Tuesday, June 16, 2009

Bukit Kepong - Balai Polis Penjajah British di serang oleh siapa...mereka yang menjuang untuk kemerdekaan?

Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada 23, Februari, 1950

Pada masa itu, Malaysia masih belum berjaya mencapai kemerdekaan daripada pihak British.

Pada masa itu ada perjuangan untuk kemerdekaan Malaya(Malaysia) daripada penjajahan British.

Ada banyak pihak yang berjuang untuk kemerdekaan ini - di mana cara perjuangan mereka juga mungkin berbeda. Nyata pada masa itu juga wujud, Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM), di mana Rejimen ke-10 Tentera tersebut dikatakan lahir di Temerloh. [Lihat juga TEMERLOH - tempat lahirnya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) - 21-5-1949]

Semasa penjajahan dan pentadbiran British...Jepun...British, ada juga orang Malaysia yang telah berkhidmat dalam pasukan polis dan juga tentera British atau Jepun ini. Adakah mereka ini boleh kini dianggap sebagai 'Hero' atau mereka yang telah berbakti kepada Malaysia?

Polis dan tentera digunakan oleh rejim memerintah untuk mengawal rakyat - untuk memastikan bahawa apa-apa usaha mereka untuk penukaran regim atau untuk kemerdekaan Malaya/Malaysia digagalkan.

Maka, adakah kita harus melihat angota polis (dan AP - auxilary polis) British yang telah berkhidmat dan menjadi mangsa di dalam peristiwa Bukit Kepong itu sebagai penderhaka perjuangan kemerdekaan atau sebagai 'patriot' Malaya/Malaysia? Saya ingin menyatakan bahawa bagi diri saya, mereka yang berkhidmat untuk penjajah sebagai polis atau tentera adalah penderhaka...

Siapakah yang akan menyerang Balai Polis pihak penjajah pada tahun 1950, kalau bukan Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) [yang tidak boleh dinafikan juga mempunyai banyak ahli Parti Komunis Malaya].

Saudara Jins Shamsuddin, yang mengarahkan filem 'Bukit Kepong' pada tahun 1981 telah secara sengaja atau tidak sengaja memberikan gambaran kejadian peristiwa daripada perspective pihak British - yang memangnya akan melihat mereka yang menyerang Balai Polis kerajaan sebagai musuh.

Jika cerita itu dibuat dari perspektif rakyat Malaya/Malaysia - yang akan digambarkan sebagai musuh (atau 'orang jahat') adalah pihak polis British (tidak kira sama ada ahli polis itu orang British atau orang tempatan).

Filem Jins Shamsuddin juga telah mempaparkan gambaran bahawa yang menyerang balai polis adalah orang komunis, di mana mereka semua adalah Cina - sedangkan polis adalah Melayu.

Sejarah harus ditulusi sekali lagi, untuk memahami mengapa lebih ramai orang Malaysia -Cina yang telah menjadi mangsa tumpuan pihak penjajah Jepun. Ini adalah kerana sejarah Cina-Jepun dan juga perang Cina-Jepun yang masih berlaku pada masa itu. Akibat daripada ini, mereka yang paling teruk didera adalah rakyat asal Cina, di mana ini adalah faktor mengapa bilangan rakyat asal Cina merupakan majoriti yang menyertai Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun (MPAJA) - tetapi jelas juga MPAJA juga adalah berbilang kaum.

Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) adalah terdiri daripada ramai yang dahulunya MPAJA - yang kini berjuang menentang penjajah British kearah mencapai kemerdekaan Malaysia.

Malangnya, UMNO, MIC dan MCA tidak memainkan peranan besar dalam perjuangan ke arah kemerdekaan ini. Nyata juga layanan istimewa telah diberikan kepada parti-parti ini, di mana mereka tidak diharamkan, dihalang, pemimpin dipenjarakan, dsb ...oleh pihak penjajah British saperti yang telah berlaku kepada parti-parti politik yang lain. Mengapa?

Kemudian pihak Penjajah British telah memberikan kuasa pentadbiran negara kepada UMNO, MIC dan MCA..., tetapi apa yang pelik adalah mereka yang berjuang ke arah kemerdekaan pada zaman penjajahan British, telah terus menjadi 'musuh' kerajaan Perikatan pimpinan UMNO. Taktik sama dilakukan oleh kerajaan Malaya 'merdeka', sapertimana dilakukan oleh pihak Penjajah...Mengapa? Mungkin kerana baton kuasa pentadbiran telah sebenarnya diserahkan kepada kroni pihak British, yang masih dapat dikawal oleh pihak bekas Penjajah.

Ancaman politik diselesaikan dengan mengharamkan parti politik yang lain, menangkap dan memenjarakan pemimpin-pemimpin parti politik yang lain, membuat susah untuk parti baru ditubuhkan, membuat susah untuk parti politik sampai kepada rakyat - permit polis untuk ceramah, permit untuk pelnerbitan, dsb...

Taktik terus memegang kuasa politik oleh pihak UMNO (atau kini BN-pimpinan UMNO) masih lagi digunakan.

Untuk menyembunyikan kebenaran, cerita dan sejarah terpaksa ditulis berpihak kepada UMNO dan kuncu-kuncunya, dan banyak perkara telah disembunyikan daripada rakyat.

Usaha mencari kebenaran kini adalah sukar - kerana (1) Proses cuci-otak sudah dijalankan lebih 50 tahun, dan ramai sudah diyakinkan bahawa sejarah berasaskan UMNO adalah benar; (2) Sumber kebenaran sukar dicari lagi... (3) Kerajaan pimpinan UMNO masih berkuasa lagi, dan masih mempunyai kuasa media massa - yang akan digunakan untuk mengukuhkan sejarah berasaskan UMNO-BN ini - dan menutup kebenaran lagi.. (4) Ramai dikalangan rakyat tidak berminat lagi untuk mengetahui sejarah - mereka hanya mahu melihat ke depan (tetapi, saya percaya bahawa tanpa mengetahui kebenaran - sejarah sebenarnya sukar untuk kita bergerak ke depan...)

Isu Chin Peng kini lagi sekali membuat kita menyoal lagi kebenaran sejarah Malaysia yang telah diajar kepada kita oleh kerajaan BN-pimpinan UMNO selama ini.

Apakah itu Komunis?

Apakah perbedaan di antara fahaman Komunis dengan fahaman Kapitalisma?

Adakah Malaysia sebuah negara Kapitalist?

Adalah senang difahami kemarahan terusan mereka yang menjadi anak/saudara polis/tentera di bawah pihak British, Jepun, British dan tentera Malaya/Malaysia yang telah meninggal atau cedera parah dalam peperangan melawan pihak Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun (MPAJA) atau Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) atau mereka yang telah digelar 'terroris Komunis' oleh kerajaan penjajah British...dan kemudiannya kerajaan pimpinan UMNO...

1 comment:

Unknown said...

kebenaran harus dikembalikan, sejarah perlu di selungkar kembali,
kalau tidak hidup kita dlm tidak ketentuan,saya rasa kita tidak mengenali diri kita sendiri,kita perlukan mengenali sejarah agar kita mengerti hakikat sebenar,mengapa kita begini, apakah
kaum melayu,cina,india,mempunyai pegertian yg berbiza2 tentang sejarah?.