Friday, February 11, 2011

Kenapa Sumbangan Deepavali tahun 2010 hanya untuk DUN Mentakab?

1- Surat dikeluarkan oleh Pejabat Daerah & Tanah Temerloh bertarikh 28/1/2011, yang ditandatangani Nurul Fitrah Binti Muda, Penolong Pegawai Daerah(PF) b.p. Pegawai Daerah, yang meminta penerima pergi ke Kuil Sri Maha Mariamman, Mentakab pada jam 9.30pagi, 1/2/2011 "...untuk menerima bantuan tersebut....", di mana penerima surat di minta membawa kad pengenalan dan surat jemputan untuk tujuan pendaftaran. Kehadiran peribadi di wajibkan, dan "...tidak dibenarkan menghantar wakil...". Sekiranya tidak dapat hadhir, boleh pergi mengambil sumbangan berkenaan daripada Unit PLB, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh dalam tempoh 14 hari daripada tarikh di atas.

2- Surat ini tidak dihantar melalui pos tetapi telah dihantar secara peribadi oleh seseorang yang menyatakan dirinya ahli MIC.
Apa yang menjadi tanda tanya adalah:-

a - Mengapa pejabat daerah tidak menghantar surat ini melalui pos biasa...and telah memberikan kepada pihak ketiga untuk menghantar. Adakah ianya untuk memberikan gambaran salah bahawa MIC yang membantu...kalau tidak tak dapat sumbangan? 

b -   Siapakah yang sepatutnya berhak mendapat sumbangan Deepavali daripada kerajaan? Semua warganegara Malaysia keturunan India? - sebab tidak ada apa-apa yang dinyatakan dalam surat tersebut. Biasanya ianya diberikan kepada golongan tertentu saperti warga mas, atau mereka yang miskin tetapi dalam surat baru-baru ini tidak ada kategori khusus dinyatakan.

c -  Yang anihnya, isteri menerima surat tetapi bukan suami. Yang anihnya ada 1 menerima tetapi bukan semua yang lain di kawasan kediaman sama...kampung sama..Ketua kampung sendiri (yang juga merupakan ahli JKKK pun tidak tahu).

d - Mengapa hanya DUN Mentakab sahaja? Mengapa bukan untuk semua di Pahang di Malaysia? Mungkin berlaku tetapi saya tak tahu ...

Apa yang saya risaukan adalah bahawa wang kerajaan wang rakyat disalahgunakan. Semua dalam kategori yang berhak tidak menerimanya. Ini adalah ketidakadilan besar. Siasatan harus dilakukan...   


No comments: