Tuesday, May 20, 2014

MP Temerloh Bahas Titah Diraja 2014


MP Temerloh berbahas di Parlimen


MP PAS Temerloh Bahas Bajet Tambahan (2013) 2014

Wakil Rakyat dan rakyat Temerloh - perlu 'konsultasi' kalau mahu wakili rakyat Temerloh

DEMOKRASI - bukan hanya hak rakyat sekali 4 atau 5 tahun memilih MP dan ADUN - Bagaimana wakil rakyat boleh mewakili rakyat sekiranya tidak ada perbincangan, konsultasi,dsb sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sekali?

Bukan susah sangat, untuk adakan mesyuarat terbuka dengan rakyat Temerloh - mesyuarat di mana rakyat dapat mengemukakan isu Temerloh, perbincangan atau konsultasi mengenai pendapat dan pendirian rakyat Temerloh mengenai isu-isu semasa, 'konsultasi' --- Kita tak perlukan HANYA Taklimat di mana MP/ADUN datang cakap, dan kita semua 'dengar sahaja'....kita mahu wakil rakyat DENGAR suara rakyat...

Senang sekali, tetapkan tarikh, maklumkan kepada rakyat...dan kita akan datang..

Di mana? Kalau boleh, gunakan Dewan - kalau tidak boleh gunakan tempat di pejabat parti, pejabat MP/ADUN, rumah orang, dll - kalau kawasan Temerloh, boleh di adakan di beberapa tempat.... waktu malam hari kerja atau pada cuti akhir minggu... Publisiti...dan siapa minat, boleh datang.

Di sessi ini, peluang mesti diberikan kepada rakyat bersuara dan wakil rakyat dengar - perbincangan bersama ....mungkin boleh kita sampai kepada pendirian rakyat.... Wakil Rakyat boleh lapurkan mengenai apa-apa maklumat baru - dari Parlimen, DUN atau dari lain sumber...juga. 


KOMUNIKASI DENGAN RAKYAT - MP/ADUN mesti ada Blog atau Laman Web Khusus untuk Temerloh - di mana bukan sahaja dimuatkan gambar foto aktiviti wakil rakyat, tetapi lebih penting maklumat perlu - isu yang telah ditimbulkan di Parlimen, respon ...soalan yang ditanya dan jawapan yang diterima (serta komen wakil rakyat? 

Banyak soalan dikemukakan secara LISAN dan secara BERTULIS - malangnya Hansard (Minit Mesyuarat Parlimen) hanya akan memberikan maklumat mengenai soalan lisan dan jawapan - bukan SOALAN BERTULIS dan Jawapan yang diterima... Wakil Rakyat dikebanyakkan tempat kini simpan soalan dan jawapan ini seolah-olah RAHSIA MILIK PERIBADI dan tidak berkongsi dengan rakyat....Harap Wakil Rakyat di Temerloh tak berbuat demikian...

Twitter - bagus tapi terhad kerana hanya 'beberapa perkataan boleh dimuatkan dalam satu-satu Tweet.... lebih baik ada BLOG (percuma pun)

FB atau Facebook adalah cara lain berkomunikasi dengan rakyat Temerloh.... tapi pasti FB Khusus Wakil Rakyat ...bukan FB am PAS atau PAS Temerloh atau DAP atau DAP Temerloh atau UMNO atau MCA atau GERAKAN...

Kalau ada 'buletin cetak' yang boleh dihantar kepada semua rakyat lagi baik ... 

Amalkan demokrasi - jangan lupa kamu 'WAKIL RAKYAT' - justeru perhubungan dan komunikasi sentiasa perlu.... Bagaimana mewakili rakyat jika tidak mengadakan perbincangan dengan rakyat dan tahu apa yang rakyat mahu, apa pendapat rakyat, dll ....jangan pula Wakil Rakyat menjadi Wakil Diri Sendiri Pula... atau hanya wakil parti politiknya ...dan bukan sama sekali wakil rakyat Temerloh...