Saturday, January 17, 2009

Skandal:- 3 hari tanpa air di Mentakab (kawasan Parlimen BN, ADUN -BN)

Mengapa penduduk Mentakab tidak mendapatkan bekalan air paip untuk 3-4 hari?

Ada yang menyatakan bahawa ini disebabkanb ada paip bocor. Paip bocor harus segera diperbaiki - dan 1 hari adalah masa maksima yang diperlukan.

Ada yang menyatakan bahawa pili Bomba juga tidak ada air apabila bekalan air tidak ada. Apa akan terjadi jika berlaku kebakaran? Bagaimanakah pihak bomba dapat melawan api?

Saya ingin menyatakan bahawa

(1) Pihak kerajaan harus memastikan bahawa ada pili bomba(fire hydrants) harus mempunyai sistem pembekalan air alternative untuk memastikan bahawa pada setiap masa pihak Bomba ada mempunyai bekalan air untuk melawan api. Sebenarnya, tangki-tangki air khusus untuk pihak Bomba juga harus dibina di semua tempat strategik.

(2) Pihak kerajaan harus memastikan bahawa bekalan air tidak akan dipotong lebih daripada 12 jam (paling maksima 24 jam). Ketiadaan bekalan air juga menjejaskan kilang-kilang dan premis perniagaan. Pihak kerajaan harus memastikan bahawa alat dan tenaga kerja untuk melakukan pembaikan paip rosak, dsb ada disediakan.

(3) Undang-undang harus digubal atau dipinda supaya membenarkan orang ramai dan/atau entiti perniagaan untuk menyaman pihak yang membekalkan air membayar gantirugi yang dialami akibat pemotongan pembekalan air - sekiranya ianya melebihi 12 jam.

Saya juga ingin menyatakan bahawa apabila ada berlaku pemotongan air, dsb - pihak pembekal air paip harus memberikan berita apa yang berlaku, perkembangan proses membaiki dan sebagainya kepada orang ramai - di mana ini boleh dilakukan melalui laman web syarikat pembekal, laman web Majlis Perbandaran...

Aduan juga saya terima bahawa apabila orang perseorangan cuba memanggil nombor talipon yang diberikan untuk mendapatkan maklumat (atau membuat aduan) tidak ada orang yang menjawab talipon berkenaan.

Kecekapan sistem membuat aduan/mendapatkan maklumat pihak Tenaga Nasional Berhad harus menjadi contoh kepada pihak membekal air di Mentakab dan kawasan bandar Temerloh.

Maklumat yang orangramai perlukan adalah apakah yang telah berlaku, dan bilakah bekalan air dijangka akan kembali. Bilakah penting khususnya untuk sektor perniagaan kerana perancangan boleh dibuat dengan baik jika maklumat ini diketahui.

Saya juga mengesyorkan bahawa satu HOTLINE 24 jam dimulakan dan dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Temerloh - tempat di mana aduan boleh dibuat, maklumat semasaboleh diperolehi, dsb...

No comments: