Friday, June 22, 2012

Pacific Mall - di mana bahaya pembinaan kepada orang ramai ada...

Pernahkah anda pergi ke Pacific Mall (Hypermall) - di mana letaknya juga panggung wayang Golden Screen Cinemas? Kawasan itu masih belum siap dibina - tetapi bagaimanakah mereka mendapatkan kelulusan untuk memulakan perniagaan....


Kalau kamu masuk 'Parking' bawah tanah mall itu, kamu akan lihat aspek-aspek keselamatan biasa kawasan pembinaan pun tidak ada... dan bahan binaan bertabur di mana-mana? Biasanya, apabila ada tapak pembinaan - ada pagar di-sekeliling untuk menjaga keselamatan orang ramai...

Bila pembinaan, berlaku sangat dekat ada 'construction safety mesh'...atau 'construction safety net' memastikan bahawa tiada barangan jatuh atas siapa-siapa di bawah (orang ramai dan pekerja-pekerja...) Tetapi di Temerloh - di tapak pembinaan dekat Pacific Mall - ciri-ciri keselamatan perlu untuk memastikan keselamatan orang ramai jelas tidak ada - dan sangat bahaya bukan sahaja kepada orang ramai tetapi juga kenderaan (tayar pun senang pancit, atau juga tergelincir kerana banyak pasir hasil proses pembinaan di sana...

Mengapa pihak berkuatkuasa tidak melakukan bahawa apa yang perlu dilakukan untuk menjamin keselamatan? Adakah UMNO dan BN 100% pasti bahawa Temerloh dan DUN Mentakab adalah kawasan kuat BN - maka keselamatan dan keperluan rakyat di sini boleh diabaikan...? Ahli Parlimen - seorang Timbalan Menteri --- bagaimana ini boleh bverlaku di kawasan Temerloh...?

Pihak Pacific Mall juga harus membersihkan kawasan ...kerosakan dan menjaga keselamatan pengunjung? Pihak berkuasa harus ambil tindakan wajar...


2 comments:

musafir said...

macam festival city ,kl. tingkat atas lom siap, masih berselubung hijau, dah boleh buka shopping complex bawah. bahaya sungguh

musafir said...

macam festival city la, atas masih berselubung hijau, tingkat bawah dah berniaga, kalau jatuh le batu bata ke apa ke...