Tuesday, January 18, 2011

Keretapi Mentakab- Kuantan -Kuala Trengganu - Kota Baru sudah sampai...?

Akhirnya, nampaknya kerajaan BN sedang memberikan perhatian kepada negeri-negeri Pantai Timur. Kini cadangan membina jalan keretapi daripada Lembah Kelang ke Mentakab seterusnya ke Kuantan, Kuala Treaangganu dan Kota Baru sedang dikaji, di mana keputusan akan dibuat pada lebih kurang bulan Mac.

Kerajaan Malaysia harus memberi keutamaan untuk memperkembangkan sistem keretapi di Malaysia, di mana ini juga adalah sistem yang jelas lebih selamat dan lebih upaya mengatasi masalah kesesakan lalulintas, masalah pengunaan petrol yang banyak oleh kenderaan peribadi, masalah pencemaran alam sekitar, dsb...

Saya percaya bahawa membina landasan keretapi daripada Mentakab ke Kuantan ke Kuala Trengganu dan Kota Baru harus dimulakan terlebih dahulu secepat mungkin. Masalah mungkin dihadapi dalam membina hubungan landasan keretapi daripada Lembah Kelang kepada Mentakab kerana Banjaran Titiwangsa harus dirempuhi....dan munkin kos tinggi, dan kerajaan akan gunakan isu ini untuk tidak melakukan apa-apa untuk penduduk Pantai Timur. Lebih 50 tahun telah berlalu tetapi tidak ada laluan keretapi baru dilakukan.

Kita ada pelabuhan Kuantan, dan oleh kerana itu barangan juga boleh terus bergerak melalui Pelabuhan Kuantan tanpa merentasi Banjaran Titiwangsa.

Saya juga percaya bahawa jalan keretapi Pantai Timur juga harus disambungkan dengan Jalan Keretapi di Thailand melalui Narathiwat terus ke Bangkok...dan seterusnya. Jangan usaha hanya dilakukan untuk kepentingan negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia sahaja. 

Mungkin juga harus ada jalan keretapi Pantai Timur yang menghubungi Kuantan, Pekan, Mersing, Kota Tinggi, Johor Bahru... 

Kajian Laluan Kereta Api Pantai Timur Siap Mac

KUANTAN, 19 Jan (Bernama) -- Kajian mengenai pembinaan landasan baru kereta api dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri Pantai Timur dijangka siap pada Mac ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri berkata kajian mengenai laluan Lembah Klang-Mentakab-Kuantan-Kuala Terengganu-Tumpat itu, yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding sejak Disember 2009 dan sepatutnya siap setahun kemudian, dilanjutkan sehingga Mac tahun ini memandangkan terdapat beberapa aspek yang masih perlu dikaji semula dengan lebih teliti termasuk aspek ekonomi dan kewangan.


"Saya berharap kajian itu akan memberi gambaran satu projek infrastruktur laluan Pantai Timur dapat diwujudkan pada masa depan, dan sekiranya ini dapat dilaksanakan, ia akan memberi keuntungan bukan saja kepada Pantai Timur malah keuntungan jangka panjang kepada negara," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pelabuhan Kuantan di sini.


Abdul Rahim berkata laluan itu wajar dilaksanakan memandangkan ekonomi di kawasan Pantai Timur sangat aktif sekaligus menjadi faktor pemangkin kemajuan Wilayah Ekonomi Pantai Timur.


"Laluan Pantai Timur itu adalah rangkaian komprehensif bukan sahaja untuk laluan kargo tapi juga laluan penumpang kerana Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Baharu tiada laluan jajaran kereta api yang melalui bandar-bandar sedangkan terdapat keperluan di situ," katanya.


-- BERNAMA - Bernama, 19/1/2011,
Kajian Laluan Kereta Api Pantai Timur Siap Mac


No comments: