Monday, February 8, 2010

Rakyat di tipu oleh ADUN-lompat, Pakatan Rakyat, BN - hormati pilihan rakyat. Ini adalah intipati demokrasi

Rakyat telah memilih ADUN daripada Pakatan Rakyat...

Tetapi malangnya, 3 (atau 4) ADUN daripada Pakatan Rakyat telah 'derhaka' kepada rakyat apabila mereka bukan sahaja memilih untuk meninggalkan parti-parti Pakatan Rakyat tetapi juga memberikan sokongan mereka kepada BN-pimpinan UMNO.

Rakyat telah menjadi mangsa..... Rakyat Perak, yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk menjadi kerajaan di Perak telah tertipa akikbat tindakan beberapa individu...
Siapa sebenarnya yang bertanggungjawab?
** Pasti ADUN yang telah melompat meninggalkan Pakatan Rakyat
*** Juga mereka yang telah memilih individu-individu ini sebagai calun Pakatan Rakyat (Mereka yang biasa 'lompat parti' kemungkinan akan berbuat demikian lagi dengan lebih cepat. Ini adalah sebab mengapa Pakatan Rakyat harus tidak memilih calun yang dahulunya BN, kini PR. Masalah ini adalah lebih ketara di dalam PKR - yang mempunyai ramai yang telah 'lompat' daripada parti-parti komponen BN kepada PKR. Malangnya, PKR masih tidak belajar - dan kini juga mempromosikan 'lompatan-lompatan baru' selepas PR2008 sebagai pimpinan PKR ...Zaid Ibrahim, Chua Jui Meng, ...
**** Juga pihak Barisan Nasional yang telah memikat ADUN ini untuk melompat keluar PR... ini adalah tindakan tidak menghormati demokrasi...pilihan rakyat.

Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Menteri Besar Perak adalah Zambry (daripada UMNO-BN). Ini sememangnya akan berlaku apabila lompatan 3(+1) ADUN berlaku.

Pada masa lompatan ADUN berlaku, Nizar sujdah kehilangan sokongan majoriti ADUN
Maka, Nizar patut meletak jawatan....atau meminta Sultan membubarkan Dewan supaya boleh berlaku pilihanraya baru
Kuasa membubarkan atau tidak Dewan adalah kuasa mutlak Sultan - dan Sultan tidak mahu membubarkan Dewan - tidak ada pilihanraya baru di Negeri Perak.

Selepas itu, sebelum Nizar meletak jawatan sebagai Menteri Besar - Sultan melantik Menteri Besar Baru. Persoalan yang harus diputuskan oleh Mahkamah hanya soalan samada perlantikan Menteri Besar baru oleh Sultan sebelum Menteri Besar lama meletak jawatan adalah sah atau tidak?  - Adakah Mahkamah memutuskan isu undang-undang ini? Atau, adakah Mahkamah menyeleweng dan membuat keputusan lain...mengambil kira perkara-perkara yang tidak relevan? [Baik baca keputusan Mahkamah, dan putuskan untuk diri kamu sendiri ...]

Bagi saya, isu ini adalah remeh - isu adalah mengenai 'prosidur' dan masa. Kalau ada kesabaran, Nizar akan letak jawatan, dan MB baru akan dilantik oleh Sultan...

Inilah mengapa, saya tidak begitu berminat dengan perbicaraan ini - yang hanya merupakan pembuangan masa dan wang, yang sememangnya boleh digunakan dengan lebih baik untuk perkara lain...

Rakyat mahu mengetahui apakah perbedaan dari segi polisi dan sebagainya sekiranya Pakatan Rakyat dipilih rakyat untuk menjadi kerajaan Malaysia (dan lain-lain negeri yang kini ditadbir BN)? 

Adakah terdapat apa-pa perbezaan di antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional, selain daripada nama individu/parti? 

Fokus kita ke 4 negeri Pakatan Rakyat - apakah perbezaan apabila Pakatan Rakyat memerintah? Ada atau tidak?

Perhatian rakyat telah ditarik kepada bicara-bicara Perak, bicara Anwar.... tetapi persoalan saya adalah sama ada ini adalah sebenarnya strategi Pakatan Rakyat yang sememangnya tidak ada 'reformasi' atau rncangan lain selain daripada penukaran orang/parti...



No comments: