Sunday, October 5, 2008

Dari manakah datang wang untuk 'Rumah Terbuka'?

Baru-baru ini satu majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet beragama Islam telah diadakan di PWTC.

Wang siapa yang digunakan untuk Rumah Terbuka tersebut? Adakah Wang Rakyat digunakan?

Jika seseorang mahu menganjurkan 'rumah terbuka' untuk Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina, Krismas, Wesak, dsb... wang sendiri harus digunakan - bukan wang rakyat...bukan wang kerajaan.

Harapan adalah wakil rakyat Temerloh atau mana-mana Ahli Parlimen akan menimbulkan soalan ini kepada kerajaan pada sidang Parlimen akan datang.

Pada masa yang sama, saya ingin tahu daripada UMNO mendapat wangnya sehingga dapat memiliki bangunan-bangunan UMNO di hampir setiap bandar - termasuk di Bandar Temerloh? Yuran parti, saya percaya tidak memadai. Adakah UMNO mendapat derma daripada orang? Bagaimanakah parti politik mendapat wang sehingga boleh memiliki bangunan besar?

Adakah duit rakyat, yang merupakan duit kerajaan, secara salah disalurkan kedalam tabung parti UMNO?