Banyak wang telah dibelanjakan untuk membina batu-batu penghiasan mengandungi motif ikan patin di banyak lokasi di Temerloh ...tetapi, saya berpendirian wang yang telah dibelanjakan seharusnya digunakan untuk:-
a) Membina 'bus-stop' dilokasi-lokasi yang kini tidak mempunyai bus-stop - saperti jalan dari Mentakab ke Temerloh - dari depan jalan masuk kem Batu 3 - Petronas - sehingga simpang 4, di mana sekurang-kurang 2 'bus-stop' diperlukan. Banyak lokasi lain juga memerlukan 'bus-stop' sedemikian yang mempunyai perlindungan dari hujan/panas...
b) Fly-Over...jejantas daripada pusat kesihatan mentakab/dahulu hospital mentakab menyeberang jalan - semua atap 'fibre' yang memberi perlindungan kepada pejalan kaki dari hujan dan panas matahari sudah lama rosak dan nampak sangat teruk tidak lagi diperbaiki....tolong belanjakan sedikit wang memastikan bahawa ada sekurang-kurangnya atap untuk memberikan perlindungan daripada hujan - kalau tak mampu - pasang 'zinc' pun memadai...
c) Di sebelah/sekeliling Dewan Mentakab - jalan sudah rosak dan kini banyak lobang - tak banyak wang diperlukan untuk letak simen dan besi tutup jalan yang baru. Sudah berkali-kali, jalan itu di tar tetapi lubang tidak diperbaiki...
d) Kawasan berbola besar tepi sungai Temerloh - TAMAN ESPLANADE...kenapa tidak dipastikan selalu nampak cantik... (Apa kata kita adakan aktiviti minguan - munkin malam Ahad di mana orang ramai digalakkan datang memancing dan berlepak di sana bersama keluarga - di Kuantan ini sudah dilakukan ... kenapa tidak di Temerloh)...
Saya sangat berminat melihat akaun Majlis Perbandaran Temerloh - berapa yang ada dan bagaimanakah ianya dibelanjakan untuk kebaikkan rakyat daerah Temerloh... Kenapa ia tidak diterbitkan dalam laman Majlis Perbandaran Temerloh?
No comments:
Post a Comment