Baru nampak bahawa akhirnya kita ada papan tanda yang menyatakan had laju.....70Km/Jam
SYABAS kepada pihak berkuasa berkenaan - sebab sebelum ini, sukar kita menentukan apakah had laju jalan ini kerana tak ada papan tanda nyata - Banyak juga polis dengan kamera/perangkap had laju di mana ramai kena saman kerana bawa kereta laju...
Dahulunya, papan tanda yang ada hanya papan tanda dimana perlu kurang kelajuan kepada 60 Km/Jam...di mana itu pun ada masalah....ada papan tanda menyatakan 60Km/Jam di hadapan .... tetapi mula dimana tak tahu....lebih baik ada juga papan tanda menyatakan dengan jelas had laju 60Km/Jam bermula di sini....di mana ini jelas, kita semua tahu dari mana mulanya perlu bawa kereta 60Km/Jam - kedua-dua papan tanda perlu, iaitu yang menyatakan kelajuan dihadapan...lebih baik nyatakan jarak 100 atau 200 meter dihadapan....kalau tiba-tiba katakan 60 Km/Jam - apa kena buat? Brek tiba-tiba kurangkan kelajuan? Tak munasabah bukan - perlu ada masa kita perlahankan kelajuan kenderaan...
Nampak juga tempat yang had laju 60Km/Jam di selekoh bahaya dan berdekatan simpang kini juga akan ditukar --- kerana angka '6' kini ditutup dengan cat putih ...mungkin tak lama lagi dinaikkan kepada 70 - Ini Tak Setuju - kerana khususnya bila ada simpang dan orang kena masuk jalan besar Temerloh-Mentakab - perlu minta orang bawa kenderaan slow, atau lebih baik pasang lampu trafik ...atau lampu trafik oren berkelip-kelip untuk memaklumkan kepada pembawa kenderaan berhati-hati kerana ada kereta masuk jalan utama dekat simpang...dan selepas itu mungkin 'slow' kerana baru masuk jalan utama...
Lampu trafik yang picit akan jadi merah membenarkan pejalan kaki menyeberang jalan juga perlu kini di Temerloh kerana sudah 4-lane....Biasa ada kedai/rumah dikedua-dua belah jalan....Jejamtas tak perlu...cukup ada lampu trafik untuk pejalan kereta menyeberang.... (Di Malaysia, di mana cuaca panas/hujan - nyata ramai pejalan kaki tak mengunakan jejantas untuk menyeberang jalan....maka lebih wajar ada lampu trafik untuk pejalan kaki....bila ada orang mahu menyeberang, baru dipicit,,,baru tukar merah kalau tak ada orang menyeberang akan terus kekal hijau...
Post berkaitan:-
Post berkaitan:-
No comments:
Post a Comment