Resolusi Badan Peguam Malaysia berkenaan hak-hak Orang Asli, mendapat sokingan sebulat suara di Mesyuarat Agung Badan Peguam Malaysia yang diadakan pada 14 Mac 2009 di Kuala Lumpur. [Bilangan ahli terkini adalah lebih kurang 13,000 peguam]
Badan Peguam Malaysia,
mengambil perhatian bahawa Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu wajib mempertahankan nilai-nilai yang mendasari undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa seperti yang termaktub, antara lainnya, dalam Perisytiharan Hak-Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Sivil dan Politik 1966 dan Waad Antarabangsa Mengenai Hak-Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya 1966;
mengambil perhatian bahawa Malaysia telah meratifikasi Konvensyen Berkaitan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita 1979 dan Konvensyen Terhadap Hak-Hak Kanak-Kanak 1989, dan telah menandatangani Konvensyen Terhadap Hak-Hak Orang Kurang Upaya 2006 yang mana, antara lainnya, memberikan perlindungan kepada golongan yang mudah terjejas seperti wanita, kanak-kanak dan orang kurang upaya di Malaysia;
mengambil perhatian bahawa Malaysia telah mengundi, di Majlis Hak-Hak Asasi Manusia Bangsa-Bangsa Bersatu dan Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, untuk menerimapakai Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007 yang, antara lainnya, mengulangi hak-hak Orang Asli dalam menentukan nasib mereka sendiri;
didorong oleh keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kerajaan Negeri Selangor & Ors v Sagong Tasi & Ors [2005] 4 CLJ 169 yang mengiktiraf hak-hak Orang Asli dalam dan ke atas tanah adat mereka di bawah undang-undang lazim;
didorong oleh perkembangan terbaru pengenalan dan penubuhan “Badan Bertindak Mengenai Hak-Hak Tanah Orang Asli” oleh Kerajaan Negeri Perak (di bawah Pakatan Rakyat);
amat prihatin bahawa tanah adat Orang Asli menerima ancaman berterusan yang dilakukan atas nama “pembangunan” (mengikut tafsiran sendiri dan pemahaman satu hala oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tanpa perundingan atau persetujuan Orang Asli);
amat prihatin bahawa sungguhpun Kerajaan Persekutuan dan Negeri mempunyai tanggungjawab fidusiari untuk mendukung dan melindungi kebajikan dan hak-hak Orang Asli namun sebaliknya Orang Asli sering dipaksa melepaskan tanah adat mereka kepada syarikat berkaitan Kerajaan atau swasta, atau atas alasan usahasama;
amat prihatin bahawa Jabatan Hal Ehwal Orang Asli telah gagal memenuhi tanggungjawab fidusiarinya untuk memperkasa dan membantu kebajikan Orang Asli, malah terlibat sama dalam perlanggaran hak-hak Orang Asli;
amat prihatin bahawa sesungguhnya implementasi polisi-polisi integrasi telah mengakibatkan penempatan semula Orang Asli secara paksa, memisahkan mereka daripada sumber mata pencarian untuk hidup mereka, cara hidup dari segi fizikal dan rohaniah mereka dan warisan ekonomi, sosial dan budaya mereka yang telah diamalkan dan dikembangkan sejak berabad-abad lamanya;
amat prihatin bahawa majoriti Orang Asli tidak dapat menikmati sepenuhnya hak-hak asasi mereka oleh kerana tradisi, adat dan nilai mereka sedang dihakiskan;
amat prihatin bahawa dalam usaha menjustifikasikan polisi “pembangunan” serta tindakan menempatkan semula dan mengintegrasikan Orang Asli, pihak berkuasa cuba menggambarkan Orang Asli sebagai menentang perubahan-perubahan yang dikatakan untuk kebaikan Orang Asli sendiri;
amat prihatin bahawa walaupun permintaan dan rayuan seringkali dibuat kepada pihak berkuasa, tanah adat Orang Asli masih belum diiktiraf dan dilindungi dengan sepenuhnya;
mengambil perhatian bahawa sesungguhnya tiada penyelesaian mudah atau satu penyelesaian sahaja kepada pengiktirafan dan perlindungan rasmi tanah adat Orang Asli kerana masalah-masalah yang dihadapi bergantung kepada tempat dan komuniti berkenaan;
mengambil perhatian bagaimanapun, terdapat pelbagai pilihan sedia ada bagi pengiktirafan dan perlindungan rasmi tanah adat Orang Asli bergantung kepada keperluan-keperluan masyarakat Orang Asli yang berkenaan, antara lainnya:
(a) | pemberian hakmilik tanah secara individu kepada setiap keluarga Orang Asli; |
| |
(b) | pewartaan bahagian-bahagian tanah komunal oleh Kerajaan-Kerajaan Negeri yang berkenaan, di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara; |
| |
(c) | pewartaan bahagian-bahagian tanah komunal di bawah Akta Orang Asli 1954 dengan kebebasan yang tiada had masa serta tanpa sekatan ke atas hak-hak untuk mencari sumber makanan melebihi kawasan bahagian-bahagian tanah komunal yang telah diwartakan; dan |
| |
(d) | dalam kes-kes berkecuali iaitu yang berhubungkait dengan masyarakat Orang Asli yang hidup secara separa nomad, yang merupakan kumpulan Orang Asli yang paling mudah terjejas, peruntukan hak untuk mencari sumber makanan dengan bebas yang tiada had masa serta tanpa sekatan (selari dengan peluang yang lebih besar bagi pendidikan dan bimbingan vokasional ke arah melestarikan sara hidup mereka); |
amat prihatin bahawa kebanyakan komuniti Orang Asli tinggal tanpa kemudahan asas, ameniti-ameniti dan infrastruktur
mengiktiraf bahawa Orang Asli adalah masyarakat yang sangat bernilai tetapi mudah terjejas, dan kehidupan, kebudayaan dan tanah adat mereka berhak mendapat perlindungan kita;
1. | Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan semua syarikat dan individu awam dan swasta supaya menghormati hak-hak Orang Asli sejajar dengan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007, dan tidak bertindak bertentangan dengan hak-hak tersebut. |
| |
2. | Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, melalui perundingan dan kerjasama dengan Orang Asli, supaya mengambil langkah-langkah yang sewajarnya, termasuk melalui aspek perundangan, dalam usaha mencapai maksud dan tujuan Pengisytiharan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Hak-Hak Orang Asal 2007. |
| |
3. | Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli dan semua syarikat dan individu awam dan swasta menghentikan apa jua bentuk “pembangunan” (mengikut tafsiran sendiri dan pemahaman satu hala oleh Kerajaan Persekutuan dan Negeri, tanpa perundingan atau persetujuan Orang Asli), pembersihan hutan dan aktiviti-aktiviti pembalakan di atas tanah adat Orang Asli sehingga proses perundingan dengan masyarakat yang terjejas dijalankan, dan kebenaran bebas, yang natijah dan maklumat-maklumatnya dijelaskan terlebih dahulu, serta kerjasama diperolehi daripada masyarakat yang terbabit. |
| |
4. | Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan dan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli supaya mengiktiraf, melindungi dan menjamin secara rasmi hak-hak Orang Asli dalam dan ke atas tanah adat mereka di seluruh negara dan mewartakan tanah-tanah adat sebagai kawasan simpanan Orang Asli, dan jika perlu meminda undang-undang tanah negara ini bagi memastikan tujuan tersebut dapat dicapai. Dalam keadaan-keadaan yang menimbulkan keraguan, pemetaan yang dilakukan dengan rundingan dan kerjasama dari masyarakat Orang Asli hendaklah dilaksanakan. |
| |
5. | Dengan lantangnya menyeru Kerajaan Persekutuan supaya mengadakan dan menjadi penganjur kepada sesi perundingan kebangsaan dengan masyarakat Orang Asli, badan-badan yang berkenaan dan pihak-pihak yang terbabit untuk membincangkan, mereka dan menerimapakai satu rangka kerja yang menyeluruh untuk dilaksanakan bagi menambahbaik kehidupan masyarakat Orang Asli termasuk memberikan setiap individu Orang Asli keseluruhan hak-hak yang dijamin di bawah undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa. |
| |
6. | Dengan lantangnya menyeru supaya sebuah “Badan Bertindak Peringkat Tertinggi Berkaitan Hal Ehwal Orang Asli” yang bebas ditubuhkan dengan dianggotai oleh wakil-wakil masyarakat Orang Asli, Kerajaan Persekutuan dan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, Peguam Negara, badan-badan bukan kerajaan, kumpulan-kumpulan hak-hak asasi manusia dan Majlis Peguam, antara lainnya, untuk mempertimbangkan pindaan-pindaan yang perlu ke atas Akta Orang Asli 1954 konsisten dengan undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa, dan untuk merumuskan polisi-polisi serta menyelaraskan inisiatif-inisiatif yang disasarkan untuk memperbaiki tahap perlindungan hak-hak masyarakat Orang Asli di negara ini. |
