Tuesday, May 31, 2011

Mana dia perkhidmatan bas berkesan untuk Temerloh? satu lagi kegagalan BN

Perkhidmatan bas di Temerloh pada satu masa dahulu lebih cekap berbanding dengan sekarang...Kita tahu pukul berapa bas akan sampai di sesuatu perhentian bas kerana dulu ada papan tanda dihampir setiap perhentian bas (bus-stop) menyatakan jadual perjalanan bas - sehingga jadual bas akan sampai di sesuatu perhentian - tetapi lama-lama kelamaan ini telah berubah dan kini kita terpaksa tunggu di 'bus-stop' dengan harapan bas akan sampai. Ini perlu berubah - tambahan lagi apabila harga minyak semakin lama semakin naik dan kenikmatan mengunakan kereta/motor peribadi semakin lama membebankan rakyat.

Sistem pengangkutan awam diberikan perhatian kurang atau sengaja telah dijadikan kurang cekap oleh kerajaan BN mungkin kerana mahu memastikan bahawa rakyat Malaysia akan terpaksa membeli kereta keluaran Malaysia - Proton, Kancil, Naza,.... dan nampaknya ini telah berjaya kerana kini hampir setiap isi rumah ada mempunyai kereta atau motor peribadi - dan kereta/motor pilihan ramai adalah jenama Malaysia (Proton, Kancil,...) kerana harga lebih murah daripada kenderan diimpot. Syarikat Proton dan jenama tempatan meraut keuntungan besar - tetapi makin lama, harga kenderaan juga bertambah...dan kerajaan BN boleh menghebohkan kejayaan projek kereta nasional....

Tetapi, lama kelamaan harga pemilikan dan pengunaan kenderaan peribadi semakin lama semakin tinggi....Harga Minyak naik ...jalanraya percuma menjadi jalanraya bertol...dan tol makin lama makin naik ...tempat letak kereta percuma menjadi tempay letak kereta berbayar - di mana kadarnya kini RM0.42 sejam - satu hari kerja 9-10 jam (lebih kurang RM4) di Temerloh. Di Kuala Lumpur, kini harga meletak kereta sudah disetengah tempat menjadi RM4 atau RM5 setiap jam...
Kini di Temerloh juga masalah tempat letak kereta sudah menjadi masalah - bukan senang mahu cari lagi...bukan sahaja di kawasan bandar tetapi juga di Hospital Pakar baru kita di Temerloh.

Pengangkutan awam bukan pilihan  rakyat kerana apa yang ada adalah sangat tidak cekap - dan pihak kerajaan (termasuk kerajaan tempatan di Temerloh) nampaknya masih lagi tidak memberikan penumpuan untuk memperbaiki sistem pengangkutan awam...Saya percaya jika rakyat Temerloh dapat melantik ahli Majlis Perbandaraan/Daerah sudah lama ahli kini telah diundi keluar kerana kegagalan ini...

Apa yang boleh dibuat? 
'Transformasikan' sistem perkhidmatan bas kawasan Daerah Temerloh, di mana mula-mula perjalanan bas mestilah kerap dan effisyen, di mana mesti ada bas sekurang-kurangnya setiap 20 minit, dan kualiti bas mestilah baik - mempunyai 'air-con', dsb. Tiket perjalanan bas mungkin tiket harian, bulanan dan juga sekali naik, di mana seseorang itu boleh naik turun tukar bas semua mengunakan tiket sama untuk hari tersebut.

Kita mesti mempunyai perkhidmatan bas ke HOSHAS (Hospital Pakar Temerloh)...dan melalui Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Majlis Perbandaran, Bank, Pasar, Sekolah, Balai Polis, Stesyen Bas Luar Bandar, Kawasan perumahan termasuk kampung, tempat/kilang kerja, dsb, masjid/surau/kuil/gereja, ....kekerapan mungkin lebih masa pergi-balik kerja dan sekolah.
Apa yang perlu adalah 'bus stop' yang terteduh dari panas matahari dan hujan, di mana akan kita mempunyai jadual masa perjalanan bas, serta peta laluan perkhidmatan bas... mungkin juga boleh digunakan papan tanda 'elektronik' yang juga akan mempaparkan maklumat berapa minit bas akan sampai... Kini di antara kem tentera batu 3 sampai ke simpang 4 selepas Petronas (untuk perjalanan dari Mentakab ke Temerloh) tidak ada satu pun 'bus-stop' berteduh....  kegagalan majlis perbandaran Temerloh???

Cadangan laluan boleh dibincang kemudian - tetapi objektif adalah supaya ianya mudah untuk orang ramai - dan ini akan mengurangkan keperluan menggunakan kereta peribadi, di mana ini bukan sahaja akan mengurangkan pengunaan minyak (untung juga kerajaan kerana subsidi pun kurang digunakan dan untuk rakyat kerana kos penghidupan pun berkurangan...)

Tanggungjawab siapa? Semestinya Majlis Perbandaran/Daerah Temerloh .... tak payah 'tender' atau kontrak, Majlis boleh menyediakan dan mengekalkan perkhidmatan bas kawasan Temerloh...

 


Friday, May 27, 2011

Jabatan Bekalan Air di Temerloh kurang cekab berbanding dengan TNB

Aduan paip bocor dibuat kepada Jabatan Bekalan Air Pahang - tetapi masalahnya adalah bahawa setelah beberapa hari...beberapa minggu kadang-kadang tidak ada apa-apa yang dilakukan...

Berbanding dengan Tenaga Nasional Berhad - bila aduan dibuat, respon biasa pada hari tersebut beberapa jam kemudian (dan paling lewat 1 - 2 hari) dan masalah bekalan letrik atau masalah lampu jalan rosak akan diselesaikan dengan cepat...

JBA - apabila aduan dibuat - mereka akan mendapatkan kontraktor untuk datang membetulkan paip rosak tetapi biasanya jalan rosak akibat kerja pembaikkan tidak dilakukan serentak dan terpaksa menunggu pula kontraktor lain.

Di kampung Lubuk Layang, sebagai contoh, mula-mula kontraktor membaiki paip datang dan membetulkan paip tetapi paip terdedah kerana jalan rosak tidak dibaiki.... Kemudian datang kontraktor membaiki jalan yang akan menutup paip yang telah dibaiki. Tetapi apabila kontraktor kedua itu datang, kenderaannya berjalan atas paip terdedah - dan paip pecah lagi.... dan kotraktor itu pulang sahaja meminta penduduk membuat lapuran baru mengenai paip pecah kepada JBA.... Aduan kedua dibuat...datang kontraktor membaiki paip lagi dan paip dibiarkan terdedah.... kontraktor membaiki jalan dan tutup paip akan datang...tapi tak tahu bila .... semua ini memakan masa yang terlalu lama... Adalah harapan JBA menambahkan efisiensinya dan sendiri datang cepat pada hari aduan dibuat dan membuat pembaikan perlu (termasuk membaiki jalan dan menutup paip yang sudah diperbaiki tersebut)  segera....tak payah beri tender atau kontrak untuk kerja-kerja memperbaiki paip rosak...ini boleh dilakukan oleh pekerja JBA sendiri....dengan cekap dan cepat..

Bila paip bocor - air terbuang begitu sahaja dan ini membuang wang kerajaan....kepantasan membaiki setelah menerima aduan akan menjimatkan wang kerajaan....wang rakyat...

Kalau mahu mengeluarkan tender....biar untuk projek-projek besar bukan kerja membaiki paip rosak kecil setempat...

Kalau TNB (dan juga TELEKOM) boleh bertindak cepat berikutan aduan rakyat tidak ada sebab mengapa JBA juga tidak boleh bertindak cepat - dalam masa tidak lebih daripada 24 jam....

Tak tahu apa sumbangan kerajaan - dan bagaimana mendapatkan apa yang saya berhak mendapat kerana...

Dari masa ke masa, kerajaan BN ada memberikan sumbangan kepada warga mas...atau kepada gulungan tertentu yang memerlukan....tetapi masalahnya ada bahawa ni dilakukan secara 'senyap-senyap' di mana akibatnya ramai daripada mereka yang berhak mendapat sumbangan bantuan kewangan atau bantuan lain tidak menerimanya.

Mengapa tidak sahaja memaparkan 'banner' (kain rentang) di lokasi perlu mengenai informasi sumbangan/bantuan ini dan meminta mereka yang berkelayakkan untuk menghubungi pejabat/jabatab/kementerian berkenaan untuk mendapatkan bantuan ini sekiranya mereka masih lagi tidak menerima apa-apa surat ....? 

Sekiranya, sumbangan adalah untuk warga mas - kenapa tidak sahaja menghantar melalui pos berserta wang pos/cek/kiriman wang kepada warga mas berkenaan? Nyata nama dan alamat boleh didapati daripada senarai pengundi setempat? Untuk yang tidak berdaftar - process mendaftar secara terbuka boleh diadakan untuk memastikan semua yang berhak mendapatnya dan tiada siapa ketinggalan...

2 sumbanagan kepada warga mas di kawasan Temerloh baru-baru ini, saya mendapati ramai di kampung saya dan kawasan Temerloh yang bukan sahaja tidak mendapat sumbangan berkenaan - tetapi juga tidak mendapat apa-apa maklumat mengenai wujud sumbangan tersebut...

Satu banner di Bandar Temerloh, satu banner di simpang Temerloh Jaya, satu banner di simpang Batu 3, satu banner di tepi Padang Mentakab, satu banner di tempat-tempat lain kawasan Temerloh akan memastikan semua tahu mengenai sumbangan/bantuan ini dan akan memastikan semua yang berhak menerimanya....

Satu notis juga boleh dihantar kepada setiap masjid, surau, gereja, kuil dengan arahan memaparkan notis berkenaan dipapan notis...

Banyak cara ada tetapi mengapa kerajaan BN yang menyatakan bahawa 'rakyat diutamakan' tidak melakukan ini...

Pada masa ini, apa yang biasa berlaku...

a) surat memaklumkan mengenai sumbangan ini tidak dihantar melalui pos terus kepada bakal penerima sumbangan - tetapi dihantar melalui wakil parti politik BN (Mengapa? untuk memberikan gambaran salah bahawa ini adalah sumbangan parti politik tersebut - bukan kerajaan? Untuk mendiskriminasi antara mereka yang merupakan 'kroni' dan bukan kroni - di mana kroni mendapat sumbangan tetapi 'bukan kroni' tidak akan diberikan maklumat mengenai sumbangan ini? Hak rakyat ada hak rakyat tanpa mengira parti politik mana yang disokong, ethnik, agama, atau 'kawan siapa'....

b) Pemberian sumbangan biasa dibuat di tempat awam di mana penerima diperlukan hadhir sendiri untuk menerima sumbangan tersebut. Bagi yang muda, mungkin boleh tetapi untuk warga mas ini akan menyukarkan bukan sahaja warga mas berkenaan tetapi juga ahli keluarga - dan banyak wang dan tenaga diluangkan untuk hadhir di dewan ini atau itu untuk akhirnya menerima sumbangan kadang-kadang hanya RM100... Ahli politik parti BN biasa hadhir memberikan ucapan....Adakah ini perlu? Bukanjah senang hantar sahaja wang sumbangan melalui pos...