Demokrasi di Malaysia? Taksiran kerajaan Barisan Nasional mengenai demokrasi adalah hak rakyat untuk memilih wakil rakyat setiap 4 atau 5 tahun, dan itu sahaja. Selepas itu, siapa yang mendapat majoriti kerusi di Dewan Rakyat akan memerintah ...and buat apa yang mereka suka - tanpa rujuk balik kepada rakyat atau mendapat pendapat rakyat...
Wakil Rakyat - selepas di pilih mewakili rakyat sebenarnya tidak dapat berfungsi lagi sebagai wakil rakyat - tetapi hanya sebagai wakil Barisan Nasional atau wakil Perdana Menteri. Oh ya - wakil rakyat, menurut fahaman Barisan Nasional, tidak ada kebebasan berfikir atau berpendapat atau mengundi. Ahli Parlimen Barisan Nasional HARUS menyokong semua yang kerajaan menyatakan atau membentangkan...TIDAK boleh juga menerima atau menyokong hujahan yang dibentangkan oleh ahli Parlimen pembangkang yang bertentangkan dengan pendirian kerajaan. Jadi, apa guna debat - kerana Wakil Rakyat BN terpaksa mengundi sapertimana BN atau PM mahukan... Walaupun mereka yakin dengan bantahan pihak lain, mereka terpaksa mengundi sapertimana PM Najib mahukan ---- Walaupun rakyat yang memilih mereka bertantangan pendapat dengan kerajaan BN, wakil rakyat BN tidak boleh mewakili pendapat rakyat tetapi terpaksa mengundi apa yang PM atau BN mahu mereka melakukan. Ini bukan DEMOKRASI - dan harus berlaku reformasi atau transformasi dalam pemikiran wakil rakyat, di mana mereka, selaku wakil rakyat sebenar, harus diberikan kuasa dan hak untuk berhujah secara bebas, dan juga mendundi secara bebas... bukan sapertimana di arahkan PM atau Barisan Nasional atau UMNO (Perkara sama mesti juga dipraktiskan oleh pembangkang...)
Dalam pemilihan calun, apa yang diperlukan adalah calun yang berupaya memikir, bertanya soalan perlu dan berkempen jika perlu... , berdebat dan melakukan apa yang betul dan adil menurut pendapat mereka menurut pendapat rakyat...bukan hanya secara 'bodoh' mendengar arahan bos parti. Seorang ketua parti politik bukan semestinya calun terbaik menjadi wakil rakyat di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Sifat dan kelayakkan berlainan diperlukan....
Seorang wakil rakyat juga harus ingat bahawa beliau hanya WAKIL rakyat bukan pemimpin yang setelah dipilih tidak lagi perlu mendapat pendapat dan 'arahan' rakyat.
Seorang wakil rakyat mesti sentiasa berurusan dengan rakyat setempat - mendapat pendapat dan arahan mengenai apa yang perlu dilakukan di Parlimen atau DUN. Semua Bil/Rang Undang-Undang harus di bincang dengan rakyat.
Struktur yang dicadangan:-
Perwakilan rakyat kawasan Parlimen A
- Ahli mungkin wakil parti-parti dan rakyat setempat
Sekarang masalahnya adalah bahawa yang terpilih menjadi wakil rakyat banyak masa sukar dihubungi - Jika lihat laman Parlimen Malaysia, alamat e-mel ramai Wakil Rakyat pembangkang pun salah atau luput - jadi bagaimana rakyat berhubung dengan wakil rakyat mereka??? Sama saperti wakil rakyat BN....
No comments:
Post a Comment