Hak penduduk setempat memberikan komen dan bantahan kepada projek perumahan dan pembangunan besar setempat nampaknya kini dinafikan. Dahulu sebelum projek mendapat kelulusan, biasanya orang ramai dimaklumkan mengenai projek yang dicadangkan dan juga nombor talipon dan alamat di mana komen dan bantahan boleh dibuat, di mana in i semua akan diambil kira oleh pihak berkuatkuasa berkenaan sebelum memberikan kelulusan.
Hak untuk didengar juga diberikan - di mana orang yang mengadu, ada komen atau membantah dibenarkan hadhir sendiri memberikan hujahan lisan....
Tetapi kini papan tanda sedemikian hampir tidak kelihatan pun ....nampaknya suara dan pendapat rakyat setempat tidak lagi penting atau diambil kira...
Untuk pemilik tanah berhampiran dan/atau bersebelahan tapak projek, biasanya surat akan dihantar mengenai perkara yang sama ....sama ada apa-apa komen, runggutan atau bantahan projek pembangunan tersebut...
Kini, di Temerloh di Kampung Lubuk Layang tiba-tiba satu projek perumahan diluluskan - pemaju terus menjatuhkan pokok hutan yang ada dan meratakan tanah - selepas itu naik pula papan notis menyatakan bahawa lebih daripada 200 rumah akan dibina - di mana ini merupakan, saya percayai, iklan mahu jual rumah di mana harga rumah juga dinyatakan. 200 rumah ertinya penambahan penduduk yang sangat ketara yang mengakibatkan kesesakkan dan juga isu keselamatan setempat.
ISU PERTAMA - Ini kawasan tanah kampung, bersebelahan pula kem Angkatan Tentera - bagaimana kelulusan diberikan untuk projek perumahan (di mana kini di antara Kg Lubuk Layang(yang di bawah kawasan Mentakab) dan Kampung Lubuk Layang (di bawah kawasan Temerloh) - maka projek perumahan 200 lebih rumah ditengah-tengah Kg Lubuk Layang.
ISU DUA - Ini tanah kampung - kategori pertanian - bagaimana pula tukar status untuk projek kepada status lain - sehinggakan begitu banyak rumah dapat dibina?
ISU KETIGA - bagaimana projek perumahan bersempadankan pagar sempadan Kem Tentera bukankah ini isu keselamatan?
Harus kita berjuang untuk hak dapat komen, bantah dan meluangkan pendapat sebelum permohonan diluluskan - rakyat harus tidak dinafikan hak. In tempat kita tinggal sekeluarga selama-lamanya....jangan kita tidak ada hak memutuskan apa yang berlaku dikawasan tempat kita tinggal...
No comments:
Post a Comment