Sunday, April 6, 2014

MP Temerloh harus mempunyai Blog atau Laman Web - FB dan Twitter tak memadai..

Ahli Parlimen perlu memiliki Blog atau Laman Web, di mana harus dimuatkan apa-apa informasi dan pendapat Ahli Parlimen mahu memaklumkan kepada warga Temerloh, yang beliau mewakili - malangnya carian internet tidak ada apa-apa Blog atau Laman Web terkini. Blog atau laman web perlu kerana senang sesiapa mencari maklumat berbanding dengan Facebook atau Twitter. 

Belaiu ada Muka Facebook -  https://www.facebook.com/ustaztantawi
(Jika dilihat 'Notes', kita lihat kenyataan media terakhir adalah pada bulan Disember 2011 - sudah mesti ada kenyataan media selepas itu, tetapi di mana?). Kenyataan Media adalah penting kerana ia tepat menyatakan apa sebenar kenyataan dibuat - kalau bergantung kepada lapuran media, nyata semua tidak akan dilapurkan, dan ada kalanya apa yang dilapurkan tidak sama dengan kenyataan yang dibuat...)

Beliau ada akaun Twitter - https://twitter.com/Tantawi100
- tapi akaun Twitter hanya boleh memuatkan beberapa perkataan setiap kali..

Apa yang harus terkandung dalam Laman Web atau Blog seorang Ahli Parlimen..
1 - Soalan-soalan yang dikemukakan di Parlimen,terutama soalan bertulis yang pada masa kini kita tidak akan tahu apabila lihat di laman Parlimen Malaysia. Yang tercatat kini hanya soalan lisan dan jawapan yang diberikan, yang boleh dilihat daripada pembacaan Hansard (rekod bertulis prosiding Parlimen)
2 -  Jawapan kepada soalan yang dikemukakan khususnya jawapan kepada soalan bertulis.
3 -  Petikan 'Hansard' supaya kita tahu apa yang MP kita telah berhujah di Parlimen - mungkin juga komen MP mengenai isu berkaitan. Jangan lupa, kita yang memilih ada hak untuk mengetahui apa yang berlaku
4 -   Ringkasan isu yang timbul dalam hari persidangan Parlimen yang MP kita hadir. Jika tak hadhir, kenapa? Jika hadhir sekejap sahaja bukan semua prosiding dari mula ke akhir - mengapa? (di mana dalam keadaan ini bila MP tak ada, adakah wakil MP terus hadhir di Parlimen untuk mencatatkan apa yang berlaku....)
5 -   Kenyataan Media MP - sebenarnya untuk setiap isu yang timbul harus ada kenyataan, setengah mungkin isu Temerloh, setengah mungkin isu nasional... Lim Kit Siang, sebagai contoh mengeluarkan sekurang-kurangnya 1 kenyataan media setiap hari (ada masa sampai 3), di mana ini biasa diedarkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Cina. Amalan ini mungkin harus diikuti oleh MP Temerloh.
6 -  Pendapat atau artikel mengenai isu penting yang rakyat ambil perhatian dan memahami - kita semua tak faham banyak isu...di mana tugas wakil rakyat adalah bantu kita memahami isu tersebut, termasuk juga pendirian MP kita...
7 -   Maklumat tentang aktiviti MP Temerloh...

Ya, MP Temerloh perlu 'transparent'..dan 'accountable'...

Saya telah meneliti informasi MP Temerloh di laman Web Parlimen - dan nyata cara menghubungi pakai talipon atau SMS sukar - di mana ini sememangnya cara rakyat menghubungi MP khususnya bila ada isu penting... MP tak ada masa nak jawap talipon ... di mana dalam keadaan itu berikan nombor talipon bimbit MP.

Email yang diberikan kini adalah emel 'ketua pemuda PAS' - lebih baik ada emel khusus untuk MP Temerloh atau pakai nama...

Perlu juga memberikan nombor faks...

Alamat rumah juga biasa bagus diberikan - kenapa kini hanya berikan alamat pusat komuniti sahaja? 

Jadi, harap MP Temerloh segera mendapatkan Blog atau Laman Web peribadi atau sebagai MP Temerloh ...senang rakyat melawat dan mencari maklumat perlu...
 

 
MAKLUMAT
Nama Nasrudin Bin Hassan, Y.B. Haji
Parti PAS
Tempat Duduk H-5
Parlimen P088
Kawasan Temerloh
Negeri Pahang
No. Telefon
No. Faks
E-Mail ketuapemuda@pas.org.my
Alamat Surat-menyurat Pusat Komuniti No. 28 Tkt 1 Jln Chengal Baru 2 Pusat Perniagaan Chengal 28000 Temerloh Pahang

No comments: