Tuesday, May 31, 2011

Mana dia perkhidmatan bas berkesan untuk Temerloh? satu lagi kegagalan BN

Perkhidmatan bas di Temerloh pada satu masa dahulu lebih cekap berbanding dengan sekarang...Kita tahu pukul berapa bas akan sampai di sesuatu perhentian bas kerana dulu ada papan tanda dihampir setiap perhentian bas (bus-stop) menyatakan jadual perjalanan bas - sehingga jadual bas akan sampai di sesuatu perhentian - tetapi lama-lama kelamaan ini telah berubah dan kini kita terpaksa tunggu di 'bus-stop' dengan harapan bas akan sampai. Ini perlu berubah - tambahan lagi apabila harga minyak semakin lama semakin naik dan kenikmatan mengunakan kereta/motor peribadi semakin lama membebankan rakyat.

Sistem pengangkutan awam diberikan perhatian kurang atau sengaja telah dijadikan kurang cekap oleh kerajaan BN mungkin kerana mahu memastikan bahawa rakyat Malaysia akan terpaksa membeli kereta keluaran Malaysia - Proton, Kancil, Naza,.... dan nampaknya ini telah berjaya kerana kini hampir setiap isi rumah ada mempunyai kereta atau motor peribadi - dan kereta/motor pilihan ramai adalah jenama Malaysia (Proton, Kancil,...) kerana harga lebih murah daripada kenderan diimpot. Syarikat Proton dan jenama tempatan meraut keuntungan besar - tetapi makin lama, harga kenderaan juga bertambah...dan kerajaan BN boleh menghebohkan kejayaan projek kereta nasional....

Tetapi, lama kelamaan harga pemilikan dan pengunaan kenderaan peribadi semakin lama semakin tinggi....Harga Minyak naik ...jalanraya percuma menjadi jalanraya bertol...dan tol makin lama makin naik ...tempat letak kereta percuma menjadi tempay letak kereta berbayar - di mana kadarnya kini RM0.42 sejam - satu hari kerja 9-10 jam (lebih kurang RM4) di Temerloh. Di Kuala Lumpur, kini harga meletak kereta sudah disetengah tempat menjadi RM4 atau RM5 setiap jam...
Kini di Temerloh juga masalah tempat letak kereta sudah menjadi masalah - bukan senang mahu cari lagi...bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di Hospital Pakar baru kita di Temerloh.

Pengangkutan awam bukan pilihan  rakyat kerana apa yang ada adalah sangat tidak cekap - dan pihak kerajaan (termasuk kerajaan tempatan di Temerloh) nampaknya masih lagi tidak memberikan penumpuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam...Saya percaya jika rakyat Temerloh dapat melantik ahli Majlis Perbandaraan/Daerah sudah lama ahli kini telah diundi keluar kerana kegagalan ini...

Apa yang boleh dibuat? 
'Transformasikan' sistem perkhidmatan bas kawasan Daerah Temerloh, di mana mula-mula perjalanan bas mestilah kerap dan effisyen, di mana mesti ada bas sekurang-kurangnya setiap 20 minit, dan kualiti bas mestilah baik - mempunyai 'air-con', dsb. Tiket perjalanan bas mungkin tiket harian, bulanan dan juga sekali naik, di mana seseorang itu boleh naik turun tukar bas semua mengunakan tiket sama untuk hari tersebut.

Kita mesti mempunyai perkhidmatan bas ke HOSHAS (Hospital Pakar Temerloh)...dan melalui Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Bank, Pasar, Sekolah, Balai Polis, Stesyen Bas Luar Bandar, Kawasan perumahan termasuk kampung, tempat/kilang kerja, dsb, masjid/surau/kuil/gereja, ....kekerapan mungkin lebih masa pergi-balik kerja dan sekolah.
Apa yang perlu adalah 'bus stop' yang terteduh dari panas matahari dan hujan, di mana akan kita mempunyai jadual masa perjalanan bas, serta peta laluan perkhidmatan bas... mungkin juga boleh digunakan papan tanda 'elektronik' yang juga akan mempaparkan maklumat berapa minit bas akan sampai... Kini di antara kem tentera batu 3 sampai ke simpang 4 selepas Petronas (untuk perjalanan dari Mentakab ke Temerloh) tidak ada satu pun 'bus-stop' berteduh....  kegagalan majlis perbandaran Temerloh???

Cadangan laluan boleh dibincang kemudian - tetapi objektif adalah supaya ianya mudah untuk orang ramai - dan ini akan mengurangkan keperluan menggunakan kereta peribadi, di mana ini bukan sahaja akan mengurangkan pengunaan minyak (untung juga kerajaan kerana subsidi pun kurang digunakan dan untuk rakyat kerana kos penghidupan pun berkurangan...)

Tanggungjawab siapa? Semestinya Majlis Perbandaran/Daerah Temerloh .... tak payah 'tender' atau kontrak, Majlis boleh menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan bas kawasan Temerloh...

 


No comments: