Wednesday, March 24, 2010

Bantuan yang diberikan Wakil Rakyat datang dari Kerajaan - Wang Rakyat.

Ahli Parlimen ada menerima wang/peruntukkan untuk membantu orang ramai. Satu daripada ini dikenali sebagai Skim Bantuan Segera Persekutuan Bagi Kawasan Parlimen (BSKP).

Kadang-kadang ahli Parlimen berkelakuan seolah-olah wang bantuan tersebut datang daripada poket sendiri - tidak benar. Wang tersebut adalah wang rakyat yang telah disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada Ahli Parlimen. Berapa yang diberi? Ada yang mengatakan bahawa jumlah yang diberikan adalah RM1 juta setahun [Jika siapa-siapa tahu, dari mana sebenarnya wang ini datang dan apakah jumlah yang disalurkan kepada Ahli Parlimen setempat, sila berkongsi pengetahuan dengan menulis satu komen di bawah supaya semua boleh tahu.]
Ada yang menyatakan bahawa kini wang ini hanya disalurkan kepada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (dan Ahli Parlimen Bebas yang sokong BN) - di mana ini adalah salah kerana nyata di semua tempat (termasuk laman Jabatan Kebajikkan sendiri) bahawa wang disalurkan kepada Ahli Parlimen - iaitu semua ahli Parlimen.

Tambahan, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menjamin kesamaan, iaitu di Artikel 8, di mana diskriminasi berasaskan parti politik tidak diizinkan Perlembagaan Persekutuan. Maka, wang kerajaan yang merupakan wang rakyat, jika diberikan kepada (atau disalurkan melalui) Ahli Parlimen setempat - semua ahli Parlimen berhak menerimanya.

Jika Ahli Parlimen bukan Barisan Nasional tidak menerimanya, mereka boleh pergi ke Mahkamah menuntut hak mereka - hak untuk diberikan layanan sama, hak untuk tidak didiskriminasi, ... [Perhatian harus diberikan bahawa Perlembagaan kita sudah jelas bahawa Ahli Parlimen tidak dapat didiskriminasikan berasaskan Parti Politik, dan sebagainya - Hanya boleh, jika ini dibenarkan secara khusus dalam Perlembagaan Malaysia].

Maka, tunggu apa lagi - pergilah ke Mahkamah meminta hak kamu.... 


8.  Equality.
(1) All persons are equal before the law and entitled to the equal protection of the law.

(2) Except as expressly authorised by this Constitution, there shall be no discrimination against citizens on the ground only of religion, race, descent, place of birth or gender in any law or in the appointment to any office or employment under a public authority or in the administration of any law relating to the acquisition, holding or disposition of property or the establishing or carrying on of any trade, business, profession, vocation or employment....




Skim Bantuan Segera
Persekutuan Bagi Kawasan
Parlimen
(BSKP)
Nota:
Skim ini disalurkan terus
melalui Ahli Parlimen di
kawasan berkenaan.
Kadar bantuan (maksimum):
  • Mangsa bencana = RM200
  • Kematian = RM200
  • Terdampar = RM200
  • Pesakit Kronik = RM500
  • Membaiki rumah akibat bencana alam = RM500
Membantu golongan
miskin yang memerlukan
bantuan dengan segera.
  1. Golongan yang berkeperluan dan tidak berkemampuan
  2. Pendapatan keluarga tidak melebihi RM1,000.00 sebulan

No comments: