Saturday, April 25, 2009

PRM - pilihan selain daripada Pakatan Rakyat atau BN untuk DUN Penanti.

Adakah pilihan wakil rakyat hanya di antara BN dan Pakatan Rakyat?

BN adalah kerajaan peringkat Persekutuan, dan kesemua negeri kecuali 4 (atau 5).

Pakatan Rakyat adalah kerajaan untuk 4 (atau 5) negeri..

Masa suudeah tiba untuk kita melihat lagi dan melihat sama ada terdapat Parti alternatif yang lain - yang memang adalah parti pembangkang.

Kerajaan Pulau Pinang adalah kerajaan Pakatan Rakyat - dan majoriti Pakatan Rakyat adalah kuat. Tidak ada apa-apa risiko bahawa kemenangan BN di dalam pilihan raya kecil Penanti akan membawa kepada keadaan sama sapertimana berlaku di Perak (perampasan kuasa).

Bukti bahawa majoriti rakyat masih menolak BN jelas daripada keputusan pilihanraya kecil Bukit Gantang (Perak) dan Bukit Selambau (Kedah).

Kini, kita berdepan dengan satu lagi pilihanraya kecil - ia itu untuk kerusi DUN Penanti.

ersoalannya adalah sama ada pengundi akan mengundi untuk pihak yang kini menjadi kerajaan (iaitu Pakatan Rakyat) atau untuk pihak Pembangkang.

Jika pembangkang, adakah kamu mahu mengundi BN atau parti lain saperti Parti Rakyat Malaysia...

Ya, Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah menyatakan keputusannya untuk bertanding dealam pilihanraya kecil Penanti...

Mungkin wajar memberikan PRM peluang kali ini...

Ada yang menyatakan bahawa PKR harus bertanding - tetapi saya percaya jika Pakatan Rakyat, mungkin lebih baik PAS atau DAP. Masalah di Perak adalah akibat 3 DUN PKR lompat (campur 1 DUN DAP). Pilihanraya kecil Penanti adalah kerana satu lagi DUN PKR meletak jawatan. Lebih baik parti, selain daripada PKR, bertanding untuk kerusi ini.

PRM mahu bertanding - mungkin sokongan boleh diberikan kepada mereka...


Parti Rakyat Malaysia

21B(F) Jalan SJ 6

Taman Selayang Jaya

68100 Batu Caves

Selangor


Kenyataan Media: 24-04-09


PRM akan bertanding pilihanraya kecil Penanti



Parti Rakyat Malaysia (PRM) telah memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Penanti nanti.


Biro Politik Parti Rakyat Malaysia dalam mesyuarat baru-baru ini telah meneliti perkembagan politik tanahair selepas PRU ke-12 dan muktahir, organisasi parti serta calon yang akan dikemukakan dalam PRK Penanti.


PRM berkesimpulan bahawa PRK Penanti adalah satu pilihan raya kecil biasa, penyertaan PRM dalam PRK Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955 oleh pejuang-pejuang kemerdekaan iaitu Ahmad Boestamam, Dr. Burhanuddin dan Haji Ishak Mohamad (Pak Sako) di negara ini.


Keputusan Biro Politik PRM ini selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pusat PRM yang dibuat sebaik sahaja pimpinan baru mengambil-alih kepimpinan PRM setelah pucuk pimpinan lama beramai-ramai meninggalkan PRM dan memasuki parti lain.


Ketetapan PRM ialah PRM akan menyertai semua bahagian pilihan raya umum dan mana-mana pilihan raya kecil akan datang.


Yang benar,

(Koh Swe Yong)

Setiausaha Agung



Justify Full.

No comments: