Kenapa begitu lama memperbaiki jalan rosak, akibat pergerakan tanah, di Batu 3-4 Jalan Mentakab, Temerloh.
Akibat daripada kerosakan jalan tersebut, sebahagian jalan(2 Lorong) telah ditutup, dan ada terdapat lencongan, di mana kurang juga tanda lampu atau isyarat memberitahu mengenai kerosakan jalan atau lencongan. Orang biasa memgunakan jalan tersebut tidak ada masalah TETAPI untuk orang baru, dengan tidak ada tanda-tanda keselamatan memberitahu ada kerosakan jalan dan jalan 2 Lorong dijadikan 1 Lorong, ia adalah sangat bahaya.
Pihak Majlis Bandaran Temerloh dan/atau pihak Kerajaan yang bertanggungjawab mesti melakukan sesuatu untuk memperbaiki kerosakan jalan tersebut secepat mungkin -- DAN sebelum itu pada hari ini juga, memastikan cukup tanda jalan/lampu untuk mengelakkan berlaku apa-apa kemalalngan jalan di tempat itu.
Monday, June 16, 2008
Buka semula Hospital Kerajaan di Mentakab untuk kepentingan rakyat..
Satu perkara yang perlu RAKYAT Temerloh bangun dan menyuarakan adalah hasrat mahu kerajaan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab, yang baru-baru ini telah ditutup apabila Hospital Pakar Kerajaan di Temerloh dibuka.
Hospital Pakar adalah satu perkara yang sangat baik, tetapi perbedaan wujud di antara sebuah Hospital Pakar dan sebuah hospital kerajaan biasa. Hospital Pakar biasanya akan menerima pesakit yang dirujuk daripada doktor di hospital lain, apabila sesuatu kes didapati lebih baik diuruskan pakar.
Apa yang tinggal kini, di tempat Hospital Kerajaan di Mentakab, hanya adalah sebuah Pusat Kesihatan dan Klinik, dan Klinik Pergigian. Fasiliti Pengimejan dan X-Ray masih lagi berfungsi. Wad-wad sudah diabaikan dan tidak digunakan.
Saya percaya bahawa ianya adalah cukup mudah untuk menambah taraf sedikit, dan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab.
Tambahan lagi, lokasi Hospital Kerajaan di Mentakab tersebut adalah sungguh baik, di mana ianya juga berdekatan dengan stesyen keretapi, dan banyak bas berulang-alik daripada berbagai lokasi ke bandar Mentakab. Teksi pun sedang dapat. Secara bandingan, lokasi Hospital Pakar di Temerloh adalah sesuatu tempat yang perkhidmatan bas awam pun jarang berlalu. Teksi pun sukar didapati. Lokasinya sesuai untuk sebuah Hospital Pakar di mana pesakit di bawa dari Hospital lain dengan ambulan - tetapi bukan untuk sebuah Hospital Am.
Adalah harapan saya, dan ramai lagi di Temerloh agar pihak berkenaan membuat apa yang wajar dan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab, Pahang secepat mungkin.

Subscribe to:
Posts (Atom)