Sunday, January 23, 2011

Siapa Ahli Majlis MPT selepas tahun 2008? Laman Web MPT tak ada maklumat..

Kenapa senarai Ahli Majlis terkini tidak terdapat di laman Majlis Perbandaraan Temerloh? Senarai yang ada kini adalah Senarai Ahli Majlis MPT 2000-2008

Adakah orang sama telah menjadi Ahli Majlis untuk 8 tahun (2000-2008), dan adakah mereka masih lagi menjadi Ahli Majlis? 
Pada masa ini, alamat emel Ahli Majlis juga sangat perlu supaya warga Temerloh boleh terus menghubungi mereka dengan senang?

Mungkin baik juga menyatakan parti politik manakah seorang Ahli Majlis tersebut menjadi ahli.

Ahli Majlis juga harus digalakkan mempunyai Blog sendiri di mana beliau dapat mengunakan ini untuk menghubungi Warga Temerloh khususnya .... berkenaan pendapat beliau, kerja beliau sebagai Ahli Majlis, dsb...


Mana akaun pendapatan perbelanjaan MPT? Lapuran Tahunan? Bajet 2011

Apakah pendapatan Majlis Perbandaran Temerloh? Apakah perbelanjaan MBT?

Kenapa tidak dipaparkan akaun pendapatan-perbelanjaan MBT di laman MBT? Rakyat berhak mengetahui bagaimana wang rakyat dibelanjakan.

Bagaimana pula dengan lapuran tahunan MBT? Bagaimana pula dengan Bajet 2011?

Rakyat berhak mengetahui....MBT harus bersikap terbuka dan mendedahkan semua maklumat ini....

Tuesday, January 18, 2011

Keretapi Mentakab- Kuantan -Kuala Trengganu - Kota Baru sudah sampai...?

Akhirnya, nampaknya kerajaan BN sedang memberikan perhatian kepada negeri-negeri Pantai Timur. Kini cadangan membina jalan keretapi daripada Lembah Kelang ke Mentakab seterusnya ke Kuantan, Kuala Treaangganu dan Kota Baru sedang dikaji, di mana keputusan akan dibuat pada lebih kurang bulan Mac.

Kerajaan Malaysia harus memberi keutamaan untuk memperkembangkan sistem keretapi di Malaysia, di mana ini juga adalah sistem yang jelas lebih selamat dan lebih upaya mengatasi masalah kesesakan lalulintas, masalah pengunaan petrol yang banyak oleh kenderaan peribadi, masalah pencemaran alam sekitar, dsb...

Saya percaya bahawa membina landasan keretapi daripada Mentakab ke Kuantan ke Kuala Trengganu dan Kota Baru harus dimulakan terlebih dahulu secepat mungkin. Masalah mungkin dihadapi dalam membina hubungan landasan keretapi daripada Lembah Kelang kepada Mentakab kerana Banjaran Titiwangsa harus dirempuhi....dan munkin kos tinggi, dan kerajaan akan gunakan isu ini untuk tidak melakukan apa-apa untuk penduduk Pantai Timur. Lebih 50 tahun telah berlalu tetapi tidak ada laluan keretapi baru dilakukan.

Kita ada pelabuhan Kuantan, dan oleh kerana itu barangan juga boleh terus bergerak melalui Pelabuhan Kuantan tanpa merentasi Banjaran Titiwangsa.

Saya juga percaya bahawa jalan keretapi Pantai Timur juga harus disambungkan dengan Jalan Keretapi di Thailand melalui Narathiwat terus ke Bangkok...dan seterusnya. Jangan usaha hanya dilakukan untuk kepentingan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia sahaja. 

Mungkin juga harus ada jalan keretapi Pantai Timur yang menghubungi Kuantan, Pekan, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru... 

Kajian Laluan Kereta Api Pantai Timur Siap Mac

KUANTAN, 19 Jan (Bernama) -- Kajian mengenai pembinaan landasan baru kereta api dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dijangka siap pada Mac ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kajian mengenai laluan Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Tumpat itu, yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding sejak Disember 2009 dan sepatutnya siap setahun kemudian, dilanjutkan sehingga Mac tahun ini memandangkan terdapat beberapa aspek yang masih perlu dikaji semula dengan lebih teliti termasuk aspek ekonomi dan kewangan.


"Saya berharap kajian itu akan memberi gambaran satu projek infrastruktur laluan Pantai Timur dapat diwujudkan pada masa depan, dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi keuntungan bukan saja kepada Pantai Timur malah keuntungan jangka panjang kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan di sini.


Abdul Rahim berkata laluan itu wajar dilaksanakan memandangkan ekonomi di kawasan Pantai Timur sangat aktif sekaligus menjadi faktor pemangkin kemajuan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.


"Laluan Pantai Timur itu adalah rangkaian komprehensif bukan sahaja untuk laluan kargo tapi juga laluan penumpang kerana Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Baharu tiada laluan jajaran kereta api yang melalui bandar-bandar sedangkan terdapat keperluan di situ," katanya.


-- BERNAMA - Bernama, 19/1/2011,
Kajian Laluan Kereta Api Pantai Timur Siap Mac


Sunday, January 9, 2011

Bila dekat pilihanraya, jalan diperbaiki - rakyat Temerloh bukan senang diperbodohkan

Malangnya banyak kawasan, saperti kawasan Parlimen Temerloh, yang telah memilih Barisan Nasional tahun demi tahun ...pilihanraya demi pilihanraya ... telah diketepikan kerana BN yakin sangat dengan kesetiaan rakyat Temerloh ini...

Jalanraya ke Mentakab dan di bandar Mentakab yang sudah lama memerlukan pembaikkan telah dilupakan sehingga sekarang. Tiba-tiba kerja membaikpulih jalan di kawasan Mentakab dilakukan.... dan ramai berasa marah kerana nampaknya hanya apabila pilihanraya hampir seketul 'hadiah' dilemparkan...

Wahai kerajaan BN, rakyat Temerloh sudah sedar...dan tidak lagi boleh dilayan begini - Rakyat Temerloh, saperti rakyat Malaysia yang lain sudah sedar bahawa bukan sahaja BN yang boleh memerintah. Pakatan Rakyat pun boleh memerintah dan telah berjaya membuktikan keupayaan memerintah negeri Selangor, Pulau Pinang dan juga Kedah. Kelantan - rakyat Kelantan sudah lama percaya dengan kemampuan pembangkang memerintah. 

Kini, kuasa di tangan rakyat - dan rakyat sedar bahawa mereka yang 100% menyokong BN tidak akan mendapatkan perhatian kerajaan BN.... tetapi mereka yang mungkin ya...mungkin tidak yang menerima lebih perhatian kerajaan BN ... dan mereka yang telah menolak BN pada Pilihanraya Umum yang lepas mendapat perhatian baling banyak daripada BN. Maka, untuk pembangunan kawasan, secara lojik lebih baik menolak BN...dan memilih calun pembangkang..

Saya ingin menyatakan di sini bahawa kemungkinan besar, saya akan menawarkan diri sebagai calun untuk kawasan Parlimen Temerloh pada pilihanraya akan datang...

Kalau ditanya calun parti mana? Jawapan saya adalah saya masih lagi belum tahu... tetapi saya pasti bukan calun BN... tetapi calun satu daripada parti pembangkang...atau selaku calun bebas. Maklum balas daripada kamu semua, khususnya rakyat Temerluh sangat diharapkan...Emel saya adalah easytocall@yahoo.com