Sunday, March 7, 2010

Majlis Perbandaran mesti menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang efisyen dan kerap.

Tanpa perkhidmatan bas yang kerap di kawasan Temerloh, rakyat menderita...Kerajaan UMNO-pimpinan BN harus berubah sikap dan memahami tanggungjawab mereka pada rakyat - dan memastikan wujud sistem pengangkutan awam yang murah, effisyen dan kerap diwujudkan.

Banyak projek membina perhentian bas, tetapi masalahnya tidak ada bas. 

Harus ada perkhidmatan Bas disediakan untuk semua laluan berikut:-

Temerloh - Mentakab - Lancang - Karak - Bentong (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.) - Bas perlu melalui Pejabat Pos, Pejabat Majlis Perbandaran, Balai Polis, Bangunan Pejabat Persekutuan (Pejabat Buruh, Pejabat Pendaftaran, Pejabat Imigresen), Pejabat Perkeso, Pejabat KWSP, Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Klinik 1Malaysia, Klinik/Poliklinik kerajaan, Pasar Temerloh - semua lokasi mestilah tidak lebih daripada 150 meter daripada perhentian bas terdekat.

Temerloh - Triang - Bera (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.)- Pejabat Pertanian, Pejabat Perikanan,

Temerloh - Kg Awah - Chenor  (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.) - ini perlu untuk mereka yang mahu pergi ke Hospital Temerloh, dan juga balik.

Temerloh(ikut dekat Jambatan Temerloh) - Bandar Baru Temerloh - masuk kawasan Taman Bahagia (sehingga sekurang-kurangnya Mini Zoo Temerloh) - Jalan Kampung Tualang - Kawasan Industri Temerloh - Mentakab (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.) - JPJ, Kawasan Perindustrian Temerloh, Kolej Komuniti Mentakab, 

Temerloh - Taman Temerloh Jaya - Taman Bukit Kemuning - Bukit Cermin - Mentakab (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.)

Temerloh - Kuala Krau  (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.)

Mentakab - Taman Saga - Taman Bukit Bendera (di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.)

Temerloh (ikut Jalan Tepi Sungai) - Lubuk Kawah
Temerloh - ikut Jalan Kampung Tebal sehingga Gunung Senyum ((di mana kekerapan harus sekurang-kurangnya 15min satu bas, bermula daripada jam 6.00 pagi sehingga jam 12 malam.) - banyak kampung-kampung dan sekolah di kawasan ini, dan juga akan mengembangkan pusat pelancungan Gunung Senyum

Bas boleh mempunyai saiz berlainan - dan kekerapan mungkin boleh dikurangkan, tetapi sekurang-kurangnya ada bas setiap 30 atau 40 minit.

Setiap perhentian bas harus dilengkapkan dengan maklumat mengenai masa-masa perjalanan bas, serta juga maklumat penting nombor polis, teksi, dsb. - di mana perlu juga disediakan lampu dan juga perkhidmatan talipon awam. [Ruang untuk peniaga kecil juga boleh disediakan berdekatan, di mana air, buah, suratkhabar, makanan ringan boelh dijual] - Ini akan meningkatkan aspek keselamatan. 

Papan tanda elektronik yang memberitahu bas akan sampai beberapa minit lagi, dan nombor bas juga harus disediakan.

Peta perkhidmatan bas juga harus disediakan - supaya penumpang boleh merancang perjalanan.

Sistem kad, saperti 'Touch and Go" juga boleh disediakan untuk semua perkhidmatan awam, di mana harus ada kad jalanan harian, untuk 3 hari, untuk 1 minggu, bulanan dan mungkin juga tahunan.

Jika bas kerap berjalan, rakyat akan mula mengunakan sistem perkhidmatan bas kerana lebih senang dan murah. (Kereta adalah mahal, minyak adalah mahal, tiket letak kereta juga perlu dibayar,...dan yang paling sukar kini adalah untuk mencari tempat letak kereta. Kini yang kurang berada, hanya ada motosikal di mana adalah sukar membawa anak-anak mana-mana)

Kawasan Taman banyak disediakan tetapi masalahnya adalah untuk sampai ke sana mengunakan sistem perkhidmatan pengangkutan awam. 

Bukan semua perjalanan bas akan membawa keuntungan - di mana ini adalah matlamat syarikat swasta yang mementingkan keuntungan.

Cadangan adalalh bahawa pihak Majlis Perbandaran Temerloh yang akan menyediakan bas perkhidmatan awan, di mana semua dreber bas, dan pekerja lain di jadikan pekerja Majlis Perbandaran - pekerja awam dengan sekuriti kerja sehingga bersara (serta faedah sepatutnya). saya mendapati bahawa syarikat swasta yang menjalan perkhidmatan bas kini pun susah mencari drebar bas - dan selalu dilihat iklan cari drebar. 

Majlis Perbandaran boleh dengan secara terus mengendalikan perkhidmatan bas - atau menubuhkan satu Temerloh Transportation Company untuk menguruskannya.

Temerloh bernasib baik kerana ada Sungai Semantan...dan Sungai Temerloh. Pantauan saya menunjukkan bahawa ada terdapat banyak kampung-kampung tepi sungai - di mana secara wajar, kita harus mengadakan perkhidmatan bas sungai (atau teksi sungai) yang teratur. Ini juga akan mengembangkan pelancungan di Temerloh.

1 comment:

Johan bin Ramli said...

Boleh buat kajian tentang perkhidmatan awam.
1. Adakan perkhidmatan bas. Jika dapatan kata rugi...kena bantu dari segi pemansuhan cukai berkaitan dan subsidi petrol/diesel.
2. Bas mini diwujudkan.
3. Jalan kaki
4. Lain-lain mungkin hitch hike