| |
7. | Memberi mandat kepada Majlis Peguam untuk mengambil dan meneruskan langkah-langkah yang sesuai dan perlu bagi mengimplementasi, membantu dan memperkasakan masyarakat Orang Asli dalam perjuangan mereka mengangkat martabat dan melindungi hak-hak mereka di bawah undang-undang dan norma-norma hak-hak asasi manusia antarabangsa. |
Motion proposed by Bar Council on indigenous peoples' rights, dated 11 February 2009 (English translation)
The Malaysian Bar,
taking note that Malaysia is a member of the United Nations Human Rights Council and is obliged to uphold the underlying values of international human rights laws and norms set out in, inter alia, the Universal Declaration of Human Rights 1948, the International Covenant on Civil and Political Rights 1966 and the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights 1966;
taking note that Malaysia has ratified the Convention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women 1979 and the Convention on the Rights of the Child 1989, and signed the Convention on the Rights of Persons with Disabilities 2006 which, inter alia, accords protection for vulnerable groups such as women, children and the disabled in Malaysia;
taking note that Malaysia voted, at both the United Nations Human Rights Council and the United Nations General Assembly, in favour of adopting the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples 2007 that, inter alia, reiterates the right of indigenous peoples to self-determination;
encouraged by the decision of the Court of Appeal in Kerajaan Negeri Selangor & Ors v Sagong Tasi & Ors [2005] 4 CLJ 169, which recognises the right of indigenous peoples in and over their ancestral lands at common law;
encouraged by the recent introduction and establishment by the Perak State Government (under Pakatan Rakyat) of an “Orang Asli Land Rights Task Force”;
deeply concerned that the ancestral lands of indigenous peoples are under constant threat in the name of “development” (as unilaterally defined and understood by the Federal and State Governments without consultation with, nor consent of, indigenous peoples);
deeply concerned that notwithstanding the fiduciary duty of the Federal and State Governments to promote and protect the welfare and rights of indigenous peoples, the latter are instead often coerced into relinquishing their ancestral lands to Government-linked or private enterprises, or under the pretext of integration;
deeply concerned that the Department of Orang Asli Affairs has failed to perform its fiduciary duty to empower indigenous peoples and assist with their welfare, but is instead complicit in the violation of the rights of indigenous peoples;
deeply concerned that the implementation of integration policies causing coerced resettlement of indigenous peoples removes them from their source of livelihood, their physical and spiritual way of life and their economic, social and cultural heritage which have been practised, and have evolved, over centuries;
deeply concerned that the majority of indigenous peoples are not able to fully enjoy their fundamental human rights as their traditions, customs and values are being eroded;
deeply concerned that the relevant authorities, in an attempt to justify their “development” policies and actions to resettle and integrate indigenous peoples, seek to portray indigenous peoples as resistant towards changes that are purportedly for their benefit;
deeply concerned that despite numerous requests and appeals to the relevant authorities, the ancestral lands of indigenous peoples have yet to be fully recognised and protected;
taking note that there is no simple nor single solution to the formal recognition and protection of these ancestral lands, as the problems encountered vary according to place and community;
taking note however that various options are available for the formal recognition and protection of these ancestral lands depending on the needs of the respective indigenous communities, inter alia:
(a) | the issuance of individual land titles to every indigenous family; |
|
|
(b) | the gazetting of communal land parcels by the State Governments under Section 62 of the National Land Code 1965; |
|
|
(c) | the gazetting of communal land parcels under the Aboriginal Peoples Act 1954 with perpetual and unlimited foraging rights extending beyond the gazetted communal land parcels; and |
| |
(d) | in exceptional cases of certain semi-nomadic indigenous communities, who are the most vulnerable of indigenous peoples, perpetual and unlimited foraging rights (with concomitant and greater opportunities for education and vocational training towards sustaining their livelihood); |
deeply concerned that many indigenous communities still live without basic needs, amenities and infrastructure;
recognising that indigenous peoples are invaluable yet vulnerable communities whose livelihoods, cultures and lands are deserving of our protection;
1. | Strongly calls upon the Federal and State Governments, the Department of Orang Asli Affairs and all public and private enterprises and individuals to respect the rights of indigenous peoples pursuant to the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples 2007, and not to act in any manner inconsistent with those rights. |
| |
2. | Strongly calls upon the Federal and State Governments and the Department of Orang Asli Affairs, in consultation and cooperation with indigenous peoples, to take all appropriate measures, including legislative measures, to achieve the spirit and intent of the United Nations Declaration on the Rights of Indigenous Peoples 2007. |
| |
3. | Strongly calls upon the Federal and State Governments, the Department of Orang Asli Affairs and all public and private enterprises and individuals to discontinue any “development” (as unilaterally defined and understood by the Federal and State Governments without consultation with, nor consent of, indigenous peoples), deforestation and logging activities on indigenous peoples’ ancestral lands until a process of consultation is conducted with the affected communities, and their free, prior and informed consent and cooperation are obtained. |
| |
4. | Strongly calls upon the Federal and State Governments, and the Department of Orang Asli Affairs, to formally recognise, protect and guarantee the right of indigenous in and over their ancestral lands throughout the country and to gazette such ancestral lands as reserved areas for them, and if necessary to amend our land laws to achieve the same. In cases of doubt, a mapping exercise in consultation and cooperation with indigenous peoples must be carried out. |
|
|
5. | Strongly calls upon the Federal Government to organise and host a nationwide consultation with indigenous peoples, relevant bodies and interested parties to discuss, design and adopt a holistic programme of action to better the lives of indigenous peoples, including according every indigenous person the full extent of all rights guaranteed under international human rights laws and norms. |
| |
6. | Strongly calls for the establishment of an independent “High-Level Task Force on Orang Asli Affairs”, comprising representatives of indigenous communities, the Federal and State Governments, the Department of Orang Asli Affairs, the Human Rights Commission of Malaysia, the Attorney-General, non-governmental organisations, human rights groups and the Bar Council, to, inter alia, consider making amendments to the Aboriginal Peoples Act 1954 consistent with principles of international human rights laws and norms, and to formulate policies and co-ordinate initiatives to better protect the rights of indigenous peoples. |
| |
7. | Mandates the Bar Council to take and continue all appropriate and necessary action to implement, assist and empower indigenous peoples in their struggle to promote and protect their rights under international human rights laws and norms. |
The motion was unanimously carried.