Tuesday, May 19, 2009

Tindakan mengantung wakil rakyat harus dihentikan

Saya tidak bersetuju tindakan mengantung MP atau ADUN atas apa alasan pun. {Paling lama pergantungan seseorang wakil rakyat yang boleh saya terima adalah pengantungan sehingga terbit matahari}

Seorang MP/ADUN adalah wakil rakyat, dan pengantungannya adalah penafian hak rakyat untuk bukan sahaja berada di dalam dewan, tetapi untuk mengambil bahagian dalam debat dan mengundi untuk usul atau bill undang-undang...

Bagi tujuan 'menghukum' seorang wakil rakyat, mungkin terpaksa kita gunakan hukuman - amaran tegas, pengantungan sehingga matahari terbit semula,denda,

Pemotongan gaji atau elaun seorang wakil rakyat juga tidak wajar dilakukan kerana setengah wakil rakyat tidak ada sumber pendapatan yang lain, dan bergantung kepada gaji/elaun wakil rakyat untuk membayar sewa pusat perkhidmatan wakil rakyat, gaji pembantu/pekerjanya dan sebagainya. [Bukan semua wakil rakyat ada perniagaan atau firma guaman atau sumber kewangan yang lain (spt. rasuah, dsb...)]

Maka, saya tidak setuju dengan tindakan mahu mengantung Khir Toyo dan 4 orang ADUN BN.

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.

Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

khir toyo and selangor state assemblyEkoran itu, Dr Mohd Khir yang juga ketua pembangkang di DUN Selangor digantung selama setahun daripada menghdiri sidang DUN kerana gagal menghadiri siasatan awam tersebut, dan digantung masing-masing enam bulan bagi setiap tuduhan tersebut.

Kesemua elaun dan keistimewaan yang diterima Dr Mohd Khir Toyo sebagai seorang ADUN, juga digantung.

Jawatankuasa itu juga menggantung empat lagi ADUN BN Warno Dogol (Sabak), Isa Abdul Kasim (Batang Kali), Marsum Paing (Dengkil) dan Mohamad Idris Abu Bakar (Hulu Bernam) selama enam bulan kerana mempersoalkan integriti Selcat.

Elaun dan keistimewaan mereka juga turut digantung sepanjang tempoh hukuman tersebut.

Ia diumumkan oleh Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa hak dan keistimewaan tersebut di Shah Alalm untuk membincangkan perkara tersebut.

Bagaimanapun, Teng berkata, hukuman itu merupakan syor yang dibuat jawatankuasa tersebut.

Syor tersebut, katanya, akan dibentang di sidang DUN Julai depan untuk dibahas dan setiap wakil rakyat termasuk Dr Mohd Khir akan diberi peluang membahaskannya. - Malaysiakini, 19/5/2009, DUN S'gor: Khir Toyo digantung setahun


Apa pendapat kamu?

No comments: