Di parlimen, ada sebuah pindaan Akta Kerja 1955, yang jika diluluskan akan melemahkan pekerja dan kesatuan pekerja, serta membawa kepada ketidak-adilan.
Untuk sesuatu hubungan pekerjaan yang adil, ia mestilah satu perhubungan terus di antara majikan (pemilik/pengusaha kilang, ladang atau tempat kerja) yang memerlukan pekerja, DAN pekerja itu sendiri.
MAJIKAN (pemilik/pengusaha tempat pekerja) - PEKERJA
(M-P)
Kini, di Malaysia, kerajaan BN Malaysia untuk beberapa tahun telah membenarkan satu entiti baru, yang dikenali sebagai "outsourcing agent/company", di mana permit saperti A.P. sebelum ini mungkin telah diberikan kepada kroni-kroni tetapi ini hanya dakwaan sahaja yang memerlukan penyiasatan lebih untuk mendedahkan kebenaran atau kepalsuan alegasi ini.
MAJIKAN (pemilik/pengusaha...) - OUTSOURCING AGEN - PEKERJA
(M-O-P)
Mungkin pada asalnya, 'outsourcing ejen' ini tidak dimaksudkan untuk dijadikan (atau terus kekal sebagai) majikan pekerja yang dibekalkan kepada MAJIKAN sebenar.... tetapi keadaan ini telah berlaku - dan kerajaan BN telah berdiam diri dan tidak membenteras aktiviti, yang saya percayai adalah perlanggaran undang-undang sedia ada, dan kini kerajaan BN mahu pula meminda Akta Kerja sedia ada untuk menghalalkan sesuatu yang kini haram bercanggah dengan undang sedia ada.
Dalam situasi M-O-P, majikan[M] akan membayar katakan RM60 kepada Outsourcing Ejen[O], yang akan mengambil bahagian mereka dan membayar pekerja[P] RM20. Jika pekerja bekerja untuk M overtime, atau kerja cuti am,... M akan membayar O lebih dan O akan membayar P lebih. Ini seakan-akan sistem TOL untuk pekerja, di mana pembayaran yang diterima oleh tukang tol adalah biasanya 2 kali lebih gaji harian pekerja.
Dalam sistem M-O-P - pekerja bukan di anggap sebagai 'employee' M - dan oleh itu tidak ada hak menyertai kesatuan pekerja di M, atau melibatkan diri dalam 'collective bargaining' atau mendapat apa-apa faedah daripada 'collective agreement'.
Dalam sistem M-O-P, M tidak akan lagi mempunyai apa-apa obligasi atau tanggungjawab sebagai majikan.
Masalahnya, O tidak ada kuasa atau kawalan mengenai cara kerja atau tempat kerja atau masa kerja, di mana ini bermakna pekerja sukar meminta apa-apa perbaharuan keadaan kerj dan hal perkara kerja. Itu salah satu sebab mengapa saya membantah O diberikan status majikan pekerja yang kerja di kilang M - M harus menjadi majikan.
O sebenarnya tidak ada tempat kerja atau kerja sendiri untuk pekerja - mereka hanya dalam industri membekal pekerja, di mana mereka ,membekalkan beberapa pekerja untuk kilang ini, dan beberapa pekerja untuk kilang itu, beberapa pekerja untuk ladang ini, dan beberapa pekerja untuk restoran ini - maka, bagaimana pekerja O ini boleh berjumpa satu sama lain, dan menubuhkan kesatuan(union) sendiri - bagaimana boleh mereka bincang hal perkara pekerjaan kerana (1) O tidak ada kawalan tempat kerja atau keadaan kerja, (2) semua pekerja O mempunyai situasi kerja berlainan - amat sukar untuk mereka bersatu dan berbincang dengan majikan mereka ini untuk isu gaji, shif kerja, masa kerja dan lain-lain isu berkaitan kerja (3) secara otomatis, mereka akan kehilangan hak terus menjadi ahli kesatuan pekerja peringkat negeri, region atau nasional kerana - mereka ini akan di anggap pekerja sekto mana?
O mula-mula hanya berurusan dengan pekerja migran - tetapi kini berurusan dengan juga pekerja tempatan...
Jika pindaan akta dibenarkan,
a) Pembekal pekerja akan dijadikan majikan - adakah ini
b) Tol Pekerja akan menjadi realiti - RM40 sehari untung dari satu pekerja,,...untuk 2 juta pekerja migran, RM80 juta sehari...jika ditambah pekerja tambahan - keuntungan boleh mencapai RM160 juta...atau lebih sehari. Itulah sebab kroni yang berjaya mendapat permit dan kelulusan perlu akan untung besar... (kini untuk pendaftaran 'biometrik' pekerja asing, tidak salah untuk kita menyatakan bahawa ramai O mendapat 'business baru' - )
c) 1 Kilang tetapi semua pekerja bukan 'employee' kilang - maka kuasa 'Trade Union' atau pekerja untuk bersatu dan berjuang untuk mendapatkan gaji lebih baik atau keadaan kerja lebih baik aan secara otomatis dilemahkan.. atau terus dimusnahkan...
d) Diskriminasi akan berlaku ditempat kerja - kerja sama tapi gaji/faedah berlainan...
Apa yang sangat merunsingkan adalah pihak pimpinan gerakan pekerja nampaknya terlalu senyap .... kali ini. Pada tahun lepas, apabila kerajaan BN cuba pindaan yang sama pada pertengahan tahun 2010 - banyak protest sehingga cadangan pindaan tersebut ditarik balik pada bulan Oktober 2010.. Pada Jun 2011, usaha kali kedua kerajaan BN membawa pindaan hampir sama tidak mendapatkan tentangan sama daripada MTUC, gerakan pekerja, pihak parti pembangkang, dsb...Mungkin ada protes, tetapi kali ini pihak media telah diberikan 'arahan' untuk jangan memberikan ruang...
Saperti perhimpunan untuk hak mendapatkan pilihanraya yang bebas dan bersih - mungkin perlu himpunan pekerja kini dan akan datang untuk memaklumkan kepada kerajaan BN apa pendapat rakyat mengenai syor pindaan undang-undang yang memihak majikan ini, yang hanya membantu 'outsourcing ejen' dan 'TOL PEKERJA'...
Kami tidak mahu satu kilang - dan ramai majikan, di mana ini akan berlaku jika sistem M-O-P dibenarkan wujud. Kita mahukan sistem M-P, tak perlu pihak ketiga pemungut tol pekerja...
SATU KILANG SATU MAJIKAN SATU KESATUAN PEKERJA
No comments:
Post a Comment