Saya menghadiri ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Gau malam ini - di mana apa yang disebarkan melalui SMS adalah bahawa Anwar Ibrahim, Wan Azizah, YB Syed (saya percaya Syed Husin) akan hadhir tetapi malangnya mereka ini tidak hadhir - tetapi ada penceramah lain saperti Tian Chua yang datang...Jika ada penceramah penting tidak dapat hadhir, lebih baik SMS juga yang mereka tidak dapat hadhir dan rakyat tidak akan terasa marah atau 'tertipu' apabila pergi jauh untuk mendengar penceramah ini...
Saya hanya sempat mendengar 2 penceramah, seorang dari PAS dan Saudara Tian Chua - yang hadhir cukup ramai, mungkin lebih kurang 1,000 - 3,000. Saya percaya ramai yang pulang sebelum saya sampai.
Apa yang harap mendengar bukan isu-isu lama - yang sudah banyak keluar dalam Harakah dan penerbitan dan Blog Pakatan Rakyat dan penyokong mereka tetapi apakah perubahan atau 'reformasi' yang akan berlaku apabila kerajaan Pakatan Rakyat (dengan parti pembangkang lain) mengambil alih kuasa pentadbiran...
* Berkenaan pekerja dan kesatuan pekerja - apakah yang Pakatan akan melakukan untuk mengembalikan kerja tetap sehingga umur bersara. Adakah pekerjaan sementara berasaskan kontrak jangka pendek dihapuskan, atau dikurangkan? Adakah perhubungan kerja adil di antara pihak majikan (tuan punya/operator tempat kerja) dan pekerja yang kerja di tempat kerja itu dijamin. Kini banyak kilang mengunakan pekerja pihak ketiga/kontraktor luar - di mana mereka ini tidak dianggap pekerja(employee) kilang tersebut, dan oleh kerana itu tidak boleh masuk Kesatuan kilang itu, atau berunding atau masuk CA dengan tuan punya/operator kilang. Hakikat di setengah kilang di Temerloh adalah bilangan tenaga kerja dalam kilang bekalan pihak ketiga melampaui 50%, di mana ini secara otomatis melemahkan kesatuan tempat kerja kerana 'bargaining power' untuk hak dan keadaan kerja lebih baik telah berkurangan.
* Berkenaan dengan isu perkhidmatan kesihatan - adakah Pakatan Rakyat akan menjamin tidak akan menswastakan perkhidmatan kesihatan, dan memastikan perkhidmatan kesihatan percuma (atau dengan bayaran RM1 atau RM5) diberikan. Kini jika sakit jantung - kena cari RM40,000 lebih untuk operasi - siapa boleh mampu?
* Mahu beri Lot Rumah untuk mereka yang miskin yang tak ada tanah atau rumah adalah baik dan adil, di mana dalam proses ini, quota perkauman atau agama tidak harus masuk
* Rakyat sudah tidak mahu BN dan sudah terima pembangkang, PAS, PKR, DAP dan parti pembangkang yang lain. (Satu tanda tanya adalah sama ada pihak Pakatan Rakyat akan bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain atau akan bertindak sebagai kelab eksklusif parti Pakatan Rakyat sahaja???)
* Usah bercakap tentang kebaikan Anwar semasa dalam UMNO sebab ramai yang tidak mudah percaya - yang penting ada keinsafan sejak dibuang UMNO, dan kini Anwar BARU berjuang untuk rakyat, keadilan, hak asasi, dsb...
* Cakap Tian Chua bahawa PKR tidak boleh bergantung sahaja kepada Anwar untuk ceramah di sini dan sana memang betul - PKR perlu menampilkan lebih ramai pemimpin baru, bukan sahaja ahli keluarga Anwar atau pengikut Anwar lama ... Ini adalah kekurangan PKR. PAS dan DAP ada lebih ramai pemimpin yang dikenali ramai, yang juga akan menarik ramai bila mereka berceramah...PKR kena berusaha lebih - kena berusaha lebih menambahkan ahli dan cawangan juga.
Menunggu untuk ceramah akan datang...
No comments:
Post a Comment