Saturday, March 21, 2015

Banyak kedai tutup kerana GST...di kawasan Temerloh juga

GST - kena beli mesin perlu - harga paling kurang RM8 ribu - RM15 ribu... Banyak peniaga kecil tak ada kebolehan mengunakan komputer pun - kebanyakkan ini warga tua Melayu, Cina dan... Mereka masih mengunakan resit tulis tangan dan 'calculator'. Kini terpaksa pula beli komputer dan program berkenaan dan...

Jadi, bila GST sampai - perlu pula mencari kerani atau mereka yang pakar isi borang perlu GST dan sebagainya - ertinya upah pekerja baru...

GST - peruncit bayar 6% bukan selepas habis jual - tetapi perlu bayar 6% bila barang sampai ke kedai... kalau tak dapat jual barang, kemudian boleh tuntut kembali wang dari pihak kastam...

Kedai runcit - quantiti barangan yang masuk dan dijual banyak tetapi jangan lupa untuk keuntungan sedikit... kerana setengah barangan, keuntungan lebih kurang 3 sen sahaja...biasanya semua mereka ini memberikan 'perkhidmatan awam' lebih daripada membuat keuntungan... 

Tambahan, kadang-kadang barang dibawa masuk tapi langsung tak ada pembeli...peniaga kecil biasa beri peluang kepada 'pembuat barangan' utk cuba mencari pasaran - kini kalau lihat 'supermarket' - banyak jenama tidak dijual - supermarket berkuasa sangat menentukan jenama mana yang dijual - yang mana tidak dijual - contoh. kopi - di Malaysia kiita ada banyak jenama tempatan tetapi... sama dengan kentang goreng, dll ... Peniaga runcit kecil, secara alternatif. sedia sangat memberi peluang kepada ...semua - polisi 'boleh letak, I cuba jual - tak boleh jual, u angkat pulang' - tapi kini adakah adil kena bayar GST bila barang sampai di kedai...

Nampaknya hasrat kerajaan adalah 'menghapuskan' semua peniaga kecil....kenapa?  Kalaupun ada GST - kenapa tidak pembayaran cukai dikenakan diperingkat pengeluaran - di kilang...masukkan saja dalam harga? Kan lebih senang - dan tidak perlu banyak kedai tutup kerana ....perkara berbangkit berkenaan GST?

Lihat juga apa yang berlaku di Temerloh. di mana Sundry shops run by elderly closing because of GST?


 

Lagi kedai runcit tutup kerana GST



Lim Eng Kooi di kedai runcitnya yang terletak di Jalan C.Y. Choy, Pulau Pinang. Beliau akan menamatkan perniagaannya kerana beberapa faktor, termasuk pelaksanaan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 Mac, 2015.
-Lim Eng Kooi di kedai runcitnya yang terletak di Jalan C.Y. Choy, Pulau Pinang. Beliau akan menamatkan perniagaannya kerana beberapa faktor, termasuk pelaksanaan GST. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 Mac, 2015.
























Kedai runcit lama di tepi simpang Jalan CY Choy dan Lebuh Presgrave di George Town, Pulau Pinang, terpaksa gulung tikar tidak lama lagi kerana tidak mampu berdepan cabaran pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Lim Eng Kooi, 77, berkata, beliau terpaksa menutup perniagaannnya kerana tidak pasti sama ada mampu menguruskan kedai apabila GST dilaksanakan April ini.

"Saya sedar perniagaan tidak selamanya kekal. Tak lama lagi umur mencecah 78 tahun. Kos berniaga di bandar juga semakin meningkat.

"Sewa naik. Setiap bulan terpaksa bayar sewa RM1,000. "Peluang saya berakhir dengan GST. Ada banyak perkara lain yang perlu difikirkan dan pada umur sebegini, saya tak mahu sebarang masalah," katanya.

Kedai runcit Lim, yang menjual pelbagai makanan dalam tin, minuman, makanan ringan dan peralatan sembahyang menjalankan perniagaan sejak 60 tahun lalu bermula daripada bapanya.

Lim mahu menjual semua barangnya sehingga hujung bulan ini sebelum bersara daripada dunia perniagaan.

Dua hari sebelum itu, pemilik kedai runcit di Air Itam juga mahu menutup perniagaannya.

Moey Kok Meng, 68, berkata beliau terpaksa berbuat demikian kerana tidak faham sepenuhnya cukai baru itu dan sistem yang mampu menjejaskan perniagaannya.

Katanya, beliau tidak tahu cara menggunakan komputer dan berniaga mengikut cara lama. Malah beliau mengira stok menggunakan tangan.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, amat memalukan perniagaan lama yang selama ini terpaksa bergelut akhirnya terpaksa ditutup kerana GST.

Katanya, perniagaan seperti menjual barangan besi, ubat tradisional dan kedai runcit menerima tekanan disebabkan cukai itu.

"Mereka ini menjalankan perniagaan secara tradisi. Bukan mereka tidak boleh tahan dengan kesusahan, mereka selama ini mampu hidup.

"Tetapi masalah ini datang daripada GST dan mereka rasa susah untuk mengendalikannya," katanya.

Guan Eng berkata, tidak dapat dipastikan jumlah perniagaan di Pulau Pinang yang menerima nasib sama seperti Lim dan Moey.

Katanya, data mungkin diperoleh kerajaan negeri selepas GST dilaksanakan.

"Kadangkala, cukai lebih ganas daripada harimau," katanya memetik ungkapan pepatah Cina.

"Kita lihat contoh GST menjejaskan ekonomi dan membunuh peniaga kecil.

"Adakah kerajaan persekutuan akan mendengar rintihan rakyat dan menangguhkan cukai itu, atau hanya mendengar duit dalam poket mereka," soalnya. – 20 Mac, 2015.

No comments: