Thursday, March 26, 2009

Khairy menang kerana undi protes tidak suka Najib?

Adakah kemenangan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO menunjukkan bahawa sokongan untuk Mohd Najib Razak sudah berkurangan.

Sokongan Najib di dalam UMNO tidak boleh kita mengukur secara terus - tetapi ia boleh diukur secara tidak langsung melihat kepada keputusan pilihanraya yang lain.

Kekalahan Mukriz Mahathir, calun yang mendapatkan pencalunan terbanyak, yang jelas merupakan pilihan Najib dan Hishamuddin telah tewas teruk kepada Khairy.

Pencalunan:- Mukriz Mahathir (74 ), Mohd Khir Toyo (62 ), Khairy Jamaluddin (53 )
Undi Yang Diperolehi:- Khairy Jamaluddin (304 ) Khir (252 ), Mukhriz (232).

Mereka kata Mukriz adalah orang Mohd Najib Razak - jadi adakah kemenangan Khairy akibat sokongan wakil pemuda UMNO kepada beliau sendiri, atau sebenarnya undi protes - undi menentang Najib?

Najib sudah kehilangan sokongan majoriti di dalam UMNO...

Ayuh...kita melihat keputusan pertandingan Timbalan Presiden ....dan Naib Presiden, untuk melihat sama ada 'orang' Najib menang atau tidak? Jika mereka kalah...atau menang tipis, kita boleh mengatakan bahawa Mohd Najib Razak, anak Negeri Pahang, yang baru menjadi Presiden UMNO tanpa bertanding (kerana sukar menjadi pencabar apabila wujud sistem kuota memerlukan begitu banyak pencalunan daripada Bahagian UMNO...), sudah kehilangan sokongan dan kepercayaan majoriti ahli UMNO sendiri..

Ayuh, kita menunggu keputusan sahaja...


No comments: