Satu perkara yang perlu RAKYAT Temerloh bangun dan menyuarakan adalah hasrat mahu kerajaan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab, yang baru-baru ini telah ditutup apabila Hospital Pakar Kerajaan di Temerloh dibuka.
Hospital Pakar adalah satu perkara yang sangat baik, tetapi perbedaan wujud di antara sebuah Hospital Pakar dan sebuah hospital kerajaan biasa. Hospital Pakar biasanya akan menerima pesakit yang dirujuk daripada doktor di hospital lain, apabila sesuatu kes didapati lebih baik diuruskan pakar.
Apa yang tinggal kini, di tempat Hospital Kerajaan di Mentakab, hanya adalah sebuah Pusat Kesihatan dan Klinik, dan Klinik Pergigian. Fasiliti Pengimejan dan X-Ray masih lagi berfungsi. Wad-wad sudah diabaikan dan tidak digunakan.
Saya percaya bahawa ianya adalah cukup mudah untuk menambah taraf sedikit, dan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab.
Tambahan lagi, lokasi Hospital Kerajaan di Mentakab tersebut adalah sungguh baik, di mana ianya juga berdekatan dengan stesyen keretapi, dan banyak bas berulang-alik daripada berbagai lokasi ke bandar Mentakab. Teksi pun sedang dapat. Secara bandingan, lokasi Hospital Pakar di Temerloh adalah sesuatu tempat yang perkhidmatan bas awam pun jarang berlalu. Teksi pun sukar didapati. Lokasinya sesuai untuk sebuah Hospital Pakar di mana pesakit di bawa dari Hospital lain dengan ambulan - tetapi bukan untuk sebuah Hospital Am.
Adalah harapan saya, dan ramai lagi di Temerloh agar pihak berkenaan membuat apa yang wajar dan membuka semula Hospital Kerajaan di Mentakab, Pahang secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment