka turut akan mengadakan himpunan aman selepas ini di Maran, Kuantan dan Pekan.- Harakah Daily, 18/2/2013, Nube tuntut adik Najib selesai isu pekerja CIMB

Thursday, February 14, 2013

NUBE berpiket di hadapan CIMB Temerloh menuntut hak pekerja...

NUBE berpiket di hadapan CIMB Temerloh menuntut hak pekerja...




Thursday, February 7, 2013

Had Laju 60? Lampu Trafik untuk pejalan kaki

Apakah had laju daripada Mentakab ke Temerloh? 60 Km? Sukar diketahui kerana tak cukup papan kenyataan menyatakan had laju - tapi ada yang kata kini ramai yang telah kena saman kerana melampaui 60 Km...(atau melampaui 70Km sejam) - di mana ini sangat tidak munasabah. Kawasan bandar betul kalau kurang 70Km wajar - tetapi kalau sepanjang perjalanan tidak wajar...

Kadang-kadang terjumpa pula papan tanda menyatakan had laju 30Km se jam - tetapi selepas itu tidak ada papan menyatakan had laju baru...maka, haruskah kita bawa kereta pada kelajuan 30Km SeJam - lebih baik bawa basikal...

Pendapat saya adalah kelajuan jalan di antara Temerloh dan Mentakab harus 80 Km sejam - erti asal jangan melebihi 89Km se jam adalah wajar...

Apabila mengampiri simpang 3 atau 4, di mana kenderaan perlu masuk ke jalan Temerloh...Mentakab - letak sahaja lampu trafik - di mana kini ada teknoloji di mana ianya akan tukar jadi hijau hanya apabila ada kereta menunggu mahu masuk jalan utama ...

Lampu trafik untuk pejalan kaki - di hadapan semua sekolah...dan ditempat ada orang mahu melintas - lebih murah daripada membuat jejantas pejalan kaki - dan akan lebih selamat melintas jalan -- khususnya Jalan Temerloh Mentakab, di mana kenderaan cepat berjalan... 

Kini, mahu seberang jalan pi klinik...pi Cowboy...pi Tunas Manja...pi TF di Mentakab ... sangat susah mahu melintas - kerana tidak ada lampu trafik untuk pejalan kaki...