Tuesday, August 14, 2018

MP baru dari Pakatan Harapan - Mohd Anuar Mohd Tahir

ไม่มีข้อความกำกับภาพอัตโนมัติ

Temerloh mempunyai Ahli Parlimen baru, kini daripada Pakatan Harapan .... sekali lagi seorang yang bukan penduduk Temerloh...Harapan saya adalah bahawa MP baru ini akan pindah menetap di Temerloh...dan hanya jadi pelawat, yang datang ke Temerloh 1 atau 2 hari setiap minggu...

PAHANG antara 2 negeri Semenanjung Malaysian yang kekal di bawah pemerintahan UMNO-BN selepas  PRU 14...tetapi Temerloh kini mempunyai MP dari PH.

Harapan saya, adalah supaya MP Temerloh tidak diserap masuk dalam Kabinet ...supaya beliau dapat menumpukan perhatian penuh untuk penduduk Temerloh ...dan juga usaha memastikan Pahang terlepas daripada genggaman regim UMNO-BN pada PRU akan datang... tetapi kini beliau dilantik  sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya yang baharu.


Seluruh warga JKR Malaysia merakamkan ucapan tahniah atas pelantikan YB Tuan Baru Bian sebagai Menteri Kerja Raya dan YB Tuan Haji Mohd Anuar Mohd Tahir sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya yang baharu.

Kedua-duanya telah mengangkat sumpah jawatan sebagai ahli jemaah menteri pada 2 Julai 2018 di hadapan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Sultan Muhammad ke-V di Istana Negara.

Adakah MP Temerloh ada masa untuk memberi lapuran kepada rakyat Temerloh selaku 'wakil rakyat' ?

Adakah MP Temerloh ada masa untuk berbincang dengan rakyat Temerloh untuk tahu isi hati dan pendapat penduduk....kalau tidak macam mana jadi 'wakil rakyat'...  Tanpa perbincangan, Anuar Tahir mungkin akan jadi 'wakil peribadi' atau 'wakil parti politiknya' atau wakil 'Pakatan Harapan' ...TETAPI BUKAN WAKIL RAKYAT PENDUDUK TEMERLOH??

Apa yang beliau akan buat untuk menjadi MP terbaik....

Kita akan pantau...

Adakah budaya UMNO-BN dikekalkan ....atau budaya dan cara baru?



 

No comments: