Saturday, April 25, 2009

PRM - pilihan selain daripada Pakatan Rakyat atau BN untuk DUN Penanti.

Adakah pilihan wakil rakyat hanya di antara BN dan Pakatan Rakyat?

BN adalah kerajaan peringkat Persekutuan, dan kesemua negeri kecuali 4 (atau 5).

Pakatan Rakyat adalah kerajaan untuk 4 (atau 5) negeri..

Masa suudeah tiba untuk kita melihat lagi dan melihat sama ada terdapat Parti alternatif yang lain - yang memang adalah parti pembangkang.

Kerajaan Pulau Pinang adalah kerajaan Pakatan Rakyat - dan majoriti Pakatan Rakyat adalah kuat. Tidak ada apa-apa risiko bahawa kemenangan BN di dalam pilihan raya kecil Penanti akan membawa kepada keadaan sama sapertimana berlaku di Perak (perampasan kuasa).

Bukti bahawa majoriti rakyat masih menolak BN jelas daripada keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah).

Kini, kita berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil - ia itu untuk kerusi DUN Penanti.

ersoalannya adalah sama ada pengundi akan mengundi untuk pihak yang kini menjadi kerajaan (iaitu Pakatan Rakyat) atau untuk pihak Pembangkang.

Jika pembangkang, adakah kamu mahu mengundi BN atau parti lain saperti Parti Rakyat Malaysia...

Ya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah menyatakan keputusannya untuk bertanding dealam pilihanraya kecil Penanti...

Mungkin wajar memberikan PRM peluang kali ini...

Ada yang menyatakan bahawa PKR harus bertanding - tetapi saya percaya jika Pakatan Rakyat, mungkin lebih baik PAS atau DAP. Masalah di Perak adalah akibat 3 DUN PKR lompat (campur 1 DUN DAP). Pilihanraya kecil Penanti adalah kerana satu lagi DUN PKR meletak jawatan. Lebih baik parti, selain daripada PKR, bertanding untuk kerusi ini.

PRM mahu bertanding - mungkin sokongan boleh diberikan kepada mereka...


Parti Rakyat Malaysia

21B(F) Jalan SJ 6

Taman Selayang Jaya

68100 Batu Caves

Selangor


Kenyataan Media: 24-04-09


PRM akan bertanding pilihanraya kecil Penanti



Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti nanti.


Biro Politik Parti Rakyat Malaysia dalam mesyuarat baru-baru ini telah meneliti perkembagan politik tanahair selepas PRU ke-12 dan muktahir, organisasi parti serta calon yang akan dikemukakan dalam PRK Penanti.


PRM berkesimpulan bahawa PRK Penanti adalah satu pilihan raya kecil biasa, penyertaan PRM dalam PRK Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955 oleh pejuang-pejuang kemerdekaan iaitu Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin dan Haji Ishak Mohamad (Pak Sako) di negara ini.


Keputusan Biro Politik PRM ini selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pusat PRM yang dibuat sebaik sahaja pimpinan baru mengambil-alih kepimpinan PRM setelah pucuk pimpinan lama beramai-ramai meninggalkan PRM dan memasuki parti lain.


Ketetapan PRM ialah PRM akan menyertai semua bahagian pilihan raya umum dan mana-mana pilihan raya kecil akan datang.


Yang benar,

(Koh Swe Yong)

Setiausaha Agung



Justify Full.

Thursday, April 2, 2009

Mungkin sudah 3 juta warga mas - adakah keperluan mereka sudah diuruskan kerajaan?

Masa depan dan kebajikan warga mas harus diberikan perhatian serius pada masa ini, di mana bilangan mereka yang melebihi usia 60 tahun adalah 1.45 juta (pada tahun 2000), dan dijangka pada hari ini adalah lebih kurang 2 juta.

Data atau maklumat yang diberikan oleh kerajaan BN-pimpinan UMNO adalah hanya untuk merekan yang melampaui usia 60 tahun - dan nampaknya tidak termasuk mereka yang berumur 60 tahun. Saya berpendapat bahawa definasi warga mas harus merangkumi mereka yang sudah berusia 55 tahun dan lebih. Nyata, bahawa ramai kini bersara pada 55 tahun - dan ciri utama warga mas adalah bahawa mereka sudah tua dan tidak lagi bekerja dan menerima gaji/pendapatan.

Jika, di ambil bilangan mereka yang kida sudah berusia 55 dan lebi, saya sesungguhnya percaya bahawa jumlah ini mungkin melebihi 3 atau 4 juta, dan ini adalah serius.

Ingin dinyatakan bahawa pesara, iaitu mereka yang masih lagi menerima pencen bulanan, adalah mungkin lebih kurang 400,000 sahaja. Maka, sebilangan besar warga mas tidak ada pendapatan bulanan pada masa ini.

Simpanan yang ramai daripada mereka mempunyai untuk hari tua, sudah kini tidak mencukupi pada hari ini kerana harga barangan telah meningkat, dan nilai wang sudah menurun. Dahulu, RM300 sebulan mungkin mencukupi untuk hidup senang - tetapi pada hari ini, ianya sukar sekali.

Maka, penjagaan kesihatan(healthcare), tempat tinggal, makanan dan pengangkutan adalah diantara isu-isu yang harus diberi perhatian sekarang - dan juga tindakan diambil untuk memastikan warga mas kita mendapat keprihatinan yang mereka wajar menerima.

Ini adalah tanggungjawab kerajaan - dan golongan kurang kemampuan adalah kategori rakyat yang harus diberi keutamaan.


With its ageing population surpassing the two million mark by 2020, Malaysia will have to pay more attention to the needs of this group, says Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

The number of Malaysians above the age of 60 is widely expected to reach 2.1 million in 11 years, he said, adding the aged population in 2000 was just over 1.45 million.

He said the government was committed to looking after the welfare and to improve the quality of life of its senior citizens.

“This change in demographic will pose challenges to governments in providing them (senior citizens) with suitable health care and social services,” he said when opening the Sabah Senior Citizens Association building in Tanjung Lipat near here yesterday. - Star, 1/4/2009, Population shift poses challenge