Masalah dengan Majlis Perbandaran Temerloh dan kerajaan adalah tidak ada perbincangan dengan warga Temerloh - dan semua dilakukan tanpa proses konsultasi atau perbincangan dengan rakyat setempat.
Mungkin jawapan yang diberikan adalah bahawa mereka ada mendapat pendapat daripada Ketua Kampung atau JKKK - tetapi masalahnya adalah mereka tidak mewakili rakyat setempat - tidak langsung dipilih oleh rakyat untuk menjadi wakil, dan tidak juga melakukan apa-apa proses perbincangan dendan rakyat sebelum membuat apa-apa keputusan bagi pihak rakyat setempat. Rakyat Temerloh mahukan demokrasi tulen - di mana rakyat diberi hak untuk memilih wakil mereka diperingkat ketua kampung dan JKKKK, JKKKT, dan lain-lain.
Di negara Thailand, setiap 2 tahun penduduk setempat (kampung/taman) lebih kurang 300-500 isi rumah akan mengadakan pilihanraya setempat untuk melantik ketua kampung/taman serta jawatankuasa pentadbiran. Notis akan dihantar ke setiap rumah menyatakan masa dan tempat penamaan pencalunan - selepas itu senarai calun akan diedarkan dan masa diberikan untuk tujuan 'kempen' - selepas itu hari undi akan sampai dan pengundian berlaku.
Yang dipilih adalah pihak yang akan pihak berkuasa berbincang dengan untuk tujuan pembangunan setempat dan sebagainya - mereka wakil sebenar rakyat.
Dari masa ke masa, akan juga di adakan pertemuan dengan penduduk untuk proses perbincangan, tanya pendapat dan membuat keputusan. Risalah memaklumkan apa yang dilakukan juga diedarkan dari rumah ke rumah. Kos - kerajaan memperuntukkan RM1,000 setiap bulan kepada Ketua Kampung untuk tujuan ini.
Sekarang, sekira mereka yang dipilih ini tidak menjalankan tugas saperti mana diperlukan - sampai tarikh pilihanraya akan datang, mereka akan ditolak olelh rakyat setempat.
Siapa yang bertanding? Siapa sahaja - ada suri rumah tangga, ada cik gu, dan sebagainya - dan kesemua ini langsung tidak dikaitkan dengan mana-mana parti-politik. Jadi ianya bukan soal undi untuk parti ini atau parti itu - tetapi undi untuk orang perseorangan yang wajar dipilih sebagai wakil rakyat...
Di Temerloh, bukan sahaja warga Temerloh tidak diberikan peluang memilih wakil setempat - tetapi tidak adapun proses konsultasi, perbincangan dan proses memberitahu apa yang berlaku...
Transparensi - itupun tidak ada - berapa wang pungutan Majlis Perbandaran Temerloh, bagaimana wang tersebut dibelanjakan, dan lain-lain --- cuba pergi melawat Laman Web Majlis Perbandaran - adakah terdapat minit mesyuarat, keputusan yang telah dibuat, akaun....
Jejantas pejalan kaki - banyak yang rosak - tetapi masih lagi tidak diperbaiki... tak ada duit pasang atap fibre - pasang sahaja atap zinc atau letak sahaja kain plastic - sekurang-kurang mereka yang mengunakan selamat daripada hujan dan panas...
Perhentian Bas - beratap.... banyak tempat itu pun tidak ada. Dari jalan keluar kem Batu 3 sehingga simpang 4 Temerloh-Mentakab-Jerantut-.. tidak ada satu pun 'bus-stop' yang baik dan ini kawasan bandar sibuk benar dengan pasar Ramadhan - tempat lain di Temerloh tak perlu lah kita cakap...
Banyak wang saya percaya digunakan untuk 'batu dengan logo ikan patin - warna kuning' - adakah ini penting sangat. Berapa kontrak ini? 1 batu mungkin berapa....
No comments:
Post a Comment