Nak tahu gaji, elaun dan apa yang didapati oleh ahli Parlimen?
Kini tidak ada peruntukan untuk pekerja untuk ahli Parlimen, di mana tanpa kakitangan untuk menjalankan kajian berkenaan perkara-perkara yang bakal dibincangkan di Parlimen, setiausaha peribadi, pembantu politik (yang di perlukan untuk ahli Parlimen menjalankan tugas di kawasan Parlimennya),...keberkesananan seorang wakil rakyat akan berkurangan.
Mereka perlu mengkaji perkara yang bakal akan dibincangkan di Parlimen - mereka perlu mendapat pendapat rakyat setempat, dsb - di mana tanpa peruntukan kewangan untuk perkara-perkara ini, ada sukar untuk seorang wakil rakyat bekerja dengan efektif..
Sekarang, ramai MP perlu mengunakan duit gaji/elaun yang diperolehi untuk menyewa pusat perkhidmatan rakyat di kawasan parliment, mengupah pekerja/pembantu mereka sendiri... di mana ini sememnangnya sukar bagi wakil rakyat (terutamanya kalau bukan daripada BN). Saya dengar PKR ada memberikan sedikit wang untuk MP/ADUN mereka tapi tidak tahu mengenai PAS dan DAP. Selain daripada UMNO dan beberapa parti BN, kebanyakkan parti politik tidak kaya, dan sebenarnya miskin dan tidak mampu memberikan bantuan tambahan kepada wakil rakyat parti mereka....
Maka, perlu ada pindaan kepada peruntukan yang harus diberikan kepada setiap MP/Senator, dsb..
a) Gaji untuk 3 orang pembantu, yang tugas utama adalah untuk memproses/membuat kajian perlu berkenaan perkara yang bakal akan dibincangkan dalam Dewan (atau Jawatankuasa Dewan)
b) Gaji untuk seorang Setiausaha Peribadi
c) Gaji untuk pembantu politik, di mana bilangan pembantu politik adalah 2 orang bagi setiap 10,000 pengundi dalam kawasan parlimen MP tersebut. {Sebagai contoh, jika bilangan pengundi adalah 40,000, maka MP berhak mendapat 8 orang pembantu politik)
d) Sewa,Bayaranb Letrik,Air,Talipon, Pembentungan bagi pusat perkhidmatan, di mana bagi setiap 20,000 pengundi, MP berkenaan berhak membuka 1 pusat perkhidmatan...
Kertas Statut 235 Tahun 1983
MALAYSIA
MALAYSIA
DIKEMUKAKAN DALAM DEWAN RAKYAT/DEWAN NEGARA
MENURUT STATUT
AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN) 1980
(Akta 237)
(Akta 237)
Menurut seksyen 5 Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, Yang di-Pertuan Agong dengan ini mengarahkan supaya elaun-elaun dan keistimewaan-keistimewaan bagi AHLI PARLIMEN adalah dinyatakan atas kadar-kadar dan syarat-syarat yang ditetapkan di bawah ini;
1A. Elaun Mesyuarat
a) Elaun ini dibayar pada kadar RM200 sehari kerana menghadiri persidangan Majlis Parlimen.
b) Elaun ini dibayar pada kadar RM150 sehari kerana menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan lain-lain yang dianjurkan secara rasmi oleh Kementerian/Agensi Kerajaan di peringkat Persekutuan atau Negeri yang daripadanya Ahli Parlimen menerima undangan rasmi untuk menghadirinya. <
c) Ahli Parlimen layak untuk dibayar satu elaun mesyuarat sahaja bagi mesyuarat yang dihadiri oleh Ahli Parlimen itupada hari yang sama di bawah subperenggan (a) atau (b).
1B. Elaun Keraian
Elaun ini layak dibayar sebanyak RM1,500.00 sebulan
1C. Bayaran Khas
a)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Dewan Negara pada kadar RM 750 sebulan
b)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Dewan Rakyat pada kadar RM 1,500 sebulan.
c)Bayaran ini dibayar kepada Ahli Parlimen kecuali Anggota Pentadbiran seperti yang ditakrifkan di bawah fasal (2) perkara 160 Perlembagaan Persekutuan.
2. Elaun Hidup Harian semasa bertugas rasmi ST. 174/03 Mdt. 1.10.2003
a) Suatu elaun berjumlah RM150 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi di luar Malaysia. b) Suatu elaun yang berjumlah RM100 bagi tiap-tiap 24 jam atau sebahagian darinya dibayar apabila bertugas rasmi -
(i) di suatu tempat yang jaraknya tidak kurang daripada 32 km pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen; atau
(ii) bagi menghadiri persidangan Majlis Parlimen tanpa mengambil kira jarak daripada pejabat / tempat kediaman Ahli Parlimen.
3. Elaun Makan semasa bertugas rasmi di luar Malaysia ST. 174/03 Mdt. 1.10.2002
Elaun ini dibayar berasaskan Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan dan apa-apa pindaan kepadanya pada apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia.
4. Bayaran Sewa Hotel semasa Bertugas Rasmi
a) Bayaran Sewa Bilik Hotel yang dilakukan apabila bertugas rasmi di luar Malaysia hendaklah berasaskan Pekeilling Perbendaharaan yang berkaitan dan apa- apa pindaan kepadanya pada apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang diberikan kepada Pegawai Kerajaan Gred 54 di bawah Sistem Saraan Malaysia.
b)Jika menjadi perlu bagi seseorang Ahli Parlimen bermalam di luar pejabat atau tempat kediaman semasa bertugas rasmi di Malaysia, bayaran sewa hotel yang kena dibayar tidak boleh melebihi RM350
semalam dan hendaklah disokong dengan resit. Apa-apa caj atau cukai perkhidmatan yang dikenakan berkenaan dengan sewa hotel, boleh dituntut sebagai tambahan kepada kelayakan maksimum dengan syarat bahawa caj tersebut dimasukkan ke dalam bil sewa hotel itu.
Bagi maksud ini, ungkapan “di luar pejabat atau tempat kediaman” ertinya jarak di luar lingkungan 32km (20 batu) dari pejabat atau tempat kediaman”.
c) Jika tidak menginap di hotel, Elaun Lojing pada kadar RM80 semalam dibayar tanpa memerlukan sokongan apa-apa resit.
5. Belanja Pelbagai.
Belanja Pelbagai bagi perjalanan rasmi kerana menjalankan tugas rasmi atau mesyuarat rasmi sebagai Ahli Parlimen layak dituntut seperti berikut-
a) tambang pengangkutan awam jika tidak menggunakan kereta sendiri;
b) bayaran talipon dan taligram atas urusan rasmi;
c) belanja dobi yang disokong dengan resit semasa menginap di hotel;
d) bayaran cukai lapanganterbang yang disokong dengan resit;
e) bayaran "excess baggage" untuk barang-barang rasmi yang disokong dengan resit.
f) bayaran tempat letak kereta dan bayaran "toll" yang disokong dengan resit;
g) 25% dari Elaun Makan bagi maksud bayaran "Tips" "gratuities" dan "porterage" semasa bertugas rasmi di luar Malaysia.
h) 3% daripada jumiah tuntutan perjalanan di luar Malaysia sebagai gantirugi berkaitan penukaran matawang asing.
6. Elaun Perjalanan Kenderaan
a) Jika menggunakan kereta sendiri, Elaun Perjalanan Kenderaan kerana menjalani tugas rasmi atau; menghadiri mesyuarat rasmi sebagai Ahli Parlimen layak dituntut menurut kadar hitungan yang tertinggi sekali bagi Kelas A untuk pegawai Kerajaan.
b) Jika tidak menggunakan kereta sendiri bagi maksud di perenggan kecil (a), bayaran tambang sebenar pengangkutan awam layak dituntut.
c) Seorang ahli hanya berhak kepada satu elaun perjalanan jika mesyuarat dan tugas itu kurang daripada 28 hari dan jika tempoh itu 28 hari atau lebih maka ahli itu berhak kepada elaun perjalanan tambahan dikira satu elaun pada tiap-tiap 14 hari ia menghadiri mesyuarat itu, termasuk hari cuti atau hari penangguhan di dalamnya.
Tetapi syarat ini tidak menyentuh hak seseorang ahli yang tempat kediamannya atau penginapannya di dalam lingkungan 32 km (20 batu) ke tempat mesyuarat atautugas rasmi itu.
7. Cara mengemukakan tuntutan
Apabila mengemukakan tuntutan mengenai perkara-perkara dalam perenggan 1 hingga 6 di atas, satu safinan surat panggilan mesyuarat atau surat arahan menjalani tugas rasmi hendaklah dikepilkan bersama dengan borang tuntutan.
8. Kelayakan Perjalanan
a) Layak untuk tiket kapalterbang Kelas Bisnes bagi perjalanan rasmi.
b) Layak dibekalkan 2 Pas Kereta Api percuma bagi Kelas Satu termasuk tempat tidur.
c) Bagi perjalanan yang menggunakan feri, keutamaan adalah diberi.
d) semasa Parlimen bersidang, Ahli Parlimen layak dibayar tambang pergi balik ke Negeri masing-masing pada setiap hujung minggu
Ahli Parlimen bagi Semenanjung Malaysia, layak dibayar tambang pergi balik atau elaun perjalanan kenderaan seperti diperenggan kecil 6(a) dengan syarat Bahagian Pilihanraya Parlimen ahli Parlimen adalah di luar lingkungan 32 km (20 batu) dari Bangunan Parlimen.
Bayaran tambang atau elaun perjalanan kenderaan akan diberikan yang sama nilainya dengan 3 hari elaun hotel dan 3 hari elaun hidup harian atau tambang pergi balik sebenar, yang mana lebih tinggi.
9. Elaun Bulanan Tetap Perjalanan
a)Elaun ini dibayar kepada Ahli Dewan Negara pada kadar RM750 sebulan tanpa perlu mengemukakan apa-apa tuntutan.
b)Elaun ini dibayar kepada Ahli Dewan rakyat pada kadar RM 1,500 sebulan tanpa perlu mengemukakan apa-apa tuntutan.
c) Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat tidak layak membuat tuntutan bagi Elaun Mesyuarat dalam perenggan 1A, Elaun Hidup Harian dalam perenggan 2, Elaun Makan dalam perenggan 3, Bayaran Sewa Hotel dalam perenggan 4, Belanja Pelbagai dalam perenggan 5 dan Elaun Perjalanan
Kenderaan dalam perenggan 6 bagi bulan tertentu melebihi kadar Elaun Bulanan tetap Perjalanan sebanyak RM750 sebulan dan RM 1,500 sebulan masing-masing bagi Ahli Dewan Negara dan Ahli dewan Rakyat.
d)Jika jumlah tuntutan Elaun Mesyuarat dalam perenggan 1A, Elaun Hidup Harian dalam perenggan 2, Elaun Makan dalam perenggan 3, Bayaran Sewa Hotel dalam perenggan 4, Belanja Pelbagai dalam perenggan 5 dan Elaun Perjalanan Kenderaan dalam 6 bagi bulan tertentu melebihi RM750 dan RM 1,500 masing-masing bagi Ahli Dewan Negara dan Ahli Dewan Rakyat, pengemukaan tuntutan elaun hendaklah disokong dengan resit dan surat jemputan dan amaun yang dibayar balik ialah perbezaan antara Elaun Bulanan Tetap Perjalanan dengan jumlah tuntutan yang dibuat.
10. Elaun Tetap Pemandu Kereta
Elaun Bulanan Tetap Pemandu Kereta sebanyak RM1,200 sebulan layak dibayar tanpa mengemukakan bukti menggaji pemandu kereta.
11. Elaun Pakaian Panas
Ahli Parlimen yang dikehendaki menghadiri suatu tugas rasmi di Negara yang beriklim sederhana berhak untuk menuntut Elaun Pakaian Panas berasaskan apa-apa kadar dan atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perbendaharaan yang berkaitan atau apa-apa pindaan kepadanya.
11A .Elaun Pakaian Rasmi Istiadat
Suatu Elaun Pakaian Rasmi Istiadat dibayar pada kadar RM1,000 atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan dalam Pekeliling Perkhidmatan yang berkenaan atau apa-apa pindaan kepadanya.
12. Lesen Kenderaan Motor Percuma
Ahli Parlimen layak mendapat satu Lesen Kenderaan Motor percuma bagi sebuah kereta sahaja dengan syarat kereta itu didaftarkan di bawah nama Ahli Parlimen itu sendiri.
13. Lesen Percuma Senjata Api
Lesen percuma bagi satu senjata api yang didaftarkan atas nama sendiri adalah dibekalkan.
14. Lencana Kereta
Satu lencana kereta percuma layak dibekalkan untuk digunakan menurut arahan jawatankuasa Dewan Parlimen.
15. Kad Ahli Parlimen
Satu kad Ahli Parlimen percuma yang ditandatangani sendiri oleh Yang di-Pertua Dewan Negara atau Dewan Rakyat yang mana berkenaan, layak dibekal untuk digunakan menurut arahan Jawatankuasa Dewan Parlimen.
16. Surat-menyurat
Ahli Parlimen layak menghantar surat atas urusan Kerajaan atau urusan Parlimen secara percuma di dalam Malaysia menurut peraturan seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Parlimen.
17. Warta Kerajaan
Dibekalkan percuma satu naskah Warta Kerajaan Persekutuan bagi tiap-tiap keluaran semasa.
