Pada jam lebih kurang 10.50 pagi, saya di disimpang mahu naik ke Pusat Kesihatan Mentakab, apabila tiba-tiba nampak seorang perempuan melayu diheret ke tengah jalan oleh seorang pemuda (Melayu nampaknya), bertopi keledar yang memegang hand-bag hitam perempuan tersebut, sambil memegang sebilah pisau (kalau tak salah). Lampu trafik merah pada masa itu. Perempuan itu juga seorang penunggang motosikal.
Apa yang dibanggakan adalah tindakan rakyat Temerloh yang lain di lampu trafik itu yang bukan sahaja membunyi hon tetapi memandu kereta mereka(bukan satu tetapi beberapa) cuba menghalang insiden tersebut. Rakan pencuri tersebut yang membawa motosikal di tekan bergerak kehadapan - dan sebuah kenderaan lain juga bergerak cuba menghalang motosikal ini sehingga melanggarnya di bahagian depan. Pemandu motosikal yang motornya dihalang telah meninggalkan motor ditempat kejadian dan lelaki yang merampas beg itu terpaksa melarikan diri. Beg tersebut telah dicuri. Akibat tindakan pembawa-pembawa kereta-kereta tersebut, yang telah bertindak dengan berani dan tanpa mengira kerosakan yang bakal dialami kenderaan mereka, syabas harus diucapkan.
Saya biasa melihat pembawa motosikal yang lain bertindak tetapi ini adalah kali pertama saya melihat pembawa kereta bertindak. Jika di Kuala Lumpur atau pekan besar, saya percaya orang yang tidak terlibat, khususnya pembawa kereta akan jarang bertindak dan akan tengok-tengok sahaja. Syabas lagi kepada rakyat Temerloh ini.
Saya ke hospital membawa emak saya dan bila saya pulang ke tempat kejadian, lebih kurang 5 minit kemudian, polis (2 orang polis trafik) sudah pun berada ditempat kejadian - syabas kepada polis yang cepat bertindak dan sampai cepat di tempat kejadian.
Wanita mangsa nampaknya tidak cedera teruk - nampak berjalan-jalan.
ISU: Mengapa kini terdapat banyak kes ragut, kecurian - di mana kebanyakkan masa adalah orang Malaysia? Satu sebab adalah kerana tidak boleh dapat kerja - atau mungkin ada kerja pun gaji tak cukup... Kerajaan BN mesti menyedari hakikat ini, dan (1) memastikan gaji minima dijadikan kenyataan sekarang - sekurang-kurang pada tahap gaji minima, (2) Berhenti kenaikan harga barangan, ASTRO, bekalan letrik,... yang memberikan tekananan tambahan kepada rakyat yang sudahpun menderita kesempitan wang, (3) berhentikan amalan membenarkan 'outsourcing agent" dan pihak ketiga yang mencari pekerja dan menjadi 'majikan' untuk pekerja-pekerja yang kerja dikilang dan tempat kerja yang lain - kekalkan majikan harus merupakan kilang, ladang atau tempat bekerja - dan bila mengambil pekerja biar sebagai pekerja kekal - bukan pekerja sambilan ...bukan pekerja kontrak jangka pendek, dan (4) berhentikan amalan membenarkan majikan dan/atau ejen dengan senang mengambil dan mengunakan pekerja asing bergaji rendah tanpa mula-mula memastikan rakyat tempatan yang mencari kerja diberikan peluang pekerjaan ini dengan gaji yang adil. Dahulu, majikan, sebelum dibenarkan mengambil pekerja asing perlu membuktikan bahawa usaha telah dilakukan mencari pekerja tempatan - kena buktikan ada iklan mencari kerja, sama ada ada orang yang memohon, dsb... kini ejen dibenarkan mencari 500, 1,000, 1,500 - di mana ini tidak mungkin kerana biasa kehendak pekerja di sesuatu tempat kerja adalah 237, 19, 56....
Masalah peningkatan kes ragut, curian ...adalah bukti kegagalan kerajaan BN, yang harus menumpukan perhatian kepada keadaan orang-perseorangan, keluarga dan insan biasa di Malaysia - bukan sahaja syarikat besar dan projek besar...
2 comments:
terlambat baca post ni..tapi still proud dengan orang temerloh :)
power².. koi suke..
Post a Comment