Monday, September 22, 2014

Jalur Jalan Mengelirukan Menyebabkan Risiko Kemalangan

Jalur Jalan Putih biasa memberitahu penguna jalan lorong(lane) jalan yang harus digunakan...lihat jalan dari Batu 1 Temerloh - ABS - sehingga simpang - Sungguh mengelirukan kerana jika saya ikut jalur jalan putih senang saya masuk lorong salah...senang pula menyebabkan kemalangan.

 

Jalur putih lorong jalan mesti jelas dinyatakan - putih. Tapi, kini nampaknya jalur baru telah dicatkan di atas jalan tanpa memadamkan jalur lama.... di mana ini amat mengelirukan. 

Perlu dengan segera MENGECAT jalur putih(sama ada berpecah-pecah, berterusan, satu jalur atau dua jalur selari, serta jalur putih tepi jalan yang berterusan) - Yang sudah tidak lagi terpakai harus dipadamkan/cat hitam supaya tak nampak lagi.

Majlis Perbandaran Temerloh perlu juga sapu jalan sentiasa - kerana debu dan air hujan jika tidak dibersihkan akan menyebabkan jalur jalan tak jelas kelihatan khususnya selepas hari hujan. Operasi sapu jalan harus diadakan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Nyata pasir dan lumpur juga sangat bahaya untuk pembawa motosikal dan basikal. 

Perlu dengan segera MENGECAT jalur putih tepi jalan(di mana ini sangat perlu khususnya pada waktu malam supaya pemandu tak terkeluar jalan). 

Masalah tak boleh nampak atau pasti jenis jalur putih atas jalan masalah juga di jalan di Pahang. Saya pakai jalan lama Karak ke Temerloh - dan tak jelas apa jalur atas jalan. Adakah jalur 2 berterusan - di mana ini merupakan kawasan jalan yang kita tidak boleh memotong kenderaan lain, Atau adakah ianya jalur putih pecah-pecah di mana kita boleh potong kenderaan lain?

Ini adalah perkara asas yng saya pasti Kerajaan Negeri Barisan Nasional boleh segera memastikan diperbetulkan.

Bagaimana polis boleh menyaman orang memotong di jalan 2 jalur selari berterusan apabila pemandu tak boleh pun lihat apakah jenis jalur tertera di atas jalan kerana kabur atau sudah tak ada? 

Dua jalur selari, di mana satu jalur berterusan dan satu jalur pecah-pecah menyatakan kepada pemandu, pemandu yang datang dari arah mana satu boleh potong kereta dan dari arah mana tak boleh potong kereta - tapi kalau tak jelas, bahaya...

Kalau tak ada jalur tepi berterusan putih tepi jalan yang menyatakan dengan jelas di mana jalan berakhir, senang orang terkeluar jalan - bahaya kepada pemandu dan penumpang kereta - bahaya juga kepada pejalan kaki... di mana khususnya di kawasan luar bandar, lampu jalan pun tak ada... 

Siapa yang menyebabkan kemalangan? Pemandu cuai atau kerajaan dan pihak berkuatkuasa yang tak buat kerja. Kini asyik saman pemandu sahaja tetapi kena juga pastikan jalan selamat - semua jalur putih jelas kelihatan pada setiap masa...

Jika ada orang mengalami kecederaan dan kerugian akibat daripada kecuaian (atau kegagalan menunaikan obligasi/tanggungjawab), pihak kerajaan Negeri, pihak berkuatkuasa berkenaan, pegawai yang bertanggungjawab juga boleh DISAMAN di Mahkamah - mungkin terpaksa kita mulakan aktiviti menyaman pihak berkuatkuasa yang gagal dalam obligasi memastikan jalur putih jalan jelas,dan lain-lain. 

Kalau tak mahu disaman, lebih baik buat kerja...

ADUN dan MP juga harus menimbulkan isu-isu setempat saperti ini - jangan asyik timbulkan sahaja isu nasional dan isu besar-besar.... kamu semua wakil rakyat penduduk Temerloh,...Pahang...

Mahu buat piket dan protes isu Temerloh, pasti ramai akan turun padang menyokong...

Tapi, harapan saya adalah pihak yang bertanggungjawab cepat-cepat buat apa yang perlu memastikan jalan di Temerloh...Pahang semua selamat...

No comments: