1- Parlimen dimenangi Pakatan Harapan, yang juga menang DUN Mentakab, tetapi BN menang DUN Lancang dan DUN Kuala Semantan.
2 - DUN Kuala Semantan - yang mendapat undi terbanyak kedua adalah calun PAS - bukan calun Pakatan Harapan(dari parti Amanah, yang juga merupakan penyandang kerusi DUN ini).Adakah penolakan ini penolakan calun, atau penolakan parti Amanah(atau penolakan Pakatan Harapan)? Jika calun Pakatan Harapan dari parti DAP atau parti lain, adakah keputusan akan berbeza? Di DUN Lancang, pula calun Pakatan Harapan mendapat undi lebih daripada calun PAS, di mana calun BN berjaya.
3 - Kalau dilihat keputusan, PAS masih mempunyai sokongan ramai. Tetapi sokongan PAS mungkin hanya dikalangan mereka beragama Islam - dan bukan dikalangan mereka bukan Islam. Rakyat, termasuk rakyat Islam, mahukan 'wakil rakyat' yang akan mewakili semua rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.
4 - PAS telah calunkan mereka yang tidak beragama Islam sebagai calun PAS dalam pilihanraya - tetapi hakikat bahawa mereka BUKAN ahli PAS, tidak ada kemungkinan bertanding dan menjadi pemimpin di dalam PAS (tak kira menang atau kalah) merunsingkan. Adakah mereka yang 'bukan Islam' akan terus menjadi 'penyokong' - tanpa mempunyai hak sama saperti mana-mana ahli PAS adalah isu besar. Mungkin PAS harus membuka keahlian kepada semua rakyat Malaysia - tak kira agama atau golongan ethnik.
5 - Masalah PAS juga adalah kekurangan pertemuan dan dialog dengan masyarakat bukan Islam di Temerloh. MP Temerloh daripada PAS dahulu, serta juga ADUN Kuala Semantan dari PAS(sebelum dia menyertai Amanah) gagal ada pertemuan dengan SEMUA rakyat di Temerloh. Adakah dia mengadakan pertemuan kerap dengan mereka daripada agama Kristian, Buddha, Hindu...? Adakah beliau adakan ceramah umum atau dialog kerap mendengar rintihan rakyat atau memaklumkan perkembangan baru di Parlimen atau negara?
6 - Kini, MP daripada Pakatan Harapan, adakah beliau juga akan membuat silap sama? Adakah dia akan kerap berada di Temerloh, atau berinteraksi kerap dengan rakyat Temerloh? Adakah dia akan mempunyai BLOG/Website/FB Page yang digunakan untuk melapurkan kepada rakyat Temerloh?
7 - Rakyat Temerloh telah menolah Saifuddin Abdullah(BN), Tantawi(dari PAS)...di mana satu perkara adalah selepas menang PRU macam tak kisah rakyat Temerloh. Mereka berdua bukan bukan tinggal di Temerloh - dan hanya buat lawatan dari masa ke masa - TETAPI tak laporkan kepada rakyat atau berdialog dengan rakyat. Rakyat Temerloh tak mah wakil rakyat yang hanya lambai, senyum dan berjabat tangan - mereka mahu wakil rakyat yang akan DIALOG - bukan hanya kadar memberi ceramah....
AWAS WAKIL RAKYAT YANG DIPILIH KAWASAN TEMERLOH - JIKA TAK BERDIALOG DAN MELAPURKAN KEPADA RAKYAT - KITA AKAN TOLAK PRU AKAN DATANG...
TEMERLOH
NEGERI | PAHANG |
---|---|
Parlimen | P.088 - TEMERLOH |
PARTI MENANG | PKR |
MAJORITI UNDI | 1904 |
NAMA PADA KERTAS UNDI | BIL. UNDI | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
KHAIDIR AHMAD (BEBAS - GAJAH) | 178 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
MUHD FAKHRUDIN B ABU HANIPAH (BEBAS - BUKU) | 46 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
DATO' SRI HAJI MOHD SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN (BN) | 22094 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
HAJI MD JUSOH BIN DARUS (PAS) | 14734 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
HJ ANUAR TAHIR (PKR) | 23998 |
MENTAKAB
NEGERI | PAHANG |
---|---|
DUN | N.30 - MENTAKAB |
PARTI MENANG | PKR |
MAJORITI UNDI | 5829 |
NAMA PADA KERTAS UNDI | BIL. UNDI |
ABIRERAH AWANG CHIK (PAS) | 4718 |
CHUAH BOON SEONG (BEBAS - KUNCI) | 956 |
DATO' WONG TAT CHEE (BN) | 4548 |
WOO CHEE WAN (PKR) | 10547 |
TEL : 03-8892 7018 | FAX : 03-8892 7001
Date
KUALA SEMANTAN
NEGERI | PAHANG |
---|---|
DUN | N.32 - KUALA SEMANTAN |
PARTI MENANG | BN |
MAJORITI UNDI | 474 |
NAMA PADA KERTAS UNDI | BIL. UNDI |
SYED HAMID B SYED MOHAMED (PKR) | 6095 |
DATO' NOR AZMI BIN MAT LUDIN (BN) | 7880 |
HASSANUDDIN SALIM (PAS) | 7406 |
TEL : 03-8892 7018 | FAX : 03-8892 7001
Date
LANCHANG
NEGERI | PAHANG |
---|---|
DUN | N.31 - LANCHANG |
PARTI MENANG | BN |
MAJORITI UNDI | 3725 |
NAMA PADA KERTAS UNDI | BIL. UNDI |
HAJI ABAS AWANG (PKR) | 5099 |
DATO' SRI HAJI MOHD SHARKAR BIN HAJI SHAMSUDIN (BN) | 8824 |
KHAIDIR AHMAD (BEBAS - GAJAH) | 80 |
HASAN BIN OMAR (PAS) | 4836 |
TEL : 03-8892 7018 | FAX : 03-8892 7001
Date
No comments:
Post a Comment