18. Telefon ST.174/03 Mdt. 1.10.2003
a) Diperuntukkan dengan satu telefon talian terus dalam tempat kediaman persendirian Ahli Parlimen itu.
b) Diperuntukkan dengan satu telefon talian terus di pejabat perkhidmatan.
c) Kos pemasangan dan sewa telefon yang dilakukan berkenaan dengan subperenggan (a) dan (b) ditanggung oleh Kerajaan.
d) Ahli Parlimen layak diperuntukkan dengan sebuah telefon bimbit dengan harga tidak melebihi RM1,500 sekali dalam masa tiga tahun dan hendaklah disokong dengan resit asal pembelian.
e) Suatu Elaun Telefon pada kadar RM900 sebulan dibayar tanda memerlukan sokongan apa-apa resit.
19. Kemudahan Perubatan
a) Diberi kemudahan rawatan dan perubatan secara percuma, dikecualikan daripada bayaran wad di hospital-hospital serta klinik-klinik Kerajaan dan berkelayakan mendapat tempat di dalam wad kelas satu bilik berseorangan; melainkan di dalam keadaan kecemasan di mana Ahli Parlimen itu terpaksa mendapatkan rawatan dan perubatan di sesuatu hospital atau klinik swasta, (tetapi tidak termasuk rawatan pergigian), bayaran mengenainya serta bayaran wad akan dibayar balik oleh Kerajaan.
b) Ketika berada di luar Malaysia semasa menjalankan tugas rasmi, Kerajaan akan membayar balik sepenuhnya bayaran rawatan dan perubatan termasuk bayaran wad di hospital tetapi tidak termasuk rawatan pergigian.
c) Seseorang Ahli Parlimen yang memerlukan rawatan khas di luar Malaysia layak mendapat kemudahan atas syarat-syarat yang sama seperti dinikmati oleh pegawai Kerajaan.
d) Kemudahan perubatan ini dipanjangkan juga kepada keluarga Ahli Parlimen. Bagi maksud ini keluarga bermakna-
(i) isteri atau suami;
(ii) anak yang ditanggung sepenuhnya oleh Ahli Parlimen dan berumur di bawah 21 tahun kecuali anak-anak yang daif disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani yang mana had umur ini tidak dipakai.
20. Pinjaman Kereta a) Ahli Parlimen layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum RM100,000 sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.
b) Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik dengan bayaran yang sama banyak jumlahnya pada tiap-tiap bulan dalam masa tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta yang baru dan 48 bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen.
c) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan lain mengenai pinjaman kereta bagi Ahli Parlimen adalah seperti ditetapkan oleh Jawatankuasa Dewan Parlimen.
21. Pinjaman Perumahan
a) Ahli Parlimen layak memohon pinjaman perumahan sehingga maksimum RM360,000 bagi maksud-maksud seperti berikut:-
(i) membeli tanah dan rumah yang telah siap dibina;
(ii) membina rumah di atas tanah sendiri;
(iii) membeli tanah dan terus membina rumah;
(iv) menyelesaikannya pinjaman wang perumahan atau baki pinjaman yang diambil dari bank atau punca-punca lain yang disahkan oleh Kerajaan;
(v) membeli tanah sahaja dengan syarat kadar pinjaman adalah separuh daripada kelayakannya. Baki pinjaman layak diberi apabila hendak mendirikan rumah di atas tanah itu.
b) Pinjaman perumahan dikenakan bayaran perkhidamtan sebanyak 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.
c) Tempoh pembayaran balik adalah seperti berikut:
(i) bagi jenis pinjaman tersebut di (a) (i), (ii), (iii) dan (iv); tempoh pembayaran balik adalah tidak melebihi 25 tahun;
(ii) bagi membeli tanah sahaja, tempoh pembayaran balik adalah tidak mefebihi 12 tahun.
d) Pinjaman perumahan adalah juga bagi memperbaiki rumah dan kelengkapan rumah yang dipasang tetap.
e) Syarat-syarat dan peraturan-peraturan mengenai pinjaman perumahan adalah seperti dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 6/1995
21A. Pinjaman Komputer
a) Ahli Parlimen layak memohon pinjaman komputer.
b) Amaun pinjaman, terma dan syarat hendaklah sama mengikut amaun dan atas terma dan syarat yang dinikmati oleh pegawai Kerajaan.
21B. Kemudahan Komputer
Ahli Parlimen layak untuk diperuntukkan dengan sebuah komputer peribadi bagi setiap Penggal Parlimen. Tuntutan bagi pembelian komputer itu tertakluk kepada had maksimum RM6,000 disokong dengan resit asal pembelian.
SUMBER: Laman Parlimen Malaysia

No comments:
Post a Comment