MEDIA STATEMENT –
SPR BERLAKU TIDAK ADIL KEPADA BAKAL CALUN
Saya, yang bercadang untuk bertanding Kawasan Parliamen TEMERLOH telah menghantar wakil saya ke pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Temerloh, di Tingkat 4 Pejabat Daerah Temerloh untuk mendapatkan Borang Percalunan Kerusi Parlimen, Senarai Pengundi kawasan Parlimen Termerloh, serta Peta Kawasan.
Saya ingin menyatakan bahawa saya telah berjaya memperolehi keratas pencalunan kawasan Parlimen dengan pembayaran RM20-00 TETAPI terkejut apabila diberitahu pada
Apabila pihak kami bertanya bilakah bahan yang sangat diperlukan oleh seorang calun tersebut boleh didapati. Jawapan yang diberikan adalah ianya tidak lagi boileh didapati di pejabat SPR Temerloh tetapi jika mahu kena pergi ke Kuantan untuk mendapatkannya.
Pihak kami seterusnya menghubungi pihak SPR di Kuantan, dan meminta mereka sama ada Senarai Pengundi Kawasan Parliamen Temerloh dan Peta Kawasan boleh dihantar kepada pihak kami sekiranya bayaran yang diperlukan dihantar, dan jawapan yang diberikan adalah bahawa itu tidak boleh dilakukan.
Ini bererti seorang harus pergi ke Kuantan, yang merupakan lebih kurang 4 jam perjalanan pergi pulang. Seorang bakal calun dan penyokongnya tidak akan ada masa untuk pergi sini
Seterusnya pada
Pada pagi hari ini,
Pihak SPR berkata bahawa jika mahu, mereka boleh tempah daripada Jabatan Ukur tetapi tidak pasti bila ianya akan sampai, tak tahu sama ada sempat sebelum tarikh pencalunan.
Pihak kami berkata bahawa kami sedia membuat pembayaran untuk peta tersebut (yang diperlukan segera) serta bayaran untuk penghantaran melalui pos laju tetapi mereka tidak mahu menerima wang pihak kami, dan juga tidak ada apa-apa borang untuk mencatat penempahan.
Jika habis, barangan yang diperlukan mestilah dihantar dengan segera kepada pejabat SPR Temerloh atau daripada ibu pejabat negeri di Kuantan. Seorang bakal calun tidak seharus dipaksa lari ke sini
Salinan peta kawasan sepatutnya senang disalinkan di Temerloh. Salinan CD maklumat pengundi pun senang dibuat salinan. Maka adalah tidak lojik mengapa pejabat SPR Temerloh tidak ada bahan yang perlu bagi seseorang bakal calun di Temerloh.
Jika SPR, yang nyata kurang efisyen dan tidak bersedia, memerlukan masa lama untuk membuat sesuatu, mereka seharusnya tidak menetapkan tarikh penamaan calun pada
Untuk berlaku adil, notis lebih 100 hari harus diberikan mengenai tarikh pilihanraya. Masa kempen juga mestilah sekurang-kurangnya 30 hari – bukan 13 hari saperti apa ,yang berlaku kini.
Saya ingin menyatakan bahawa saya sangat diprejudiskan, dan halangan yang diletakkan oleh pihak SPR, secara sengaja atau secara lalai, ini adalah sangat tidak adil. Ini bukan demokrasi. Ini bukan satu pilihanraya yang adil,
Charles Hector
(Bakal Calun Kawasan Parlimen Temerloh)
Batu 3, Jalan Mentakab,
28000 Temerloh, Pahang Darul Makmur
Tel: 09-2901250 / 019-2371100
E-mail: chef@tm.net.my
No comments:
Post a Comment