Monday, August 18, 2014

Apakah 15 soalan yang MP Temerloh bertanya di Parlimen, dan apakah jawapan yang diterima?

22 (4)  Seseorang  ahli  tidak  boleh  bertanya  lebih daripada  10  pertanyaan  bagi  Jawapan  Lisan  dan tidak  lebih  daripada  5  pertanyaan  bagi  Jawapan Bertulis  dalam  mana-mana  satu  mesyuarat  Majlis. -PERATURAN-PERATURAN  MAJLIS MESYUARAT  DEWAN  RAKYAT
Setiap MP (Ahli Parlimen) boleh boleh kemukakan 10 Soalan Untuk Jawapan Lisan, dan 5 Soalan untuk Jawapan Bertulis. Jadi persoalannya adalah sama ada ahli Parlimen anda mengunakan hak ini - apa kah soalan-soalan yang ditanya dan apakah jawapan yang diterima - ini adalah HAK kita sebagai rakyat untuk mengetahui tetapi malangnya kini semua ini tidak dikongsikan kepada kita semua. (Untuk Ahli Parlimen Temerloh dan ADUN berkenaan, hantar sahaja kepada saya di easytocall@gmail.com, dan saya akan juga memuatkan dalam Blog Temerloh ini supaya semua dapat lihat - kearah ketulusan dan transparensi....

Soalan lisan - kita boleh pergi melihat laman web Parlimen dan baca Hansard - tetapi ini pun kadang diberikan soalan bertulis - di mana jawapan ini kita tidak akan tahu sekiranya MP kita tak berkongsi kepada warga Temerloh...

Soalan untuk jawapan bertulis - soalan dan jawapan ini tak dapat di dalam Laman Web Parlimen - justeru MP kena aktif berkongsi soalan dan jawapan yang diterima.

Ada MP yang malas - langsung tidak mengunakan hak untuk menyoal ini - maka rakyat yang rugi.... Adakah MP Temerloh mengunakan haknya ini sepenuhnya? 

Perlu juga rakyat tahu mengenai hak boleh soal ini - kerana rakyat juga boleh menimbulkan isu atau soalan yang harus ditanya untuk mendapatkan jawapan di Parlimen....maka YB MP semua seharusnya tanya rakyat apa soalan yang mahu mereka tanya....kerana beliau juga 'wakil rakyat'. 

Masalah kini, kerana sikap malas dan 'mahu rahsiakan jawapan diterima', kita rakyat biasa tidak tahu apa soalan yang ditanya dan apakah jawapan yang diterima.... Kalau semua soalan yang mana jawapan bertulis diberikan terpapar di Laman Web Parlimen dan Laman Web MP Temerloh alangkah bagus. Kadang-kadang kerajaan sudah jawab - jadi tak payah tanya soalah, dan jika sudah tahu jawapan lepas, boleh pula tanya soalan susulan untuk jawapan bertulis...

Adalah amalan baik, wakil rakyat mempunyai sebuah Laman Web(atau sekurang-kurang Blog) peribadi, di mana semua ini dapat dilapurkan kepada rakyat. Baik juga selepas setiap  hari persidangan Parlimen, wakil rakyat menyediakan lapuran harian - menyentuh khususnya kepada isu yang harus diketahui rakyat Temerloh..




Soalan kepada Nasrudin Hassan Tantawi adalah ahli Parlimen Temerloh -

Berapakah soalan yang telah dikemukakan sejak PRU13 - nyatakan soalan dan jawapan yang diterima supaya rakyat pun boleh tahu..


No comments: